AKU MAKHLUK KAU PUN MAKHLUK (lilin nan sebatang)

Assalamualaikum kepada admin dan pembaca halaman fiksyen shasha, Alhamdulillah dengan izin Allah dapatlah kita bertemu lagi di siri AKU MAKHLUK KAU PUN MAKHLUK ketiga kali ini, diatas permintaan majoriti pembaca yang ingin kan gaya penceritaan yang lebih santai, saya akan cuba mengolah kisah ini dengan lebih mudah mesra pembaca. Kisah kali ini juga berkisar tentang pengalaman saya menuntut di madrasah yang sama, seram? Entahlah, perspektif kita mungkin berbeza.

Aku pandang mata si Idam dengan pandangan tak puas hati, “benda apa kat tangan kau tu? Kau nak buat macam yang abang wan cerita semalam ke?”, miqdham dengan miqhdad, dua kembar yang perangai memang nakal betul, “alaa nanti kene kat kitorang je, ko rileks sudah, aku saje nak test ilmu ustaz yang pagar tempat ni, kalau dia muncul jugak kire tak kuat laa ilmu dorang amal”. Serius aku sebenarnya taknak cari pasal dengan kembar berdua ni, nanti mula lah baju kat ampaian kena Clorox, simbah air maggi kat katil, baju dalam baldi kena gaul dengan tanah dan banyak lagi, nak mengadu dekat warden pun bukan ada bukti, budak berdua tu pulak kalau bersumpah dengan nama Allah sekali 25 nabi keluar, hmmm. Tapi kenapa aku tak terfikir nak report senior pasal agenda baru dia ni, sebab bila dah mula gangguan yang akhirnya semua dalam asrama tu kena tempias, serius aku sangat menyesal!!!

Kisah bermula bila rutin malam minggu kami ni memang jadi tabiat semua berkumpul dalam asrama kami, selalu buat tournament dam haji sebab barang senang cari, ambil pen marker lukis petak atas papan plywood, lepastu buahnya pakai karom, siap dam haji. Cuma nak dijadikan cerita malam tu budak semua kerumun abang wan, senior kami yang semua cerita dia boleh masuk, topic malam tu pulak berkisar tentang nak berdamping dengan makhluk alam ghaib, macam mana keluar topic tu dekat forum asrama malam tu pun aku lupa.

Jadi bermulalah kisah abang wan, mula mula cerita pasal spirit of the coin, lepastu papan oija pulak, dan topic hangat sekali adalah lilin dan 10 orang, cara dia senang je, cari 10 orang dan orang pertama pegang lilin sambil kira nombor satu, kemudian beri lilin tu dekat orang sebelah dan sebut dua hinggalah orang terakhir pulak bila dah sebut nombor dia, orang yang terkahir tu akan keluar dari kumpulan tu dan kitaran tersebut berlaku sampai semua dah keluar dan tinggal seorang, seorang yang tinggal tersebut sebut nombor satu sambil pegang lilin sehinggalah ada makhluk yang akan akan jawab dua, jadi yang terakhir tu dapatlah hak dia nak berkomunikasi secara terus dengan makhluk tersebut.

Sambung cerita masa aku bertembung dengan kembar berdua tu, pegang lilin yang rasanya dia ambil dekat kantin, sebab tukang masak meman simpan banyak dekat situ untuk kes kecemasan dalam madrasah. Aku pon Tanya “weyh idam, tau tak apa yang ko buat ni salah? Benda sebelah sana bukan suka suka nak datang tak bersebab, nanti naya pulak semua kat sini”. Jawapan dia memang buat aku speechless “ salah apa pulak, idea pakai lilin ni bukan ade bace apa apa, yang kau nak menyibuk hal aku apahal? Ada sabit duit ko ke?“. Tu yang jadi masalah nak ajar orang yang dalam bidang agama ni, bukan kat madrasah aku je, luar pon sama, ditegur payah ingat mentang mentang quran hadith dalam kepala dah tak boleh diusik. Cubaan berdamping dengan makhluk alam lain lagi niat suka suka memanglah salah, tak kisahlah apa jenis medium pun, aku rasa kalau diukur kecerdikan si idam ni berdasarkan iklan shampoo boleh lah aku katakan akal dia tersekat di skala enam.

Pada malam minggu si kembar dan seantero sekutu mereka pun mulalah upacara mengarut dan kebetulan lokasi dia di asrama aku. Untuk pengetahuan semua, satu asrama boleh memuatkan pelajar seramai 40 orang, dan di madrasah aku ada 4 asrama yang sama besar untuk menampung semua pelajar lelaki dekat sini, dalam asrama aku tu umur pelajar rata rata dalam lingkungan 14-17 tahun, senang cakap budak baru nak up. Jadi bile si idam dan idad tu rancang nak buat ritual panggil benda halus tu secara teknikalnya budak umur macam kami waktu tu memang agak teruja sikit, dari 10 orang budak berkumpul tengah katil dua tingkat asrama jadi semua pulak kerumun dekat situ, aku yang tak setuju pun terjebak.

Upacara pun dimulakan dengan si idad yang pegang lilin posisi pertama, jadi secara automatiknya dia lah yang dapat penghormatan berkomunikasi dengan benda tu, hmm penghormatan, cantik ayat. Habis semua kitaran dan si idad tinggal seorang dekat tengah, dia ulang lah ayat satu banyak kali, sampailah salah seorang yang duduk situ berangkat sambil cakap macam tak jadi je apa yang si kembar tu buat, bahu aku ditepuk dari belakang. Terkejut jugak aku, rupanya si aqid, dia cuma tunjuk di satu penjuru asrama dekat aku, “kau Nampak tak tu? Dekat tingkap tu ada seorang tengah perhati dari luar”.

Aku sangka warden tapi jangkaan aku meleset, sebab orang tu tengah membongkok intai apa yang kami buat, dan hujung tingkap tu tinggi lebih kurang sejengkal dari katil dua tingkat kami! Aku rasa dah cukup apa yang aku dengan aqid tengok, perlahan lahan aku cuit aqid suruh tidur cepat, sementara yang lain buat aktiviti malam minggu, main dam haji dan sembang kosong. Ingat cerita dah habis, rupanya bermula hari tu, asrama kami jadi tumpuan makhlus halus kacau kami semua, masalahnya benda tu bukan kacau 10 pemanggil tu, kami yang suci ni pulak jadi mangsa:

1. Pernah dengar cerita urban legend pasal satu katil dah tidur, dua dah tidur, katil tiga tak tidur lagi? Benda yang agak sama jadi dekat fatah, dia ni dalam asrama aku memang dalam kalangan liat nak tidur, sebab jenis dia ni tak boleh dengar bunyi sikit mulalah mata payah nak pejam. Nak dijadikan cerita satu malam tu sebab payah sangat nak tidur dia pergi almari ambil biskut buat milo panas nak makan atas katil. Dia tidur di katil atas, dan dalam satu jengkal dekat kaki katil dia ada satu lubang di siling, dah lama tak tampal pun sebab tiada keperluan, budak asrama tu pun gunakan lubang tu untuk simpan barang kes macam komik dengan fon. Tengah sedap si fatah melantak atas katil, dia dengar ada orang psstt dari depan, tengah sibuk cari punca bunyi tiba tiba satu kepala dengan leher panjang lengan terjulur dari lubang siling jelas dengan bahasa melayu yang fasih, “tak tidur lagi ke dik? Lambat dah ni”. Meraung dia pergi bukak lampu, meracau jugak sekejap sampailah kami tenangkan dia, lepas dia cerita apa yang dia nampak, benda pertama yang kami buat adalah angkat bantal beramai ramai tidur asrama lain hari tu, takut orang lain pulak jadi mangsa teguran hantu lubang siling, huhu

2. Lain pulak jadi dekat iyaz, katil sebelah aku. Dia pulak perangainya jenis kalau mamai tidur tu disuruh apa pun dia buat. Satu hari tu, dia dikejut tengah malam dengan orang, cakapnya nak mintak makan. Dia pun dengan mamai jalan pergi almari cakap dengan orang tu nak makan apa, tinggal maggi ayam je, kari baru habis. Orang tu jawab makanan senang telan ada tak? Sebab dia tak boleh kunyah, bila si iyaz pusing nampak laa satu susuk manusia yang dia tak kenal, bentuk badan okay dah, yang jadi spoil dekat muka, rahang bawah dia koyak tergantung gantung bawah mulut. Dia tengah mamai tu jawablah, ”owh teruk gak mulut camni, cuba Tanya apis, dia tak silap ade paket sup Campbell, letak air panas boleh makan dah, tak perlu kunyah”. Esok paginya pelik pulak aku tengok dia, dari bangun mandi pagi lepastu kelas pagi, termenung je aku tengok. Lepas sarapan dia demam, sebab baru dia perasan orang yang kejut dia semalam bukan orang. Kalau aku jadi hantu tu pun aku kecewa, salah kacau orang, rupanya budak lambat pikap.

3. Asrama kami waktu kelas malam warden akan kunci, dah habis kelas baru masuk. Alkisahnya si Imran ni malam tu giliran dia dapat baca kreko, majalah manga yang tiap bulan kami seludup masuk madrasah, itu jelah pun bacaan ilmiah yang menyatukan dua kelas, hafazan al quran dan pelajar alim, masa tu naruto baru keluar 4 ekor kyuubi dia, fuhh kenangan betol, sekarang dah kahwin pun dengan hinata, aku je yang masih single. Ok berbalik kepada cerita tadi, si Imran masuk ikut tingkap sliding belakang asrama seorang, kalau dah minat apa pun jadi. Sebab majalah kreko tu adalah barang kes, jadi tempat biasa adalah di bawah almari, kena angkat sikit seluk dalam dan voila, kreko aku punya. Lepas dia jumpa almari tempat kami selalu simpan dia seluk bawah almari tu nak ambil hak dia pada malam tu.

Tapi yang peliknya dia rasa tu bukan lipatan majalah, lebih kepada bentuk tangan cuma agak berlendir, sebab dah agak tu bukan apa yang dia nak, bergegas lah dia nak keluar, dan yang paling menjadi igauan si Imran tu bila di tingkap tu dah menunggu satu susuk tubuh tinggi berjubah hitam tegur dia dari luar, dan aku rasa benda tu lah yang intai kami masa si kembar jilake tu buat upacara lilin tak lama dulu, tapi benda tu macam baik pulak aku rase, sebab si Imran cerita sebelum dia pengsan seorang dalam asrama tu bersama lelehan air kencing sebab takut melampau, dan bernasib baik warden tak perasan dia hilang sampailah kami buka pintu asrama, tau benda tu cakap apa? “aku tak kisah kau pecah masuk, tapi sanggup kau abaikan ilmu untuk benda ni?!!” jadi sebagai pengajaran kepada aku, aku punya giliran baca kreko adalah pada hujung minggu, harap dia tak tegur aku pulak baca kreko dalam tandas.

4. Haa yang ni jadi dekat aku, punca kenapa aku terus jumpa ustaz ahmad dan beritahu dari punca sampai akibatnya kami yang tak bersalah kena. Dalam asrama kami, kami mengamalkan system toilet bro, maknanya kalau nak pergi tandas di waktu malam, kejut kawan yang sama katil dua tingkat, atas kejut bawah, bawah kejut atas. Aku tidur bawah sebab tidur lasak, hakim pulak yang tidur diatas ni ada masalah bila dia tidur, lebih kepada berhibernasi, nak kejut makan masa, silap silap dah tumpah kat lantai. Pada satu malam, aku terjaga sebab tiba tiba sakit perut, dan masalahnya tanpa sebarang alasan dah dihujung terowong. Aku segera kejut si hakim, dan memang seperti biasa dia payah benar nak bangun, siap tekup muka dengan selimut. Aku di dalam kadar kecemasan tu melurulah ke tandas, kalau kencing boleh tadah kat baldi, berak pulak adalah situasi yang berlainan, nanti bertebaran bau ke serata pelusuk asrama aku jugak yang malu. Sampai di tandas aku tak sempat tutup pintu terus pergi ke lubang jamban dan fire in the hole.

Lega sekejap tapi tiba tiba tandas sebelah berdentum kuat sebab ditutup dengan laju. Aku hairan jugak takda bunyi berlari tiba tiba tandas ada orang guna. Aku tutup pintu tandas aku perlahan lahan, hajat dah habis tapi begini pulak jadi. Dan tandas sebelah mula bunyi orang gelak berdekah dekah dan bersahut pulak tu. Yang jadi bertambah panic aku bila ada bayang orang lalu lalang di depan tandas aku, aku jadi gelabah, sebab setau aku manusia berjalan, bukan meluncur!! Aku mula menangis teresak esak dalam jamban tu, nak keluar takut hilang ke mana, sampailah semua gangguan tu senyap, aku beranikan diri jenguk keluar tandas, tiada orang aku keluar perlahan lahan, sampai di hujung tandas aku dengan orang berdehem dengan kuat, aku toleh dan tengok rupanya ada satu susuk tubuh dekat atas tandas aku duduk tu, ingat lagi badan hitam tak berbaju, Cuma berkain pelikat, dan dia duduk menghadap dalam tandas, jadi secara logiknya selama aku duduk ketakutan dalam tandas tu memang dia perhatikan aku!!!. Aku tak terfikir dah penampilan dia melanggar etika penampilan hantu yang selalu berjubah putih berambut panjang, tengah takut aku rap kan aje ayat kursi, habis tunggang langgang tajwid. Sampai dekat katil aku maki hakim, lepastu tidur, esok memang aku kena cakap dengan pihak madrasah, sampai aku pun kena kot.

Aku beritahu ustaz ahmad semua yang berlaku, sebab dia agak sempoi dan juga memang dia mahir bab perubatan islam sampai orang luar cari dia nak berubat. Benda pertama dia buat adalah memarahi abang wan, “patutnya kau yang tua bimbing laa budak semua tu, bukan galakkan buat benda bukan bukan!” dan kisah aku ni bukan happy ending pun, sebab ustaz ahmad cakap benda tu Cuma nakal, bukan jahat dan biarkan aja dekat situ dengan alasan nak jadikan pengajaran dekat kami jangan buat benda yang sama lagi, walaupun dah lebih 5 tahun aku tinggalkan tempat tu, bangunan asrama rasanya masih kekal di tempat sama, dan makhluk tu agaknya masih lagi di bangunan sama sibuk membongkok intai pelajar dari tingkap hujung asrama, nak usik budak baru pulak, semuanya bermula dengan sebatang lilin…hihihi

InsyaAllah penulisan akan datang adalah pengalaman seram terakhir saya sepanjang menuntut di madrasah, tetapi bukan penulisan yang terakhir, jika tiada halangan insya Allah dapatlah kita bertemu lagi.

“maafkan abang aku tu, bukan salah dia” (FAUZI)

#lelakiini

8 thoughts on “AKU MAKHLUK KAU PUN MAKHLUK (lilin nan sebatang)”

  1. HAHAHAha.. adoiii.. iyaz2 .. ak ghasee laa atu tu pom menangiss xberlagu lepas kaca mung n murungg… mungkin atuu pom serikk bebenor nok kaca mung.. hahahahahaha..

    Reply
  2. hahah……weyh ap ar wt lwak plak, tbe2 trgelak sorg2, org lalu dpn rumah ingt sy gila dh agknye, tgk lptop smbil mngekek sorg dri, xtaw ar nk ckp ap kt kwn awk 2, mmg btl2 bdak selenge lahhh

    Reply
  3. KREKO!! pehh lejen seh komik ni. haha nice story, kelakor2 juga, tapi part seram dia esp part ko kena dlm toilet tu uihh kecut telor wehh

    Reply

Leave a Comment