ALONG : KISAH ALAM MISTERI

ALONG : KISAH ALAM MISTERI

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada Admin FS dan para pembaca sekalian. Terlebih dahulu aku perkenalkan diri aku. Aku biasanya dipanggil dengan nama Along. Aku bukanlah seorang yang mempunyai kebolehan melihat makhluk halus, tetapi adakalanya makhluk halus suka-suka menunjukkan dirinya. Untuk makluman semua pembaca, aku bukanlah seorang yang berani, apatah lagi hendak menjadi hero. Kisah yang aku kongsikan ini adalah kisah benar dan menjadi sebahagian daripada sejarah hidup aku.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Kejadian ini berlaku semasa aku berusia lingkungan 10 tahun. Kami tinggal di kawasan perkampungan. Malam itu ayahku tiada. Beliau pergi ke Majlis Yasinan di rumah jiranku. Tinggallah aku bersama emak dan dua adikku yang masih kecil. Malam kian larut, ayah masih belum pulang. Perut aku terasa lapar. Bukan tak mahu makan, tetapi setia menanti ayahku balik. Sebab? Biasanya dia akan membawa bungkusan makanan berlaukkan ayam. Jangan tidak percaya, dahulu ayam merupakan hidangan mewah bagi kami sekeluarga.

Sedang aku sibuk berangan-angan, tiba-tiba terdengar suara emakku memanggil namaku dari dapur.

“Long, dah Solat Isya’?”, Sambung emak.

“Belum, nak pergilah ni”, kataku.

“Dah dekat 10 kali mak suruh, tak pergi, pergi. Nak jadi apalah ni?”, Sambung bebelan emakku (betapa aku rindu akan bebelan itu sekarang ini, hahaha)

Aku puas mengira. Tak sampai pun sepuluh kali. Hahaha..

Selepas ambil wuduk, aku pergi solat di dalam ruangan solat di rumahku.
Arah kiblat rumahku ni condong 45 darjah ke sebelah kiri. Jadi, sejadah akan dibentang betul-betul menghadap penjuru dinding. Di sebelah dinding tersebut terdapat tingkap nako dan tidak dipasang langsir.

Allahhu Akbar!

Aku mengangkat Takbiratul Ihram dengan penuh tertib. Aku rasa aku cukup khusyuk solat ketika itu.

Masuk rakaat kedua, anak mata aku terlihat sesuatu yang pelik. Mulut masih membaca surah, tetapi mata menjeling ke tingkap.

Aku lihat ada ‘benda’ terlompat-lompat. Makin lama makin dekat dengan tingkap. Punyalah khusyuk aku tengok ‘benda’ tu, sampai kepala aku terikut-ikut mengangguk-angguk. Para pembaca jangan tak percaya, aku masih boleh teruskan Solat Isya’ tu walau pun berterabur bacaannya serta Rukun Qaulinya.

Bangun rakaat ketiga, aku menjeling ke arah tingkap itu lagi. Aduhai, ada lagi! Tapi kali ni ‘benda’ tu dah tak melompat. ‘Benda’ tu cuma berdiri statik. Aku kerutkan dahi dan menjeling lagi untuk kepastian. Sekali boleh pulak ‘benda’ tu rapatkan mukanya ke arah cermin tingkap. Aku punyalah hebat, sedar-sedar aku dah bagi salam untuk habiskan solat.

Aku lari ke dalam bilik aku. Aku ambil selimut dan selubung seluruh badan. Panas janganlah cerita. Berpeluh satu badan. Sedang ketakutan dan jenuh memikirkan kejadian tadi, aku terdengar bunyi ketukan halus dengan menggunakan kuku. Berulang-ulang kali. Bala apa pulaklah ni? Aku bacalah apa-apa yang patut. Gangguan itu berhenti. Dengan perlahan-lahan aku mengintai dari selimut. Tiada apa-apa. Semua seperti biasa. Sekali, boleh pulak aku tertoleh ke arah tingkap bilik aku. ‘Benda’ tu setia di situ. Aduhai! Apa lagi, tariklah selimut dan membatukan diri. Aku pun tak sedar bila masa aku tertidur.

Pagi-pagi esok, puas emak aku membebel. Dia kejutkan aku sebab nak suruh aku makan bungkusan makanan yang ayah aku bawa pulang. Aku pun bercerita tragedi yang berlaku malam tadi. Ayah aku mendengar tanpa sepatah kata. Selesai aku bercerita, dengan selamba ayah aku boleh cakap, “Biarlah je Long, bukannya ‘benda’ tu boleh masuk rumah pun. Saje je nak tunjuk diri. Lain kali, pergi peluk ‘benda’ tu dan tanya nak apa?”.

Aku kelu.

“Dah tak payah fikir apa-apa lagi, makanlah nasi tu!”, Kata ayah aku sambil membaca surat khabar.
Aku hanya mampu berhuhu sahaja.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Terima kasih kerana membaca kisah aku ini. Andai kata kisah ini disiarkan dan digemari oleh para para pembaca, in sha Allah akan ada kisah lain yang akan menyusul.
Akhir kata, lepas ni rajin-rajinlah jeling tingkap korang. Kadang-kadang ada rezeki, dapatlah jumpa sesuatu.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 comments

  1. “Beliau pergi ke Majlis Yasinan di rumah jiranku. Tinggallah aku bersama emak dan dua adikku yang masih kecil. Malam kian larut, ayah masih belum pulang. Perut aku terasa lapar. Bukan tak mahu makan, tetapi setia menanti ayahku balik. Sebab? Biasanya dia akan membawa bungkusan makanan berlaukkan ayam…”

    Ko org jawa ekkk…
    Sbb org jawa jer sllu sebut YASINAN tu…
    Pastu bungkusan makanan tu BERKAT AMBENG ekkk…????
    Klu berkat ambeng tu dik, smpi skrg tetap menjadi pujaan family akk tau…
    Nikmatnye mkn berkat ambeng tu wpon lauknyr sikit, nasinye banyak ttp sedaaaapp menjilat jari…
    Sonoknye nnt jari memsg bersimpang siur sbb ngejor lauk, hahahahah…

  2. huh..sy kerap tgk tgkap, sy bru myewa rumah, bese ar rumah bru dduk, byk bnde nk kne kms, tgkap xpsang lgsir ag, slgi xttop tgkap 2 ngn lgsir mmg mte ni kje nk tgk tgkp je…tp alhamdulillah xde pape pn, tp kt bhgian dapo sy ag parok, dnding spruh je..ag spruh die ltak pago besi…ats dri kowl 10 xde org g dapo, lapo ke nk kncing ke, than ar smp subuh esok

    1. Kau tahu nak kondem cerita orang je kan?benci betul aku baca komen kau ni..bajet bagus lak, boleh tau cerita orang tu post cerita rekaan ataupun tak..baca jelah tak payah banyak bunyik n komen..setiap cerita ada komen sampah kau je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.