Aku Masih Bernyawa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat sang pencinta FS. Terima kasih yang tak terhingga buat admin FS yang tersayang kerana sudi menyiarkan cerita ‘Aku rindukan Maya’ dan ‘Aku seorang Event Manager’. Terima kasih daun keladi juga kepada pembaca yang menasihati aku supaya pergi berubat dengan Ustaz. Alhamdulillah, aku sudah menjalani proses berubat dengan Ustaz di Bangi, nampak sedikit perubahan, tetapi biasalah kadang-kadang perkara mistik ini tetap berlaku juga walaupun tanpa diminta. Dalam dunia yang serba agung ini, kita kena percaya yang kita turut berkongsi tempat dengan makhluk Allah yang lain, tapi mohon janganlah dijadikan kawan, cuma hanya mempercayainya sudah memadai.

Cerita mistik yang aku nak cerita kali ni, berkaitan dengan diri aku sendiri dalam tahun 2014. Aku sudah berhenti bekerja sebagai Event Manager disebabkan aku dapat menyambung pengajian aku ke peringkat seterusnya, alhamdulillah. Aku sambung pengajian di sebuah universiti yang jauh nun di utara Malaysia. Mesti ramai yang meneka Universiti Utara Malaysia (UUM) kan, malangnya bukan, biarlah ia menjadi rahsia, haha.

Semasa aku degree, semua penuntut Universiti ini diberikan kolej kediaman, dari sem pertama sampailah akhir. Tapi bila dah melanjutkan pelajaran ke Master, kami diberi pilihan untuk mencari rumah sewa. Genap sepuluh orang kawan, kami dapat rumah sewa di sekitar ibu Negeri. Rumah Semi-D yang luas, ada tiga bilik yang besar dan boleh dimuatkan hampir enam biji kereta sekaligus dalam kawasan pagar rumah. Syukur, persekitaran kami dipenuhi jiran-jiran yang baik dan kebanyakkannya dah menjangkau usia, Cuma jiran Semi-D kami tiada orang tinggal.

Dalam pertengahan bulan April tahun 2014, kami satu rumah merancang nak berjalan ke kedah, dan menginap di Gunung Jerai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah untuk kami tiba di Jeti Tanjung Dawai. Aku tak tahu kenapa aku mula rasa tak sedap hati dari awal-awal perjalanan, mungkin aku teringat tentang Maya. Kalau korang mengikuti cerita aku rindukan Maya, rumah adik Maya yang terlibat dalam aktiviti pemujaan tu di area Baling, nak dijadikan cerita member-member aku ni pulak pakat nak ke Air Panas Ulu Legong, Baling malam tu nanti. Mungkin itu sebab perasaan tak sedap hati tu melanda.

Kami bergerak tiga kereta, dan park kereta di Jeti Tanjung Dawai. Hajat dihati nak menyeberang laut untuk ke Pantai Merdeka disebabkan perjalanan menaiki kereta ke Pantai Merdeka lebih kurang perlu tambah dalam setengah jam lagi. Naik bot laju ni dah la murah, malah jimat masa, tiga hengget je, haha. Kami semua naik satu bot ke sana, waktu lebih kurang pukul 2 petang. Suku perjalanan, tiba-tiba enjin bot berhenti, semua pandang Pakcik pemandu bot. “Kenapa ni pakcik? Selalu ke jadi macamni?”, tanya si Isa. “Pakcik baru je tambah minyak sebelum bergerak tadi, tak apa, anak tunggu atas bot, pakcik terjun tengok apa jadi ya”, kata pakcik tu. Aku terus mencelah, “Eh pakcik, kan boleh angkat je dari atas pemegang enjin tu? Tak perlu lah rasanya nak terjun bagai”. “Pakcik dah cuba tarik, tapi macam tersangkutlah sesuatu lah nak, tak tahu apa bendanya”, balasnya.

Berdebuk pakcik tu segera terjun ke laut, kami yang dekat atas ni dah mula risau, sebab cuaca tiba-tiba jadi gelap mendung. Dalam hati aku, “Ahh, apa benda pulak nak jadi ni? Jangan-jangan ni prtanda supaya aku batalkan trip ni kot”. “Weh, dah lama lah pakcik tu dalam air, panjangnya nafas dia”, kata Din. Aku kocak-kocakkan air, terkejut aku pakcik ni tiba-tiba timbul, “Nakk, ada rambutlah tersekat dekat enjin, pakcik nak leraikan tak boleh, makin berselirat, kalau ada bot lagi satu lalu, panggil mereka ya, pakcik cuba sekali lagi”, kami mengganguk lemah.

“Haih, tulah pasal, dah lah bot dekat Tanjung Dawai ni tak banyak, sapelah punya idea ajak naik bot ni?”. Acap mulai marah. Tiba-tiba air mula bergelora kuat, aku syak hujan ditengah laut kot, aku cepat-cepat kocakkan air panggil pakcik tu timbul, “Hahh, kenapa? Dah dapat bantuan ke?”. “Takk pakcik, baik pakcik naik, kita ikhtiar cara lain, laut makin bergelora ni, mungkin hujan kot”, kata aku. Pakcik tu naik perlahan-lahan, tiba-tiba gedebukk pakcik tu masuk ke dalam air balik. Kitorang dah saling pandang sesama sendiri. “Tolonggg…” suara pakcik tu kedengaran, kami nampak tangan nak naik ke bot, terus kami tarik ke dalam perut bot.

“Kenapa pakcik masuk ke dalam air balik?”, tanya aku. “Pakcik sendiri tak tahu, tiba-tiba rasa macam ada benda tarik, bila pakcik tengok tak ada apa-apa”, balasnya. Tekaan aku betul, hujan melanda Pantai Merdeka hari tu. Dari jauh nampak ada bot datang, “Apehal nih? Ejin rosak ke Pak Ali?”, seru pemandu bot itu. “Tak tahu la Mir, ada rambut berselirat dekat enjin aku, mana datangnya aku tak tahu”, balas Pak Ali. “Ok, dah jom, korang ikat tali ni dekat kepala bot, aku tarik”, ujarnya. Alhamdulillah sampai jugak kami di Pantai Merdeka, hilang rasa mood nak berholiday.

Seusai berterima kasih dengan Pak Ali dan Amir, kami berjalan menyusuri persisiran Pantai Merdeka. “Weh, tadi kemain macam nak hujan lebat, elok je cuaca ni panas?”, ujar Isa. Kami mendiamkan diri lalu terus menjamu selera. Kalau korang nak makan ABC terbaik, besar, harga berpatutan, boleh mai sini, serius memang terbaik, perkena sekali Mee Rebus, terangkat bontot, haha. Perkara tadi kami lupakan sementara, nasib baik, kami naik bot balik ke Tanjung Dawai tak berdepan dengan apa-apa masalah. “Ok, jom pergi Gunung jerai pulak, apa yang jadi tadi tu letak tepi dulu beb”, kata Acap. Kami semua bersetuju.

Jam menunjukkan pukul 4.30 petang, sekali lagi kami diduga sepanjang perjalanan menaiki Gunung Jerai. Aku drive kereta yang belakang sekali, tiba-tiba kereta di depan brek mengejut, berasap tayar aku tarik handbrek. Ada seekor Harimau Belang tengah-tengah Jalan, biar betul? Aku pernah pergi Gunung Jerai ni dah dekat tiga kali, first time aku tahu Pak Belang ada dalam hutan belantara Yan ni. Sepanjang program bersama PALAPES dulu dekat Gunung Jerai ni, tak pernah kami didedahkan dengan bahayanya Harimau oleh Renjer Hutan.

Aku telefon kereta didepan, “Wei, aku rasa better kita gerak slow-slow lalu sebelah dia, nak tunggu sampai bila dia nak kalih badan”, diorang setuju. Sampai je dekat kereta aku, harimau tu terus melompat menghentak side mirror aku sampai patah, terus aku berderum tekan minyak, dalam hati “Celaka, aku baru je tukar side mirror sports”, haha. Siapa yang pakai Wira atau Satria, tahu rupa side mirror sport macam mana, yang kecik ada lubang angin tu. Dalam sakit hati tu lah kami diduga sekali lagi, ada pocong tergantung atas pokok, berderau jantung aku, selalu aku kena berseorangan, kali ni, kami diuji semua. First time nampak pocong diikat atas pokok, ate, mike dah xde korje lain ke?

Masing-masing laju naik ke puncak, bau hangit jugaklah gearbox aku, duduk paksa main gear rendah. Sesampainya aku dekat sebuah Resort di Gunung Jerai, kami tengok lengang je, tak ada sesiapa. Aku buka bonet, aku ajak semua berkumpul, bawak keluar handset, duduk dalam bulatan letak air mineral di tengah-tengah, kami baca Al-Fatihah, Yassin, 3 Qul dan Al-Khahfi. Kami minum sambil selawat ke atas nabi, dan basuh muka. ‘Pinnnn pinnnn’, tiba-tiba ada kereta hon kami, “Korang dah kenapa duduk tengah Jalan, nak mati ke, ke sesat?”. Walaupun ayat yang dikeluarkan menyakitkan hati, tapi kami bersyukur dah dibukakan mata hati.

Menonong kami pergi ke ruang lobby resort, kawasan resort sini memang cantik, kami diberikan bungalow. Masing-masing tak ceritakan kisah tadi, mungkin disebabkan kepenatan. Aku terus capai towel mandi. Aku baring dalam tab mandi, memikirkan kisah tadi, adakah disebabkan aku, mereka semua kena? Ustaz Halim pernah berpesan, janji syaitan dengan pemakai ni kuat, kalau kita tak nak ada masalah, jangan cari masalah, dia tak suka kau d isini. Sampai ke hari ini aku tak faham apa yang dimaksudkan Ustaz, tapi seakan aku dapat meneka kemungkinan ada kaitannya dengan apa yang aku pernah terbaca dalam diari adik Maya. ‘Telah aku pagar kawasan ini dari kaki kotormu, kuasaku akan bertambah kuat, jika engkau dalam wilayahku, sampai mati aku tak benarkan engkau kemari, andai aku mati’, bibit ayat yang aku koyakkan dalam diari, seakan mantera, tapi ditulis dengan ink berwarna merah seakan darah, yang aku simpan di rumah sewaku. Apa kaitan nasihat Ustaz dengan mantera Maya ni? Waallahualam.

Tiba-tiba guruh berdentum kuat, paapp blackout! Aku capai fon aku, aku bukak flashlight. Satu bunyi pon aku tak dengar, kebiasaanya kalau blackout macam ni mesti dalam rumah dah riuh mencari kotak fius utama. Aku mencapai towel terus aku keluar, “Weii korangg, Isa, Acap, Min, weii bukak lampu balik weii”, sunyi seketika. Dummm! Seakan bunyi pintu ditutup kuat, “Masalah apa pula ni?. Pstt pstt, bunyi berbisik, ‘Akum kum kum kum…’ belakang aku. ‘Allahuakhbar!!’ terus aku toleh ke belakang, ada pocong yang ketinggiannya setinggi syilling, siap tunduk pandang aku. Tindakan reflect terus aku campak fon aku dekat pocong tu, terus aku menyandar kat dinding, pejamkan mata, aku baca segala surah yang aku tahu. Kawan-kawan, sebagai nasihat, kalau jadi situasi macam ni, mohon bertenang, tarik nafas, baru baca surah apa yang korang ingat, lagi kita kalut, lagi banyak kita buat silap.

“Rinn, ohh Rinn” ada orang sentuh bahu aku, tekejut aku, aku nampak Acap, “Kau apehal duduk bergelap dalam bilik ni? Dah senja ni, kau Jangan buat main, nanti pocong tu mai balik, kau nak?”, pergh musibat punya kawan, boleh pulak kau petik nama pocong tu. “Wei, jujur tadi blackout ke tak?”, ujarku. “Mana datang lah blackout, kitorang semua ada dekat bawah tadi sedap main kad sambil cerita pasal hal tadi, tup-tup dengar kau menjerit”, balasnya. Mengurut dada aku, terbantut aku nak sambung mandi terus aku bersiap-siap dan turun ke bawah.

Aku nyalakan rokok John White yang kami bawak stok dari rumah, sambil main kad, masa ni nampak macam jahil sikit. Tapi kami main bukan pakai duit pon, cuma suka-suka je, haha. Azan Maghrib berkumandang, semua masuk ke bilik nak mandi, disebabkan aku dah mandi, aku ambil wudhuk dan solat di ruang tamu. ‘Akumm, akummm’, aku dengar ada orang ketuk pintu sayup macam bagi salam. Hilang khusyuk aku solat, seakan rasa macam ada orang kat belakang aku. Pintu utama membelakangi aku, kira bunyi tu sayup-sayup dibelakang aku.

Aku dengar bunyi tombol dipulas-pulas, tetapi pintu tu tak dapat dibuka, sebab si Isa dah kunci tadi. Gedegangg!! Bunyi pintu digegarkan, aku makin hilang keruan, aku cuba untuk bertenang dan habiskan solat aku. Tiba-tiba ada bunyi berdengus di sebelah kiri telingaku, aku saja memperkuatkan takbir aku ‘Allahuakhbarr’, sayup ada suara ikut ‘Allahuakhbar’. Ya Allah benda ni ajuk aku. Selesai aku bagi salam, tanpa pandang belakang, seratus meter aku lari naik ke atas, terus melompat atas katil member aku. Diorang tanya kenapa aku senyap je, lepas tu senyum sinis, haha, kalau aku cerita pon mungkin diorang tak percaya.

Malam tu kami keluar makan malam di hotel. Berselera semua makan, mungkin sebab penat campur geram campur lapar, haha. Si Min tanya, “Wei, jadi tak pergi air panas? Aku nak buang kurap aku ni!”. Gila pengotor nak buang kurap rendam dalam air panas, tak dapat aku bayangkan, haha. Semua senyap je, “Kalau si pocong tu ada lagi macam mana? Dah lah aku tengok GPS dekat 90km nak ke sana”, ujar Acap. “Aku rasa baik kita pergi jelah, dah alang-alang kita datang sini, tak kan pasal hantu tu korang nak jadi penakut, kita ramai, kita makhluk tuhan yang paling mulia, sepatutnya depa takut kita, bukan kita takut kat depa”, ewahh pandai pulak si Pak Ku ni ceramah. “Jom jelah kita pergi, tapi apa-apa jadi, kita semua sama-sama harung, jangan sini sembang, dah jadi apa-apa, kau salahkan orang lain”, pintasku.

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku lead bacaan doa, dan kami minum baki air Yassin yang dibuat petang tadi. Kali ni aku didepan, sebab fon member aku tu je ada GPS. Dulu tak ada waze apa ni semua bagai, dulu guna PapaGo, haha. Menuruni bukit malam tu, “Bukkk! Alahai sudah. Kereta belakang buat double beam, kami menyusuri perlahan, drop gear dua, tak berani aku nak laju-laju dengan keadaan macam ni. Korang bayangkan, tengah korang drive tiba-tiba, kau nampak ada kain putih tutup penglihatan kau depan cermin kereta, apa kau buat? Memang dah namanya syaitan, perangai menyakitkan hati. Aku brek perlahan-lahan, supaya kereta belakang tak langgar aku. ‘Dukkk’, seakan benda yang menumpang dah terbang. Aku teruskan perjalanan kembali ke Kolam Air Panas Ulu Legong.

Aku tak tahu apesal GPS aku suruh lalu Lata Bayu, sedangkan aku dulu lalu Lata Mengkuang kalau nak lagi dekat. Memandangkan hari dah semakin larut malam, aku ikutkan sahaja GPS nih. Tiba-tiba aku terkejut, Kampung Rambong 8km belok kiri. Terus aku bagi signal, berhenti tepi Jalan. Hisap rokok sebatang, member aku tanya, “Apesal berhenti wei?”. “Aku tak tahu lah setiap kali aku search Air Panas Baling, dia keluar Kampung Rambong”, ujarku. Isa balas, “Mungkin Air Panas tu dekat area Kampung Rambong tu kot?”.

Dengan pantas aku cakap, “Eh, aku banyak kali pergi, aku tahu lah, Kampung Rambong tu, agak pendalaman hutan sedikit, bukan kawasan Ulu Legong”. Mesti ramai tertanya-tanya, kenapa aku harus takut dengan Kampung Rambong, disitulah lokasi adik Maya. Maaf ya jika ada readers yang tinggal di sana, orang kampung sana baik-baik belaka cuma si adik Maya ni je yang tersalah langkah.

‘Pinn pinn’, ada sebuah saga merah hon kami dan berhenti di depan kereta aku. Keluar dua orang lagaknya macam Pak Imam. “Anak semua ni nak ke mana? Sesat ke?”, kata orang tua tu. “Maaf pakcik, kami nak ke Air Panas Baling, tapi GPS kami rosak”, balasku. Orang tua tu berkerut dahi senyap, “Maaf pakcik tak biasa dengar pulak tempat tu”. Eh kolam air panas tu famous di kawasan ni, takkan lah orang tua ni tak tahu, aku berkata dalam hati.

“Hari dah lewat malam, kalau anak nak kolam air panas, dekat kampung atok ada, tak perlu bayaran, tapi mungkin tak sebesar kolam air panas yang anak nak pergi”, balas orang tua tu. “Korang boleh panggil atok, Tok Ali dan kawan tok namanya Tok Mok”, balasnya. Pada mulanya aku tak setuju, sebab rasa was-was aku dekat Tok Ali dan Tok Mok kuat sangat, macam dirancang-rancang je semua kejadian ni nak berlaku hari ni. “Jom lah kita ikut atok ni, dari kita kalut nak cari”, ujar Isa. Kami mengeluh, dan mengikut sahaja.

Dalam kereta aku mulai musykil, kenapa jalan yang dibawa oleh Tok Ali ni tak ada dalam GPS. Kalau korang pernah guna apps PapaGo, memang kadang-kadang tak berapa accurate, sometimes dia akan tunjuk lokasi kita di luar dari Jalan asal. So aku just assume, tak ada apa-apa kot. Kereta saga merah meluncur perlahan ke suatu simpang, aik, ada tanah perkuburan. First time aku tengok, tanah perkuburan yang besar gila. Kami lihat coverage fon pon tak ada disini. Sampailah ke destinasi yang dituju, ‘Kampung Cacar’, besar gerbang yang dibuat oleh orang kampung gamaknya. Kami parking dihadapan sebuah kedai makan, yang gamat dengan orang kampung.

“Kenapa orang kampung dekat sini nampak macam traditional sangat? Makan atas daun pisang, berkain batik ikat dikepala, yang laki memakai tanjak, tidak berbaju, ada juga memakai kebaya”, kami terbuai seketika. “Eh, marilahh menjamu dahulu”, lepas ni aku suruh cucu aku bawak korang ke kolam air panas naa”, ujar Tok Mok. Pergh makanan yang terhidang atas daun pisang tu, gulai itik, dengan ulam, ikan masin, ditambah dengan pegaga, memang membuka selera kami semua. Aku dalam rasa was-was tu, habis jugak nasi.

Perkara yang paling pelik, warga kampung di sini macam tak pelik dengan kehadiran kami. Semua buat kerja masing-masing, berbual dan main dam. Seorang gadis keluar, dengan susuk tubuh lebih kurang lingkungan umur 20-an, berbaju kebaya sulam kuning, bau yang harum. Perghh, “Inilah cucu Tok, namanya Melati, Melati akan iring korang ke sana”. “Melati, orang dekat kampung ni, memang berpakaian macam orang dahulu ke? Piring astro pon kami tak nampak”, ujarku sepanjang perjalanan ke kolam air panas.

“Di sini kami memang tak bercampur dengan orang di bandar, kami suka dengan cara kami, kami tak suka orang luar memandai-mandai tukar budaya kami”, terkedu aku kejap. Sesampainya aku dekat kolam air panas, melopong kami semua, ada dekat berbelas perempuan berkemban main di gigi kolam. Kepala otak aku seakan tak boleh menerima, baru seketika tadi aku disapa oleh dua orang tua yang lagaknya macam tok imam, kali ni kami dihidangkan dengan gadis-gadis berkemban pula.

Dalam melopong pon, kami melangkah jugak ke kolam, hahaha. Gadis-gadis disitu cantik sangat, dengan kulit sawo matang. Sambil kami berendam diorang renjis-renjis air kepada kami, macam dirancang, setiap orang dari kami akan didampingi oleh seorang gadis. “Nama awak siapa?”, ujarku. “Namaku Salwa, orang disini panggil ku puteri kerana aku anak penghulu”, ujarnya. Pergh, dengan lenggang lenggok dia bercakap, susah aku nak describe dekat sini, kira iman boleh luntur lah, haha, dah lah memang iman tak berapa nak kuat.

“Boleh saya tahu, kenapa dari tadi saya tak nampak langsung remaja lelaki? Yang saya nampak anak dara, atok dan nenek sahaja?”, ujarku. Tiba-tiba Salwa menangis, “ramai budak lelaki yang sebaya denganku dah dibawa ke Rambong, mereka dikerah kerja di sana”. Terkejut aku, “Rambong? Maksud awak kampung Rambong? Kenapa kena ikut arahan penduduk di sana? Kuat sangat ke pengaruh Tok Penghulu Rambong tu?”, aku bertanya. Salwa pandang mata aku, dia tarik aku mengikutinya.

“Saya tak boleh bercerita tentang Rambong ditempat yang terbuka. Rambong merupakan salah satu kampung terkuat dalam wilayah ini, ada seorang panglima yang kami gelarkan Radin Piki yang sangat kejam sampai boleh buatkan seluruh kampung mengikuti cakapnya”, ujar Salwa. Aku semakin keliru, aku baring di pondok itu. Entah berapa lama aku tidur, aku terkejut disebelahku ada Salwa. “Ahh, sudah, aku ada buat apa-apa ke dengan dia malam tadi? Air tuak yang diminum semalam, betul-betul buat aku jadi lemau”. Aku kejutkan Salwa, dia tersenyum sinis, “Kenapa Salwa tidur di sini? Atok tak datang mencari ke?”, ujarku. “Atok yang suruh teman aku tidur di sini, malam tadi awak boleh tahan ya”, sambil Salwa senyum sinis. Apa aku dah buat nih, termenung aku sendiri.

Salwa bawak aku datang ke rumahnya, aku dijamu lagi dengan bubur kacang. “Kamu sukakan anakku?”, ujar Tok Penghulu. Tersembur air aku dengar. “Saya baru kenal dengan Salwa satu hari tok, saya perlu masa nak kenal dengan Salwa lagi, Tok boleh saya tahu di mana kawan-kawan saya?”, ujarku. “Mereka dah pulang”, balasnya. Lagi sekali nak terbatuk aku dengar, takkan mereka tinggalkan aku. “Tok biar betul? Takkan diorang tinggalkan saya dekat sini? Tok bergurau ya?”, aku tersenyum.

“Masa bila aku bergurau? Mereka memang dah tinggalkan kampung ni malam tadi, engkau yang minta supaya ditinggalkan kerana sukakan Salwa”, ujar Tok Penghulu. Aku tunduk, aku jadi bingung, adakah aku betul tinggal dikalangan manusia, atau penglihatan aku dibutakan sementara. Salwa pegang tanganku, “tangan ini yang menyentuhku semalam, kenapa perlukan masa, kenapa tak setujukan sahaja perkahwinan ini, Salwa dah mula sayangkan dia tok:, Salwa tiba-tiba bersuara. Meremang badan aku bila dengar Salwa cakap macam tu. Aku tarik nafas panjang-panjang. “Aku harus segera selesaikan masalah ini”, ujarku dalam hati.

Aku berjalan keliling kampung, aku terjumpa Tok Ali. “Tok, saya tahu tok, saya tinggal di alam lain, maafkan saya tok, mungkin saya ada menyinggung perasaan tok, tapi tunjukkanlah saya jalan yang betul, seseungguhnya saya tahu Tok dikalangan makhluk Allah yang terpuji, janganlah manfaatkan manusia yang sering leka macam saya ini ke dalam dunia Tok”, panjang lebar aku merayu. “Bagaimana engkau yakin yang engkau berada di alam yang lain wahai anakku? Jika betul engkau mahu tahu, maafkan aku, Radin memaksa aku untuk menarik engkau berada di alamku supaya dia senang untuk membalas dendam”, ujarnya. Balas dendam apa pulak ni, bila masa aku berdendam dengan dia, kenal pon tak.

Tok Ali kata kawan-kawanku malam tadi dah dibawa ke Rambong, engkau pula disembunyikan oleh Salwa. Sebab diorang tahu aku sahaja boleh pulihkan keadaan kampung ini. Aku duduk diserambi rumah, aku merokok. Seakan tak logik benda ni jadi dekat aku, mahu jadi gila kalau aku ceritakan segala benda ni dekat orang luar. Tok penghulu datang, “jika ada sesuatu yang pernah engkau mulakan, akhirinya dengan baik”. “Tok, bawak saya berjumpa dengan Radin, saya nak selesaikan perkara ni”, ujarku. “Di sana engkau tidak berkuasa, malahan tak boleh berunding, senjata engkau di sana hanyalah iman”, balas Tok Penghulu. “Aku sengaja arahkan Salwa untuk menggoda engkau, tapi walaupun iman kau goyah, kau tak buat apa-apa dengan dia. Berdepanlah dengan Radin, selesaikan masalah yang berlaku”, Tok berlalu pergi.

Aku dibawa pergi ke Rambong sebelah malam oleh beberapa orang kampung. Sunyi tiada orang, obor banyak dikeliling kampung. Tiba-tiba mata aku tertangkap sesuatu, kelibat manusia, tua, bercangkung di halaman. Aku pandang keliling, orang kampung yang mengiringi aku pon sudah tiada. “Maaf saudara, mungkinkah engkau Radin?”, ujarku berani. “Engkau kenal Radin Rapit?”< dia bersuara garau. “Maaf aku tak kenal, adakah aku pernah berbuat sesuatu yang mengancam hidup engkau, wahai saudara?”, aku cuba berbahasa basi.

“Engkau kenal Maya? Engkau tahu apa perjanjian ayahku dengan Maya? Maya dah berjanji untuk mengotakan segala janji kepada ayahku, tapi engkau terlebih dahulu membunuh ayahku”, balasnya. Aku senyap membisu, dah diduga apa yang terjadi ada kaitannya dengan Maya. “Seharusnya engkau tahu apa yang ayahmu buat kepadaku terlebih dahulu, kita berdua makhluk Allah, berkongsi dalam dunia yang serba nyata, cuma kehidupan kita berbeza, kenapa ayah engkau setuju untuk mengkhianati aku??”, lagak marah sikit, biar dia tahu kita geram, haha.

“Wahai pemuda, dunia aku dan duniamu tak jauh berbeza, mudah alpa dengan apa yang dijanjikan sampai lupa apa yang ada di depan mata, engkau dan aku tak jauh beza, engkau jauh terkutuk, di usia muda engkau sanggup berbuat suatu yang dilakhnat Allah, sekarang engkau tunding jari dosa kau ke ayah aku pula”, ujarnya marah.”Wahai hamba Allah, aku akui kesilapan yang dah aku lakukan, tetapi kenapa engkau meneruskan amarah ayahmu? Kenapa engkau menzalimi wilayah ini, kenapa kau menghukum kesalahan aku ke atas kawan-kawan aku? Aku tahu engkau makhluk bunian yang berkongsi dunia dengan kami, maafkan aku di atas perbuatanku kepada ayahmu, kalau ia boleh menebus kembali ayahmu, akan aku lakukan, tetapi jika engkau suruh aku menjadi hambamu, aku akan melawan”, ujar aku. Tiba-tiba penglihatan aku jadi gelap, aku rebah ke tanah.

Aku bangun, macam mana aku boleh ada dekat hospital? Aku panggil nurse, “siapa yang bawa saya ke sini?”. “Oh ada beberapa orang bersama dengan beberapa orang polis mendaftarkan encik”, ujarnya. “Keluarga saya tahu ke apa yang berlaku?”, pertanyaanku. “Ya, mak ayah encik baru sahaja keluar sebentar tadi, tapi encik dimasukkan hospital bersama lagi sembilan orang kawan encik, tapi mereka dah pon discharge last pagi tadi”. Fuhh lega aku dengar. “Boleh telefon orang yang daftarkan saya masuk ke sini? Tapi Jangan maklumkan dahulu kepada orang tua saya ya”, aku memohon.

Datang seorang ustaz dan dua orang anggota polis ke katil aku. “Dah seminggu kami buat rondaan, kami perasan ada tiga biji kereta parking tepi Jalan di area pecan Baling. Disebabkan itu kami dikerahkan untuk membuat penyiasatan, malangnya tak mendatangkan hasil. Kami juga dah cuba hubungi pihak Universiti dan ahli keluarga, tetapi jawapannya masih negative, nasib baik ada seorang hamba Allah sudi membantu kami, ini dia Ustaz Nizam”, ujar polis itu panjang lebar.

“Alhamdulillah adik dah sedar. Adik bermain dengan api, adik biarkan api tu merebak, disebabkan itu kehidupan adik tak tenteram kan? Abang rasa adik dah dapat menduga apa yang abang nak cakapkan, tapi nasihat abang satu sahaja. Setiap perjanjian syaitan dengan manusia 100% mendustakan dan menyesatkan, jangan sesekali adik terjerumus dalam godaannya. Perkampungan yang adik jumpa itu, adalah perkampungan bunian, nasib baik tok penghulu kampung itu berjumpa dengan tuan guru abang menceritakan apa yang berlaku kepada adik dan kawan-kawan, yang berpunca daripada adik sendiri, sekarang api yang membakar dah semakin merebak. Ayahnya dah dihapuskan, tetapi adiknya tak dapat dihapuskan. Adik bernasib baik kami sempat datang sebelum keadaan menjadi semakin parah. Dekatkanlah diri dengan Allah, bukan hanya sekadar berani, itu tak cukup, berani tanpa iman, umpama ada senjata tetapi tak bijak gunakannya”, monolog Ustaz Nizam panjang lebar.

Aku menangis. Aku fikir apa yang terjadi sudah sampai pada nokhtahnya, tetapi ia saling berkait. Perkara ini dah melibatkan ramai orang, yang aku takut ia mungkin akan menggangu keluargaku nanti. Alhamdulillah aku banyak dah berubah, aku nak memperkuatkan benteng imanku, mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. Tetapi tidaklah aku maksum, aku masih merangkak belajar, sekurang-kurangnya apa yang aku bakal hadapi selepas ini, aku dah bersedia. Aku teringat aku pernah baca satu cerita dalam FS ni tentang pengalaman masuk ke dunia bunian di Baling, aku rasa mungkin perkampungan yang sama, waallahualam. Pengalaman kawan-kawan aku lagi tak tahan, dorang tengah melayan awek bunian tu, tiba-tiba kepala kena ketuk dengan sesuatu. Sedar-sedar dah ada dalam kurungan. Dilayan macam hamba, diberi makan ulat, haha.

Alhamdulillah, yang penting kami selamat. Banyak penderitaan yang aku alami selepas itu, walaupun naik turun hidupku, aku bersyukur makin lama kekuatan aku bertambah. Cerita yang aku ceritakan ini adalah dari pengalaman sebenar aku, nampak memang macam tak logik, tapi hakikatnya ini yang berlaku di atas dosa aku sendiri. Aku perasan ramai yang tak percaya cerita tentang Maya. Aku pon tak boleh nak buat orang percaya bulat-bulat apa yang aku karang, cuma ianya memang realiti kehidupan aku. Ambillah yang baik, buang yang tak baik. Assalamualaikum.

Jerenk

Leave a Reply

31 Comments on "Aku Masih Bernyawa"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Darm

ok lagi?

amaleen

Seramnyer!!! Nasib kena makan ulat kalau ular macam mana?????
Hahhahahah

k

Next ramli awang murshid bhaiii

gadis

Hmmm.. Sy prcya

z

Dahsyat. Speechless.

cendanaxx

cant imagine benda yg kau cerita ni. berani betul kau bro. fuh

bukan kak mah

unimap

BungaMerahPunya

Duhh..fall in love banget ama cerita ini..tulisannya bagus skali…

no name

Mana kak yulie ? Tgh elaah buku Aku Sebuah Mimpi ke ? Huhu. Ni haa endingnye kak. Aduhai hmm kcut prut.dasat tol ?seram mak nan

Kak Yulie

Haahahah…
Berkerut2 dahi bace nih…
Cepat tua lah akk weeiii camni…

Miss As

Msti student UniMAP.. nampak mcm x logik je crita, tp ada logik jgk.. haha..btw,masih blajar di UniMAP lgi ke? Kos ape ye? Sistem E? Manufact? Meca?Macam teringin nk kenal je confessor ni.. hehe .. kalau crite ni btol, be strong confessor.. slalu dekatkkn diri ngn Allah.. jaga diri.. don’t be naughty2

Jentayu

Aku sampai sekarang tak jumpa kes Maya yang pernah gegar satu Malaysia sampai masuk paper tu. Ada sesiapa boleh share keyword supaya aku senang google? Misteri sangat ni tak jumpa jumpa..

Maya

Hai. Saya Maya. Awak masih ingat pada saya?

wawa

tabahkan hati untuk mnghadapi dugaan k.. mgkin dosa2 masa lalu yg membuatkan hidup anda sentiasa mncabar insyaallah suatu hari nanti saudara akan berjumpa dgn jawapanya

N

huuuu…bestttt!

Jemah Jenaka

sambung please.

Langsat

macam………………………………………………………too good to be true

Jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku lead bacaan doa, dan kami minum baki air Yassin yang dibuat petang tadi. Kali ni aku didepan, sebab fon member aku tu je ada GPS. Dulu tak ada waze apa ni semua bagai, dulu guna PapaGo, haha. Menuruni bukit malam tu, “

dari pukul 10 malam,gerak naik kereta jumpa pak imam pe bagau, tetiba masuk kampung makan2??

“Kenapa orang kampung dekat sini nampak macam traditional sangat? Makan atas daun pisang, berkain batik ikat dikepala, yang laki memakai tanjak, tidak berbaju, ada juga memakai kebaya”, kami terbuai seketika. “Eh, marilahh menjamu dahulu”, lepas ni aku suruh cucu aku bawak korang ke kolam air panas naa”, ujar Tok Mok. Pergh makanan yang terhidang atas daun pisang tu, gulai itik, dengan ulam, ikan masin, ditambah dengan pegaga, memang membuka selera kami semua. Aku dalam rasa was-was tu, habis jugak nasi.

pelik citer ko ni..yer tak ye ni

Kak Yulie

Cerita die x berbelit2 ok mdh difahami….
tapi akk jd bluurrr sbb nk kena flashback2 plak…
Hakak ni dahlar ‘BUKAN MELAYU’ MUDAH LUPA…
Adeeehhhh…

No Name

Aku susah nak percaya sejak cerita aku rindukan maya lagi..sebab terlalu ramai orang yg mati..pastu cerita aku event manager pulak terlalu banyak hantu.. (hantu receptionist, hantu pakcik nelayan, hantu budak duk kat bahu) cerita terbaru ni lagi susah aku nak hadam..bosan & mengantuk giler..tersengguk2 aku nak terlelap..page ni name je fiksyen shasha tapi pembaca mengharapkan kisah benar penulis..bukan kisah khayalan menjelma..ketika fikiran menjauh mengenangkan mu..haiyoo..

Kak Yulie

Yg ghase xleh hadam sesgt part g kolam air panas tu…
Gerak dh mlm, bkn dekat plak tu 90kilometer…
Pastu dh sesat2 dlm 10 org tu xde ke yg waras+berakal ajk patah blk jer…
Pastu gigih bebenor nk g kolam air panas smpikan main ikoooooottt jer pakcik2 tu…
Lagi pelik, dlm 10org tu xde sorg pun ekkk yg boleh argue psl nk mandi kolam dgn didamping awek2 berkemban…?????
Takkanler 10-10 tu xde sorg pon yg siuman???
Mmg patutler dikerjakan org sana, udah selooowwwww bebenor semuanye…

Jerenk

Masa saya student di utara dulu, benda ni tak pelik, pukul 2 pagi kami sanggup bertolak ke air panas baling, sebab lagi pagi lagi ramai umat manusia, yelah mungkin badan dah letih, bila syaitan nak menyesatkan, 10 orang pon, sorang pon xboleh berfikir, macam dah dibutakan, terpukau dengan godaan dunia bunian, waallahualam

Kak Yulie

Mmg carik paseiler pepagi buta nk mandi kolam dik…
Kang jd pape org lain yg susah, klu x terpaksa tlg elakkan yer…
Mmg syaitan nk menyesatkan, jgn lupe tambah ayat satu ni jugak tau, “bile Allah mengizinkan…”.
Sbb bkn kuasa tu pd syaitan, tp dr Allah atas asbab syaitan…
Peace…!!!

juju

memang camtu kak yulie. sy org baling. mmg start pkul 2 pagi baru ramai kat situ. meriahnya mcm pesta

anacondas

ler mmg gitu ke kesahnye…ingt deme ni je yg saje cari pasei…baru ku tahu..msti best mlm2 rendam air panas…

Kak Yulie

Leerrr…
Camtu plak ekkk…
Itu mcm antu pon segan nk kuor…
Hehehehehe…

ania

betul tu kak, klu nak pergi mandi d kolam air panas mmg malam le paling best, klu pi siang2 udah le air nye panass..

Aj

Penceritaan dan jalan ceritanya bagus..bila di claim cerita ini benar dan ia betul2 terjadi,amat susah untuk percaya..terlalu klise dan seakan2 imaginasi seperti novel2/cerpen seram yang lain..smua yang terjadi hanya penulis yang tahu..ape2 pun bagus dan keep it up!teruskan menulis..seronok baca

Truther

ape perjamjian maya dengan ayah raden ni?
Maya mati umur berapa?
apesal aku tak jumpa kes Maya? Kata Popular..sepopular kes Mona Fendi tak?
Aku penat mencarik ….kes Maya ni…Apesal tak de?
Kes kat Malaysia yg tergempar aku jumpa…Kes Mamali..Mona fendi..Maya Tara..
Someone kalau ada please share kat sini

Ayin

setiap yang berlaku ada hikmahnya. jangan give up je. teruskan perjalanan hidup, bro. mmng susah nak hadam cerita ni tapi saya percaya. xde yang impossible kat dunia ni. kun fayakun. klau Allah dah nakkan sesuatu terjadi, mmng ianya akan terjadi. stay strong! kena selalu mengaji dan jangan tnggal solat. doa banyak2. moga tabah selalu

Ian

Ok la kot

Aku

Kalau tengok dari awal cerita ‘Aku rindukan Maya’ dan second story ‘aku event manager’ ada beberapa fakta yang tak kena dan tak berapa berkait yang sebenarnya agak ‘menganggu’ sikit pembacaan aku. Hahaha.

Tapi jalan cerita dia memang menarik. Penulisan pun cantik. Kalau cerita ni rekaan, memang imaginasi kau tinggi la bro! Terbaik!

Apa² pun, memang tak boleh kita nak nafikan kehidupan mahkluk lain dalam dunia kita ni.

Makhluk berbeza, juga dunia yang berbeza. #TerbaikCeritaKauBro #AkuSuka

wpDiscuz