Aku, Pak Lang dan Lelaki Misteri

#notapenting: Kisah Lelaki misteri aku ada kongsikan dalam episod Permulaan. Tapi aku tak nampak pun admin share. Mungkin x bersesuaian. tak apalah.

Assalamualaikum pembaca tegar Fiksyen Shasha. Alhamdulillah…bertemu kita lagi sekali hari ni. Terima kasih admin FS sebab sudi share pengalaman aku. Semoga korang semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus membaca kisah aku. Hehehe. Ada pengajaran yang berguna untuk korang di akhir nanti. Bukan akhir part ni. Tunggu la ye. Sekarang aku ceritakan pengalaman aku masa Paklang latih aku dan masa aku ikut dia pergi merawat. Mungkin kisah aku kali ni panjang sikit. Harap korang dapat la spend masa untuk baca ye. Jangan baca time kerja. nanti rezeki x berkat sebab curi tulang. Kalau time rehat tu ok la. Sekali lagi terima kasih untuk Fiksyen Shasha sebab kongsikan kisah hidup aku. So, let start the story, hehehe.

Pak Lang: Assalamualaikum…

Terdengar suara orang memberi salam dihadapan rumah aku. Ketika ni aku sedang beristirehat di istana ku. Hahaha. Takde lah. Aku tengah baring2 je dalam bilik masa ni.

Pak Lang: Assalamualaikum…

Aku berlari keluar bilik dan menjawab salam sambil membuka pintu. Masa ni kalau tak silap aku baru lepas asar hari Isnin. Aku tak ke masjid sebab penat sangat baru balik dari dan kelas mengaji. So. Mc la ke masjid hari ni.

Aku: Waalaikummussalam (sambil bukak pintu rumah). Ooohh Paklang. Jemput la naik. Ayah takde. Belum balik dari masjid. Mak ada kat dapur tu. Paklang nak jumpa ayah ke?
Pak Lang: Iye ngah, ada benda Paklang nk bagitau dia. Takpe lah. Paklang tunggu je la dia balik.
Aku: Ok, masuklah dulu. Angah panggilkan Mak ye.

Paklang anggukkan kepala je sambil senyum. Aku gerak ke dapur dan bagitau Mak yang Paklang datang. Mak pun keluar jumpa Paklang. Lupa nak cakap, Paklang ni adik beradik belah Mak bukan belah ayah. Mak tanyakan Paklang nak minum apa dia nak buatkan. Paklang cakap la Teh O je cukup. Aku pn menyampuk. “Mak, angah nak Milo ye” hahahaha. Menyibuk je kan. Mak terus ke dapur buat air. Sambil tunggu Mak datang dengan air tu aku sembang2 la jugak dengan Paklang.

Aku: Paklang, Kak Long tak balik lagi. Tak tau la mana dia pergi.
Paklang senyum je macam nak gelak pun ada. lepas tu dia cakap.

Pak Lang: Paklang datang ni bukan nk tengokkan Kak Long. Kak Long dah sihat dah. Paklang datang ni nak tengok angah la.
Aku terkejut.
Aku: Kenapa nak tengok angah, Angah ok je. Angah takde jin pun.
Mak: Haa. Elok la tu Lang. Kau baca2kan sikit kt si Angah ni, biar pandai sikit buat air sendiri.
Mak berseloroh.
Pak Lang: Hahaha… Budak2 Timah, biasa la tu. Nak manja dengan Mak dia.
Aku buat don’t know je. sambil minum air milo fevered aku tu hahaha. Serius aku cakap. milo dulu dengan milo sekarang rasa dia tak sama. Tambah lagi mak yang buatkan. Pergggghhh… sedap weyhh.

Pak Lang: Haa… Lambat lagi ke laki kamu nak balik ni?
Mak: Kejap lagi balik la dia tu. Biasa la dia tu lepas solat asar mesti ada agenda dengan ajk masjid tu kat kedai kopi. Agenda apa tu tak tau la pulak.
Pak Lang: Takperlah. aku tunggu jelah. Lagi pun awal lagi ni.
Mak: Iyelah. Aku nak ke dapur dulu ni. Nak siapkan bahan masak makan malam nanti. Kau makan kat sini je lah ye Lang.
Pak Lang: Ishh… tak boleh rasanya sebab lepas Isyak aku nak ke rumah Hamid. Dia panggilkan aku tolong tengokkan rumah dia. Aku dah janji dengan dia malam ni. Tak elok la pulak kalau lambat.
Mak: Tak apa lah kalau dah macam tu.
Aku: Mak… Angah nak ikut Paklang boleh??
Mak: Ishhh… tak boleh. Kamu sekolah esok.
Aku: Yelahh.

Tengah rancak berbual tu dengar orang bagi salam dari luar rumah.

Ayah: Assalamualaikum…
Aku, Pak Lang dan Mak: Waalaikumussalam…

Ayah dah balik rupanya.

Ayah: Eh? Kamu pun ada kat sini juga Lang. Ada apa ni?
Mak: Kot yer pun masuk la dulu.
Lepas salam dengan Ayah mak terus ke dapur dan ayah duduk kat kerusi ruang tamu. Masa tu tak ada lagi sofa. Ada kerusi kayu dengan kusyen tu pn dah kira mewah dah masa ni dan kusyen2 tu akan jadi mangsa aku masa mak keluar gi pasar pagi. Aku buat jadi kem tentera terus. Main tembak2 dengan kakak aku. Hahahahaha…

Pak Lang memulakan perbualan….
Pak Lang: Man, begini… hajat aku ni nak pinjam la anak kau ni haa hujung minggu ni. Aku ada nak latih dia sikit supaya dia biasakan diri dengan apa yang dia ada sekarang ni. Jadinya hujung minggu ni dia tinggal dengan aku pun takpe.
Ayah: Iyelah Lang… apa yang kau rasa baik untuk angah ni baik la untuk aku jugak. Cuma kau tengok2kan la dia ye.
Pak Lang: InsyaAllah Man… soal makan minum kau jangan risau. Mak Lang dia ada.
Ayah: Aku izinkan.
Aku macam biasa la curi2 dengar orang tua bersembang. Hahaha menyibuk je kan.
Pak Lang: Ngah. Hari Khamis nanti Paklang datang ambik ye. Tidur rumah Paklang.
Aku: Yess… ok Paklang.

Dipendekkan cerita, Paklang balik la ke rumah dia dan aku pun lalui hari2 aku seperti biasa dan aku tak sabar nak tunggu hari Khamis sebab nak ikut Paklang Hahahaha. Aku ni memang rapat dengan Paklang sebab Paklang bagi duit Raya kat aku paling kurang pun RM10. Sebab Paklang jenis yang tak kedekut dan tak berkira dengan anak buah dia. RM10 dah banyak tau tak masa ni… So, hari yang ditunggu pun tiba dan aku ikutla Paklang ke rumah dia. Paklang datang ambik aku lepas Asar. Dia cakap kalau lepas Maghrib dah tak elok sangat dah kalau keluar rumah.

Sampai rumah Paklang tu aku buat macam biasa. Salam dengan Maklang. Maklang terus tanya aku nak makan apa. Untuk pengetahuan korang semua la Paklang dengan Maklang tak ada anak. Ujian Allah bagi kat diorang. Tapi aku tengok diorang bahagia je. Terima je apa yang dah Allah tetapkan kat diorang. Sebab tu la Paklang dengan Maklang baik dengan anak buah dia tambah2 aku. Diorang anggap macam anak sendiri. So back to the track, Aku jadi macam putera la kat rumah Paklang masa ni. Aku cakap kat Maklang masak apa2 je boleh. So, Maklang terus ke dapur masak apa yang patut dan dalam keluarga Paklang ni makan malam mesti la sebelum Maghrib.

Lepas selesai makan, kami semua solat Maghrib berjemaah dan Paklang ada pesan lepas Isyak nanti teman dia sebab ada orang nak datang berubat.

Selepas selesai solat Isyak. Waktu masa ni dalam 9.30 lebih kurang. Aku namakan orang yang datang tu Husin je eh. Nama sebenar dirahsiakan.

Husin: Assalamualaikum Paklang.
Pak Lang: Waalaikumussalam… Haaa Husin…masuklah. Langkah kanan dulu ye.

Memang orang kampung kt sini panggil Paklang aku tu Paklang jugak. Husin ni datang bawak isteri dia. Yang nak berubat tu isteri dia la. Mengikut cakap Paklang, isteri dia tu sakit kaki bila lepas waktu Asar. Makin teruk bila nak dekat Maghrib. Sakitnya sampai ke tulang belakang. Memang aku tengok isteri dia tu pun macam sakit la sebab muka dia pun lain macam.

Husin: Maaflah yer Paklang… lambat sikit. Macam2 hal tadi nak datang.
Pak Lang: Eh… tak apa. Biasala tu.

Aku dekat dengan Paklang sambil bisikkan kat telinga Paklang.

Aku: Paklang, tadi ada benda pegang kaki isteri dia. Sekarang dah tak ada. Dia tak ikut tapi dia duduk tunggu depan tangga tu.
Pak Lang: Hemm… Paklang nampak jugak. Tak apa. “dia” tak berani nak masuk.
Pak Lang: Haa…Husin, ada bawak barang yang aku pesan hari tu.
Husin: Ada ni Paklang. Limau nipis tujuh biji, kelapa muda sebiji dan akar beluru ni. Cukup dah semuanya.
Pak Lang: Baguslah. Sebelum kita mula ni, aku ada nak tanya sikit.
Husin: Apa dia Paklang?
Pak Lang: Kamu ada bawak isteri kamu pergi mana2 ke sebelum ni?
Husin: Tak ada pun Paklang. Isteri saya ni sakit lepas dia balik dari menoreh hari tu. Dia mengadu kat saya kaki dia kebas dan sakit2. Saya bawak gi klinik. Doktor cakap tak ada apa masalah. Tu yang saya cari Paklang nak ubat cara kampung.
Pak Lang: Tak apa lah. Kita usaha mana yang boleh ye. Yang menyembuhkan tu Allah, bukan aku. Kene ingat, aku taknak nanti kamu cakap aku yang menyembukan isteri kamu, syirik jadinya. Aku tak ada kuasa menyembuh. Ingat.
Husin: Ingat Paklang.
Pak Lang: Izinkan aku mulakan rawatan ye. Kalau ada tersentuh isteri kamu aku minta maaf tapi InsyaAllah tak kena.

Serentak dengan tu bau busuk memenuhi ruang tamu rumah Paklang. Husin dengan Paklang masing2 tutup hidung. Aku buat selamba je.

Husin: Bau apa ni. Busuknya.
Pak Lang: Tak pernah pulak aku berubat orang bau macam ni. Ngah, kamu kentut ke??
Aku: Sengehh menampakkan gigi. Iye Paklang, tak tahan. Dah tahan dah tadi tapi terlepas jugak tapi tak bunyi kan.
Pak Lang: Ishh kamu ni. Tak senonoh, dah pergi ambik wudhuk.

Husin macam marah je sebab terbau kentut. Tadi aku bantai telur rebus 3 biji masa makan malam. Maklang memang sentiasa sediakan telur rebus kat meja makan. hahahaha..tak sengaja.. Selesai ambik wudhuk aku duduk sebelah Paklang semula. Paklang memang tunggu aku untuk berubat isteri Husin tu. Isteri Husin ni orang panggil Kak Jah.

Pak Lang: Ada rasa sakit lagi tak kat kaki kamu tu Jah.
Kak Jah: Dah kurang dah. Cuma ada kesan lebam je ni. Tadi nak jalan ke sini pun tak larat Paklang. Kaki rasa berat je.
Pak Lang: Kamu ada kacau tempat dia Jah. Tu yang dia marah sangat kat kamu. Kamu ingat tak masa kamu pergi menoreh kamu ada terpijak busut?
Kak Jah: Haaa ada. Ingat, tapi bukannya saya sengaja Paklang.
Pak Lang: Iye. Memang kamu tak sengaja tapi “dia” tu ha tak kira dah. Dia nak kacau kamu jugak. Sebab itu dia bergayut kat kaki kamu, ikut kamu balik rumah. Dah alang2 dia ikut kamu tu, d***h kamu tu jadi makanan dia. Tu yang lebam2 kaki kamu tu.
Pak Lang: Kamu jangan risau. Dia tak boleh masuk. Izinkan aku mulakan ye.

Paklang ambil bahan yang di bawa oleh Husin dan dia p****g semua 7 biji limau nipis tu kepada dua bahagian dan perah kedalam besen kecik yang dah di isi air. Lalu dia letakkan akar beluru dan Paklang kacau air campuran tadi dengan jari telunjuk je sambil membaca ayat dari al-Quran ada jugak ayat yang Paklang baca tu macam apa yang aku dapat dalam mimpi. Dah selesai bacaan Paklang bagi besen kecik tadi kat Husin dan menyuruh Husin sapukan air ke kaki isteri dia dengan menggunakan akar beluru tu. Sedang Husin sapu, Paklang bangun dan ke depan pintu rumah. Dia mulakan perbualan dengan Jin yang menggangu Kak Jah tu. Elok je dok tunggu depan rumah. Aku ikut Paklang ke depan lepas dia cuit aku suruh ikut.
Sesi dialog dengan Jin (Aku dengan Paklang je dengar apa yang dibualkan)

Pak Lang: Assalamualaikum…

Kali ni aku tak jawab. Hahaha

Jin: …………………………hemmmmmm
Pak Lang: Islam?

Jin tu menggelengkan kepala.

Pak Lang: Jika kafir, aku tiada urusan dengan kamu. Pergilah ke tempat asal kamu. Jangan diganggu manusia lagi.
Jin: Dia dah rosakkan rumah aku. Dia dah ganggu aku. Aku dah tak ada tempat untuk aku tinggal dan makan. Aku ikut dia.
Pak Lang: Bukan salah dia. Dia tak nampak kamu. Bahkan tempat tinggal kamu pun dia tak tau. Dia tak sengaja.
Jin: Aku dah tiada tempat tinggal. Aku suka tinggal bersama dia.
Pak Lang: Sudah. Cukup sampai sini je kamu menumpang dia. Manusia dengan Jin tidak boleh bersama sampai bila2. Kamu pergilah atau kamu nak aku pindahkan kamu ke tempat lain??
Jin: ……… hemmmm…
Pak Lang: Kalau itu yang kamu inginkan.

Paklang kemudian turun dari rumah dan mula membaca sesuatu dan melakukan aksi seperti menarik dan melepaskan ke langit dan Paklang pun berkata;

Pak Lang: Wahai makhluk ciptaan Allah SWT pergilah kamu ke tempat barumu. Ke tempat asal usul mu. Dari hutan kembali ke hutan, dari laut kembali ke laut dari gunung kembali ke gunung. Dengan kalimah Laa Ila ha illallah…Muhammadar Rasulullah… aku perintahkan kamu pulang ke asal mu. Allahhuakbar……

Paklang kemudian menadah tangan dan berdoa. Lepas tu Paklang naik semula ke dalam rumah untuk tengok keadaan isteri Husin dan bagitau Husin yang semua dah selesai. Paklang panggil Maklang suruh bawakkan plastik putih untuk masukkan lebihan air dan segala bahan yang ada dalam besen tu untuk Husin bawak balik. Kelapa tu pulak Paklang dah tiupkan ayat al-Quran. Paklang pesan kat Husin.

Pak Lang: Balik nanti suruh isteri kamu mandi dengan air campuran ni. Tambahkan dengar air biasa dan campurkan dengan air kelapa ni. Lepastu kamu suruh dia gosok seluruh tubuh dia dengan akar beluru ni. Buat macam sabun. Dah siap semua bilas dengan air bersih. Lepastu smua bahan ni kamu suruh isteri kamu buang kebelakang dia melepasi kepala dan barulah kutip masuk dalam plastik untuk dibuang.
Pak Lang: Air ni aku buat untuk pulihkan semangat Isteri kamu dan buang segala kesan jin yang menumpang. Mudah mudahan tak ada lagi gangguan. Insyaa Allah… sama sama la kita doa ye.
Husin: Terima kasih Paklang. Allah saja balas jasa Paklang. Kalau dah selesai smuanya saya balik dulu lah. Ni ada sedikit sumbangan dari saya seikhlas hati.

Paklang mulanya menolak tapi bila berkali2 Husin cakap supaya ambik, Paklang pun terima sumbangan Husin tu berupa 4kg Gula pasir dan 2 tin susu cap junjung. Paklang ucapkan terima kasih dan mintak halalkan pemberian Husin tu. Husin pun balik dengan isteri dia.

Berbalik ke kisah Aku. Selesai sesi berubat Isteri Husin tu lebih kurang pukul 11.30 mlm mcam tu la. Paklang bagitau aku.

Pak Lang: Ngah, malam nanti bangun tahajjud, nanti Paklang ajarkan macam mana kamu nak berinteraksi dengan Jin ni dan macam mana kamu nak kenal Jin itu Jin yang tak mengganggu dan yang mengganggu dan macam mana kamu nak mengubat orang. Kamu muda lagi, gunakan kelebihan yang Allah bagi kat kamu tu untuk kebaikan.

Alkisahnya, malam tu aku tidur dan aku mimpi lagi Lelaki Misteri tu datang dan berbual dengan aku dalam mimpi. Lepas tu aku tersedar dan bangun ambik wudhuk untuk tahajjud berjemaah dengan Paklang dan Maklang. Dah selesai tu Paklang ajarkan aku smua yang dia tahu sekian sekian, dan pesan pada aku supaya jangan rasa takut dengan makhluk lain. Takut hanya pada Allah SWT sahaja. Aku ceritakan smua pada Paklang tentang mimpi aku. Tentang ayat yang selalu bermain dalam kepala aku.

Paklang sebenarnya dah tau. Lelaki Misteri tu pun ada juga berjumpa dengan Paklang dalam mimpi. So ada kaitan la antara aku dengan Paklang. Patut lah Paklang nak sangat aku bersama dia. Tapi takpelah, asalkan tak mensyirikkan Allah SWT tu yang utama. 7 tahun aku belajar cara rawatan dengan Paklang dan sepanjang itu juga lah aku tidak boleh sesekali tinggal solat tahajjud dan aku kene jaga hubungan aku dengan Allah. Dalam tempoh masa 7 tahun aku belajar dengan Paklang masa nak merawat pasangan suami isteri kampung sebelah tu yang paling menyeramkan.

Kejadian tu masa aku dah tamat peperiksaan SPM sementara menunggu panggilan sambung belajar dari Universiti tempatan. So banyak masa free, jadi memang aku akan ikut Paklang berubat dan masa ni aku dah pun pandai untuk merawat orang. Ikut kemampuan aku la. Setiap kali aku berubat kalau aku sendiri tak mampu nak lawan Paklang akan tolong. Kalau tak mampu jugak Lelaki Misteri akan masuk dalam tubuh aku. Aku jadi medium. Sebab ada sekali tu Lelaki Misteri tu ada bagitau dia akan tolong jika aku tak mampu, syaratnya aku kene panggil dia dan ada caranya.

Ceritanya begini……

Cerita ni dari sumber terdekat dengan keluarga ni. Tiada tokok tambah. Puncanya dapat diketahui selepas selesai sesi rawatan namun ada yang terpaksa menerima takdir kehilangan orang tersayang akibat perbuatan manusia yang iri hati.

Kat kampung sebelah ni ada la sepasang suami isteri ni. Dah ada anak 3 orang. Dah besar dah semuanya. Pasangan ni sumber rezeki diorang adalah dengan berniaga kedai makan. Kedai makan ni diusahakan la oleh si Isteri (Mak Leha) dan si Suami (Pak Jalal) pulak ada mengusahakan sawah padi. Nak dijadikan ceritanya tanah sawah padi tu asalnya milik Ayah kepada Jalal dan Jalal ni ada 4 orang adik beradik dan dia anak yang Sulong. Bila Ayah Jalal ni meninggal dia buat la pembahagian harta.

Ayah Jalal ni ada 5 bidang tanah dan 4 bidang tanah sawah ni dibahagi sama rata untuk smua adik beradik dia dan satu lagi kepada isteri dia iaitu mak diorang. Mula2nya smua ok tak ada apa masalah pun antara adik beradik ni. Bila mana Mak si Jalal ni meninggal, rumah peninggalan tu diberi pada Jalal sebab Jalal yang selalu uruskan mak dia masa sakit. Dan tanah sebidang lagi tu diwakafkan dan segala hasil dari tanah tu diberi kepada rumah anak yatim dan urusan penjagaan tanah tu smua diamanahkan pada Jalal. Sebabnya Jalal je yang macam boleh harap sikit.

Kehidupan Jalal smuanya elok dan bahagia je pada awalnya. Hinggalah pada suatu hari ni bila adiknya berhasrat nak buat rumah berdekatan dengan rumah Jalal. Tanah pun dah dibeli dengan hasil duit jualan tanah sawah tu. So, kung kang kung kang… siaplah rumah tu dan segala urusan smua ok. Hubungan dua beradik ni pun ok je. Namun semua berubah selepas adik Jalal (Zamri) ni kahwin. Isteri Zamri ni berasal dari Siam. Tak tau lah macam mana diorang boleh kenal. Tau tau je dah kahwin. Jalal tak kisah asalkan adik beradik dia bahagia dia pun dah cukup baik.

Semakin hari semakin senang hidup Jalal, berkat usaha penat lelah dia akhirnya membuahkan hasil. Dia dah mampu membeli kereta yang selesa untuk anak dan isteri dia dan menambah baik rumah dia. Dengan kesenangan yang Jalal ada ni ada yang iri hati dan tak boleh tengok kesenangan keluarga Jalal. Maka dihantarnya segala ilmu untuk menjahanamkan Jalal dan isteri dia. Manusia ni bila dah bertuhankan syaitan semua benda dia buat. Semua benda yang dihantar tu ditujukan pada Jalal dan Leha. Tapi yang paling teruk Jalal la. Sampai kurus kering dia. Kesian aku tengok masa datang merawat.

Alkisahnya aku dan Paklang tau kisah Jalal ni bila ada adik bongsu Jalal (Amir) datang dengan isteri dia ke rumah Paklang minta Paklang tengokkan dan cuba apa yang patut. Masa ni aku pun ada sekali dengan Paklang. Paklang bagitau pada Amir supaya balik dulu. “Lepas Isyak, InsyaAllah kami datang.” Kata Paklang. Paklang tengok aku dan aku faham pandangan Paklang tu seolah ada tugas berat malam ni. Lepas solat Isyak berjemaah kat Masjid, aku minta izin Mak dengan Ayah untuk ikut Paklang bantu orang kat kampung sebelah. Mak dan Ayah Izinkan.

Ketika dalam perjalanan ke rumah Jalal ni, aku dengan Paklang naik kereta Ayah aku. Paklang pinjam kereta ayah. Proton Wira je. Kami bukan orang senang. Macam2 dugaan yang kami lalui sepanjang perjalanan jarak yang kalau ikutkan dalam 10minit boleh sampai rasa seperti setengah jam. Tengah dalam perjalanan tu tiba2 terdengar bunyi sesuatu jatuh atas bumbung kereta.

Gedegangggg!!!!

Pak Lang: Astaghfirullahalazim…

Serentak dengan tu kereta jadi berat. Paklang terkejut. Dia pesan kat aku supaya persiapkan diri sebab kali ni bukan calang2. Aku bersedia dengan apa yang mendatang. Terus terang aku cakap masa ni aku macam bukan berumur 17 tahun. Perwatakan aku macam orang dah pun berusia 20 tahun lebih. Paklang hentikan kereta dan mula membacakan ayat ruqyah lalu hembuskan ke tapak tangan kanan dia. Aku pun ikut sama membaca ayat yang aku ceritakan dulu tu. Paklang kemudian menepuk bumbung kereta dari dalam tapi tak kuat la. Sekadar mengena macam tu dan kemudian kami teruskan perjalanan. Alhamdulillah dah tak ada yang menggangu kami dah lepas tu. Cuma kami terlambat sampai sikit ke rumah Jalal.

Sesampainya di rumah Jalal semua adik beradik dia ada termasuklah isteri masing2. Cuma Zamri dan isteri dia je berada di kawasan luar rumah kawasan porch kereta. Isteri Zamri bersandar kat tiang dan Zamri duduk sebelah dia. Isteri Zamri senyum ke pada aku dan Paklang dan aku memandang sesuatu. Ye… sesuatu tu adalah jelmaan sami Thailand disamping Zamri yang aku lihat macam ada yang tak kena. Aku pergi ke arah Zamri dan bersalam dengan dia. Masa bersalam tu dia rentap tangan aku macam nak lepaskan tangan aku dengan cepat dan aku perasan tangan dia merah. Aku senyum je. Aku dan Paklang beri salam.

Kami: Assalamualaikum…
Amir: Waalaikumussalam… Haa… Paklang, Rul… Masuk lah.

Aku dengan Paklang melangkah masuk sambil membaca Al-Fatihah. Aku dengan Paklang msa ni pakai jubah putih kopiah je tapi kami dah siap pakai seluar kat dalam kot2 kene bersilat kan. Preparation… Masa masuk tu tiba2 je Pak Jalal yang sebelum ni tak larat nak bangun ke sana ke mari tiba2 bangun dan cuba menerkam kami. Belum pun sempat dia bergerak lebih dekat Paklang dah bacakan dan hembus ke arah Jalal lalu dia jatuh dan pengsan. Amir angkat abang dia tu ke atas tikar mengkuang yang dah dibentangkan.

Aku: Paklang… Banyak ni…
Pak Lang: Paklang tau. Takpe Ngah, kita cuba. Selebihnya kita serah pada Allah SWT.

Allahuakbar… Hampir menitik air mata aku tengok penderitaan yang Pak Jalal terima hasil dari perbuatan manusia. Bukan orang lain, orang yang kenal rapat dengan dia. Di tubuh Pak Jalal je dah banyak yang tinggal. Di setiap sendi Pak Jalal ada seekor. Ye… Setiap sendi. Sendi manusia ni ada 360 semuanya. Jadi korang kira la berapa ekor. Tu menunjukkan dah lama dah Pak Jalal ni kena. Dah beranak pinak dah dalam tubuh Pak Jalal. Kesian… Sangat kesian. Sedih aku dengan perangai manusia ni. Tu baru yang dalam badan, dalam rumah lagi, dalam tubuh Mak Leha lagi. Nasib baik dekat Mak Leha ada 5 ekor je. Anak2 diorang tak kena apa2 cuma gangguan je sebab tidak ditujukan pada diorang.

Aku: Paklang, kita selesaikan yang dekat Mak Leha dulu. Pastu kita selesaikan Pak Jalal. seterusnya baru Rumah.

Paklang mengangguk tanda setuju.

Pak Lang: Kamu mulakan ye Ngah…
Aku: Insyaa Allah…

Kami meminta izin dari Amir yang bertindak selaku tuan rumah malam tu untuk mengambil wudhuk. Selesai ambil wudhuk Paklang ubah rancangan.

Pak Lang: Ngah, kamu siap sedia untuk Pak Jalal ye. Mak Leha ni Paklang cuba dulu sendiri. Insyaa Allah boleh.

Aku ambil posisi kat depan Pak Jalal. Aku mula persiapan aku. Baca al fatihah 7 kali di ikuti surah 3 kul dan di akhiri dengan 10 ayat surah al-Baqarah. (sila rujuk kisah aku bertajuk Permulaan – kalau admin ada kongsikan). Ketika aku membaca 10 ayat tu tiba2 badan Pak Jalal bergerak dan dia meniarap dan tangan dia diletakkan seolah olah nak push up gitu. Tu tanda2 yang Jin dalam badan Pak Jalal ni dah mula tak senang dengan apa yg aku dan Paklang buat dan bersedia nak menyerang. Aku biarkan je Pak Jalal duduk mcam tu. Sekali sekala ada jugak dia mendengus.

Aku bagitau Amir. Minta dia bagitau semua yang dalam rumah ni supaya tunggu kat luar ataupun dalam bilik. Kecuali Amir dengan Hisyam (abang Amir) – adik beradik dia semua lelaki. Sebab aku dengan Paklang nak pagar rumah ni supaya jin semua ni tak boleh keluar dan yang diluar tidak boleh masuk sebab bila Paklang cakap kene siapkan diri tu maknanya Jin yang ada ni semua dah tak boleh nak runding, kene bakar ataupun sembelih. Tapi kalau ada yang mengalah dan nak keluar kami akan bukak “pagar” untuk seketika dan kene letakkan syarat. Jin Kafir kebanyakannya menipu. Dia cakap je ok aku keluar tapi tak pun. Tu yang kita kene keluarkan.

Paklang dah selesai uruskan Mak Leha. Isteri Amir dan Hisyam serta anak Mak Leha dah pn bawak Mak Leha masuk bilik. Pintu bilik mesti dikunci dan tidak boleh keluar selagi belum selesai semuanya. Paklang datang kat aku.

Pak Lang: Ngah, mcam mana? Dah sedia?
Aku: Insyaa Allah… Dah Paklang.
Pak Lang: Kalau dah mari kita mulakan.

Seperti selalu yang aku buat ketika merawat orang, bacaan 10 ayat dalam surah al-Baqarah tu aku bcakan tanpa henti sambil meletakkan tangan di tapak kaki Pak Jalal. Panas… tangan aku pun turut rasa panas. Dengan tiba2 berpusing Pak Jalal dan terus menghadap aku. Mata dia merah menampakkan urat2 mata dan dia berdengus seperti lembu sedang marah. Pak Jalal tarik kaki dia dari tapak tangan aku. Aku teruskan membaca ayat tu sampai satu tahap tangan Pak Jalal cuba nak cakar muka aku tapi sempat Paklang tahan. Maka berlakulah dialong dengan Jin dalam badan Pak Jalal.

Pak Jalal: Kau!!!!!!! Kau Siapa!!!!!!

Waktu ni aku tau badan Pak Jalal dikawal oleh Jin yang paling lemah.

Aku: Assalamualikum wahai Jin. Jawab jika kamu islam.
Pak Jalal: Aku bukan islam…HAHAHAHAHA… kau datang nak cuba lawan dengan aku??? HAHAHAHA sudah ramai yang tewas di tangan aku. Kau manusia lemah…HAHAHAHAHA

Aku: Siapa pula kamu ni??
Pak Jalal: Aku ketua jin kat sini!!!
Aku: Jangan cuba tipu. Aku tau siapa kau…
Pak Jalal: HAHAHAHAHA!!!!

Tiba2 Pak Jalal duduk mencangkung dan lagak dia seperti seekor beruk yang nak menyerang mangsa.

Aku: Aku nak kau keluar dari tubuh ni. Jika kau berdegil, kau akan aku b***h.
Pak Jalal : HAHAHAHAHAHAHA!!!! Kau siapa nak b***h aku…HAHAHAHAHA!!!!!
Aku: Kau yang pilih.

Aku tangkap Pak Jalal dengan bantuan Amir. Aku pegang kepala dia dan tekan ke bawah. Bacaan Ruqyah kedengaran di dalam ruang tamu rumah Pak Jalal yang dibacakan oleh aku dan Paklang selesai bacaan Ruqyah aku sambung bacaan 10 ayat tu dan kemudian disusuli dengan bacaan Yassin Tunggal. Menggelupur badan Pak Jalal seperti menahan kesakitan yang amat sangat. Pak Jalal menjerit supaya aku hentikan bacaan.

Pak Jalal: Cukup!!! Cukup!!! Cukup!!!
Aku: Panggilkan ketua kau yang sebenar. Aku nak bercakap dengannya.
Pak Jalal: Aku panggil. Aku panggil dia.

Pak Jalal kemudian rebah dan tiba2 kembali berdiri. Lagaknya seperti seorang pahlawan yang sombong. Berjalan sambil mata dia memandang aku dengan tajam. Aku nampak bayangan Jin yang mengawal badan Pak Jalal masa ni. Jin ni berbadan sasa, bertanduk tiga. Dua seperti kerbau dan satu tanduk kecil ditengah dahi.

Pak Jalal: Kau masih mentah. Belum cukup kuat lagi nak lawan aku.

Memang betul apa yang Jin tu cakap. Sebabnya aku dapat rasakan aura Jin ni begitu kuat.. dan aku tau aku tak mampu.

Aku: Siapa kau?
Pak Jalal: Ifrit.

Serentak dengan itu bulu roma aku meremang. Bukan sebab takut tetapi disebabkan aura makhluk ini sangat kuat.

Aku: Kau datang dari mana?
Pak Jalal: HAHAHAHAHA!!!! Siam!!!!HAHAHAHAHAH!! apa lagi yang kau nak dari aku?? HAHAHAHAHA!!!!!
Aku: Siapa yang hantar kau ke sini?
Pak Jalal: Tuan aku. Ada diluar…HAHAHAHAHA!!!!!

Paklang menepuk bahu aku, lalu dia menggelengkan kepala sbagai isyarat tak mampu nak lawan. Aku tau, aku pun tak mampu nak lawan. Lalu Paklang suruh aku panggilkan lelaki misteri tu untuk selesaikan.

Pak Lang: Ngah, Panggil dia datang. Paklang pn tak mampu ni. Kuat sangat.
Aku: Iye.

Lalu aku pejam mata dan Paklang berada dibelakang aku untuk memanggil Lelaki Misteri itu masuk ke dalam badan aku. Macam mana aku tau Lelaki Misteri boleh masuk dalam badan aku? Ceritanya masa merawat Mak Cik Senah. Mak Cik Senah ni ada saka. Family dia panggil untuk buang. Tengah nak lawan saka ni, aku pengsan dan tetiba bangun balik tapi bukan aku yang berhubung dengan saka tu tapi Lelaki Misteri tu. Ni Paklang yang bagitau aku. Kisah rawat Mak Cik Senah ni aku kongsikan kemudian ok. Berbalik pada cerita Pak Jalal ni.

Cerita dari Pak Lang.
Paklang mula memanggil Lelaki Misteri tu untuk masuk dalam badan aku yang dijadikan sebagai medium perantaraan. Setelah selesai masuk dalam badan aku… automatic badan aku akan rebah dan aku akan pengsan seketika. Masa ni Paklang akan ambil alih tugas aku untuk berinteraksi dengan si Ifrit tu untuk melengahkan masa dia. Sebelum kemudiannya aku sedar tapi bukan aku. Ianya adalah Lelaki Misteri.

Pak Lang: Aku serahkan semua tugas kepada kamu. Assalamualaikum.
Aku/Lelaki Misteri: Waalaikumussalam… serahkannya pada aku. Aku usahakan. Selebihnya kita berserah pada Allah.
Pak Jalal: Siapa kau??
Aku/Lelaki Misteri: Aku datang untuk menghantar kau ke tempat asal kau.
Pak Jalal: Aku tidak perlu ikut kata kau!!
Aku/Lelaki Misteri: Kenapa wahai Ifrit?? Kau takut dengan aku??
Pak Jalal: Aku tidak takut dengan kau!!!
Aku/Lelaki Misteri: Kalau begitu mari kita beradu tenaga.

Lelaki Misteri pun mulakan langkah silatnya. Pak Jalal/Ifrit kelihatan seakan gusar dengan Lelaki Misteri. Namun dia tetap ego dan dengan angkuhnya ingin melawan. Pak Jalal menyerang aku yang dikawal Lelaki Misteri namun segala serangan berjaya ditepis dan pertarungan berlangsung selama setengah jam sehingga satu saat di mana Lelaki Misteri itu dapat mengawal badan Pak Jalal dan kemudian memegang kepala Pak Jalal.

Pak Jalal: Lepaskan aku!!! Lepaskan aku!!!
Aku/Lelaki Misteri: Untuk apa aku lepaskan kau??
Pak Jalal: Aku dan dia telah bersatu. Badan dia adalah milik aku!!!!
Aku/Lelaki Misteri: Tidak! Tempat kau bukan disini. Jika kau tidak ingin pulang ke tempat asal kau, aku akan tamatkan riwayat kau bersama dengan semua bangsa kau yang menetap disini.
Pak Jalal: Tidak… aku tidak akan keluar!!! Ini adalah tempat aku!! Dia dan aku satu!!
Aku/Lelaki Misteri: Kau telah memilih.

Bacaan surah surah suci al Quran bergema di ruang tamu seakan bukan Lelaki Misteri itu sahaja yang membaca tapi seperti ada satu jemaah yang membaca. Laungan dan pekikan suara Ifrit yang berada dalam badan Pak Jalal turut sama bergema dalam ruang tamu. Bacaan ayat suci al Quran masih lagi berterusan oleh Lelaki Misteri sambil tangan di angkat ke atas seakan menggenggam sesuatu. Habis bacaan ayat al Quran, badan Pak Jalal lemah dan seluruh badan dia menggeletar. Serentak dengan itu Lelaki Misteri menghayunkan tangan ke arah leher (tapi tidak kene pada leher) Pak Jalal. Lagaknya seperti tengah memancung Ifrit dengan sebilah pedang. Lalu Pak Jalal rebah. Amir sempat memaut badan Pak Jalal dan baringkan dia di atas tikar mengkuang tadi. Lelaki Misteri pun kemudian melaungkan Azan. Selesai semuanya dia duduk dan memberitahu Paklang;

Aku/Lelaki Misteri: Alhamdulillah… Semuanya telah selesai. Pemiliknya pun aku dah kunci pergerakan dia. Yang lain aku serah pada kamu. Aku mohon beransur dahulu. Assalamualaikum…

Badan aku rebah dan aku rasa sangat letih dan kepala aku berat sangat. Paklang beri aku segelas air masak untuk pulihkan aku kembali.

Aku: Dah selesai semuanya ke Paklang?
Pak Lang: Alhamdulillah… Dah selesai. Sekarang tugas kita pulak kene cuci rumah ni dari semua bisa bisa sihir yang dihantar ni dan kemudian kita pulihkan semula Zamri.

Aku dan Paklang memulakan sesi pembersihan. Banyak sungguh bahan yang dihantar. Di dalam pasu bunga, kiri dan kanan jalan masuk ke rumah, di depan pintu, di celah pintu bilik air, di atas siling, di belakang dapur dan juga di celah kayu atap dan setiap satunya di jaga oleh makhluk yang berbeza. Antara barang yang dihantar ialah Minyak Orang M**i D*****h, Kayu Nisan, Tulang B**i Hutan, Anak Kerak, gumpalan rambut dan jarum, dan botol berisi d***h Orang yang hantar semua ni pada Pak Jalal memang berniat nak Pak Jalal m**i.

Selesai semuanya aku dan Paklang pergi ke tempat Zamri duduk tadi. Kelihatan Zamri masih lagi duduk ditempat yang sama tetapi keadaan dia seperti orang kebingungan. Isteri Zamri sudah tidak kelihatan lagi disitu. Paklang pulihkan Zamri dan Zamri seakan terkejut dan macam baru sedar dari mimpi. Paklang bagitau, Zamri dah sekian lama kene nasi kangkang. Dari mula2 dia kenal isteri dia tu dia dah terkena dah dan benda ni berterusan sampailah hari yang kami datang tu. Ye… semua yang belaku dalam rumah Pak Jalal ni adalah buatan isteri Zamri. Puncanya adalah kerana Isteri Zamri ni cemburu dan dengki dengan kesenangan yang Pak Jalal ada sedangkan tidak pada suami dia.

Semasa hendak pulang, saat aku dan Paklang keluar dari pagar rumah Pak Jalal, aku nampak sesuatu yang pelik dekat sebelah pokok buluh berhampiran dengan rumah Pak Jalal. Nak tau apa yang aku nampak? Isteri Zamri tengah meracau mcam orang gila tengah cari jalan untuk keluar. Padahal jalan terbentang luas. Aku suruh Paklang berhentikan kereta. Aku pergi dekat dengan Isteri Zamri dan bertanyakan pada dia.

Aku: Assalamualaikum… buat apa kat sini?
Isteri Zamri: Pergi!! Jangan kacau aku… Aku nak balik!!
Aku: Aku benarkan kamu balik tapi dengan satu syarat.
Isteri Zamri: Apa dia!!! Cepat. aku panas!!
Aku: Jangan sesekali kau datang ke sini lagi dan jangan kau cuba untuk menghantar lagi.
Isteri Zamri: Aku janji. Lepaskan aku!!

Aku bacakan ayat untuk leraikan ikatan yang ada pada tubuh dia. Rupa rupanya Lelaki Misteri tu dah rantaikan Isteri Zamri kat pokok buluh ni sebab Isteri Zamri ni nak lari. Takpe aku lepaskan dia dan memang dia terus menghilang sampai ke hari ni tak tau mana dia pergi dan tak tau masih hidup ke tak dia tu dengar cerita dah balik ke Siam.

Zamri?? Dah pulih dari sihir Isteri dia tu. Tapi ada kesan sampingan yang terpaksa dia tanggung akibat terlalu lama digunakan oleh Isteri dia. Dia okay, cuma akan ada masa dia akan jadi seperti orang gila. Asyik sebut nama isteri dia.

Pak Jalal pulak lepas sesi rawatan aku dan Paklang masih terus ke rumah dia untuk sesi rawatan susulan. Alhamdulillah. Pak Jalal dan Mak Leha makin sihat. Namun umur Pak Jalal tak panjang. Sebenarnya kesan dari sihir yang Pak Jalal kene tu sedikit sebanyak telah merosakkan organ dalaman dia. Pak Jalal jatuh sakit semula selepas dua bulan dia pulih dan meninggal seminggu lepas tu. Al-Fatihah…

Sebelum dia meninggal tu sempat jugak la aku jumpa dia. Sembang sembang biasa. Dia tanya pada aku tak nak sambung belajar ke. Aku cakap la niat hati tu ada la jugak nak sambung belajar tapi kekangan waktu dan kewangan buatkan aku tak mampu. Pak Jalal bgtau aku supaya jangan risau, dia sudi untuk menanggung semua kos aku menyambung pengajian. Dia suruh aku sambung belajar ke Mesir. Ni lah janji yang aku mungkiri. Aku terpaksa sambung belajar di Malaysia je sebabkan aku tidak boleh tinggalkan keluarga aku. Pak Jalal sempat memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun simpanan aku untuk aku sambung belajar. Aku tidak tau bila dia masukkan. Aku sedar pun selepas dia dah meninggal dan masa tu aku nk keluarkan wang untuk hadiah kain Ihram kat Mak dan Ayah yang nak pergi haji. Terkejut tengok baki banyak. Terus aku teringat apa yang Amir bgtau aku msa dia call tempoh hari. Amir cakap supaya terimalah pemberian yang tak seberapa dari Pak Jalal tu. Aku masa tu tak tau nak cakap apa.

Pengajaran dari kisah aku ni. Kamu jaga hubungan dengan Allah nescaya kamu akan dapat bantuan dariNya dari sudut yang kamu sendiri tidak jangkakan dan jangalah sesekali kamu menyekutukan Allah dan bersahabat dengan Syaitan Iblis bahkan Jin Kafir kerana mereka adalah makhluk yang di laknat Allah.

#KucingGarong – Rul

Next – Misteri Mak Cik Senah dan Alam Universiti.

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]
#KucingGarong

49 thoughts on “Aku, Pak Lang dan Lelaki Misteri”

  1. kenapa aku sedih baca kisah pak jalal ni ea..
    sanggup bersekutu dengan jin kerana hati busuk, orang lain merana
    sampainya hati manusia yang macam ni
    terus ingat dekat arwah ayah, meninggal mengejut tapi ada orang kata ayah kena buatan orang yang mendengki.. wallahualam

    Reply
  2. Terkedu bila baca ayat #KucingGarong ke #KucingKelabu ni

    “Mungkin kisah aku kali ni panjang sikit. Harap korang dapat la spend masa untuk baca ye. Jangan baca time kerja. nanti rezeki x berkat sebab curi tulang. Kalau time rehat tu ok la.”

    Aku memang baca masa kat opis jek.. berani sikit. tapi skip2 laa.. sambil baca sambil buat keje.
    Kadang baru separuh baca dah nak masa balik. esok datang kerja sambung balik..

    btw cerita kau best laa.. susah nak jumpa budak ada keistimewaan macam tu..

    teruskan menulis !!

    Reply
  3. terus terasa n tak jadi baca bila dia cakap jgn baca time kerja nnt rezeki tak berkat sebab curi tulang..huhu…

    Reply
  4. “Harap korang dapat la spend masa untuk baca ye. Jangan baca time kerja. nanti rezeki x berkat sebab curi tulang. Kalau time rehat tu ok la.”

    #deep ..mmg slalu baca dekat opis je, tp tu pun kalau dh siap buat keje. hihi
    papa pun cerita ko mmg thorbaikkkk !!

    Reply
    • Same..nk jgk tw..sbb pak sdare belah suami mcm kna pnyakit misteri…ksian…xblh mkn n mnum da hmpir smggu…bl mkn je muntah..bl mnum je xblh brnfas..tp perut tetap membuncit n mcm terik sgt…da pegi spital..dktr ckap xde ppe mslh..nk sgt tw mcm mn blh cntact tuan..ikhtiar yg mn blh…klo ade cntact num tlg ye..

      Reply
    • Dapat dari cerita dia yg tajuk ‘Permulaan”.

      “… ni doa untuk halau jin dan syaitan dalam rumah..
      Surah Al Baqarah (10 ayat dalam nya)
      4 ayat terawal surah Al Baqarah + ayatul kursi + 2 ayat selepas ayatul kursi (la iqra hafiddin) + 3 ayat akhir surah al Baqarah..
      Amalkan.. kalau boleh hafal dan hayati maksudnya.. InsyaAllah..dengan izin Allah.. syaitan, jin tak masuk dalam rumah..”

      Reply
  5. Soalan untuk encik penulis, mimpi sepotong ayat al-Quran yg berlatar-belakangkan langit malam yg cantik tu macammana nak terang eh,.. dalam mimpi tu cuma nampak sepotong ayat al-Quran berlatar-belakangkan langit malam yg cantik. Tak ingat ayat dari surah apa tapi selalu terngiang-ngiang di minda. Tak salah saya ayat tu ayat al-Quran untuk melindungi kita dari gangguan yg tak nampak dek mata kasar. Tak amalkan sebab tu saya lupa. Hahah

    Reply
  6. kucingGarong best crita awak ni… xsabar nak follow next. tp nt buat la #kucingGarong kat depan tajuk mcm penulis2 lain buat tu. sb nanti senang kami nak search semua crita2 yg awak post yg lps2.. best best best.

    Reply
  7. Best.
    Boleh x minta special request…doakan sya jadi mcm bro jg. Mksdnya diberikan taufiq dan hidayah utk sya amal tahajud sbb bro kan slalu tahajud …
    Sya tahu bro mesti doa kat ummah jg kan tapi ni sya mohon utk khusus kpd sya lah.heee my humble request lah tu. Minta tolong ya. Sya trringin tapi x tahulah npA susah sngt. Terima
    Maaflah klu rsa pelik ats permintaan sya ni.mesti pelik kan.

    Reply
  8. aku curiga masa kau budak2 tu semua point2 ayat sembang bapak n pakcik ko semua ko ingat.ko olah karangan semua ok..jadi aku syak dan pasti ini cerit rekaan.

    kesimpulanya ak malas nak bc dah haha…
    xpyh rply aku bkn baca pun…

    Reply
    • Biasa lah budak2 igatan time tu kuat..kalau perpatah arab tulisan atas batu kekal lama-ni maksud kasar dia..sbb nya ambo pom sama..sejak kecil ikut arwah ayah..suka dgr org tua sampai skrg masih terigat-igat..sembang org tua sembang berisi..hehe

      Reply
  9. Assalamualaikum … Maaf saya baru baca kisah ni . And boleh tak saya nak contact dengan penulis ni ? Saya nak tanya sesuatu ..

    Reply
  10. sebab pompuan siam tu la ramai orang malaysia pikir kebanyakan orang siam masih amalkan ilmu hitam. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. al fatihah la kat pak jalal tu. semoga tergolong dalam kalangan orang yang beriman

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.