Permulaan

Assalamualaikum semua.. bertemu lagi kita.. Alhamdulillah masih panjang umur untuk aku mengarang lagi. Mungkin kisah aku kali ni tidaklah seram seperti yang korang inginkan. Cuma ia berdasarkan apa yang aku alami dan pada aku ianya agak mistik.. Maaf pada pembaca semua..aku lah penulis yang berkongsi kisah Kak Long vs Pak Lang.. Aku tukar nama aku dari #KucingGarong kepada #KucingKelabu.. sebab aku ada terbaca komen pasal dah ada nama #KucingGarong digunakan..untuk mengelakkan kekeliruan aku tukar lah.. So lepas ni hanya ada #KucingKelabu.. jangan tanya kenapa kelabu…hehehe.. maaf yer pemilik #KucingGarong.. tak sengaja terguna nama sama..So..no more KucingGarong after this.. KucingKelabu take over..hahahaha

Seusia aku 7 tahun lagi Ayah dah mula latih aku untuk ke masjid solat berjemaah.. Kadang2 bawak aku gotong royong cuci kawasan masjid. Jadi segala aktiviti yang melibatkan masjid aku ikut jika Ayah bawak aku bersama dia. Masa umur aku 8 tahun nak menginjak ke 9 tahun, Ayah nak aku ikut dia Qiamullai kat masjid, hari Khamis malam Jumaat. Aku ingat lagi masa tu adalah dalam bulan Rabiulawal sebabnya malam sebelum tu ada orang kampung jemput semua Jemaah masjid datang ke rumah dia sbb ada buat kenduri maulud.. so dia panggil utk datang berselawat kt rumah dia.. Aku excited la kan sbab bila ada kenduri maulud ni makanan sedap2..hahaha.. dan aku paling suka masa tengah berselawat tu tuan rumah akan pusing bagi bunga rampai.. Wangi.. Aku masuk dalam poket baju melayu aku..hahahaha..

Ok, berbalik masa Qiamullai tu.. malam tu aku tidur dalam masjid kat kampung aku.. sebelah Ayah.. berbantalkan sejadah yang dilipat dan beralaskan karpet masjid je.. Nak jadikan ceritanya malam tu aku bermimpi didatangi oleh seseorang.. Dia berbadan agak tinggi dan memakai jubah berwarna putih serta ada kain putih diletakkan di bahunya dan dia memakai serban dan berjanggut putih.. Aku tak rasa takut pun malah rasa selesa dengan kehadiran dia dalam mimpi aku.. sempat la jugak aku berdialong dengan lelaki misteri tu.. Aku namakan dia Lelaki Misteri je ok..

Lelaki Misteri : Assalamualaikum wahai anak muda.
Aku : Waalaikumussalam.. pakcik ni siapa??
Lelaki Misteri : Aku makhluk Allah sama seperti kamu.. Dijadikan untuk beribadah padaNya.. Tujuan aku kemari adalah untuk memberimu sesuatu.
Aku : Memberi sesuatu? Apa dia.
Lelaki Misteri : Sebenarnya sudah lama aku perhatikan kamu dan kamu adalah insan yang bertuah dan InsyaAllah.. dengan izinNya kamu mampu membantu mereka yang kesusahan.. Suatu hari nanti kamu akan ketahui semuanya.. Maafkan aku.. aku tidak boleh lama disini.. Izinkan aku pergi dulu.. bertemu kita lagi nanti.
Aku : Nanti dulu!! Apakah sesuatu yang pakcik nak beri kat saya tadi??
Lelaki Misteri : Bila kau dah bersedia dan bila tiba masanya..

Lalu lelaki misteri tu menghilang dari pandangan.. dan sebelum dia pergi menghilang sempat dia mengusap kepala aku 3 kali.. dan aku terus tersedar dari mimpi aku. Aku tengok jam masa tu pkul 4 lebih.. Aku kejutkan Ayah kat sebelah.. Sebab ayah pesan pukul 4.30 nak kene bangun.. tapi masa tu belum 4.30 lagi..

Ayah : Dah 4.30 ke dik (masa ni aku anak bongsu.. adik belum keluar lagi.. aku dapat adik masa umur aku 9 tahun lebih)
Aku : Belum.. sambil buat muka tak bersalah.
Ayah : Dah tu?? Kenapa awal sangat bangunnya..
Aku : Adik terjaga pastu dah tak boleh tidur.. tengok jam dah pkul 4 lebih.. adik kejut la ayah.. mana tau kot adik tertidur balik sampai subuh..
Aku : Tadi kan ayah..adik ada mimpi pakcik..
Ayah : Pakcik mana? Pak Ngah? Pak Lang? Pak Su?
Aku : Tak lah.. pakcik lain.. ayah tak kenal..
Ayah : Tak de apa2 lah tu.. mimpi je kan.. mimpi tu kan mainan tidur.. dah jom kita bersiap. Kejap lagi nak tahajjud pulak.
Aku : Iyelah..

Masa tengah bersugi, cuci muka dan ambil wuduk tu aku rasakan macam ada yang memerhatikan aku dari jauh. Tapi aku buat tak tau je. Dan Qiamullai berlangsung dengan jayanya dan balik ke rumah..hehehe.. Masa kat rumah tu aku dok rehat2 la dalam bilik sambil fikirkan balik pasal mimpi tu.. Hati aku ni masih tertanya2 siapa pakcik tu dan apa dia nak bagi kat aku.. Aku tak cerita pun kat Mak.. sebab takut Mak fikir yang bukan2..

Untuk beberapa hari yang berikutnya tiada apa2 yang pelik berlaku pada aku dan aku pun dah tak fikir pasal lelaki misteri tu lagi.. budak budak kan.. main je la kerja aku.. Cuma kadang2 ada la jugak aku nampak apa yg budak lain tak boleh nampak.. macam masa main guli dengan kawan aku adalah jugak aku nampak budak yang aku tak pernah nampak sebelum ni tengah tengok kitorang main.. tapi aku buat biasa je.. Sampailah masa kelahiran adik aku.. aku dah tak jadi anak bongsu lagi dah dan aku pun macam lebih matang sikit sebab selalu sangat dengar kuliah kat masjid.. Dengan usia aku yang masa tu masih lagi 9 tahun aku dah boleh hafal surah2 lazim dengan maksudnya sekali.. Tok Guru Ngaji aku ada cakap hati aku terang..anugerah Allah.. kene jaga baik2.. tapi tu la.. manusia kan..mudah lupa dan mudah lalai (aku cerita di pengakhiran kelak).

Pada usia aku 9 tahun lebih ni, ada sekali tu aku mimpi lelaki misteri tu datang hanya sekadar menziarah je. Dia datang bagi salam dan bertanya khabar..lalu menghilang macam tu je..dan sebulan sebelum kejadian Paklang merawat Kak Long tu, dia datang lagi dalam mimpi aku.. masa tu umur aku 10 tahun la.. dia datang macam biasa.. bagi salam dan bercakap2 dengan aku..

Lelaki Misteri : Assalamualaikum anak muda..
Aku : Waalaikumussalam pakcik.
Lelaki Misteri : Nampaknya keadaan anak muda sekarang sudah bersedia.
Aku : Bersedia untuk apa pakcik?
Lelaki Misteri : Untuk membantu manusia.
Aku : Saya budak lagi pakcik..
Lelaki Misteri : Jiwa kamu sudah bersedia walau jasadmu masih muda.
Lelaki Misteri : Terimalah pemberianku ini.. Jangan takut dan jangan khuatir.. aku hanya ingin membantu kamu.
Di hulurnya tangan dia pada aku lantas aku menyambut tangan dia..tapi…… tiada apa pun di dalam tangan dia itu..
Lelaki Misteri : Simpanlah pemberian ini dengan sebaiknya dan beramallah dengannya dan ingat..Jangan sesekali menyekutukan Allah SWT. Asslamualaikum..

Belum sempat aku nak cakap dia dah hilang dan aku tersedar dari mimpi.. Bila aku sedar je perasaan aku lain macam.. Entah.. nak cakap pun aku tak tau macam mana. Pelik.. Aku tengok jam masa tu dah nak masuk pukul 4 pagi.. aku bangun ambik wuduk dan solat tahajud.. Ayah aku memang ajar anak dia untuk bangun tahajud..tapi kakak aku ada yang tak ikut.. dengan usia aku yang masa ni baru 10 tahun kira agak pelik la jugak untuk bersikap matang.. tapi kadang2 datang jugak perangai nakal budak2 tu.. Lepas selesai je tahajud tu ada satu ayat al-Quran ni sering bermain dalam kepala aku.. sampai aku mampu menyebutnya dengan lancar.. tapi tak tau kenapa masa peristiwa Kak Long tu aku langsung lupa ayat tu..dan aku belum pun beramal dengan ayat tu. Korang nak tau ke ayat apa.. ok lah aku share lah ye.. aku bagitau je..nanti korang cari.. kalau berminat.. ni doa untuk halau jin dan syaitan dalam rumah..
Surah Al Baqarah (10 ayat dalam nya)
4 ayat terawal surah Al Baqarah + ayatul kursi + 2 ayat selepas ayatul kursi (la iqra hafiddin) + 3 ayat akhir surah al Baqarah..
Amalkan.. kalau boleh hafal dan hayati maksudnya.. InsyaAllah..dengan izin Allah.. syaitan, jin tak masuk dalam rumah..

Sambung kisah, jadi bila dah jumpa ayat tu, aku tengok la maksud dia kan.. tapi masa tu just endah tak endah je la.. budak2 lagi kan.. tapi ayat tu aku masih boleh baca dengan lancar la.. walaupun aku main main macam tu.. dan bermula dengan tu la aku lebih kerap nampak kemunculan makhluk2 alam lain ni..tapi masa ni fikiran aku belum lagi mampu menafsir makhluk itu adalah syaitan ataupun jin sebab jelmaannya lebih kurang dengan manusia biasa..belum ada yang menyeramkan sehingga aku nampak apa yang ada dalam bilik Kak Long.. itu adalah first time.

Sejak dari tu lah aku lebih kerap mimpikan Lelaki Misteri tu yang aku panggil pakcik.. Dan dia ada berpesan.. setiap kali dia datang dalam mimpi dan ketika dia nak pergi dia tinggalkan pesanan pada aku.. sama macam apa yang Paklang bagitau kat aku.. jaga hubungan dengan Allah SWT dan juga Rasulullah SAW.. Jangan sesekali menyekutukanNya.. jangan sesekali ingkar arahanNya.. Jaga solat 5 waktu.. tetapkan jiwa dengan kalimah syahadah.. Allah bersama dengan orang yang beriman.. itu lah pesanan yang tidak akan pernah Lelaki Misteri tu tinggalkan pada aku setiap kali dia menziarah dalam mimpi.. Sejujurnya aku rasa menyesal dengan apa yang jadi sekarang ni sehingga aku kehilangan anugerah yang Allah bagi pada aku.. Manusia mudah lalai dengan nikmat dunia.. Penjelasan di akhir penceritaan aku.. maaf sekiranya buat korang semua tertanya2.. Ni saja mampu aku kongsikan untuk kali ni.

Next – Tunjuk Ajar Pak Lang

-#KucingKelabu – Rul

.

#KucingGarong/#KucingKelabu
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 comments

  1. best2..smbug nanti ekk..
    btw, ayat2 tu mcm penah hafal dlu..
    dlu hafal sbb nk lulus exm je.. tp mase blaja tu x tau plak ayat2 tu bleh guna utk halau jin dan syaitan..

  2. Bang, nak tanya sikit. Harap jawab lah pertanyaan saya ni. Kalau saya amalkan 10 ayat al-baqarah tu, tak bermakna saya boleh nampak benda halus ni kan kan kan? Abang sorang je nampak kan kan kan?? Harap jawab kemusykilan saya nih. Tq dan assalammualaikum..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.