Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

Gangguan Homestay di Sabah

Assalamualaikum rakan FS, ini pertama kali aku mau kongsi kisah seram dengan kamu. Sebab selama ni aku, wife dan anak tak pernah kena ganggu seteruk ni. Nama homestay ni aku tak bagi tahu lah ya, nanti di tuduh pulak memburukkan reputasi dorang. Kawasannya luas, rasanya ada dalam 10-15 bilik homestay. Lokasi nya pula berada di Sabah .

Kisah bermula masa aku dengan wife booking homestay murah ni untuk 3hari 2malam. Untuk sampai ke sana, perlu masuk sedikit ke dalam hutan, dengan jalan kecil dan turun naik bukit yang agak mencabar walau bersimen. Selepas driving selama 5 jam, kami pun tiba di homestay. Aku perasan cuma ada 4 buah kereta di tempat parking termasuk kami .. means memang tak ramai orang yang stay di sana. Kami jumpa reception dan ambil kunci bilik . Masuk saja ke dalam bilik, aku pelik kenapa kipas dan lampu tak boleh on. Mula nya aku fikir sebab eletrik terputus kejap . Tapi sampai jam 5.30 petang masih tak dapat ON eletrik.

Kami contact pihak homestay untuk inform tentang masalah tu, dan selepas pihak homestay troubleshoot, rupanya ada masalah pada bilik tu. So kami di pindahkan ke bilik lain. Kami di bagi bilik yang lebih besar dari bilik pertama. Ada ruang tamu, tempat masak, meja makan dan 2 bilik tidur. Kami hanya dibenarkan untuk pakai salah satu bilik, kiranya satu bilik kena biarkan kosong. Tapi aku tak kisah pasal tu, yang penting dapat berehat. Tanpa tunggu lama, kami pun angkat semua barang dan pindah ke bilik baru.

Kisah seram bermula disini, bila aku buka saja pintu bilik tu, satu perasaan berat terus terasa di dadaku. Vibe bilik yang agak gelap dan suram membuatkan aku kurang senang. Tapi aku terpaksa buat-buat happy sebab tak mahu anak dan isteri takut. Malam tu selepas makan malam, gangguan bermula. TV yang sedang terpasang mati sebanyak dua kali. Aku cuma buat tak tahu walau hati dah tak sedap. Wife dan anak masih belum tahu apa yang aku rasa.

Jam 9.30 kami masuk ke bilik untuk tidur. Pintu bilik aku biarkan sedikit terbuka sebab aku nak keluar semula untuk ambil air selepas selesai tidurkan anak. Sedang syok scroll phone, di hujung mata aku nampak kelibat putih melintas laju di hadapan pintu. “Haaa sudah” aku berkata dalam hati. Pada masa yang sama, anak aku menangis gelisah tak mahu tidur. Aku cakap pada wife, takpa laa kalau anak belum nak tidur dan aku bawak anak keluar dari bilik untuk tengok TV. Niat aku cuma nak bagi ruang tamu tu riuh dengan bunyi TV saja (haha). Tiada gangguan terjadi setakat ni, tapi perasaan aku memang dah tak best.

Jam 11.45, aku bawak anak masuk tidur. Aku tutup dan kunci pintu bilik sebab masa ni hati memang dah tak best langsung. Anak masih sama gelisah tak mahu tidur. Selepas di paksa dan aku bacakan ayat Kursi barulah anak tidur. Wife tidur sekali dengan anak, maka tinggallah aku seorang yang berjaga . Jam 12.30 cubaan pertama untuk tidur, baru masuk fasa hanyut aku di kejutkan dengan bunyi ketukan pada dinding bilik sebelah kanan. Seingat aku di luar dinding tu adalah area pejalan kaki. Aku buat tak tahu dan cuba untuk tidur semula. Mungkin ada orang kacau fikir ku. Tapi belum sempat aku tidur, aku terdengar bunyi pintu tandas di luar bilik dibuka dan ditutup. Aku cuba juga untuk sangka baik konon bunyi tu datang dari luar homestay.

Jam 1.20 aku di kejutkan lagi dengan bunyi seretan kerusi kayu pada bilik sebelah yang aku biarkan kosong (pihak homestay suruh pakai 1 bilik saja). Tapi yang aku pelik, bilik sebelah tu tiada kerusi kayu masa aku tengok petang tadi. Aku dah tak boleh sangka baik, ayat Kursi aku baca lagi. Aku tertidur semula. Jam 3 lebih (aku tak ingat waktu tepat) .. aku dikejutkan lagi dengan bunyi ketukan pada pintu bilik. Aku terus bangun dan duduk di katil, aku tunggu jika bunyi ketukan tu jadi lagi sekali namun tiada. Aku cuba untuk sambung tidur, tapi bila sampai saja fasa nak hanyut tu, aku di kejutkan lagi dengan bunyi ketukan. Begitulah benda tu berulang sampai jam 4.30 pagi, barulah aku tertidur yang betul-betul tidur sampai terlepas solat Subuh.

Pagi tu, semasa sarapan sekali lagi kami d ganggu dengan TV di tutup beberapa kali. Barulah isteri aku buka cerita, dia kata dia nampak kelibat melintas di depan pintu bilik semalam. Sama macam apa yang aku nampak. Dia juga ada dengar orang berlari di atas bumbung dan ada ternampak kelibat berdiri di depan pintu homestay. So aku dan wife decide untuk keluar hari tu jugak, kiranya bayaran untuk 3hari 2malam akan burn lah. Kami dah tak kisah pasal duit, sebab kami tak mahu ambil risiko pada malam kedua.

Jam 12 tengah hari, kami check out dari homestay. Kami masukkan barang ke dalam kereta dan bergerak pulang. Semasa melalui jalan kecil yang sama semalam (laluan masuk sama dengan laluan keluar) untuk keluar dari homestay, kami di ganggu sekali lagi. Kereta menjadi berat, tak dapat naik bukit walau aku dah tekan pedal minyak rapat ke lantai, hanya enjin yang over rev (Semalam lalu ketinggian bukit yang sama elok saja naik.) Aku baca ayat Kursi, kereta bergerak sedikit kemudian berat semula. Selepas 3x bacaan ayat Kursi … aku jerit arahkan dia keluar dan jangan ikut barulah kereta menjadi ringan dan dapat lalu bukit tu dengan mudah. Kami selamat keluar ke jalan utama dan selamat tiba di rumah. Syukur juga anak tidak di ganggu.

Setakat itulah perkongsian aku yang tak berapa seram ni tapi bagi aku pengalaman ni memang seram sebab aku tak pernah di ganggu macam ni walau dah bermalam di pelbagai homestay dan hotel. Terima kasih sudi baca. Terima Kasih FS.

Jiee
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram