Est. 2015 Fiksyen Shasha Kisah Benar

LINGSIR WENGI

Kejadian ini berlaku pada satu malam Jumaat yang tidak akan pernah aku lupakan seumur hidup. Suasana malam itu tersangatlah sunyi. Disebabkan berasa terlalu bosan dan mahu mencari sedikit kelainan, aku mengambil keputusan untuk memasang sebuah lagu mistik yang amat terkenal, iaitu lagu Lingsir Wengi, sekadar untuk suka-suka.

Sedang rancak melayan alunan lagu seram tersebut, keheningan malam tiba-tiba dipecahkan dengan bunyi ketukan pintu rumah yang bertalu-talu. Tanpa rasa curiga, aku terus melangkah kaki lalu membuka pintu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat sebatang tubuh makhluk berambut panjang dengan wajah yang sangat menakutkan sedang berdiri di bendul pintu.Makhluk itu memandang tepat ke arah mataku lalu bersuara dengan nada yang mendatar, “Kenapa kau panggil aku? Kau memang nak aku datang ke?”Jantungku bagai nak luruh.

Tanpa berfikir panjang, aku terus menghempas pintu rumah dengan kuat. Dalam keadaan menggigil ketakutan, aku segera membaca segala surah dan ayat suci Al-Quran yang terlintas di fikiran untuk menenangkan diri.Ingatkan gangguan itu sudah berakhir, rupanya tekaan aku meleset sama sekali. Ketika aku sedang cuba untuk melelapkan mata di atas katil, tiba-tiba aku terasa ada satu rentapan kuat pada bahagian kaki.

Keadaan menjadi semakin mendebarkan apabila terdengar suara halus berbisik, “Hiiiii… Jomlah ikut aku. Tadi kan kau yang panggil aku datang?”Tubuhku terus melorot jatuh dari katil akibat ditarik dengan kuat oleh makhluk tersebut. Dalam keadaan panik dan separuh sedar, aku segera mencapai telefon bimbit lalu memasang audio ayat suci Al-Quran dengan kuat.

Alhamdulillah, selepas beberapa ketika, gangguan tersebut mula reda dan aku akhirnya dapat tertidur nyenyak sehingga ke pagi.Keesokan harinya, apabila aku terjaga dari tidur, aku sekali lagi terduduk kaku. Lantai di dalam rumahku dipenuhi dengan kesan tapak kaki yang kotor, membuktikan bahawa kejadian malam tadi bukanlah sekadar sebuah mimpi ngeri, melainkan satu realiti yang benar-benar berlaku

Aisyah Azzahra
Cerita Berkaitan
Ada kisah sendiri?

Kongsi pengalaman seram anda.

Hantar Kisah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak cerita baru kami hantar terus ke Telegram anda? Jom Join 👻 Join Telegram