Jalan Tiada Penghujung

Kisah Betoi (gambaq sekadar hiasan)

Cerita nie jadi masa kami (aku,Tikah,Syifak & Wanie) balik dari Pulau Pangkor. Bila sampai kat jeti Lumut, kami decide nak singgah kat Teluk Batik sebab nak isi perut dulu memandangkan jam masih awai lagi.

Dah settle makan,ambik angin, selfie² bagai kami pon bertolak balik.Kalau boleh takmau la sampai Penang lewat sangat. Pukul 6 lebih macam tu kami gerak keluar dari Teluk Batik.
Bermula laa kisah kami.

Memandangkan kami masing² tak ingat jalan sangat,kami nak la gunakan cik waze tapi tiba² masa nie la cik waze sangat² tak membantu ?

Dah nak masuk waktu maghrib,kami masih tak jumpa simpang keluar, yang ada hanya jalan lurus,kiri kanan hutan,rumah pun berjarak,kereta pon jarang²!! Hati mula tak sedap bila Wanie tegur ‘Kita dah lalu kubur kan tadi,sepatutnya ada simpang keluar lepas tu’. Dah lama kubur tu kami lepas,tapi mana simpang keluarnya??

Kami still teruskan perjalanan, kami dah decide kalau jumpa orang atau kedai makan kami akan stop ja tanya. Tapi bila nampak kedai makan, syifak still tak stop sebab takut bila ingat cerita² dalam tv,nampak kedai makan tapi takot kedai tu tak wujud ?? nak dekat sejam weyhh kami lalu jalan yang taktau mana penghujungnya sampai la tiba² kami jumpa 1 pekan kecik ala² pekan koboi,pekan tu pon macam hidup segan mati tak mau dah ? tersangatlah scary.

Syifak stop kereta dan kami memang nekad nak tanya orang. Kami tak turun,takut jugak sebab kami semua gegirls kan,Tikah just panggil sorang laki atas moto yang kebetulan ada tepi tu. Bila Tikah tanya,dia macam tak faham apa Tikah cakap,dia terus pusingkan moto pi kat belah tingkap Syifak, dia intai dalam kereta and cakap something sambil tengok Tikah dan Syifak dan bila dia tengok seat belakang (aku dan Wanie) muka dia lain,dia terus pecut moto lawan arus weyhh!!

Still takmau pikiaq apa,kami decide untuk tanya orang lain. Nasib baik ada sorang lagi pakcik baru keluaq dari kedai depan nie,aku pon turunkan tingkap nak tanya jalan. Pakcik tu cakap ‘jalan depan nie sikit ja,akan jumpa simpang belok kanan,lepastu straight ja akan jumpa exit ke tol Changkat Jering’. Lega weyhh dengar..

Kami teruskan perjalanan,tapi dah 15 minit tak jumpa simpang apa pun.Biaq betoi pakcik nie…Tiba² kami nampak ada jalan kecik belah kanan tapi Syifak terlajak!! Dah la gelap,hanya bertemankan lampu kereta kami ja! Syifak stop kereta kat tepi ,kami tak sure nak u-turn ka tak,nak masuk jalan kecik tadi tu,hati aku rasa tu bukan jalan diaa.Tengah dok discuss lagi nak u-turn ka tak,tiba² aku dan Tikah sama-sama terkalih kat tingkap sebelah aku,Allahu!! Ada pakcik tua sebelah tingkap!!! ??? Syifak terus pecut kereta,aku taktau nak kata apa dah,terkejut tak habis lagi.Pakcik tu kat tepi cermin tingkap aku kot..

Serius aku tak pernah rasa takut macam nie,mulut nie dok baca ayat Qursi ja even aku tau semua dah tunggang terbalik.Aku tengok Wanie dah nak nangis sambil pegang beg Al-Quran kecik dia..Semua pucat diam tak terkata.

Syifak still kuatkan semangat drive even dah nak dekat 2 jam lalu jalan nie! Kami dah sampai tahap redha dan tawakkal ja la apa nak jadi lepas nie.Tapi,Alhamdulillah tak lama lepas tu,akhirnya kami jumpa jugak papan tanda Changkat Jering. Syukur sangat². Kami teruskan perjalanan sampai la kat rnr Gunung Semanggol.

Kat rnr,kami dah dok relax² dah rasa tenang,kami bukak balik cerita 1 persatu dan ada yang menjadi persoalan…

• apa yang laki atas moto tu nampak kat belakang sampai dia terus pecut moto siap lawan arus lagi?Nampak sangat kegelongan moto dia time tu.

•Masa pakcik tu tunjuk jalan kat kami,dia langsung tak tengok kami,mata dia just ke arah depan sambil tunjuk jalan.Rasa² pesepa?
Muka dia pun serius toksah habaq la.

•Pekan yang kami jumpa tu wujud ka? ? memang kalau hampa tengok pon hampa akan terpikiaq 2,3 kali..

•Pakcik tua tepi tingkap tu sapa? Manusia atau….

• Tikah cakap lepas nampak pakcik tua tepi tingkap tu dia ada terkalih belakang nak tengok aku dan Wanie & dia memang ternampak ada ‘something’ di tengah² antara kami!

• Kami semua memang rasa ada something kat kereta masa dah masuk highway sampai la ke rnr.

Lepas sampai Penang,kami still rasa tak sedap hati,tak sedap badan. 2, 3 hari jugak susah nak tidoq,rasa macam ada benda tengah memerhati. Alhamdulillah benda tu tak kacau teruk²,dia usik usyi² ja..?

Maybe salah kami jugak sebab nak dekat time maghrib baru nak keluaq, dan tu la tak dengaq cakap ibu sama, jangan dok seronok sangat ? Kebetulan jugak masa tu ada diantara kami dalam keadaan tak bersih.
Wallahu’alam

*sekadar perkongsian ✌

.

Zati
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

  1. hangpa kat pekan temelok terong tu oii..jalan tu menggila sikit hahaha aku pernah kena pecut kereta sampai 120km/j kalih tepi budak lelaki lingkungan 10 tahun gitu kurus botak pakai sluaq pendek ja elok jalan lenggang2 kangkung sebelah kereta aku dan seiring lak tu..mak kauu ijau punya laju kau jalan dik..serius aku takut sampai tercirit baqhang :’) sampai laa aku jumpa pekan terong baru budak 2 hilang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.