Ceritera Aku (Himpunan Tiga Kisah)

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin seandainya cerita aku ini berjaya disiarkan.

Disini aku ada beberapa kisah yang aku nak kongsikan dengan semua.

KISAH 1
Kisah ini berlaku ketika tahun 90an, ketika itu aku masih di sekolah rendah. Masa zaman tu kebanyakkan rumah-rumah kampung ni tandas (jamban) di luar. Ok, masa tu, aku dalam darjah 3 atau 4 tak silap aku la. Memang menjadi kebiasannya aku akan ke tandas dulu di luar rumah sebelum mandi dan kesekolah. Jadi lepas aku da siap berhajat tu aku pun nak masuk la rumah, and tahu apa berlaku? Masa aku nak jalan masuk kerumah aku ternampak sehelai kain putih terbang, kain tu elok je lalu depan aku. Ya-allah, masa tu aku menjerit sekuat hati panggil kakak aku yang berada dekat dalam rumah, kakak aku pun marah la aku sebab jerit kuat-kuat panggil nama dia..hahahah..kaki aku rasa berat sangat-sangat tak boleh nak gerak. Lepas dalam 5 minit baru boleh gerak, lintang pukang aku lari masuk rumah.

KISAH 2

Kisah yang kedua ni berlaku masa aku di sekolah menengah rasanya tingkatan 2 masa tu. Malam tu lepas aku siap buat kerja sekolah aku kemas beg dan ikut semua jadual. Masa aku tengah sibuk tengok jadual tu tiba-tiba aku dengar ada orang panggil nama aku dekat luar, “reinie…reinie…reinie..”tiga kali macam tu la dia panggil. Cara dia panggil pun takde la macam bunyi seram, intonasi pun macam kawan-kawan datang rumah panggil kita. Abang aku yang tengah makan dekat dapur pun dengar dan dia sampai siap cakap “reinei kawan kau datang tu” aku masa tu buka tingkap dan tengok ke luar, tapi takde orang. Lepas aku tutup tingkap tu tiba-tiba angin yang sangat kuat lalu dekat luar rumah aku. Selepas dari kejadian tu aku pun jatuh sakit, kadang aku pergi sekolah kadang tak. Sampai setahun juga aku sakit dan akhirnya aku berjaya juga berubat dan sihat balik. Mengikut ustaz yang ubat aku, ada orang nak hantar benda tak baik dekat ayah aku. Tapi kena dekat aku.

KISAH 3
Kisah ketiga ni berlaku masa aku sedang menuntut di salah sebuah ipts di sebuah bandar.

Kolej kediaman untuk pelajar adalah sebuah apartment, dan terdapat lebih kurang 4 atau 5 blok. Aku dan beberapa rakan ditempatkan di blok yang kedua dan menghadap jalan utama. Kami dapat tingkat 4 dan tingkat 5 pula hanya ada beberapa unit sahaja yang didiami.

Apartment kami pula ada 3 bilik dan 2 bilik air..aku dan 3 lagi rakan dapat bilik master bedroom. Satu malam tu kami berempat tidur awal sebab terlalu penat kerana ada aktiviti di kolej. Lebih kurang dalam pukul 2 pagi salah seorang kawan aku yang duduk di katil atas tiba-tiba mengejutkan aku “reinie..reinei..kau dengar tak apa aku dengar?” Aku cuba mengamati bunyi apa yang kawan aku dengar, rupanya ada bunyi seperti orang sedang bertukang di tingkat atas unit kami. Setahu aku memang tiada orang yang tinggal di tingkat atas unit aku tu. Aku dan rakan ku yang tadi kejutkan kawan-kawan aku yang sedang lena dekat katil sebelah. Kami mula baca yassin. Dan apabila kami baca yassin je kami mula dengar kerusi dan meja study kami yang berada dekat ruang tamu seperti di tarik dan dihempas ke dinding, ia berlaku banyak kali dan bunyi hempas itu juga diikuti dengan bunyi seperti gelang kaki. Sudahnya malam tu kami tidur satu katil single empat orang.

Sekian sahaja cerita aku, insyaallah nanti aku akan kongsikan yang lain.

** ReInEi YaNg**

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Reinei Yang
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

20 comments

  1. Kisah 1.. boleh imejin suasana tandas kat luar. Tp kire kuat jugalah semangat awak bile dh nampak bende tu still boleh jerit.

    Kisah 2.. tak seram. Tapi kejam orang yg niat nak kene kn ayah awak tu.

    Kisah 3..satu katil 4 orang. Memang esok paginya bangun masing2 lenguh badan sebab tido asal boleh je.

    Btw penceritaan menarik even story simple je.

    9/10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *