Perompak Guna Ilmu Hitam

Assalamualaikum. Diharap semua sihat dan baik-baik sahaja. Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih sekiranya kisah aku ini diterbitkan oleh pihak Fiksyen Shasha.

cerita yang aku nak ceritakan ini merupakan pengalaman aku sendiri bersama dua orang kawan aku. Oo ye aku korang boleh je panggil boy dan kawan aku tu anggap sahaja diorang Ali dan Sarip.
ok cerita yang aku nk cerita kan terjadi semasa aku form 4. kejadian nie terjadi di kawasan perumahan aku dan untuk pengetahuan korang aku tinggal di flat.

Satu hari ni aku bersama dua orang kawan aku sepakat nak pergi ke pasar malam untuk beli sedikit makanan. Pukul 7 malam aku pergi ke sebuah taman permainan yang berada di dalam kawasan perumahan untuk menunggu dua orang kawan aku tu. sesampai je aku di taman tersebut aku merasa ada sedikit kelainan suasana di situ. Selalunya pukul 7 kat area taman tu masih ada budak2 melepak tapi hari tu sorang pun tak ada aku pun buat tak tahu je lah.

Tak lama kawan aku pun sampai aku pun tanya la diorang “wei asal sunyi je kat sini selalu ramai je masa-masa cam ni. Membe aku yang si Ali pun bagitau wei ko tak tahu ker kat flat kita ni kecoh satu benda ni!!! Aku pun eh.. da kenapa mamat ni cam serius je aku pun tanya la. Da kenapa ape jadi kat flat kita ni. si Sarip pun menyampuk. laaa ko tak tahu lagi upenya..kat flat ni kecoh da pasal ada gangguan ni..oo lupa nk bagitau sambil jalan menuju ke pasar malam kami bercerita. okay sambung balik. Si Sarip kata lagi, semalam ada orang ternampak ada benda terbang atas dia. Orang tu balik-balik je demam tak boleh bangun terkejut punya pasal.. aku pun cakap la. Ooo yeke pukul berapa jadi benda tu dan si Sarip pun cakap waktu senja ni la dia kene dan benda tu jadi dekat area taman ni la. Dok ralek punya cerita kami pun sampai ke pasar malam dan kami pun beli ape yang kami nak makan.

Selesai beli makanan kami pun sepakat nak lepak area taman tu nak makan disana.. sampai je di taman kami pun makan terus sebab da lapar..sambil makan kami pun berborak seperti budak-budak yang lain tanpa tengok jam tengok-tengok da pukul 1 berbual punya pasal. Aku pun ajak diorang balik dan masa aku dalam perjalanan nak balik teringat aku kisah yang kawan aku bagitau tadi aku pun rasa seram sejuk jugak ye la kawasan situ boleh tahan gelapnya aku pun terus berlalu tanpa fikir pape da.

Masa aku nk turun ke flat aku tu, aku pun lalu kat kawasan kedai makan yang hampir tutup, masih ada 2 3 orang penjual lagi kat situ. GEDEGANGGGGGGGGG…. aku terkejut semasa turun tangga, di bawah tangga tu ada satu tiang elektrik aku ternampak ada satu objek bentuk bulat terlanggar kat tiang elektrik tu..aku dok perhati je objek ape tu??? sekali aku terdengar weii Hantuuuuu…….!!!!!!!! aku pun dengar je benda tu ketar lutut weii. Pastu aku nampak peniaga yang masih belum balik tu cuba nak mengejar benda tu, aku pun tak tahu kenapa kaki aku ikut sekali kejar benda tu. Kami kejar ikut hantu tu sampai la ke satu bukit sebelah blok aku tu. Sebelah blok aku tu ada bukit tapi tak tinggi mana. kami kejar sampai ke bukit tu supp supp hilang cam tu je..

Kami pun dengan penatnya patah balik sambil berbual sekejap mengenai benda tu. Kami semua hairan hantu ke ape tu nk kata penanggal tak nmpk pulak organ lain kat bawah tu kepala je muka memang tak nampak la. Lepas masing hilang penat masing-masing pun balik rumah masing-masing. Ingatkan kejadian berakhir di situ je.

Aku pun da sampai rumah dan aku terus gi mandi untuk mengelakkan benda-benda melekat kat aku ke ape kan. lepas tu aku masuk bilik tidur memang penat sangat aku pun tertidur.. pukul 3 pagi terdengar orang ketuk pintu rumah aku. Aku pun bangun dan masa tu mak aku pun terjaga bapak aku tidur je. Aku pun keluar dan bukak pintu. Bila bukak pintu je ada seorang perempuan berpakaian serba hitam berkata boleh ke dia nak menumpang semalaman di rumah aku. Aku pun bercakap maaf la tak boleh rumah pun da penuh dengan orang takde ruang..

Tapi dia ni tak dengar cakap orang sebolehnya dia nak jugak. Tanpa aku sedar dia da masuk dalam rumah aku dan tenung mak aku. Aku tengok je mak aku tu.aku tgok mak aku dan macam kaku mata tak bergerak tgok perempuan tu je best partnya mak aku melaung boy jangan tgok mata dia. halau dia keluar..pelik jugak aku bapak aku tak bangun sampai ke sudah.. aku pun dengan panas hatinya tarik perempuan tu keluar dari rumah tu. seriouslyy dia tak nak berganjak dari tempat dia berdiri tu. Masa tu aku tak kisah da aku tarik tangan dia sekuat hati aku, aku bawak dia keluar. Lepas dia dah kat luar aku terus tutup pintu..da tutup pintu tu baru la mak aku tu boleh bergerak dan dia terus bangun pergi ke dapur…dia basuh muka tanpa cakap banyak kami sambung tido balik.

Keesokan nya aku bagun lewat…maklum la malam tu da penat. mak aku bercerita kat aku, ada jiran tanya sapa yang datang semalam kat rumah. mak aku cerita lanape yang jadi. korang tau ape yang jiran aku cakap. dia cakap masa di keluar rumah tu dia nampak depan rumah aku ada satu sosok badan tanpa kepala. Aku pun terkejut la bila dengar benda tu. ye la masa aku bukak pintu tu cukup je sifat dia. Lalu aku pikir benda yang aku nampak dan kejar semalam tu ada sangkut paut dengan perempuan yang datang semalam kat rumah aku tu..

Aku pun cerita kat mak aku..hahaha kene marah aku sebab tak cerita awal-awal. Lepas tu hasil dari membawang makcik-makcik di flat aku tu, baru la aku tahu cerita sebenar.. sebenarnya benda ni da jadi hampir seminggu da. puncanya ada manusia yang cuba merompak dengan menggunakan ilmu hitam. Nasib baik baik mak aku tak jadi mangsanya. Sebab dah 2 orang kene di blok depan blok aku. Ramai gak makcik-makcik membawang kata mak aku ni terer la, sebab boleh halau benda tu. nak tergelak aku..

Ok itu la kisah yang aku nak ceritakan kat korang. maaflah kalau kisah aku ni tak seram mana. Ape yang aku cerikan ni memang kisah benar.. dan terakhir aku nak ucapkan terima kasih banyak2 dekat fiksyen shasha. samaada cerita aku ni disiarkan ataupun tak mereka tetap akan membaca dan meneliti dulu penulisan aku ni..papahal korang memang terbaik teruskan siarkan cerita-cerit mistik dan pelik bagi orang dapat membaca dan mengetahui bahawa benda ini wujud. hehe sekian terima kasih..Assalamualaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

#SangPencerita
FOLLOW FB KAMI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.