Penangan Buku Singaporean Ghost Stories

Tajuk: Penangan Buku Singaporean’s Ghost Stories.

Kiriman: Muaz

Assalam semua. Nama aku Muaz. Aku merupakan pembaca tegar FS juga. Selama ni duk baca je. Belum sempat nak share cerita sendiri. Maklumlah sibuk dgn urusan pelajaran. Apa apa pun, cerita yang aku nak share ni tak ada lah seram mana pun. Just suam suam kuku je. Aku bukannya pernah mengalami pengalaman yang teruk benar seperti kalian.

OK baiklah. Pengalaman ni berlaku dah lama dah. Masa aku zaman Asasi di UiTM Shah Alam. 2011/2012. Alkisahnya lepas cuti midsem and cuti raya, aku balik ke rumah keluarga angkat aku di Kajang dari Kampung. Aku balik awal sikit sebab nak beraya dgn keluarga angkat.

Sementara tunggu study week buka balik, aku habiskan masa aku dalam library foster family aku. Most the books yang aku grabbed and read cerita hantu. My favourite was definitely Singaporean’s ghost stories. Korang dah pernah baca tak? Kalau tak aku memang syorkan korang baca. Terbaik beb. Boleh google. Penulis dia pun memang dah mistik. Tak pernah tunjuk muka dia. Hanya bertopeng hitam and berbaju hitam. Pergi fan signing pakai macam tu saja.

Pada suatu tengah hari, aku tengah asyik duk baca buku tu, punya syok duk baca from one story to another aku terlelap. Dalam masa half conscious tu, separa terlelap dan separa jaga, aku dapat rasakan yang ada benda peluk aku sambil belai belai aku. Aku jadi pelik. Dan minda aku dah mula fikir bukan bukan. Aku agak takkanlah ni Johan, adik angkat aku datang belai belai Aku. Bilik dia hujung sana. And aku rasa aku kunci bilik tu.

Then aku beranikan diri aku. Aku raba “benda” yang peluk aku tu. Bahagian mana yang Aku raba? Bahagian kepala dia. Mula mula Aku sentuh dahi dia. Dahi dia licin. Macam botak depan macam tu. Sah ini bukan Johan! Then Aku naikkan lagi ke middle area kepala dia. Ewww aku dapat rasakan rambut dia! Rambut dia nipis tapi kasar macam bulu beruk macam tu.

To sum it all, aku rasakan yang benda ni dah sah hantu tua yang nak teman aku baca buku kisah seram sambil belai-belai aku. Bedebah betul. And then feeling dia bila benda tu peluk aku seolah olah, kau boleh rasa jasad dia yang tak berjisim. Kau rasa dia peluk kau, tapi kulit korang seperti tak bersentuhan. Macam tu la feeling dia.

Lagi geli bila aku dapat rasakan yang dia ni kurus. Kaki kurus tapi perut buncit. Yuckkk. OK guys, tak habis lagi ni.

Bila aku dah rasa yang aku dipeluk oleh benda lain selain manusia, Aku cuba untuk tepis pelukan dia. Aku cuba meronta tapi tak dapat nak gerakan badan aku. Memang bajingan ni tak nak lepaskan aku. Dia pun perasan yang aku cuba untuk lepaskan diri aku dari cengkaman dia. Aku cuak! Dia makin kemaskan cengkaman dia kat badan aku sampai aku tak dapat nak bergerak dan lemas dalam pelukan dia. Biadap sungguh kau! Aku cuba bertakbir “ALLAHUAKBAR” tapi suara aku tak terhasil. Then slowly aku ber tawwudz dalam hati aku. “AUZUBILLAHIMINASHAITONIRROJIM” “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Alhamdulillah sekelip mata je aku kembali normal. Boleh bernafas dan bergerak macam biasa.

Aku bingkas bangun dari tempat tidur aku. Mundar mandir kejap. Nak hadam apa yang telah berlaku. Aku tengok buku Singaporean’s ghost stories tu. Dah sah. Memang penangan buku ni la makhluk halus yang macam monyet tu nak berdamping dengan Aku. Aku pernah dengar juga senior aku cakap yang benda benda ni memang suka kalau kita baca, study or minat pasal diaorang. Lagi kita suka, lagi dia suka nak dekat dengan kita. Aku penat. Then aku pegang balik buku tu. Belek². And sambung balik baca buku tu. Cannot help it. Aku memang suka membaca buku especially kisah seram. Lepas tu aku tertidur lagi. Tapi kali ni aku lebih bijak la. Sebelum aku tidur aku baca 3qul and lain² ayat AQ. Lepas tu alhamdulillah tak ada dah gangguan dari makhluk tu or yang lain.

Aku cerita juga kat foster family aku tentang peristiwa tu. Mereka dengar saja dengan muka cuak. Masing² senyap. Mereka takut kot. Or maybe diaorang sembunyikan something dari Aku. Tak kisahlah. Benda dah lepas. Benda tu pun dah jadi pengalaman pelik untuk aku share kepada orang lain and even page ni.

Nasihat aku ialah, kita kena belajar ilmu pendinding diri. Nak pergi mana, masuk apa, nak tidur, nak berkenderaan, nak masuk rumah or anything kena minta perlindungan dengan Allah dulu. Jangan main redah je. Study. Hafal ayat² lazim and doa² tertentu yang boleh diamalkan setiap masa. In shaa Allah amalan² itu akan bagi manfaat yang besar di dunia dan di akhirat.

Muaz
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

  1. ~Aku pernah dengar juga senior aku cakap yang benda benda ni memang suka kalau kita baca, study or minat pasal diaorang. Lagi kita suka, lagi dia suka nak dekat dengan kita~

    mmg pun, ak ni kalau asik baca FS ni, mmg kdg2 ‘benda’ tu kacau. so ak stop bc/kurangkan bilangan cerita aku baca setiap hari. nt lama2 akan hilang gangguan.

    bab amal nk baca itu ini, dh mmg jd rutin kan. mmg buat lah. tp kalau 24 jam ngadap cter hantu, mmg hantu pun dtg bertenggek kat kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.