BERANI

Hai peminat FS. Nama aku Dalila. Sorry, kalau jalan cerita panjang, bosan dan memang tak seram bagi korang.

Cerita 1 : Perhentian bas
Kisah ini berlaku dekat pakcik aku. Dulu kampung aku merupakan kampung baru, maksudnya semua baru, tak ada kemudahan. Tak lama lepas tu, adalah dua tiga bas yang masuk untuk memudahkan kami bergerak. Jadi ketua rumah kami pun decide la nak buat satu perhentian bas. Perhentian ni di bina dekat dengan kawasan tasik terbiar kat hujung kampung. Pakcik aku ni driver bas. Kerja dia memang ulang alik dari kampung ke pekan. So, hari-hari bawa orang muka sama, dia kira banyak kenal orang la. Ada satu hari tu, dia kena shift petang. Lepas ambil bas, dia pun start la kerja. Macam biasa, dia akan lalu perhentian kampung kami dalam waktu senja sebab situ adalah perhentian last. Hari tu hujan, ramai yang tak keluar. Penumpang dia yang last turun kat perhentian kampung sebelah. Bas waktu tu memang kosong.

Sampai kat stesen bas yang last, pakcik aku ni pun turun la sekejap pergi melepaskan hajat. Masuk balik dalam bas, terkejut pakcik aku tengok perempuan sarat mengandung, dengan dua orang kanak2 perempuan duduk kat kerusi terpaku (imagine sendiri la). Pakcik aku pelik la sebab pintu bas tertutup waktu tu. Malas nak layan sebab tak sabar nak habis kerja, pakcik aku tanya la nak pergi mana, perempuan itu bagi jelingan maut lepas tu cakap, “hantar kami ke hospital”. Lepas bayar pakcik aku pun teruskan lah perjalanan. Yang peliknya, time pakcik aku tengok kat cermin tengah, nampak kabur ja. Sampai la kat perhentian ketiga, ada la kumpulan budak laki naik. Bila pakcik aku toleh belakang dia pelik, perempuan dengan budak-budak tu hilang, takkan dah turun. Tunggu punya tunggu takdak juga pakcik aku pun terus jalan.

Sampai saja kat pekan, budak2 laki pun turun. Lagi sekali pakcik aku nampak perempuan tu dengan anak2 dia tahan bas waktu otw balik dekat dengan perhentian hospital. Nah, time tu pakcik aku cakap dia tak berhenti, sebab dah agak ‘benda’ tu. Dia pecut laju jugak la sambil baca apa2 yang boleh, ada lagi dia buat hal kat tengah jalan. Nasib baik sempat break kalau tak arwah dah apa pakcik aku. Waktu terkejut tu pakcik aku buka mata tengok2 dia duduk balik dalam bas. Perlahan2 la pakcik aku pusing depan tetiba ada ‘dia’ dengan muka buruk ada kat cermin lepas tu cakap dengan suara kasar, “bila kita nak sampai hospital” sambal tunjuk ke arah semak samun.

Pakcik aku pun terus pengsan. Wan aku kat rumah risau anak dia tak balik2 lagi, dah lewat malam. Dia pun keluar dengan orang kampung cari pakcik aku. Waktu jumpa, muka pakcik aku pucat gila serupa mayat. Dia diam saja dengan demam pulak hampir seminggu tak kebah2. Jadi wan aku bawa lah pakcik aku jumpa dukun. Dukun tu cakap, dulu pernah jadi kemalangan kat kawasan kampung aku. Perempuan mengandung tu dengan anak2 dia b***h diri lepas dia tahu suami dia yang kerja sebagai pembantu perubatan ada isteri lain kat kampung aku. Dekat tasik tu la tiga beranak tu lemas dan m**i. ‘Benda’ tu bukan nak apa, dia marah kerana pakcik aku ’melepaskan hajat’ merata-rata dan sebab tak minta kebenaran dia dulu. Kiranya kawasan tasik tu rumah dia la. Lepas dah sembuh, pakcik aku berhenti kerja dan kini stay dengan kami kat KL.

Cerita 2 : Guna
Kisah ni adalah sewaktu aku tengah kat ipt buat degree. Jadi aku ada boyfriend, Led (sekarang husband), dia ni lecturer dekat tempat aku belajar time tu. Kisah dia berlaku waktu orientasi student baru. Aku dengan Led jaga bahagian pendaftaran. Ada seorang makcik ni datang tanya kami kalau yuran boleh ditangguhkan, katanya anak dia dapat tawaran tapi dia tak cukup duit. Led pun kesian bagi la makcik tu pinjam duit dia dulu, yang peliknya hati aku tak terdetik pun nak tolong makcik tu. Pakaian dia macam orang berada (kaya).

So, settle bab tu makcik tu. Tak sangka pula aku sebilik dengan anak dia. Sebelum ni aku duduk sorang sebab rajin nak keluar dating. Tak kacau dengan roommate. Nama dia Ina, perwatakan dia lembut, rajin, kira semua ok la. Masuk bulan pertama ok lagi, lama kelamaan aku jadi rimas sebab dia asyik tanya pasal Led. Aku pun cerita la kat Led tapi boleh dia gelak kata senang nak pasang dua.
Ada satu hari dalam bulan puasa tak silap, mak dia siap masak kan lagi untuk Led. Semenjak hari tu, hubungan kami semakin renggang. Aku dah syak dia ni kena guna2. Tapi dia tak percaya sampai ada sekali tu kami break up. Ina pula ada boyfriend baru, so tak sampai hati lah nak tuduh. Tak senang duduk, aku luah semua masalah aku kat Jai (classmate).

Bila dah start sem baru, aku stay luar sebab praktikal. Led langsung tak contact aku sampai ada satu malam tu dia call ajak jumpa. Kami pun jumpa la, kekonon nak get back. Lepas dia hantar aku balik malam tu, aku dah rasa lain macam. Bayangkan aircond buka tapi rasa dia macam dalam sauna. Led ingat aku demam, ajak jumpa doktor aku taknak. Kami terus balik rumah. Masuk ja rumah, aku rasa pening sangat sampai mata kabur. Time tu aku nampak satu lembaga hitam berdiri dekat pintu tandas. Lepas tu, aku dah tak ingat apa2 sampai esok tu , Ida (housemate) kejutkan aku. Katanya semalam dia nampak ‘aku’ tidur dalam bilik. Pagi tu baru sebenarnya dia nampak aku kat lantai ruang tamu.

Start hari tu aku demam, kepala kosong. Ida cerita, ada satu hari tu, dia nampak ‘aku’ kat dapur tengah masak. Dia tegur tapi aku diam sedangkan waktu tu aku memang tak bangun langsung sebab letih. Malam tu, ibu datang melawat. Aku memang tak boleh kata apa, nampak ja ibu terus aku rasa panas nak marah. Ibu agak aku kena buatan orang, dia pun call kawan dia minta tolong tengokkan aku. Kawan dia kata ‘benda’ yang aku kena ni pantang dicabar, untuk berubat kami kena balik kampung. Aku pun ikut la ibu walaupun hati panas.

Disebabkan flight kami pagi, malam tu kami decide tidur hotel. Time tu dalam bilik ada aku sorang, ibu turun makan. Time tengah baring tu aku ingat lagi lampu tetiba tertutup. Lepas aku tarik buka kain langsir, aku selamba boleh kata, ”kau berani keluar lah, jumpa aku, lawan aku.” Lampu bilik terus terbuka, tapi aku nampak satu orang berpakaian tradisional jawa memanggil aku untuk menari dengan dia. Aku tak kenal orang lelaki itu, tapi disebabkan rasa sayang terus datang menyebabkan aku ikut menari dengan dia. Ibu yang balik dari makan terkejut melihat aku menari sendirian dengan lemah gemalai. Selepas ibu tegur, ibu cakap aku melihat dia dengan bengis dan terus menuju ke katil tidur.

Malam itu aku mimpikan lelaki itu lagi dan badanku terasa berat sekali, aku buka mata lalu aku melihat benda itu yang menyerupai aku berada di atas badanku. Matanya merah dia tersenyum kepada aku. Aku cuba gapai ibu tapi tak boleh terus aku tutup mata sehinggalah pagi itu. Esoknya, badan aku penuh dengan lebam2, tapi hal itu aku diamkan. Tak cerita sama ibu. Sampai kami kat rumah Wan, wan tanya kalau aku ada kekasih, mungkin kena buatan orang katanya. Terus aku teringat dekat Led dengan ina, time tu aku call dia terus marah2 (sorry abang) kerana tak percaya kat apa yang aku cakap. Malam tu makda, kawan ibu pun datang. Selepas berubat, betul kata wan aku kena buatan orang. Ibu tanya siapa pelakunya. Makda cakap kawan rapat aku, lagi lah aku panas hati. Mereka cakap aku macam orang gila menyumpah seranah Led tapi sebenarnya tu bukan aku. Makda tahu yang aku kena rasuk, lalu suruh wan panggil orang kuat kampung.

Lepas aku dah baik, baru makda beritahu yang sebenarnya bukan Led yang mempergunakan aku, bukan juga Ina tapi Jai. Jai sebenarnya memang pernah kata dia suka aku, tapi aku tak layan sebab time tu aku dengan Led dah couple. Aku ingatkan dah settle hal tu tapi sebenarnya tak, dia cuba lagi dengan guna benda tu. Patut la ada time kelas dia bagi aku keychain katanya ole2 dari Indonesia yang sebenarnya tangkal. Selagi ada tangkal tu dengan aku, selagi tu aku tak boleh rapat dengan lelaki lain sebab benda tu halang. Patut aku selalu marahkan Led dengan Ina sebab tangkal tu ada dekat hp aku waktu tu.

Lepas dah balik KL, aku dapat tahu yang Jai berhenti kolej. Malu agaknya tapi kalau kau baca ni, aku nak kau tahu yang aku dah maafkan kau Jai. Cuma janji dengan aku jangan buat kat orang lain. Berdosa tahu. And kepada Ina , aku minta maaf sebab dah kata macam2 kat family kau. Baru aku tahu yang mak kau sanggup pakai cantik2 sebab nak hantar anak dia masuk kolej nak tengok anak dia berjaya. Kau jangan pernah malu dengan keluarga kau sebab diorang sanggup lakukan apa saja untuk masa depan kau. And lastly, kepada husband saya Kharled, I’m so sorry sebab selalu marah2 awak sedangkan awak dah bagi banyak peluang kat saya. Just want you to know that I only love you dunia akhirat.

p/s : kepada yang baca, tak semua yang kita nak kita boleh dapat. Ada jalan mudah untuk berjaya tapi berpeganglah hati kepada yang SATU. Jangan pernah kita berburuk sangka tanpa usul periksa, dia selalu ada untuk sesatkan kita namun kita bukanlah hambanya.

.

dalila
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 comments

  1. huhuhu, cinta tiga segi rupa nya
    bagus lah kahwin dengan pakwe zaman sekolah
    tidak lah kasar kata bukan cinta monyet
    kenapa tuduh2 rakan baik sendri, btul lah 99 kebaikan manusia tapi disebabkan satu kebrukkan habis hancur, utk ina walau orng x suka cacing bagai jgn mudah patah semangat teruskan perjuangan sehingga berjaya, utk family ssah jugak nk jumpa orng mcm snggup buat saja asalkan anak berjaya di u, yang penting jgn berprasangka
    buruk dgn orang..hmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.