#BraderBuatHal – Kasihannya

Hi reader setia FS. Lamanya tak keluar cerita kan. Maaf lah. Alasan sama je. Kerja, kerja, kerja… kalau tak kerja mcm mana nak survive zaman sekarang ni? Selesai perkongsian pengalaman aku di Borneo hari tu kan? Dan aku ada berjanji nak ceritakan tentang kawan aku berbangsa India bukan.? ok mcm ni, aku story dulu satu cerita lain. Baru lah aku cerita pasal kawan aku tu. Sbb cerita ni berkaitan dan aku suka buat korang tertanya tanya. haha. Ok mula yaa.

Kisahnya bermula lebih kurang 3 minggu lepas kes kawan India aku tu. Kita panggil nama dia Ravin je ya.? Aku dapat call dari David. Aikk,,lain mcm rindu dia ni? takda lahh lama mana aku tinggalkan Sarawak dia dah call2 bagai. Sebenarnya sering juga kami berhubung bertanyakan khabar dan perkembangan masing2. Rupanya dia nak dtg ke Semenanjung. Ada hal mustahak katanya. Nak kata kerja bukan kerja.

Aku : Enti ukai kerja, nama pengawa nuan dehh? tumu nuan honeymoon?hehe(kalau bukan kerja, abis tu kau buat apa? awalnya kau honeymoon?hehe)

David : Bisi ka berubat bala ku boss. Nyak alai minta ulu ke nuan diak. (kawan aku ada yang nak berubat, sebab tu nak kau teman)

Rupanya rakan sekerja bakal bini David ada masalah. Masalah mistik2 lah. Dan tempat dorang nak berubat tu pulak kat Sempadan Negeri 9. Aku tahu tempat tu sebab aku pernah pergi sekali dengan Ravin. Situ lah tempat dia berubat tempoh hari. Aku pun tak tahu macam mana David boleh tahu tempat berubat tu. Memandangkan David ni tak tahu sangat selok belok semenanjung, jadi dia nak minta tolong aku yang temankan. Kiranya jadi tour guide dia pulak lahh. Aku pun ok je, aku tanya bila tarikh dia nak dtg. Senang aku nak minta cuti kataku kepadanya. Bila dah set time semua, dorang pun berangkatlah ke semenanjung.

Di airport aku menyambut kedatangan mereka. David, bakal bini dia, pesakit dan tunang pesakit. 4 orang semuanya. David nak duduk hotel di KL tapi aku tak kasi. Mahal lagi satu nak ulang alik KL-Shah Alam nanti payah. Jalan KL bukan boleh percaya pun kalau dah masa jem. So aku bagi dorang duduk rumah aku. Aku duduk sorang dgn dua ekor Munchikin(kucing) dalam rumah ni. Rumah yang boleh dikategorikan elit di shah alam. Semak duduk rumah sewa bujang jadi aku sendiri sendiri. Lagipun aku baru beli kereta lagi satu so senang nak taruk. Sebelum tu aku dah kemas kan bilik utk dorg. Rumah aku ada 4 bilik. Bilik master, bilik guest, bilik games dan bilik utk drum set. Aku letak drum set kat bilik games yang berada di tingkat bawah. So ada 3 bilik kosong kat tingkat atas. Cukup laa tu.

Sampai je rumah aku, pesakit tu mendengus. Pesakit tu perempuan ya. Dia taknak masuk. Katanya dia tak suka tempat aku. Sebenarnya pesakit ni tak nak dibawa berubat. Tak pasti la pesakit atau benda tu yang taknak. Pesakit ni kita panggil nama dia Lily je lahh. Nama samaran ok. Berbangsa bidayuh. Tunangnya Remy(pun nama samaran jugak) berbangsa kadazan mix cina. Orang Sabah.

Aku : Lily, pahal kitak sik mok masok lah? kita dah sampey dah tok.(lily, kenapa kau taknak masuk? kita dah sampai dah ni.)

Lily : Sikmok..!! ada empuan mok kelaie ngan kamek dalam rumah yaa.(taknak.!! ada perempuan nak gaduh dengan aku dgn rumah tu)

Aku dah rasa seram sejuk, sejak aku berubat dulu aku memang senang nampak benda2 halus ni. Masa tu aku ternampak ada kabus tebal di belakang Lily. Dan aku tahu siapa perempuan yang dia cakap tu. David mula berkumat kamit dan hembuskan kat Lily baru la dia mcm tersedar sikit. Dorang ni bukan Islam jadi payah kalau aku nak campur tangan dengan baca ayat2 suci kat dorang. Korang faham kan maksud aku? Kabus tadi pun dah hilang dari belakang Lily.

Remy : kau tinggal saturang seja ka sini?

Aku : yaa, enda mau lah tinggal ramai2.

Remy : Jadi siapa perempuan yang jenguk di jendela kau tadi tu?

Aku : kau salah tinguk ni. Enda ada apa bah.

Remy hanya garu kepala. Aku tahu dia nampak Puteri tadi. Tapi aku taknak bagitau dorg risau dorang takut pulak. Aku buatkan air dan kami bersembang kat ruang tamu. Sedikit demi sedikit aku korek cerita pesakit.

Katanya, Lily bekerja sebagai nurse baru di sebuah klinik kesihatan dekat area Baram. Sama lokasi dengan tempat kerja bakal bini David yang merupakan seorang nurse jugak. 2 3 bulan lalu dia kerap diganggu entiti yang agak negatif. Sebenarnya, semua pekerja di klinik tersebut pernah diganggu. Tapi tak seteruk Lily. Lily mulanya malu hendak menceritakan tapi memandangkan David bgtau aku hanya nak membantu. Itu yang dia buka semua cerita A-Z. Kata Lily, badannya sering rasa dihempap bila malam. Kiranya waktu tidur lah. Dia fikir mungkin penat sangat kerja. Tapi lama kelamaan, makin menjadi jadi. Sehinggakan dia nampak sendiri benda tu naik atas badan dia. Part yang ni aku keliru kejap. Bayangkan dia tengah tidur, bila dia buka mata dia rasa badan dia ringan sangat. Kemudian dia berdiri TETAPI badan dia masih baring. (boleh bayangkan tak?). Kiranya roh dia yang keluar dari badan. Adui susahnya nak explain. Dan dia nampak something yang agak menakutkan tgh berasmara dengan jasad Lily. Bayangkan dia tengah bediri ni kat pintu bilik dia. Bila adegan tu selesai dan makhluk tu pergi melalui tingkap baru lah dia tersedar dan badan dia sakit2. Aku pun dapat lah faham sikit2 story dia.

Malam tu lepas makan kami borak2 pasal kerja semua. Tiba2 Lily mengamuk, katanya dia nak keluar. Aku nampak lagi kabus mengelilingi badan Lily. Cuma aku tak bagitau dorang. Pipo dan Kiki(kucing) serentak lari ke tingkat atas. Lily bangun dan nak lari keluar. PAMMMM.!! Pintu rumah aku tertutup dengan kuat. Takda angin takda ribut. Muka masing2 pucat. Tak tau nak buat apa. Lily yang tadinya berdiri kini duduk bersila. Tak semena mena ayat2 suci yang aku bingkaikan dan letak kat dinding semua jatuh. ‘Aikk, main kasar kau ni.’ getus hati ku. Lepas tu Lily pengsan. Kemudian kami dengar bunyi org gelak kat tingkat atas. Masing2 diam, aku tahu ‘korang dua’ tgh lawan. Jadi aku suruh Remy angkat Lily bawa masuk ke bilik.

Jam menunjukkan pukul 1.45 malam. Kami yang masih terpinga pinga dengan kejadian tadi mengambil keputusan untuk tidur. Sedang aku tengah fikirkan apa yang terjadi sebentar tadi, pintu bilik aku diketuk.

David : Amai nuan aja diau dtuk bos,? (betul ke kau sorang tinggal sini bos?)

Aku : nama nuan enda ulih nganti pagila ka nanya aku utai kenyak?( kau tak boleh tunggu esok ke nak tanya soalan tu?)

David(sambil telan air liur) : maya aku angkat kemik tadi bisi meda indu berdiri bak mua pintu Lily seduai Remy. (masa aku nak kencing td aku nampak perempuan tgh berdiri depan pintu Lily dan Remy)

Aku : udah nyakk..ngigau nuan tok. tinduk gik, pagi la tumu kitai nurun. (dah lahh,kau mngigau tu, pergi tidur. esok kita kena gerak awal)

Aku terus tutup pintu sambil senggih2. Haa..kang aku cerita tak caya. Sekarang nampak dengan mata kepala diri sendiri apa macam?hehe

Pagi tu kami sarapan dan muka Lily nampak berseri seri. Senyum je memanjang.

Aku : aie, semangat kitak ari tok.(aie,bersemangat betul hari ni)

Lily : Lamak dah kamek sik tido nyaman. Bok mlm tadi rasa tenang mok tido.(lama dah aku tak tidur senang. Baru malam tadi aku rasa tenang nak tidur)

Aku : ok la yaa,.Pas breakfast tok siap2 dolok. Kita jalan2 KL.,esok malam kita gerak Negeri 9. (bagus lah macam tu, lepas breakfast ni siap2 lah, kita jalan2 kat KL. Malam esok kita pergi negeri 9)

Muka Lily automatik berubah. Sepanjang breakfast tu dia jeling je aku dengan jelingan yang tajam. Aku buat derkk je. Nak tengok gak dia boleh buat apa kat aku. Phone aku berbunyi.

MACHA CALLING…Ravin call aku?

Ravin : Deyy machaa,,you banyak berani angkat hantu duduk you punya rumah arhh?

Aku : you pun hantu jugak apasai call saya pagi2. Takda benda mau bikin?

Ravin : takda lah macha, itu sami ada kasi call sama saya, dia cakap you sekarang ada danger. Dia cakap sama saya, you punya rumah ada hantu duduk.

Aku : mana ada hantu siang2. Berapa botol todi you minum pagi ni?

Ravin : deyy,,saya tak main tau. Sami mau jumpa itu orang ini malam. Tapi lepas pukul 10 you mesti boleh start kereta terus gerak.

tutt tutt tutt..Ravin putuskan talian. Aku pelik, macam mana org yang dekat tempat berubat tu boleh tau kami nak datang.? Aku lupa nak bgtau, tempat yang dorg ni nak pergi adalah kuil Hindu. Aku pernah pergi sekali dengan Ravin masa dia berubat dulu tapi aku tak masuk la. Aku tengok dari luar je. Aku mengelamun jap kenapa kena gerak pukul 10? macam mana dia tahu ada orang nak berubat?

Lily : nya dah tauk kahh rancangan kamek?(dia dah tahu ke rancangan aku?)
sambil senyum pandang aku.

Aku diam terus naik masuk bilik dan siap2. Aku bawa dorang jalan2 sekejap kemudian balik rumah. Tapi aku pelik kenapa Remy ni tak banyak bunyi sejak pagi tadi.? apa yang difikirkan?

Aku : bro, kenapa bah kau nda bunyi ini hari?

Remy : nda ada apa bahh.. semalam sia mimpi pelik betul bah bro.

Aku : mimpi macam mana?

Remy : Semalam kan aku tidur, lepas tu aku terjaga sebab ada bau wangi dalam bilik tu. Kuat betul bahh. aku nda mau peduli aku sambung lah tidurku. Masa tu aku mimpi nampak ada asap hitam mau masuk dalam bilik kami. tapi nda dapat masuk. ………..

Aku : kenapa nda dapat masuk? mana sambung cerita kau ini, jangan kau cerita sekerat sekerat bahh.

Remy : asap tu nda dapat masuk sebab ada orang perempuan berdiri depan pintu kami. Org itu seperti nda suruh asap tu masuk.

Aku : macam mana rupa org tu kau lihat?

Remy : mukannya nda jelas, tapi yang aku nampak dia pakai kebaya lama warna putih bersih. Berselendang ka tudung di kepala. Sama mcm perempuan yang aku nampak kelmarin di jendela mu.

David : haa..sama lah Remy. aku pun nampak org yang sama semalam. Tapi bukan mimpi. memang real.

David menyampuk setelah mendengar perbualan aku dengan Remy. Dari segi ciri2 yang dorang gambarkan aku tahu itu puteri. Mungkin Puteri jagakan dorang untuk malam tu. Mungkin lahhhh.

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Kami pun siap2 nak bertolak. Masa aku nak start kereta, aikk, tak boleh start.? dah kenapa kereta ni. Baru lagi kot. Macam mana boleh ada masalah.? Aku pandang Lily, dia senyum sinis kat aku. Barulah aku teringat pesan Macha Ravin td. Pukul 10 baru kami boleh bertolak. Aku berdolak dalih kejap menyatakan biar enjin sejuk dulu. Mungkin panas sangat kot masa kami keluar jalan2 tadi. Tepat pukul 10 aku cuba lagi. Memang betul boleh. Aku yang keliru sorang2 kat situ tak cakap banyak. Ajak dorang naik dan terus memacu Range Rover baru ku. Aku memang jenis tak kunci pagar. Kadang2 aku biar je ternganga kalau aku pergi kerja.(akibat percaya sangat dengan security). Rumah aku pernah kena pecah masuk. Penyangak ni guna alasan nak p****g rumput dan kemas rumah. Kiranya aku yang suruh dorang datang utk kemas rumah aku. Drum set, set Game, Tv, laptop,handphone, peti besi dan pistol (yes,aku ada pistol) pernah nak dilarikan penyangak ni. Tapi malang dorang tak jumpa jalan keluar. Apa dorang buat,?Pusing2 kat laman rumah aku. Aku balik kerja perhati je perangai masing2. Nak marah takleh sebab kelakar. Sampai tergolek golek bawa hasil rompakan mereka tu. Masa polis datang baru mereka sedar. Tapi tau2 tangan dah kena gari. Abg polis tu siap tanya kenapa lah aku tak ‘hukum’ dulu. Takpe lahh, ada undang2 kan? kataku. Tapi sebelum dorang pergi balai tu aku suruh dorang susun balik mcm mana tempt barang tu mula2 tadi. Yang tak boleh diterima akal. Dorang cakap aku bela harimau 2 ekor. adehhh..kesian pipo dan kiki dorg ckp harimau. Apa aku ke laut ni???? sambung..

ok2, syukur lah dalam perjalanan tiada apa2 yang berlaku. Cuma kalau aku jeling cermin pandang belakang Lily asyik pandang aku je. Lepas lebih kurang 2 jam setengah memandu, kita org sampai ke destinasi. Tempatnya agak ceruk ke dalam ladang kelapa sawit. Memang seram lah bagi yang mula2 datang situ. Memori aku pulak kuat so tak susah mana ingat jalan. Sebab sana coverage kurang untuk buka waze atau navigator. Sesampai saja kami di tempat tu aku dah nampak sami tu tunggu depan pintu. Kami keluar kereta, tapi Lily je yang taknak keluar. Puas kami pujuk, tak cukup pujuk kami paksa. Sami tu pulak tak buat apa2, tercegat saja depan kuil. 20 minit jugak lah nak suruh Lily keluar, tapi still taknak. Yang dia buat hanya pandang sami dan berdengus. Kalau korg kat tempat aku masa tu mesti terkucil. Dengan muka tak puas hati dia, rambut panjang, air liur meleleh. perghh.!! Nasib baik aku biasa dengan benda macam ni. Cuma Esther(bakal tunang David) je yang ketakutan.

Tiba2 sami hentak kaki dia ke tanah. Aku pening. Rasa macam mamai. Lily dah meronta ronta dalam kereta. Kesiann..betul2 kesian kat kereta aku. Dicakarnya kerusi, ditumbuknya cermin. Nasib baik tak pecah. Last2 Lily mengalah. Dia pun nampak macam lemah saja. David dengan Remy papah Lily ke kawasan kuil. Sepertinya sami dah ready awal2 kedatangan dorang. Aku yang taknak masuk ke dalam hanya menunggu di luar. Seram jugak la kawasan situ. Aku kena hati2 sebab kawasan tu kawasan ladang kelapa sawit. Jadi aku bawak pistol aku sekali sambil hisap rokok. Bukan apa, sebagai langkah berjaga jaga sahaja. Network pulak takda coverage. Betul2 stress. Nyamuk takyah cakap lahh. Memang aku bela pun nyamuk kat situ.

Tak lama lepas aku dengar suara Remy seperti mengerang kesakitan. Aku mendekati kuil tersebut sambil ready apa2 jua yang boleh mendatangkan bahaya kat kitorang. Yelaa, zaman sekarang ni pun bukan boleh percaya semua org. Aku tengok Remy memegang kakinya. uishh..apa sami ni buat.? Dia hanya duduk sahaja. Aku nampak kain merah dililitkan di kepalanya. Seramm..sangat seram suasana dalam kuil waktu tu. Berpuluh kali ganda seram daripada mula2 aku datang. Ruang kuil hanya dipenuhi dengan asap kemenyan.

Lepas tu aku tengok Lily bangun. Hendak menerkam sami tu. Remy tak boleh buat apa2 sebab tengah dalam kesakitan. Sami tu kemudian membongkok dan merangkak. Kemudian? Ya Allah, dia mengaum.!! menjilat jilat kaki si Remy. Rasa geli pun ada. Aku yang dari tadi berpeluh ni menunggu saja apakah kegiatan seterusnya. Sami tu kemudian berdiri, tapi jauh lebih tinggi dan besar dari tadi ukuran badannya. Pelik bukan? tapi itulah yang aku saksikan malam tu. Lily seperti ketakutan dan tunduk didepan sami. Sami baca ayat2 yang aku tak faham langsung, aku percaya dia tengah mengubat si Lily ni. Kemudian Lily rebah dan pengsan. Aku nampak kepulan asap hitam di sebalik asap kemenyan di dalam ruang kuil. Beberapa kali ingin menuju ke arah Lily tak tak boleh. Akhirnya lesap macam tu saja. Beberapa kali aku gosok mata aku sendiri. Seakan akan tak percaya apa yang aku saksikan sebentar tadi.

Tak lama lepas tu mereka keluar. Remy terjengket jengket pulak berjalan. Lily nampak muka blur. Apa yang terjadi kat dorang ni? sampai dua2 kena sekali. Sami datang ke arah aku. Dia senyum aku pun senyum lah.

Sami : you ingat boleh b***h hantu pakai pistol?

Aku : ehh takda lahh, mana tahu ada binatang buas ke, manusia pun boleh jadi hantu. haha

Awkward sebab macam mana dia tahu aku ada bawa pistol. Dia pesan kat aku jangan suka sendiri sangat. Kalau taknak jadi kali kedua. Aku mengangguk faham. Faham sangat apa yang dia cakap tu.

Sami : Tapi benda tu elok, kalau kita buat elok, elok lah jadinya. Kalau kita buat jahat, jahat la jadinya. *sambil senyum

Selesai bersalaman dengan sami kami meminta diri untuk pulang. Lagipun jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Lama juga aktiviti dorang ni tadi. Dalam perjalanan pulang, Remy, Esther dan Lily sedang nyenyak tidur. Hanya David yang menemani aku masa tu. David cerita lah apa yang terjadi masa dorang berubat.
Kata David, benda yang mengganggu Lily adalah roh orang m**i. Tapi dari zaman dulu kala. Beratus tahun dahulu sebelum ada perkampungan di kawasan tersebut. Fizikalnya lelaki, bertanduk, mata merah, dan muka seakan akan ungu gelap. Makhluk ni sangat kuat seks. Jadi dia pilih Lily untuk melempiaskan nafsu setan dia tu. Apa yang specialnya makhluk ni, dia tak mudah d*****h. Sami tadi pun hanya menghalau dan ‘memagar’ Lily dan juga Remy. Tapi, makhluk tu akan mencari mangsa baru berbangsa Melayu katanya. Kebetulan Esther ada menyatakan ada budak praktikal di klinik tersebut yang baru sahaja 2 minggu bertugas. Dan berbangsa melayu. Cara untuk m******h makhluk ni adalah hanya seorang sahaja yang mampu. Bukan bomoh tapi orang yang bertapa di dalam gua jauh di pedalaman Baram.(Wujud lagi ye org macam ni). Jadi tugas mereka hendaklah mencari lelaki tersebut untuk meminta bantuan. Kemudian aku bertanya kan mengapa Remy menjerit tadi. David cakap masa tu kaki Remy sakit sangat. Dan sami tu cakap jugak tu angkara makhluk jahanam tersebut. Beberapa bulan lepas, masa Remy ingin menaiki tangga ke rumah Lily, dia tergelincir dan jatuh ke tanah. Menyebabkan kakinya patah. Tapi yang pelik adalah kakinya mengambil masa yang lama untuk sembuh. Sami cakap, asal saja nak sembuh, makhluk tu akan tarik kaki dia. Makhluk itu juga lah yang menolak Remy sampai terjatuh waktu itu. Jadinya Remy takkan sembuh dan sentiasa kesakitan. Tapi lepas sami Jilat kaki dia tadi, dia kurang rasa sakit dan akan sembuh tak lama lagi.

Punya lah bersembang sampaikan tak terasa perjalananya. Kami tiba di rumah pukul 7 pagi. Masing keletihan. kami bangun agak lewat hari tu. Memandangkan mereka akan balik keesokkan harinya, aku bawa dorang jalan2 dulu sebelum dorang berangkat pulang. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kat aku. Lagi2 Lily sampai menangis nangis beliau. At least dia bebas dan cengkaman setan tersebut. Tapi dia still kena berhati2. Masa korang baca ni, Remy dan Lily dah pun berkahwin. Dorang ada jemput aku tapi tak dapat datang sebab aku ada hal yang tak dapat dielakkan masa tu. Harap perkahwinan korang kekal sampai bila2.

Settle. Nanti aku story lagi cerita pasal Ravin. Gerak luu, pape roger.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

PakBelalang
Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

22 comments

  1. Pande klaka Sarawak ktk… best! Suma cita ktk best… susunan ayat… 👍👍… part lucu juak… gik single ka ktk? Ada kmk dijelin puteri…

  2. Brader tak penah tak best.

    Brader next stori list la cite yg brader penah tulis before ni.

    Kot2 ade yg sy tertinggal tk smpat nak bace. Lagi2 part puteri tu. Camne die boleh ade dengan brader. Hmm

  3. brader, aku nak tanya. kau ada tak tanya pasal yang puteri bawa jumpa kau tu. aku tak kalau orang lain sudah tanya kau ni sebab aku jarang baca komen, jadi boleh kau jawab tak.

    1. sorry brader aku ada salah tulis. sebenarnya aku nak tanya, siapa budak yang puteri bawa jumpa kau tu. boleh aku tau. hehehe.

    1. cuba search list ni…mungkin membantu dari awal brader ni…nak best lagi baca dari awal k…ni ad susunan dia utk yg br ikot cerita ni…

      1.bos buat hal
      2. anak sedara bos buat hal
      3.parter bos buat hal
      4. awek kebaya buat hal
      5.awek kebaya buat hal terakhir
      6. Kembali
      7.pengalaman borneo part1
      8.pengalaman borneo part 2
      9.pengalaman borneo part 3
      10.pengalaman borneo part 4
      11.kasihnya

      mudahan menbantu geng yg suka baca nukilan hidup braderbuathal k…enjoy…

      bro x sabar menunggu nukilan perjalanan hidup bro seterus nya ni….

      keep it up

      uuuuhhhaaaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.