Perempuan Misteri Menyerupai Adik Aku

Assalamualaikum. Di sini aku hendak menceritakan tentang gadis yang aku jumpa pada tengah malam. Hal ini berlaku saat aku baru saja berpindah di rumah baru aku bersama keluarga. Ceritanya bermula 4 tahun lalu.

Pada masa itu aku sedang mengangkat barang-barang untuk dimasukkan dirumah sewa baru aku. Sehabis semuanya selesai. Aku duduk berehat dan sambil makan bertih jagung. Pada waktu petang itu masa aku ke dapur macam ada seseorang sedang memerhatikan aku dari dalam bilik dalam rumah tersebut. Tapi aku hanya buat tak tahu je mungkin just perasaan aku. Malam mulai menjelang. Di handphone aku menunjukkan jam 11:47 pm aku belum tidur lagi, mak ayah dan adik-adik aku dah tidur semuanya.

Tetiba aku terasa seram sejuk dan aku ke tandas nak buang air kecil. Masa aku melalui dapur aku ternampak adik perempuan aku yang nombor tiga tengah makan. “Cakap nak diet tapi malam-malam buta tengah makan juga”. Dia tak hiraukan soalan aku, aku pun terus pergi tandas. Selepas selesai aku keluar dari bilik tenyata adik aku tiada lagi di meja makan. “Cepat juga budak ini makan”, bisik hati aku.. Aku balik ke tempat tidur aku nampak di hujung sudut tempat adik aku tidur ternyata dia masih lena dalam lelap dia. “Kalau dia sini habis yang makan tadi siapa?”, terus aku capai selimut aku terus tidur.

Siang menjelang aku bangun tanpa fikir panjang aku terus bertanya pada adik aku. “Hei liya, ko ada angkat makan kat dapur ke malam tadi?”. “Tiada along. Kenapa? Buat apa nak makan malam buta cam tu. Adik kan nak diet”. Aku terdiam dan aku terus blah dari situ. Aku turun ke pasar mencari kerja. Sampai satu hari aku cari kerja tak jumpa. Susah kan cari kerja kat bandar orang. Jam menunjukkan pukul 6:17 pm. Aku balik ke rumah dan aku mandi. Selesai mandi, aku makan bersama keluarga aku. Selepas habis makan, semuanya masuk tidur. Tapi pada malam itu aku terasa sangat pelik, aku rasa macam ada seseorang tengah perhatikan aku.

Jujurlah aku cakap aku ni penakut juga. Tapi aku ni jenis yang tak puas hati lah. Tanpa fikir panjang aku cari sesuatu yang boleh aku aku guna untuk pancing ‘dia’. Belum sempat aku pancing aku yang terkena pancing. “Aku nak keluarga ini berambus dari rumah ini!”. Aku yang ketakutan terus lari ke tempat tidur aku dan berselimut. Ditelinga ku masih terdengar katanya supaya kami sekeluarga keluar dari rumah itu. Pagi menjelang aku buat macam tak ada apa yang berlaku, aku turun ke pasar lagi mencari kerja dan aku dapat satu kerja di onestop superstore. Jam menunjukkan pukul 12:32 tengah hari. Perut terasa lapar dan aku balik ke rumah hendak makan. Sampai di rumah pintu rumah terkunci, lalu aku buat satu panggilan ke hp adik lelaki aku nombor dua, “zai korang kat mana? Asal rumah kosong?”.

“Kunci dalam rak kasut. Kami dekar rumah mak su semua ada kat sini”, balasnya. Aku tutup hp dan cari kunci rumah. Kunci aku jumpa aku buka pintu dan masuk. Aku ke dapur dan makan. Tetiba aku tersedak nasi. “Nah along makan lah slow-slow. Nak cepat mahu pergi mana?”, Kata adik perempuan aku nombor tiga. “Aiey adik bila ko sampai tak cakap pun”, dia senyum dan terus ke ruang tamu. Tapi pada masa itu aku tak syak apa-apa pun. Selepas itu aku terus keluar duduk tengok tv. Masa tu aku nampak adik aku tiada diruang tamu. Tapi aku buat tak tahu je mungkin dia keluar atau berjalan di luar.

Pada masa itu aku tertidur dan terlena. “Along bangun, dah maghrib ni”, terdengar suara mak aku. Aku bangun dan ke dapur cuci muka. Sekali aku keluar dan tengok tiada seorang pun, hanya aku je dalam rumah. Aku mencapai hp. “Mak. Korang masih belum balik ke?”, Soal aku. “Belum, sekejap lagi lah balik. Kalau along lapar along masak je apa yang ada dekat dapur sana”, balas mak aku. Aku tutup hp. “Habis kalau mereka belum balik, siapa yang bangunkan aku tadi?”, bisik hati aku. Terlintas di fikiran aku pasal adik aku tadi, aku terus menelefon balik mak aku, “mak, liya ade bersama tak dengan korang?”. “Ada long. Dari pagi dah bersama kami semua sini”, balas mak aku. Aku tak banyak fikir capai kunci terus kunci pintu aku terus ke popular foodcourts untuk minum secawan kopi.

Di situ aku terfikir, siapa yang hulurkan minuman kepada aku masa aku makan. Dan siapa dia dan dia nak apa sebenarnya. Handphone aku berbunyi aku terus angkat panggilan tu, “along kat mana ni mari balik kunci simpan mana”. “Ok along balik sekarang”, balas aku. Aku balik dan aku diamkan apa yang berlaku tengah hari tadi. Semuanya duduk di tangga tunggu aku pulang bawa kunci. Masa aku buka pintu, aku ternampak satu bayang hitam seperti budak berlari ke dalam bilik di mana tempat nak dan ayah aku tidur. Aku terkejut melihat keadaan itu tetiba adik bongsu aku tanya. “Long. Apa yang belari tadi long?”. Aku laju laju jawap, “tikus lah . Dah jangan hairan masuk buka lampu”, kataku untuk menyenang hatinya.

“Along”, mak ku panggil aku dari dapur. “Ya apa mak?”, balas aku. “Lain kali kalau dah habis makan simpan balik. Jangan sepahkan meja makan macam ni”, soalnya panjang lebar. “Baiklah mak”, balasku pada mak aku. “Seingat aku, aku dah basuh semua pinggan mangkuk tadi”, bisik hati aku. “Arghh. Mungkin aku terlupa kot”, kataku sendiri. Tapi pada masa tu badan aku memang sentiasa seram sejuk. Malam masa kami makan malam. Aku yang habis makan dulu. Masa aku hantar pinggan ke singki. Aku nampak di tingkap macam adik perempuan aku yang berjalan di belakang rumah. Aku perhatikan dengan sepenuh hati dia nak buat apa kat belakang sana. “Along, along tengok apa?”.

Tetiba dia tegur dari belakang. “Ehh, tiada apa-apalah. Tengah tengok biawak makan nasi”, padahal tiada. Sekali aku tengok balik perempuan tu dah tiada di situ. Terus bulu tengkuk ku meremang aku cepat cepat balik tempat aku tidur. Aku pandang di hujung sudut dinding adik aku dah nak tidur. Yang lain pun dah tidur semua. Tinggal aku seorang saja masih bangun. “Along, temankan adik ke tandas boleh?”, aku angkat dan teman kan dia lah. Dia masuk aku tunggu diluar. Percaya atau tak aku tunggu dekat nak 2 jam dia tak keluar dan tiba-tiba, “Along buat apa kat sini sorang-sorang?”. Aku cepat-cepat buka pintu tandas ternyata di dalam tiada orang. Aku sangat terkejut. Kalau adik aku yang baru tegur aku habis siapa yang aku temankan tadi.

Aku terus seram sejuk. “Along. Kenapa along diam?”, tanya adikku. “Tak ade pape lah. Dah jom tidur”, aku tidur dia pun tidur. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Tetiba di luar aku dengar macam perempuan menangis. Aku jadi takut seram sejuk aku tak berani nak buka selimut, aku hanya sebut apa aku tahu. Dan dia menangis lebih kuat tiba-tiba seperti bayi menangis dengan kuat di dapur. Aku yang rasa sangat takut macam nak demam panas pun ada. Tetiba bunyi bayi menangis tu, menangis dan bunyinya seperti mengelilingi rumah kami. Dan bermacam bunyi yang ada pada masa tu. Sampai jam pukul 4:28 am. Semuanya senyap dan tiada satu bunyi lagi pun pada masa itu.

Mak aku angkat nak hantar adik bongsu ke sekolah. Aku bangun dan aku masih diamkan tentang ini sampailah sekarang. Jangan ingat dia tak ganggu lagi. 4 tahun aku diamkan hal ini. Sampai aku berkahwin sampai aku bercerai. Dan sekarang dia selalu ganggu anak aku. Tapi aku hairan kenapa mulut aku terlampau sangat berat untuk bagitahu dengan keluarga aku. Sampai sekarang aku selalu nampak tapi aku tak pernah bagitahu mereka. Dan pada hari ini 23/04/2017 aku baru menulisnya di sini. Pada malam ini aku kena bagitahu keluarga aku. Aku mesti ajak mereka pindah juga. Sebelum ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Setiap malam aku dan anak sahaja diganggu. Sekian sampai sini sahaja dulu cerita saya. Kerana banyak lagi yang belum aku tuliskan.

.

eddy
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 comments

  1. Knp ad perkataan angkat bnyk sgt ea? Typo ke mmg sje tulis? Hihi.. ntah2 jin tu kenan kt ko x? Pegi lh ruqyah dkt mne2 ust yg bt rwtn islam..insyaAllah setel..

  2. kat family berat nak cerita..tapi dalam dunia internet ni bley lak kau bercerita panjang lebar yer….haih…manusia2

    1. kena faham kdg kita bercerita takut org tak percaya, atau penulis tak nak takutkan keluarga dia….cuba jadi kt kau acane….ngeee

  3. punde lah berat nak cerita pulak
    ko kawin je lah dengan jin janda anak sokor tu.
    boleh jadi perubat ko nanti
    masyuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.