Pencabulan Secara Batin

Assalamualaikum.

Aku Neko. Terima kasih admin. Cerita yg aku ingin kongsikan disini mungkin seperti rekaan tetapi benar-benar berlaku pada aku. Aku terdetik untuk bercerita ketika membaca cerita El tetapi tidak yakin untuk menceritakan pengalaman ku ini. Kenapa cerita El? Ini kerana dia juga boleh berkomunikasi melalui hati batin. Ini adalah pengalaman yang masih berlaku dan membuat aku trauma. Mungkin tidak seram atau mistik tetapi aku harap para pembaca dapat membaca dengan hati yang terbuka.

Bismillahirrahmanirrahim.

Cerita bermula pada tahun 2006, aku pertama kali tinggal di asrama. Di sebuah sekolah luar bandar di Perak. Bulan-bulan pertama aku cuba menyesuaikan diri disini tiada masalah yg berlaku akan tetapi langit tidak selalunya cerah.

Aku mula mendengar suara-suara yg bercakap-cakap. Pada mulanya aku ingatkan aku sudah gila akan tetapi pada suatu malam suara itu seperti bercakap dengan aku. Rupa-rupanya sekolah ini ada rahsianya. Aku yang selalu tidur lewat dan selalu bercakap sendiri (dalam hati. Ps: aku seorang yang pendiam) tergamam kerana aku dapati pelajar disini terutamanya senior dan pelajar lelaki boleh berkomunikasi sesama sendiri melalui suara hati.

Rupa-rupanya apa yg aku dengar adalah suara mereka ini. Masalah bermula apabila terdapat suara yang asyik bercakap mengenai aku.

Bercakap tentang apa yang sedang aku fikirkan dan lain-lain sehingga menimbulkan fitnah dan salah faham. Aku rasa seperti ada orang yang mengintai aku. Pernah sekali aku sedang mandi dan ada yang bercakap mengenai private part aku. Aku sangat terkejut dan terus keluar dan melihat sekeliling tetapi tiada orang!

Bukan itu sahaja, suara itu juga bercakap mengenai apa yang terlintas didalam hati aku. Rupa-rupanya betul telahan aku selama ini. Salah seorang pelajar lelaki telah mengintai aku. Mengintai melalui batin! Alangkah terkejut dan kecewanya aku kerana selama ini aku seorang yang menjaga maruah dan auratku. Aku dapat tahu kerana terdapat terlalu banyak bukti. Aku dapat tahu dan terus menghebohkan perbuatan terkutuk celaka ini. Kerana sebelum ini si pelaku memberi alasan yang ada spy dikalangan pelajar perempuan/aspuri. Nah kau kantoi! Cerita ini telah menjadi besar dan tersebar kerana mereka semua seperti berhubung didalam suatu talian kongsi komunikasi ghaib.

Pelajar lelaki juga mengetahui akan hal tersebut ketika aku bercakap dengan mereka didalam kelas. Dan orang yang mengintai aku adalah pelajar yang sekelas denganku. Celaka ini terkenal kerana suka bergosip dan menyibuk hal orang lain. Celaka ini memberi alasan yang dia mengikut aku pada mulanya kerana ingin mengetahui mengenai aku. Pervert sungguh!

Patutlah dia asyik mendekati aku. Dia mengintai aku 24jam tanpa henti dan bercakap mengenai aku tanpa henti dan aku seperti hampir gila. Gila kerana aku tidak dapat menghentikan perbuatan dan pencabulan ini. Aku berasa rimas dan tidak selesa sepanjang masa. Hidup aku telah dipublickan oleh celaka ini secara live. Ada orang melihat aku dengan pandangan mengejek.

Aku mengambil inisiatif dengan menjaga pandangan aku ketika mandi dan ketika kawan-kawan aku mendedahkan aurat. Tetapi tidak banyak yang boleh aku lakukan dan cerita-cerita aku masih berterusan contohnya dia memberitahu satu sekolah yang aku tengah buang air didalam tandas betapa malunya aku berhadapan dengan semua org… bayangkanlah jika aku tengah datang bulan!

Aku juga tidak dapat belajar kerana aku seperti bingung dan aku menjadi sangat pendiam kerana terlalu tertekan. Tertekan sehingga ingin membunuh diri. Allah..dia telah ambil privasi, hak dan menceroboh diri aku melalui cara yang aku pun tak pasti. Aku tidak tahu apa atau ilmu apa atau sihir apa yang dia pakai, aku telah meminta secara baik supaya pulangkan privasi dan hak-hak aku tetapi telah dibalas dengan biadap.

Dia langsung tidak kisah dan bermuka tembok jika berhadapan dengan aku kerana tahu jika dia mencabul aku begini tiada siapa yang dapat ambil tindakan kerana tiada bukti. Dihadapan aku si gila seks ini berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku walhal satu sekolah tahu akan perbuatannya. Aku juga telah tukar sekolah kerana terlalu malu akan tetapi masih mendengar cakap-cakap mengenai aku dan semakin melampau.

Sehingga sekarang dan saat ini celaka itu tahu dan tengah melihat apa yang aku lakukan. Macam mana aku tahu? Suara-suara itu masih mengikuti aku. Luaran aku seperti manusia normal tetapi aku sangat-sangat menderita. Aku pernah diadmit pada psikiatri tetapi telah bangkit semula kerana aku amat berdendam dengan celaka ini dan tidak mahu melihat ibubapa aku bersedih dengan keadaan aku.

Sekarang sudah lebih 12 tahun celaka ini mengaibkan dan mengainayai aku. Setiap hari. Hari-hari aku teramat menderita dan cita-citaku musnah. Aku teramat-amat malu tetapi tiada apa yang boleh aku lakukan untuk menyingkirkan celaka ini dari hidup aku. Celaka ini juga masih bebas diluar sana. Nampak macam normal tapi gila seks. Maaf aku terlalu benci dan marah pada iblis ini! Banyak lagi yang berlaku tetapi mungkin terlalu panjang untuk bercerita disini. Sesungguhnya bahaya orang yang psikopath dan tidak tahu malu ini. Semua orang (suara-suara bekas pelajar sekolah itu) mencemuhnya pun masih melakukan maksiat.

Aku nak mohon sesiapa yang membaca ini supaya tolong bantu aku dari segi cara atau kenalan yg boleh membantu menutup Ain atau kebolehan batin ini supaya aku boleh bebas kembali dari cengkaman manusia iblis ini dan menjadi normal kembali. Ya Allah tabahkanlah hatiku ini dan bantulah hambamu ini. Aamin.

Terima Kasih..

Neko
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

43 comments

  1. Caner bnde ni jd?msti laki tu ada hati kt neko,tp neko xlyn..so die resort to nak malukn neko..mcm coward dan useless pn jantan..semoga aib die terbukak seluas2nya..

    1. Entahlah daffodils.. xpenah pulak syaitan bertopeng manusia tu confess apa2.. InsyaAllah nt dpt la balasannya tu saya percaya seburuk2 balasan adalah drpd Allah SWT

  2. Neko awak cuba lah perubatan islam, sentiasa amalkan Manzil setiap malam sebelum tidur, baca 3 Qul, al Mathurat pagi dan petang, cuba juga search ceramah2 ustaz untuk ubat penyakit ini.. Ape2pun kukuhkan pendinding awak..maaf andai cdngn sya tdk mmbntu

  3. Dasar syaitoonnn!!!! Allah beri kelebihan tu bukan utk ambik kesempatan.. sepatutnya dia gunakan kelebihan tu utk tujuan kebaikan.. semoga satu hari nnt syaitoonn tu sedar akn keterlanjuran perbuatannya itu dan berhenti dr melakukan perbuatan yg siaยฒ…

  4. camne ea dia ada kelebihan camtu..nek tgh bayangkan, kalau la neko berkahwin, adakah dia akan meceroboh juga “part” tu…gila punya perbuatan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.