Mata Ketiga (bhg. 2)

Assalamualaikum. Terima kasih kepada FS publish cerita aku yang lepas “Mata Ketiga”. Nak sambung lagi pengalaman. Terima kasih ada yang bagi kata semangat, Insyaallah dia makhluk Allah, kita Allah jadikan yang paling mulia. Moga Allah sentiasa lindung dari jahat syaitan.

Kisah 6 – jalan di modenas gurun
Jalan ni kiri kanan ladang kelapa sawit. Dan jalan ni jugak short cut nak pi umah mak abah aku. Mula2 sekali kena sakat, time tu lepas maghrib nak pi umah mak abah sat. Sampai tengah2 perjalanan, ada perasan motor depan macam elak sesuatu, suami drive slow2. Dah dekat tu, hah elok tergolek berbungkus putih dengan kain batik panjang. Terus suami pecut. Kali ke 2, aku drive sorang, suami pulak ada kursus ke kl. Jadi aku decide malam tu aku balik tido umah family. 15 minit je jarak umah aku dan umah family kalau ikut short cut. Habis settle urusan di umah, (aku ni jenis nak tinggal umah, pastikan baju yg dah kering,lipat simpan dulu, dapur clear, sampah buang, bilik kemas, padahal 1 malam je nak tinggal). Lepas solat isyak aku drive balik. Mula2 pikir nak balik ikut jalan masuk pekan gurun, pekan guar chempedak, paling lewat 30 minit tapi dah kenapa aku bagi signal masuk jalan modenas jugak. Mula2 drive, aku perasan yg ada keta aku ja. Dah gelap lampu jalan takda. Aku buka lampu tinggi senang nampak jalan. Rasa lama luar biasa, aku tak jumpa simpang untuk aku keluar. Hampir 20 minit aku tak sedap hati, dah sebijik kenderaan lain pun aku tak nampak, padahal masih awal sekitar jam 9.30 malam. Aku baca ayat Kursi secara lantang dan tegas, 3x aku baca, akhirnya alhamdulillah aku nampak ada kereta di depan aku dan simpang keluar. Hampir 40 minit baru sampai umah family. Fuh.

Kisah 7 – kejut tahajud
Ni kisah suami aku, baru je jadi 2hari lepas, suami aku ni pegawai agama merangkap imam. Selalu jam 5 pagi suami ada set alarm untuk bangun pagi. Aku ada perasan suami aku bangun lebih awai. Tak kisah bangun awai bole tahajud lama sikit kan sebelum masuk subuh. Malam sebelum tido suami ada kata pagi tadi ada orang kejut dia, bagi salam kat tepi telinga dia. Allahu, maybe kami suami isteri lagha.

Kisah 8 – di belai
Hujung minggu suami aku ada kelas jam 9-12,2-5. Dia sambung master kelas hujung minggu. Jadual suami memang full. Keja dan belajar, so aku sekarang dah jadi suri rumah sambil bisnes on9. Sambil2 buat kelas mengaji di umah. Aku berhenti mengajar madrasah sebab kelas aku pagi sampai petang. Balik2 aku dah letih giler, kesian umah tangga takdan urus, aku letih mana nak basuh baju, masak, mengemas. Takkan asyik makan kedai kan. Sekarang ni hari2 aku masak. Suami happy, aku pun happy. Kisahnya pagi tu suami aku pi kelas, dalam jam 9pagi aku tido sat, dalam duk tido tu, mamai ke apa, aku dengar pintu bilik di buka, pastu tilam rasa macam orang duduk, dia belai2 rambut aku. Dalam hati pikir, takkan suami aku balik pulak takpi kelas. Nak buka mata nak gerak macam kena tindih. Sohih aku kena ganggu ni. Aku baca dalam hati ayat Kursi 3x, aku azan,qamat baru la tangan bole gerak, aku buka mata, sunyi sepi bilik. Cepat2 aku bangun aku intai di tingkap tengok kereta suami takda, check pintu di ruang tamu elok berkunci dari dalam. Aku risau jugak kalau ada orang pecah masuk umah. Habis 1 umah aku round dengan kat tangan pegang payung. Jadi apa2, itu je senjata aku ada. Lepas pastikan keadaan selamat, aku masuk bilik aku kunci pintu. Seram rasa dalam bilik. Haih. Sampai aku nak solat pun tak tenteram, rasa macam ada orang ikut kat belakang.

Kisah 9 –
Yang ni jadi sebelum kisah 7 dan 8. Aku rasa ada benda masuk duk dalam bilik kami. Sebab beberapa malam, aku ni jenis senang terjaga, dalam jam 2 pagi mesti pintu bilik bergegar2 macam orang nak masuk. Aku bangun dan menung kat pintu, jelas aku tengok pintu bilik di tolak2. Aku pikir aku mamai ke apa, tengok suami tido je. Macam tak dengar apa2. Aku pernah kejut suami minta dia tengokkan. Suami bangun dan buka pintu, takda apa2 sunyi sepi.

Kisah 10 – makhluk di dapur
Malam tu tido awai dalam jam 10, jam1 pagi aku terjaga dan rasa dahaga. Aku bangun dan pergi ke dapur. Dalam gelap tu aku nampak macam orang perempuan tapi dia membelakangkan aku menghadap ke tingkap. Aku rasa 2x dah aku jumpa dia. Lari jugak la time tu, seram. Aku kejut suami minta teman. Mujur suami aku jenis ok ja, dia bangun dan temankan aku minum air. Kelibat perempuan tu pun hilang. Kali pertama dulu pun aku lari, tapi aku lari masuk bilik terus sambung tido, tak cerita kat suami aku.

Kisah 11 – lelaki tak berkepala
Suami aku pi masjid awai 20 minit, time maghrib. 10 minit kemudian, suami aku balik tergesa2. Katanya phone tertinggal. Penting sebab lepas isyak nanti dia ada nak jumpa kawan sat. Suami aku time maghrib ke isyak memang dia tak balik umah dah. Stay di masjid. Lagipun lepas maghrib aku mengajar kanak2 dan remaja perempuan mengaji di umah. Lepas suami aku kalut2 balik tu, aku ada bau perfume lelaki. Seingat aku, suami aku ni pakai kasturi kalau nak ke masjid. Sepanjang aku duk di umah tu aku ter bau je bau perfume tu. Malam sebelum tido, dalam jam 10malam, aku tutup lampu dan buka fb sementara tunggu suami balik, 10.30 aku dengar kereta suami aku, dia nak masuk bilik, aku nampak belakang dia ada lelaki tak berkepala ikut masuk bilik. Aku bagitau suami, terus suami baca ruqyah dan azan dalam bilik, ruang tamu. Bau perfume lelaki tu pun hilang. Aku bagitau suami, sempat dia melawak kata hantu pun pakai wangi2, dia syak benda tu ikut balik time maghrib tu, yang dia kalut2 balik sebab dah senja dan dia masuk umah tergesa2 tak bagi salam.

Cukup sekadar sambungan pengalaman aku dan suami. Sebenarnya bila di pikirkan balik, ada pengajaran Nya. Jadi kita ambil yang baik anggap teguran dari Dia. Terima kasih yang suka penulisan saya, yang bagi sokongan dan semangat pada saya untuk hadapi semua gangguan ni. Nanti saya sambung lagi pengalaman time bujang pulak..

Arjuna
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 comments

  1. besa jugak lalu kat jalan modenas tu, waktu maghrib..memang ada rasa siket seram tapi mmg abeh shortcut lah jalan tuh..

    1. Lagi tinggi iman seseorang lagi kuat dugaan dia dpt…. so kena muhasabah diri la nampaknya sbb dugaan saya tak seberapa.

  2. best cita ni..kami pon penah kena ganggu masa dlm estet sg lalang..dari pkoi 6ptg smpai 11.30mlm baru boleh kluar..Allahuakbar..meremang bila comment ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.