Hotel Berpuaka di Sabah (Seram)

Assalamualaikum dan hai pembaca-pembaca FS. Nama aku Hazman, seorang penjawat swasta. Peristiwa ni berlaku masa aku bermalam di sebuah hotel di Kota Kinabalu (KK), Sabah, atas urusan kerja.

Waktu tu aku touchdown di Kota Kinabalu International Airport pada jam 6:30 petang. Kepada yang tak tahu, kalau di KK ni, jam 6:30 petang tu dah masuk waktu maghrib. Jam 7:00 malam tu dah gelap dah.

Sampai jer lobi hotel, jam dah menunjukkan pukul 7:30 malam. Lepas check-in, aku pun naik ke bilik (tingkat 11). Malam tu aku plan lepak bilik jer. Online fb, youtube, layan FS. Makan malam aku dah tapau siap-siap dekat KFC airport. Nak tidur awallah kiranya, sebab besoknya ada meeting pagi.

Lepas mandi dan solat, aku pun macam biasa, kuakkan laptop dekat atas meja. Tapi wi-fi pulak slow gila. Setakat nak scroll fb dan layan FS tu bolehlah. Tapi kalau nak layan lagu dekat youtube, berpeluh-peluh jadinya. Dekat meja sisi katil hotel tu ada built-in radio. Jadi, aku pun pasanglah radio tu. Kalau tak silap aku pasang Era Sabah masa tu.

Dalam sejam lepas tu, masa aku tengah scroll-scroll fb tu, lagu dekat radio tiba-tiba senyap. Aku pun bebellah dalam hati. Hotel ni radio pun tak reti nak maintain, tapi nak caj orang mahal-mahal. Suasana bilik yang tadinya dihiasi dengan alunan lagu, sekarang sunyi sepi. Nak on TV, aku malas nak capai remote control. Aku pun buat tak tahu jer lah. Still menghadap laptop.

Tak lama lepas tu, radio bisu tadi mula keluarkan bunyi statik. Macam bunyi radio rosak macam tu. Time tu aku tengah layan FS. Tengah fokus baca cerita apa entah. Kusyhuk, jadi aku pun biarkan jerlah radio statik tu. Waktu tu jam dah pukul 9 lebih.

Lama lepas tu baru aku perasan yang deria pendengaran aku semakin lama semakin kurang peka. Macam statik radio tu tadi effect pendengaran aku. Semua bunyi aku dengar macam slow gila. Bunyi statik radio tu pun aku dengar macam jauh jer. Sayup-sayup.

Lepas tu, aku dengar macam bunyi statik tu menerbit macam dialog. Macam orang tengah bercakap-cakap dalam statik tu. Aku ingatkan radio tu dah nak elok. Mungkin itu suara DJ radio yang suka membebel syok sendiri. Tapi dengan pendengaran aku yang macam dah kurang tu, aku amati betul-betul suara dari radio tu, dia macam sebut nombor-nombor random. Macam ni:

“Tiga… empat… lima… dua… satu… tiga… lima… enam… sembilan… tujuh…”

Macam tu. Aku ingatkan kot-kot nombor ekor ke apa ke. Tiba-tiba aku rasa telinga aku macam ada orang tekup daripada belakang. Terus meremang bulu roma aku. Melompat aku bangun dari kerusi, terus pandang belakang. Aku seorang jer kot dalam hotel tu. Mana ada orang lain! Aku gosok-gosok telinga aku kuat-kuat. Dah tak ada dah rasa tekupan dekat telinga aku tu.

Nak sedapkan hati, aku fikirlah, mungkin cuma perasaan aku jer. Dok layan statik radio tu, mungkin telinga aku jadi kebas, walaupun penjelasan tu macam tak masuk akal langsung.

Aku pergi padam radio rosak tu, lepas tu aku dudk semula dekat kerusi tadi, menghadap laptop. Masa tu habis semua lampu aku bukak. Haha! FS aku padam. Aku layan fb jer. Lepas tu, aku try bukak youtube. Boleh!

Aku pun layanlah video-video Maharaja Lawak yang lepas-lepas. Aku gelak dalam hati jer time tu sebab otak dah fikir macam-macam.

Korang tahu tak youtube kadang-kadang bila video baru nak mula, skrin akan hitam dulu, kan? Time skrin hitam sekejap tu, dekat skrin tu aku nampak bayang-bayang muka orang berdiri membongkok betul-betul dekat sebelah aku. Macam dia tengah layan video dengan aku. Aku campak laptop aku ke sebelah masa tu! Gila korang. Memang nampak jelas kot. Masa tu aku dah fikir, ini bukan silap nampak lagi dah. Memang ada benda dengan aku waktu tu. Cuma aku tak sempat nak perhati macam mana rupa dia.

Tiba-tiba suasana jadi panas. Macam ada orang ramai berdiri dekat-dekat dengan aku. Berkuap. Aku dah berjalan ke pintu, nak lepak lobi jer. Lantaklah kalau kena tidur lobi pun! Aku buka jer pintu, radio tadi tu terpasang semula. Tapi keluar bunyi statik serupa macam tadi. Cuma tak ada suara orang sebut-sebut nombor tu. Aku buat tak tahu, aku terus capai kad, keluar dari bilik. Aku berlari anak jugalah nak ke lift tu. Butang lift tu aku tak tahu berapa banyak kali aku tekan. Ding! Lift pun sampai. Aku melangkah masuk dalam lift, terus tekan butang tutup pintu. Tapi pintu tu entah kenapa, tutup lambat nak mampos! Time tu, tiba-tiba lift tu macam mendap sikit. Macam ada benda berat gila baru melangkah masuk dalam lift tu dengan aku. Ah, sudah.

Lepas tu pintu lift tu pun tertutup rapat. Dalam lift tu aku berdiri belakang sekali. Sandar dekat dinding. Bukan apa, at least kalau benda tu nak kacau, tak adalah dia datang dari belakang. Aku pun tak tahu apa logiknya aku fikir macam tu. Tapi bila kau dah takut, semua tindakan kau adalah berdasarkan naluri sahaja, kan?

Tiba-tiba tak sampai lobi lagi pintu lift tu dah terbuka. Dekat tingkat sembilan. Hati aku lega gila sebab aku expect ada orang tekan butang dari luar, nak naik lift. Tapi bila pintu lift terbuka, langsung tak ada orang dekat luar lift tu. Dekat liar lift tu bau hancing gila. Macam ada orang terkencing dekat luar pintu lift tu. Aku pergi ke depan, tekan butang tutup pintu lift banyak-banyak kali, tapi tak tutup-tutup. Aku dah buntu masa tu. Nak keluar dari lift tu ke, atau nak stay jer dalam lift tu. Bulu tegkuk aku masa tu dah berdiri. Aku rasa macam ada benda dekat belakang aku. Tiba-tiba sekali lagi aku rasa macam telinga aku ditekup dari arah belakang. Aku tak fikir apa dah, terus berlari keluar dari lift tu. Dekat hujung ruang lift tu ada tangga bomba. Aku pun tolak pintu tu, turun ikut tangga. Dari tingkat sembilan, aku turun tangga sampailah ke lobby.

Sampai jer tingkat lobby, aku pun kelam-kabut tolak pintu. Dalam hati aku separuh menjangka yang pintu tangga tu tak boleh buka. Nasib baik boleh. Dekat lobi tu aku tengok keadaan macam biasa. Ada orang lalu-lalang, ada staff dekat meja concierge. Dekat cafe tu pun ada orang tengah duduk-duduk. Aku pun duduklah dekat sofa lobby tu. Handphone, wallet semua tertinggal dekat bilik. Aku dah tak keruan dah. Esok pagi ada meeting ni. Patutnya aku dah kena tidur dah sejam dua lagi. Aku nak check-in hotel lain pun, kena ambil beg apa semua dulu dekat atas.

Aku dapat satu idea. Aku pergi panggil seorang staff housekeeping, aku bagitahu dekat dia yang kunci bilik aku tertinggal dalam bilik. Dia pun pergi bagitahu supervisor dia, supervisor dia bagi masterkey dekat dia, suruh dia naik dengan aku. Kitorang pun naiklah lift ke tingkat 11.

Dalam lift tu brader housekeeping tu senyap jer. Dalam hati aku cakap, janganlah brader ni pulak tiba-tiba kena rasuk ke apa benda ke. Aku pun tanyalah dia sesoalan dua. Dia jawab dalam loghat Sabah. Biasa jer rupanya. Mungkin dia memang jenis yang tak banyak cakap. Sampai jer dekat depan pintu bilik, dia bukakan pintu, lepas tu terus nak blah. Aku pun minta tolong dia tunggu aku sekejap dekat luar pintu tu. Nanti aku bagi tips, aku cakap dekat dia. Dia pun tunggu jerlah sambil tahan pintu.

Settle packing-packing barang semua, aku pun keluar tergopoh-gapah. Dia tak tanya apa-apa pun macam tak pelik pun dengan apa yang aku buat. Lepas tu, dia pun tanya aku, abang sudah kena ka? Dia tanya. Aku dah nak marah dah masa tu. Apa yang kena? Dia ni main-mainkan aku ke? Tapi lepas tengok reaksi muka aku yang macam tengah bengang campur keliru, dia pun ceritalah dekat aku tentang hotel tu.

Rupa-rupanya hotel tu memang keras. Dah ramai dah orang kena. Orang Malaysia, orang putih, orang China, orang Korea, ramai dah complaint sebab kena ganggu malam-malam. Ada yang masuk-masuk jer bilik, nampak perempuan rambut menggerbang tidur atas katil. Ada yang nampak nenek tua tengah berdiri dekat dalam shower. Ada yang kena ketuk tingkap.

Ada yang TV sekejap pasang, sekejap padam. Tapi, dia tak perah dengar pulak ada apa-apa sejarah hitam yang berlaku dekat hotel tu. Lagipun, hotel tu baru lagi. Bukannya bangunan bersejarah ke apa ke. Tapi itulah, pendapat dia, mungkin tapak yang diorang buat hotel tu tak berapa nak ngam. Mungkin dekat tanah hotel tu dulunya ada kubur lama ke apa ke.

Dengar cerita brader tu, aku pun complaint lah gila-gila dekat manager hotel tu. Tapi aku tak sebutlah nama brader yang cerita tadi tu. Mula-mula dia taknak kasi refund. Aku apa lagi, gunakanlah kuasa veto seorang netizen. Aku cakap dekat dia, kalau dia taknak refund, benda ni akan viral. Dengan penuh berlagaknya aku ugut dia. Tapi haram. Sesen pun dia taknak refund. Nasib baik bukan aku yang bayar. Cumanya, nak check-in hotel lain kena pakai duit aku dululah. Nak claim dahlah lambat. Lepas ni aku malas dah nak outstation kalau tempat aku nak pergi tu tak ada saudara-mara atau member-member. Haha.

Ha, itu jerlah cerita aku. Yelah, memanglah tak ada aku nampak jelas-jelas hantu depan-depan aku macam cerita-cerita orang lain tu. Tapi bagi aku, seram gila kot. Sampai fobia jugaklah aku nak naik lift lepas tu. Kbai!

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

Hazman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.8]

25 thoughts on “Hotel Berpuaka di Sabah (Seram)”

  1. Kenapa semua orang sama? Aku masa dengar Hantu mengilai nama aku masa tu telingga jadi macam slow, jauh ,sayup-sayup. Kebetulan?

    Reply
  2. Sy org sabah… buat masa ni dah dua hotel yg perna sy pergi ok…
    Satu d putatan sabah marina hotel, 2 d de’square likas.

    Perna juga mak cik pakcik ku kena gngu di satu hotel ni…
    Siap bagi nampak muka dan m**i hidup lampu…
    Tapi lupa tnya apa nama hotel tu ?

    Reply
  3. Mungkin itu suara DJ radio yang suka membebel syok sendiri.

    hahahahha semoga ade DJ radio yg baca, sumpah korang mmg taguna sgt kalau bersiaran sikit2 gelak mcm potianak, ape ingat lawak ke??

    Lepas tu pintu lift tu pun tertutup rapat. Dalam lift tu aku berdiri belakang sekali. Sandar dekat dinding. Bukan apa, at least kalau benda tu nak kacau, tak adalah dia datang dari belakang. Aku pun tak tahu apa logiknya aku fikir macam tu. Tapi bila kau dah takut, semua tindakan kau adalah berdasarkan naluri sahaja, kan?

    kih3 ni mesti tgk cter seram byk ni, duk dlm lif pahtu hantu dtg dari blkg 🙂

    Sampai jer tingkat lobby, aku pun kelam-kabut tolak pintu. Dalam hati aku separuh menjangka yang pintu tangga tu tak boleh buka. Nasib baik boleh.

    ni mmg kepala tgh loading like ctr hantu.. buka pintu tapi x mo buka.

    Reply
  4. Penulis kata tu hotel baru, so tak mungkin Shangri La, sbb Shangri La dah lama jugak.

    Pernah stay kat Promenade Apartment, KK. Mmg tobat xkan masuk situ dah, mujur bertiga masa tu.
    Kena kacau mcm dalam typical cerita seram, dengar bunyi kanak2 berlari dan bunyi orang alih2 kan perabot dari tingkat atas. Start bunyi dari senja sampai ke pagi. Nak tidur tu, pasang surah Al Baqarah kat ipad dan biarkan. Sekali dia pun pandai main ipad daa. Sekejap dikuatkan volume ipad tu, sekajap diperlahankan, dan ulang2….lagi tak boleh tidur. Hampeh punya setan….

    Reply
  5. Lebih kurang mcm experience saya, pegi kursus juga so stay situ sorang2… masa masuk tengahari tu mmg suda rasa something, rasa pelik sbb bilik tu banyak perabot tapi ada satu sudut tepi tingkap tu kosong ja. Tp sudut tu la yg mcm pelik start dr masuk tu, mcm suram2, mcm ada bayang hitam. Saya ignore ja.. tp semakin lewat malam semakin menyeramkan. Saya think positif mungkin sbb tempat tu kosong kot, so saya letak beg dan barang2 d situ. Tp bila mau tidur, tiba2 nampak perempuan rambut menggerbang menerjah depan muka, sesaat ja kot tp tekejut gila la. Lepastu masi fikir lg mungkin imaginasi ja.. tp xboleh tidur sbb rasa ada benda berdiri keliling katil tgk saya tidur.. bilik dah terang benderang, baca ayat kursi ulang2.. akhirnya jam 2 tertidur. Tapi tiba2 jam 4 pagi terbangun pula dengar bunyi kuat gila.. bila betul2 sedar tu baru perasan TV sedang on, channel bahasa mandarin volume full.. ya Allah mcm mau menangis, mau lari pun x tau ke mana jam 4 pagi tu.. saya bertahan sampai pagi. Pastu pegi kursus, saya minta izin tumpang bilik kawan sampai hari terakhir kursus, alhamdulillah baru tenang. Serius sampai sekarang hotel tu saya blacklist

    Reply
  6. Dulu pernah kena juga ganggu kat lift..slalu balik kerja mmg lewat subuh baru balik kerja..time sy habis kerja dlm jam 1:30 pagi klau tdk silap sy masa tu tahun 2008 ni bangunan mmg legend juga kira bangunan lama d tengah2 kota kl..tmpt kmi tnggl ni hostel company bagi untk staff tnggl klau x silap sy tingkat 27 bngunan ni dari ground floor smpai tingkat 2 ada la kedai makan , saloon, 7e dan bermacam2 kedai lagi lepas tu dari tingkat 3 smpai la ke tingkat 15 office dari tingkat 16 smpai la ke tingkat 28 rumah apartment. Di jadi kan cerita lepas habis kerja balik lah kami ramai2 menuju hostel. Lepas mandi segala sy nak turun ke restaurant mamak nak tengok bola time tu m.u jmpa entah apa sy pun dah lupa perlawanan juara2 euro. Nak di jadi kan cerita time sy nak turun lift dari tingkat 27 tu suasana macam biasa saja tak la rasa seram, lepas lift sampai ke tingkat 27 sy masuk la tekan butang Ground floor, mula di dalam lift keadaan mcm biasa saja, tiba2 lift berhenti di tingkat 19 bayang kan dalam 2pagi hehehe. Sy buat la mcm biasa ingat kan ada orang mau masuk dalam lift, tunggu punya tunggu tak ada satu kalibat pun atau orang masuk dalam lift time tu sy pikit negative saja buat2 tak ada benda yang berlaku sebab lift bangunan kadang2 pandai berhenti sendiri sebab tu sy tak fikir yang bukan2 sy tekan la butang close baru saja pintu lift tu mau tertutup terbuka balik time tu sy kira ok lagi la kedua kali sy takan butang close benda sama yang berlaku lagi sy ingat mungkin ada benda sangkut kat pintu lift, bila sy periksa tak ada benda yang menghalang pintu lift. Sy tekan la yg ke tiga kali butang close. Baru saja pintu lift mau tutup rapat kira2 dalam 5inci gitu la pintu mau tutup rapat tiba2 terbuka balik macam ada yang menghalang pintu lift mau ttup sy keluar la tengok2 ada orang atau security d luar lift, bila keluar sunyi sepi saja lampu pun tak berapa terang masa tu kira macam suram2 lampu kat luar. Sy masi lagi fikir negative masa tu sebab dalam kepala otak nak cepat sampai kedai mamak nak tengok bola. Sy tekan la butang yang ke empat kali baru pintu lift tutup rapat lepas, sampai ja di ground floor sy terus menuju ke kedai mamak tengok bola smpai la subuh dalam 5:30 pagi balik naik lift tak ada apa2 yang berlaku semua berjalan dengan lancar tak ada apa2 gangguan yg berlaku. keesokan nya sy bangun tidur mau pergi kerja sy rasa satu badan sy lemas mau bangun pun susah, sy paksa juga diri bangun mau mandi lepas selasai sy ambil pakaian kerja terus pergi kerja, sesudah sy sampai tempt kerja sy buat kerja rutin harian sy macam biasa. Malam tu sy mmg tidak boleh tahan sy jumpa la manager yang bertugas mau minta balik awal kerja sebab badan kurang sihat. Nak d jadi kan cerita sy di benar kan balik awal sekitar pukul 8mlm, sesudah sy sampai d hostel tak benda yang berlaku lagi masuk macam biasa buka kasut dan baju saja terus sy baring di katil, tak sampai 5min sy terlelap. Tiba2 sy terbangun lebih kurang 10 lebih malam sy terdengar suara orang bercakap dan meraka ketawa sy ingat kawan yang satu bilik sudah balik dari kerja sy cuma nampak ada tiga sosok hitam masuk dalam bilik dan satu persatu tindih badan sy tidak lama kemudian sy pun terlelap. Dalam jam 11 lebih malam kawan balik dan sy pun terbangun dari tidur sy bertanya kawan sy yang tiga orang adakah meraka sudah balik.. kawan yg bilik sebalah pun bagitau la yang meraka masih di tempat kerja lagi..itu la pengalaman sy tinggal di hostel tempat kerja sy dahulu ada lebih kurang 4tahun juga la sy tinggal d hostel sebelum sy d pindah kan tempat yg baru.. 1 minggu juga sy demam haha kalau kamu tau bangunan ni ada d tengah bandar kuala lumpur jalan raja chulan dekat saja sama pavillion sebarang jalan dah sampai 😊 klau cerita sy kurang seram sama jalan cerita sy kurang elok sy minta maaf ya.. ini pengalaman pernah sy kena time di dalam lift tengah malam bersorangan gara2 nak tengok bola 😁

    Reply
  7. Cerita hotel tingkat 11, macam saya tahu mana satu hotel tu sebab kawan saya yang balik dari Germany pernah menginap sebuah hotel menghadapi situasi yang sama di area tingkat 11. Saya tak nak beritahu tempatnya sebab tidak mahu tempat tu jadi viral, buat entiti tu terkenal sebab entiti tu bukan seekor.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.