Misteri D***h Keturunan Thailand (Part 2)

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab siarkan kisah benar saya untuk kali yang ke dua. Terima kasih juga untuk korang yang bagi komen-komen positif yang nak kan lagi sambungan kisah benar ni. Okay berbalik pada d***h keturunan thailand ni, aku akan cerita satu kisah yang aku alami sendiri sekitar 2 taun lepas. Aku nak korang imagine mcm mana jalan cerita ni sebab aku nak korang rasa seseram mana yang aku rasa time tu. Okay, tarik nafas dalam dalam, make sure korang ready fizikal dan mental nak baca ni. Ready untuk tak tidur sorang2.

Part 1- Kisah di Rumah Maktok
Untuk pengetahuan korang, aku selalu duduk di rumah mak tok aku ni di area Kedah. Yang tinggal hanyalah maktok. Tokwan aku dah meninggal dunia masa aku umur 6 tahun lagi. Aku kiranya antara cucu yang paling rapat dengan dia. Cuti sekolah ja, mak ayah aku anto pergi sana temak maktok. Aku banyak habiskan masa dengan dia, bila kau tengah cicah roti kering dalam kopi ka teh ka, dia akan cerita pasal zaman Jepun. Bila nak tidur malam ja, dia akan start cerita pasal apa yang dia alami dulu time zaman Jepun, lagu Jepun. Misuke apa benda tah lagu tu. Tapi dia hafal dengan baik. Sampaila satu hari tu, dia jatuh sakit.

Makin lama makin teruk. Sampaikan tahap terbaring atas katil dengan tiub di mulut semua. Untuk tahap pertama dia jatuh sakit, dia masih boleh cakap, boleh dengar. Masih jelas lagi apa yang dia cakap. Masuk tahun kedua, pendengaran dia makin hilang, apa yang dia cakap semua hanya kumat kamit je. Kalau betul korang nak dengar, korang kena dekatkan telinga korang kat telinga tu. Sampaila satu tahap dengan sapa pun dia tak bercakap hanya lirikan mata tepat ke mata kau je yg mampu dia bagi.

Tapi yang menjadi tanda tanya, bila aku datang melawat dia, aku akan belai dahi dia dan aku akan bagi salam “Assalamualaikum Maktok” di telinga dia. Pada awalnya aku memang sangkakan dia takkan jawab balik panggilan aku tu. Tetiba dengan suara yang kasar sedikit, dia menjawab “Waalaikumusalam”. Aku pun macam speechless kejap bercampur happy sebab Maktok aku respond akhirnya. Tapi pada masa yang sama, bila orang lain yang buat, dia hanya bagi kau lirikan mata telat dan tajam je ke anak mata kau. Kau rasa? haha.

Aku pun tak pikir sangat pasal tu. Sampaila satu hari tu, parent aku nak angkat maktok aku pergi bilik air nak mandikan dia, tapi kau paham tak dia berkeras takmau mandi dan tangan tangan dia tu cubit kuat ke tangan mak aku. Sampai lebam. Aku sebab taktahan sangat nk tengok benda macam tu jadi, aku pergi ke Maktok aku, aku renung tepat ke arah mata dia dan aku cakap dengan agak kasar ” Maktokk, maktok kena mandi bagi wangi, kalau xmandi macam mana nak wangi”, and dengan sendirinya Maktok aku balas dengan pandangan yang tajaaammmm ke arah mata kau dan bagi cebuk tanda isyarat suruh mandikan dia.

Okay takpala, sampai la satu tahap paling kritikal, dia dah tak mampu nak bercakap apa apa pun. Dengan aku pun dah tak bercakap dah. Hanya mampu berbaring dengan tube di mulut. Sesekali aku akan tukar tube tu sebab penuh dengan kahak kan. Ada satu malam tu tepat pukul 12.30 malam, maktok aku jerit dan tunjuk ke arah tangga yang kat situ ada baby sedang menangis sorang2. Dia cakap “Kesian dia along, pergila amik dia. Dia tengah menangis tu sorang sorang atas tangga”. Apalagi kau tak seram ke 12.30 malam jerit and cakap ada baby pulak.

Aku terkejut sebab dua sebab ; yang pertama sebab dia boleh cakap secara tiba tiba and kedua dia kata ada baby yang sebenarnya tak wujud pun dalam rumah tu. Takpa aku tenangkan Maktok aku dan suruh dia tido balik. Keesokannya, lepas pada solat mahgrib aku saja buka Surah Ruqyah. Surah ni boleh merawat orang yang terkena santau dan penyakit misteri jika kita selalu amalkan. Ada jugak yang berpendapat, surah Ruqyah boleh tahu jika seseorang itu ada yang bertenggek dalam badan kita ke apa. Dia akan tunjukkan tanda.

Jadi aku pun buka Surah Ruqyah, sambil sambil tu aku duduk kerusi urut sebelah katil Maktok aku sambil tengok handphone. Surah Ruqyah silih berganti dengan Surah Yaasin. Masa aku tengah lalai tengok fon, aku rasa ada orang pandang tepat ke arah aku. Aku toleh ke arah Maktok aku dan ya memang betul Maktok aku sedang perhatikan aku sambil senyum. Korang jangan imagine senyum selalu yang korang senyum kat pakwe makwe korang, ni senyum sinis sambil mata tajam dia pandang tepat ke arah kau. Aku pun amik la inisiatif, aku kata “Maktok , kenapa maktok”. Sambil dia snyum macam tu, dia ikot balik sebutan sebutan dari surah Yaasin tapi seakan mengejek, lebih kurang macam ni ” Alah alah alah, yacinnn yacinn ” sambil senyum sini dan pandang aku dengan tangan dia panggil aku “along, along sini along”. Ya allah takutnya ya rabbi!!!! Terketaq ketaq aku baca ayat suci Al quran. Selalu aku tengok dalam tv, ni real depan mata?

Part 2- Hospital
Okay, ni keadaan arwah Maktok aku sebelum meninggal dunia. Masa ni dia dimasukkan ke dalam wad sebab kencing manis dia terlalu tinggi, jadi Doktor suruh dia duduk wad. Jadinya, sebab ada anak anak yang bekerjaya, dia duduk di wad kelas pertama. Sampaila satu malam dekat pukul 10,mak aku ajak aku pergi melawat Maktok di hospital. Masa aku sampai tu ramai la sepupu sepupu, makcik pkcik yang datang melawat. Jadinya, bila aku sampai,masing masing mintak diri nak balik sebab esok ada yang kerja, ada yang ada urusan.

Jadinya time tu aku cuti semester, so diorang mintak aku jagakan Maktok untuk malam ni. Aku pun dengan rela hati bantu untuk jaga Maktok malam tu dengan sepupu aku sorang ni. So lepas semua orang dah balik, kami pun duduk sebelah katil Maktok. Sepupu aku main laptop, aku pulak main handphone. Maktok aku pula time tu tengah tdor nyenyak tak sedar apa lansung. Lebih kurang hampir pukul 1pg, maktok aku bangun dari katil dan kaki dia terjulur di besi katil sambil tengok kami berdua. Kami pun pergi dekat dengan Maktok and tenangkan dia suruh tidur, tapi tangan dia tetap di sebuah bilik depan bilik dia. Padahal yang dia tunjukkan itu bukan bilik, itu toilet.

Tiba tiba dalam keadaan marah, dia cakap ke arah sepupu aku dalam bahasa Siam. Allah aku tahu ada benda tak kena,kekuatan tenaga dia luar biasa sampaikan sanggup tolak kami. Aku pun tanpa lengahkan masa panggil doktor yang bertugas untuk cuba tenangkan Maktok kami ni. Lain pula yang dia katakan kat Doktor, dia cuma kata dia nak duduk dia kerusi. Jadinya doktor bantu dia untuk turunkan dia dari katil dan bagi dia duduk di kerusi pelawat sebelah katil dia. So lepas semua dah berakhir, doktor pun keluar dan tinggalkan kami bersama Maktok.

Aku duduk sebelah Maktok dan cousin aku duduk sebelah aku. Masing masing diam tanpa kata. Mungkin masin pikirkan apa yang baru jadi dan masih pikirkan macam mana maktok boleh bercakap tanpa ada pelat dan ada kekuatan yang luar biasa. Tiba2 maktok cakap dengan suara agak lembut tetapi agak kasar, dia tegur aku mana kasut aku lagi sebelah. Aku pun tenung ke bawah ada ja kasut aku ni. Aku beritahu Maktok, “ni maktok, ada ja kasut along”. Dia balas ” Ish mana ada, orang tu pakai kasut along” .Aku la sudahhhh. Sapa plak? Tiba tiba dia menyanyi lagu Thailand sambil dia cakap dulu dia ada kawan, kawan dia rambut panjang sampai ke kaki,* sambil pegang kaki aku*. Aku betui2 tak leh nak tahan dan benda ni.

Aku pun telefon mak aku ceritakan apa yang jadi dan datang temankan aku. Actually, maybe lepas orang baca ni orang akan cakap ada saka kot. Kami dah ada buat rawatan perubatan secara islam, takda sakan tersebut. Sampi sekarang taktau apa sebenarnya. Pada episod lepas, ada yang komen itu saka semua kena pergi berubat, ya dah pergi rawatan perubatan islam, tapi Alhamdulillah takde pape. Benda ni bukan jadi kat aku sorang, malah ada lebih 3 orang sepupu aku mempunyai nasib yang sama, mempunyai “orang yang jaga”. Aku boleh simpulkan benda ni ada berkaitan dengan d***h keturunan aku. Sekian. Terima kasih pada korang yang baca. Insha allah kalau rajin, next time aku cerita lagi. Assalamualaikum. ☺️

.

Kapkunkap
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 comments

  1. keturunan Thailand tu.. maybe kebetulan jer… atau moyang ko dulu2x… mungkin ada penjaga coz aku pun ada keturunan belah sana…. tp xder kisah mistik…. atok aku ada citer… moyang dia dulu kerabat sana tp dah dihalau keluar dari istana kerana kawin ngan rakyat biasa… tp x byk info pun atok aku bagi tau…

  2. sama macam nenenk aku.,,..time nak tdo malam je, nenek aku mesti akan cerita kisah dia n zaman jepun dlu…dia pon ada ajar aku 2 buah lagu jepun yg sampai sekarang aku n adik2 aku hafal…

  3. Part yg mngejek balik bacaan yaasin tu yg aku tak tahan tu.. Meremang bulu roma.. Btw, tolong smbung lg sbb best.. Huhu..

  4. Mmg d***h Siam mmg x kena sihir macm sy kluarge sy yg lain Sume kene tp yg sy tdak … Ade org ckp sbb sy bdrah Thai … Atuk sy ustaz Thailand nenek sy Indonesia ustazah

  5. Mungkin bukan saka tp makhluk mcm jin yg diturunkan kpd keturunan melalui amalan jampi2 atau lagu2 memuja.

  6. Fmily Kitorang pun ad bnda jga..trun dkt 4 bradik je. Ad mix jgk..kturunan thailand(abah) n chinese(mak). trun kt kitorang ni belah mak..Baru2 ni je dpt thu yg kitorang ad pendamping lps kakak p brubat dkt darul shifa..
    Katanya keturunan pari2..
    *dlm proses nk membuang*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.