Aku Rindukan Maya

Assalamualaikum wahai pembaca setia Fiksyen Shasha (FS). Terima kasih tak terhingga kepada admin jika sudi menyiarkan coretan hidupku ini. Kenali aku dengan panggilan Rin. Cerita yang bakal aku kongsikan ini merupakan pengalaman aku yang benar-benar terjadi dalam hidupku sepanjang 26 tahun ini. Siapakah Maya?

Sejak dari kecik aku memang suka berdikari. Mak ayah aku bekerja, aku ditinggalkan bersama penjaga, bernama Mak Leha. Mak Leha merupakan seorang ibu tunggal yang sudah kematian suami. Dengan berbaki kudrat yang ada, Mak Leha membesarkan tiga orang anaknya dengan begitu baik sekali. Tetapi aku tak berapa kamcing dengan anak dia, so, aku banyak habiskan masa dengan budak-budak sekolahku lepas waktu sekolah.

Sedia maklum, budak-budak baru nak up kan, banyak perkara yang tak sepatutnya, kami lakukan, seperti hisap rokok, buli budak dan curi basikal. Aku agak korang pon ada pengalaman yang sama kan, hehe. Tetapi tragedi hitam aku bermula dengan perkenalan aku dengan seorang budak perempuan ini. nama dia Maya. Maya baru berpindah ke tempat aku dekat tiga bulan, baru aku berani bertegur sapa. Biasalah masa budak-budak dulu, cikgu suruh laki perempuan duduk dalam kelas sebelah-sebelah, supaya kami tak buat bising, dari sinilah aku kenal dengan Maya. Maya bertukar tempat dengan kawan aku.

Tiada yang istimewanya pon tentang Maya ni. Anak tunggal kepada dua orang tuanya yang dah menjangkau umur 50-an. Mungkin rezeki dapat anak lewat kan. Keakraban aku dengan Maya semakin kuat, apabila dia turut ikut kami melepak, mandi sungai dan macam-macam lagi. Kira macam penasihat aku lah, nak hisap rokok, dengan kotak-kotak rokok aku dia buang. Tapi aku tak tahu kenapa aku tak marah, malah lagi rasa selesa bila dengan Maya.

Tahun 1998, ayah aku beli rumah di Kajang. Sebelum ni kami menyewa rumah setinggan di suatu tempat yang aku rahsiakan. Aku berkeras tidak mahu ikut keluarga aku pindah ke sana. Ayah aku buat keputusan untuk membiarkan aku tinggal bersama Mak Leha, yang aku dah anggap seperti mak aku sendiri. Jiwa dan raga masa muda mudi dulu tak kuat beb! Makin banyak kegiatan jahat yang aku lakukan, sampai ke satu tahap aku buat perkara tak elok dengan Maya. Maya kelihatan sangat sayangkan aku sampai kami terlanjur bersama, tak berdaya aku nak katakan yang aku dah buat kerja terkutuk itu.

Aku hilang kawan. Aku semakin banyak habiskan masa dengan Maya. Aku sendiri tak faham kenapa orang tua Maya benarkan aku rapat dengan Maya sampaikan aku dibenarkan tidur dirumahnya, dengan alasan nak belajar. Biasalah bila kita dah ada makwe, kawan-kawan semua aku lupakan, yang aku pentingkan Maya sahaja. Satu hari ni, member aku ajak kami pergi mandi sungai. Hari yang gelap bagi dunia Maya, kerana dia dirogol oleh kawan-kawan aku.

Aku lari, aku pindah sekolah ke Kajang. Aku tak hubungi dan ambil tahu langsung tentang Maya selepas peristiwa itu. Masa tu pon mana ada handphone lagi kan. Kawan-kawan aku yang buat hal pon aku tak tahu ke mana. Peristiwa tu menjadi rahsia antara kami berlima termasuklah Maya. Mak Leha pernah bagitahu aku ada seorang budak perempuan sering bertanyakan aku dengan mata merah-merah menangis. Sedikitpon aku tak endahkan.

Tahun 2004, aku masuk ke tingkatan 2. Aku jumpa seorang perempuan di sekolahku sebijik macam Maya. Pertama kali aku jumpa di tapak perhimpunan, berderau jantung aku. Jangan-jangan dia! Tapi aku pelik, setiap kali aku nampak dia, dia mesti tengah pandang aku. Aku senyum, tapi dia pandang dengan senyuman sinis. Aku pakat dengan kawanku seorang pengawas, untuk mencari Maya. Semingu kami cari, seminggu jugalah kami tak nampak dia langsung dekat sekolah.

Aku jadi bingung. Aku SPM tahun 2007, tengah nak jawab paper sejarah pulak lah terasa nak berak. Syok-syok tengah berak, aku terdengar ada suara perempuan memangil nama aku, dan aku kenal benar suara tu. Aku senyap! Ada bunyi tapak kaki perlahan-lahan pergi ke setiap pintu tandas, dan akhirnya berhenti di pintu aku. Sayup-sayup aku dengar suara itu lagi, makin lama makin senyap. Dumm! Pengawas peperiksaan ketuk pintu tandas aku sambil menjerit, “kau berak ke baca nota dalam tu?”. Terus aku keluar, haha. Korang nak tahu, paper sejarah hari tu aku salin soalan je, isi apa sume tak ada, takut punya pasal.

Habis aku SPM, aku bekerja di Parkson. Aku dikejutkan dengan berita kematian Mak Leha. Bergegas aku ke sana dengan keluargaku. Alhamdulillah, majlis pengebumian berjalan dengan lancar. Tiba-tiba aku ternampak seorang member aku. Dia antara lima orang yang merogol Maya. Din seakan nak lari bila nampak aku, terus aku cekup dia, “kau apehal nak lari tengok aku, dah macam tengok hantu?”. Dia senyap je, tapi serius aku terkejut, dia yang dulunya aku panggil Din Boroi, tapi dah jadi Din Keding.

Din tanya aku perlahan-lahan, “kau masih hidup Rin? Aku ingat aku nampak hantu”. Ehh, dah kenapa dia ni. Din ceritakan balik apa yang dah jadi selepas peristiwa 10 tahun aku tinggalkan tempat tu. “Kau tahu tak, Mat, Panjang dengan Bopeng dah tak ada?”. Pergh, berderau jantung aku dengar. Sempat jugaklah aku tepek dahi Din, aku ingat dia nak bergurau, tiba-tiba bau kemenyan kuat di area tepi longkang kami duduk. Terkelu sekejap aku.

Aku mula merasa seakan ada benda tak kena, aku tanya Din mana Maya? Din senyap. Selepas aku tanyakan banyak kali, dia tergetar-getar cakap, “Wei dari tadi dia duduk mencangkung sebelah kau”. Haa, kan dah kena setepek lagi dekat dahi, serius awal-awal aku tak percaya sebutir pon apa dia cakap, sebab sememangnya aku kenal Din ni kuat high, so tak mustahil badan yang gemuk boleh jadi kurus. Din cakap, “terserahlah sama ada kau nak percaya atau tak, dosa yang kau buat 10 tahun dulu masih belum padam dalam hati Maya!” Aku blah, malas aku nak layan cerita yang aku tak tahu sama ada sahih atau tak.

Aku nak tanya lebih-lebih dengan anak Mak Leha, aku tak berapa nak ngam dengan dia. Majlis tahlil pada malam itu berjalan lancar. Tiba-tiba aku perasan ada orang pandang aku, aku toleh, aku nampak ayah Maya, Pak Ramli. Perasaan takut terus menyelubungi aku, yelah, aku pernah buat sesuatu yang bodoh dengan anak dia, kot lah Maya ada cerita dengan ayahnya. Aku duduk dekat dapur tak keluar-keluar, nak keluar rasa serba salah. Aku keluar pergi ke pintu belakang rumah, nyalakan sebatang rokok, hampir nak tercampak rokok aku bila dengar ada orang batuk dekat sebelah aku, alamak Pak Ramli.

Dengan muka mencuka, sikit pon tak senyum. Aku tegur dengan lagak macam tak ada apa-apa terjadi, “assalamualaikum Pak Ramli! Ingat lagi tak saya?”. Terus Pak Ramli blah. Ewahh aku tegur baik-baik blah macam tu jek, terus aku campak rokok masuk ke dalam. Lagi sekali aku terkejut, Pak Ramli keluar dari tandas dapur. Eh aku jumpa sapa tadi. Terus aku kedepan dengan hajat nak lah tolong-tolong apa yang patut, dari layan perasaan takut aku tadi.

Family aku ajak balik, dah dekat pukul 12 malam dah. On the way nak balik tu, tiba-tiba ayah aku cakap, rasenya nak lalu lah jalan belakang, jalan dekat kedai nasi lemak dulu tu, ada lagi ke tak lah tapaknya. Aku pon iyakan jelah. Tiba-tiba ayah cakap, eh, dulu bukan ke ada rumah, dah terbakar lah, macam kesan terbakar ni dah lama je. Terus aku tengok, terlepas handphone kat tangan aku, itu tapak rumah Pak Ramli. Aku diam membisu, bulu romaku tegak berdiri. Perasaan resah gelisah semua ada.

Tiba-tiba mak aku tanya, “eh Rin, siang tadi kau lepak tepi longkang sorang-sorang kenapa?”. Lagi sekali aku tersentap. Aku cakap, “Mak Jangan merepeklah, kan si Din budak yang selalu curi baju dekat ampaian tu ada sekali tadi”. Mak senyap, aku pon senyap. Seminggu selepas peristiwa itu berlalu, aku selalu murung, nak buat kerja pon malas. Ada suatu hari tu, aku kena migraine teruk. Aku lepak tidur dalam stor, nak bagi legakan migrain aku. Tengah syok aku membuta tiba-tiba ada bunyi kotak jatuh dekat belakang stor. Stor aku ni ada banyak rak, ak tidur dekat rak paling depan.

Aku bukak mata pelan-pelan, aku nampak macam ada kain hitam atas lantai. Aku perhatikan je, tiba-tiba kain tu macam bergerak-gerak. Macam orang bernafas lah, ada naik turun. Berderau aku terus berlari ke pintu. Korang bayangkan sepatutnya lock dekat dalam, aku tak boleh bukak lah, ini stuck, aku panggil jerit semua macam tak ada respond. Terus aku baca 3 qul, ayat kursi, al-fatihah dan azan sambil tutup mata. Aku bukak pelan-pelan tak ada apa-apa. Aku terus berlari bukak pintu, nasib baik boleh macam biasa. Terus aku maki sekor-sekor tak dengar aku jerit, semua cakap tak dengar apa-apa pon. Aku buntu.

Tahun 2008, aku dapat masuk matrikulasi. Tak percaya sungguh aku, paper sejarah aku boleh lulus, walhal jawab macam tak jawab je, haha. Semasa aku di matrikulasi memang macam-macam perkara luar biasa aku lalui, ditambah pulak felo aku kata bilik aku duduk tu memang laluan benda tu. Tetapi mistik pasal Maya ni tak pula berlaku. Zaman 2010, zaman kita baru nak mengenal facebook, haha. Satu hari tu, aku try search nama Maya. Aku search nama penuhlah yang aku tak perlu nak mention dekat sini, haha. Aku jumpa gambar budak dalam lingkungan umur 12 tahun di profile picture. Tapi bila aku tengok about, dia sekolah di sekolah rendah lama aku dulu. Ada seorang mutual friend aku masa matrik namanya Nabilah.

Akhir tahun 2010, aku diwajibkan untuk sertai program Universiti di Gunung Jerai. Program 3 hari 2 malam ni memang aku nantikan kerana aku gemarkan aktiviti lasak. Pagi sebelum aku bertolak, mak aku telefon, “Rin, tadi anak Mak Leha ada telefon, ada kawan lama kau nama Fahmi meninggal, kau kenal ke?”. Aku terkedu sekejap, si Fahmi ni merupakan kawan biasa aku je, tapi kenapa sampai anak Mak Leha nak khabarkan dekat aku. Mak aku cakap lagi, “Seminggu sebelum dia meninggal dia ada dok tanya khabar aku, dia minta nombor dari anak Mak Leha, tapi dia tak bagi”. Ewah apesal lah tak bagi budak tu nombor aku, macamlah kau bapak aku. Aku sekadar sedekahkan al-fatihah kepada beliau.

Aku tak tahu kenapa, sepanjang program ini berlangsung, otak aku ligat memikirkan Fahmi. Kenapa dia bersungguh cari aku? Nak balas dendam dekat aku ke? Dulu aku dan member suka buli dia, perangai skema tahap dewa, basikal kena pancit, bekal kena rembat, tapi dia seakan rileks membenarkan kami buli dia, sampai satu tahap kami dah malas. Maya dulu pernah cakap yang dia sering dapat surat cinta dekat bawah meja, dan aku tak tahu kenapa aku syak Fahmi punya kerja, sebab dia sering pandang Maya macam geram. Maya pernah cakap, Fahmi pernah datang letak keychain teddy bear depan rumahnya, seriously Fahmi ni macam psycho sikit.

Semasa program, ada suatu malam, aku dengar orang berdengus di luar khemah. Betullah apa orang cakap, lagi kita takut, lagi kita nak tahu apa bendanya tu. Aku buka sikit je zip khemah, bau harum menusuk ke dalam khemah. Aku nak kejut 3 orang kawan aku ni, esok nanti dia bahan aku penakut, biarkan jelah. Aku ambil lampu, suluh-suluh luar khemah, aku tersuluh pokok, berderau darah aku nampak ada kain putih terbang antara pokok ke pokok.

Tak puas hati lagi, suluh lagi kat tempat benda tu terbang. Ambik kauu, terus benda tu terbang ke arah aku, lintang pukang aku tutup zip. Terus aku peluk bag aku, aku dengar sayup-sayup, seakan ada suara perempuan menyanyi, ‘Inangku malam berlabuh, memakan tuan, hati yang layu’, bait-bait lirik tu aku ingat sampai ke hari ni, dia ulang banyak kali. Aku berdehem, benda tu senyap, tiba-tiba aku dengar, “kau nampak aku…”, aku masa tu rasa nak campak bag kat muka member-member aku tu, siap berdengkur tidur mati.

Tiba-tiba telefon aku bunyi, ‘ahh.. private call’. Aku angkat, suara perempuan menangis, terus aku tanya, “kau nak apa?”. Dia menangis, sayup-sayup aku dengar ‘sampai hati kau’, suara Maya. Tercampak fon aku masa tu, terus benda kat luar tu mengilai ketawa. Akhirnya aku tertidur letih. Aku bangun pagi-pagi terus aku pergi dekat tiga orang member aku tu, aku cakaplah, “weii, apahal kau tak bangun malam tadi? Aku dah macam apa, langkah-langkah badan korang, himpit korang, siap menyempit kat tengah-tengah lagi”.

Budak-budak tu blur kejap, dan salah seorang menjawab, “kau jangan macam-macam Rin, malam tadi kau tidur awal. Kami semua tak balik khemah, kitorang tidur dekat khemah besar dengan abang-abang sukarelawan”. Dia sambung lagi, “wei, malam tadi mostly ramai pindah tidur ke khemah besar, sebab hujan lebat giler, angin tak yah citerlah, kitorang panggil-panggil, kau buat bodoh je”. Terus terduduk aku dengar. Apa jadi dekat aku malam tadi, sapa member 3 orang dalam khemah tu?

Hari terakhir program, ada orang tarik baju aku, perghh awek cun. Dia tanya aku, boleh tak nak pinjam telefon, nak call family dia, katanya dia tak sihat, nak minta tolong family dia terus ambil dia sesampainya di kolej. Aku akurkan sahaja, sambil melawak, “tinggalkanlah nombor fon awak sekali dalam fon saya tu, haha”. Dia senyum sahaja. Aku naik bas, sambil mata melilau cari gadis tadi, tapi tak jumpa-jumpa, ‘biarlah mungkin naik bas belakang kot’. Sesampainya kolej terus aku tertidur sampai lah senja. Ada mesej masuk, ‘Abang, terima kasih pinjamkan fon tadi, saya dah sampai kampung’. Pergh nama awek ni Wawa.

Bermulalah sesi perkenalan aku dengan si Wawa ni, gadis bertubuh kecil, kulit sawo matang, memang betul-betul citarasa aku lah, haha. Tapi si Wawa ni ada pelik sikit, dia tak nak bagitahu dia kelas apa, kos apa, yang aku tahu, dia batch sama dengan aku. Bila siang, aku tak pernah lah nak nampak dia dekat falkulti aku ni, aku mesej pon mesti dia reply malam. Aku nak citer something, tapi macam ada unsur 18sx, tapi aku cuba filter sikit.

Ada satu malam, Wawa telefon, dia menangis. Aku cuba pujuk dan tanya kenapa dia menangis, dia tak nak bagitahu, dia kata dia nak aku dekat dia, baru dia cerita. Aku rasa macam tak sedap hati, sebab dia ajak jumpa dekat padang permainan area tapak perkuburan dalam kolej aku jugak. Universiti aku ni jauh di utara nun, kalau korang kat sini perasan ada satu kolej kediaman yang dalam tu, ada tapak perkuburan, haha. Hanya orang yang belajar sana jelah tahu.

Okay, aku iyekan sahaja. Sesampainya aku di sana, aku ternampak dia duduk di bangku, betul-betul menghadap kubur. Aku sedikit pon tak syak apa-apa, aku duduk sebelah dia. Bau wangi lain macam tau, bau tu macam menaikkan keghairahan kau, haaa. Aduh, maaf ya, aku bukan cerita bukan-bukan ni, cuma aku nak korang faham situasi aku. Dia lentok badan ke bahu aku, dan tiba-tiba aku tenung wajah dia, aku terus melompat ke belakang, eh Maya!

Mana Wawa? Kenapa Wawa boleh jadi Maya? Dia gelak dan terus terbang ke kawasan kubur dan terus meluncur ke kawasan hutan belakang kolej, haa ambik kau, matilanak. Terkejut mengalahkan beruk aku, terus berlari aku ke blok lelaki, dan terus menyalakan sebatang rokok, sambil sandar di tangga. Tingg! Handset aku berbunyi, ada mesej dari Wawa, “Kau Jangan ingat aku dah lupa apa kau pernah buat dekat aku dulu? Masa kau nak tiba, cuba kau cari kawan-kawan kau yang rogol aku dulu, mana mereka? Kau memang dasar jantan pentingkan diri!”.

Aku reply, “Maafkan aku, sememangnya aku bersalah sebab meninggalkan kau Maya, tapi aku dah banyak kali nasihat supaya kau tak ikut kami, kami jahat, engkau degil”. Aku bakar rokok sebatang lagi, menunggu dia reply, tengah syok sedut, ambik kau tersedak asap rokok aku, Maya muncul depan aku, tapi muka membelakangi aku, dari susuk tubuh aku kenal ini Maya.

Antara nak lari atau tak, aku pilih untuk selesaikan perkara ni. Tak sangka mana datang keberanian aku, aku tanya Maya, “Maya, tolong hentikan perbuatan syirik ini, aku tahu kau ada hantar benda untuk kacau aku, aku tahu kau nak aku mati, tapi tolong sampaikan dekat tuan kau (Maya), aku sedia terima dia kembali jika dia sudi maafkan aku”. Perghh aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh cakap macam tu. Benda tu menangis je, tiba-tiba dia bersuara, “aku nakkan kau mati, macam Fahmi’. Terdiam aku, apa kaitan pulak dengan Fahmi? Rokok aku terjatuh, bila aku kutip, aku pandang kembali, dia dah hilang. Menggigil aku terus demam dekat tiga hari.

Aku private message dengan Nabilah. Jawapan yang aku dah duga, Nabilah kenal dengan Maya. Tapi kata Nabilah, Maya yang dia kenal tu merupakan anak yatim piatu, yang dia jumpa semasa program anak angkat anjuran sekolahnya dulu. Dia sering telefon Nabilah, dan Nabilah pon senang dengan dia. Aku decide nak jumpa si Maya junior ni melalui Nabilah. Aku sewa kereta Viva, terus shoot balik ke KL.

Sesampainya aku lebih kurang pukul 6 petang di kawasan rumah anak yatim itu, aku terus berjumpa dengan penjaga rumah itu, dan menanyakan tentang Maya. Beliau cuba cari, dan akhirnya dia kata Maya sudah dihantar ke rumah mak dan ayah angkat di area Mantin. Aku cuba dapatkan alamat dan nombor telefon, tapi seakan penjaga tu berkeras tak berikan kerjasama, yelah sudah jadi amanah dia kan.

Aku minta Nabilah cuba hubungi Maya. Nabilah sendiri pelik, Maya tak pernah bagitahu dia dah tinggal dengan mak dan ayah angkat baru. Maya angkat call Nabilah, dan dia berikan alamat. Yang aku dan Nabilah pelik, Maya siap cakap, “Akak datang dengan kawan laki kan? Dia yang nak cari Maya kan?”. Macam mana dia boleh tahu? Seram sejuk aku dengar. Aku rasa macam berat nak pergi, macam ada sesuatu yang bakal terjadi di sini.

Aku masuk diperkarangan pagar rumah, terdapat satu rumah kayu, cantik, laman yang bersih, tetapi gelap, lampu dekat bahagian bawah sahaja terbuka. Kami memberi salam, keluar seorang gadis cantik, tidak bertudung, menyuruh kami masuk. Kami dihidangkan kopi dengan biskut kering, perempuan tu kata nanti ayah turun. Aku cuit Nabilah, Jangan makan atau minum, aku rasa tak sedap hati, nasib Nabilah faham.

Bunyi tangga, seakan ada orang turun, kelibat orang tua, atuk dan nenek tersenyum melihat kami, kami bersalam dan disuruhnya duduk. Belum sempat aku nak tanya pasal Maya, terus Haji Dolah berkata, “Anak cari Maya kan? Tadi penjaga rumah anak yatim ada telefon pak cik, mereka bagitahu anak mencari Maya kan?”. Kami mengganguk. Terus nenek tu bersuara, “Perempuan tu dah lama tak tinggal kat sini, menyusahkan orang, gatal macam orang kena rasuk”.

Aik, aku dah mula pelik. Aku cakap dekat mereka, “Maya yang bagi alamat rumah ni, bukan penjaga tu yang bagi, so dia masih tinggal kat sini lah kan atok?”. Atok dan nenek menggelengkan kepala, atok berkata, “Dah dekat 9 bulan dia tinggalkan kami, setelah dia guna-gunakan menantu kami supaya bercerai dengan anak kami, aku halau dia keluar dari sini”. Subhanallah, mengurut dada aku sekejap, konflik Maya ni semakin menjadi-jadi.

Lepas tu, atok berkata lagi, “Eh, sapa yang hidang air untuk korang ni? Yang tinggal dekat rumah ni kami berdua je”. Perghh lagi berderau jantung aku, Nabilah dah pucat lesi. Kami ceritakan susuk tubuh perempuan tu, tiba-tiba nenek menangis. Nenek cakap karakter yang aku ceritakan tadi macam arwah anak perempuan dia yang mati bunuh diri selepas suami dia ceraikan dia. Aku tak fikir banyak, terus minta diri, tapi dihalang oleh mereka. Mereka suruh kami bermalam di rumahnya dahulu, sebab malam dah semakin kelam. Aku mengganguk lemah, sama seperti Nabilah.

Aku baru nak lelapkan mata, ada orang ketuk bilik aku. Nabilah menangis. “Eh kau ni kenapa?”, tanya aku. Dia tunjuk mesej Maya, ‘Sekarang kau pon dah terjebak sama dengan Rin, kau akan mati dengan dia’. Aku dengar terus tersandar dekat dinding, aku tak tahu dosa aku yang dekat 13 tahun dulu masih menghantui hidup aku sampai sekarang. Aku dengar sesuatu dari bilik sebelah aku, bunyi seakan ada orang memuji mantera. Perlahan-lahan aku hampiri bilik itu. Nabilah dah pegang hujung baju aku. Bamm! Bunyi kuat dalam bilik tu. Atok keluar dari biliknya dan tanya aku nak buat apa pergi ke bilik tu, bilik tu atok dah pagarkan supaya tiada sapa boleh masuk, sebab itu bilik Maya dahulunya.

Pagi-pagi aku dah minta izin atok dan nenek keluar awal untuk melawat kawasan perumahan aku dahulu. Terus aku pergi jumpa dengan anak Mak Leha, untuk bertanyakan tentang Fahmi. Azim cakap Fahmi ni satu kampung cakap dia gila. Mak ayah dah tiada, meraih simpati di kedai-kedai makan untuk bagi makan minum dia. Tiba-tiba seminggu sebelum dia meninggal, dia sering lalu lalang depan rumah aku, dan dialog dia suka sebut macam ni, “Aku kena bagitahu Rin”. Banyak kali dia sebut. Itu pasal si Azim ni tak bagi no telefon aku, rupanya si Fahmi ni dah gila.

Perkara yang paling aku terkejut ialah, bila Azim cakap, tahun 1999 setahun selepas aku pergi tu, kampung kita masuk suratkhabar, 4 orang mayat rakan baik dijumpai di dalam pasu besar yang ditanam di bawah rumah Pak Ramli. Weiii, sumpah aku tersembur nescafe kat muka Azim. “Biar betul weii, masa mak kau meninggal, Pak Ramli ada siap tegur aku, si Din pon ada lepak dengan aku dekat bangku depan tu haa”, kataku. Azim cakap, “lepas mak aku meninggal, banyak peristiwa aneh jadi, contohnya, aku tak panaskan air, tiba-tiba cerek berbunyi”.

Aku tanya kepada Azim akan perihal rumah Pak Ramli yang terbakar tu. Azim cakap, “Yelah, satu kampung ingat Pak Ramli sekeluarga mental. Ada satu malam aku dengar orang kecoh-kecoh, rupa-rupanya rumah Pak Ramli terbakar. Yang terkorban Pak Ramli dengan bini dia, dan anak dia yang sebaya kau tu, perghh aku terkelu nak cakap apa”. Habis kalau Maya dah mati, siapa yang hantar belaan untuk kacau aku nih?

Terus aku tanya Azim, “Wei, Maya ada adik ke?”. Azim cakap ada. Masa aku berhijrah dulu, mak si Maya ni tengah mengandungkan adik Maya. Luluh jantung aku, perasaan bersalah sangat-sangat aku rasakan, walaupon aku tahu mungkin kesudahan cerita aku dan Maya ni, kemungkinan aku akan mati, tapi apa yang aku dah pernah lakukan pada dia dulu, sangat-sangat perit untuk ditelan oleh Maya. Aku minta Azim bawakan kami ke kubur mereka. Aku menangis dan sedekahkan Al-Fatihah untuk Maya sekeluarga. Azim cakap adik Maya selamat sebab masa tu adik dia masih bayi dan dikuarantinkan di hospital disebabkan ada simptom penyakit. Penyakit apa pon aku tak tahu.

Aku jadi buntu, aku tak tahu mana tempat aku mahu pergi lagi. Nabilah dah mula curiga dengan sikap aku. Aku drive balik ke Utara petang tu jugak. Dalam kereta, Nabilah bertalu-talu tanya pasal misteri si Maya ni. Aku ceritakan dari A-Z apa yang terjadi antara aku dan Maya. Tak pasal-pasal aku kena sepak, Nabilah cakap aku bodoh, pentingkan diri sendiri. Aku diam, aku menangis dalam tak sedar, aku rasa aku bersalah sangat. Kalaulah Maya masih hidup, memang aku nak sangat tebus balik silap aku tu.

Highway Taiping sungguh sunyi malam tu. Aku rasa selalu aku turun ke terowong menora tu mesti banyak kereta, tak pun lori, ini sebijik pon tak ada. Aku senyap, aku tengok Nabilah dah sedap tidur. Tiba-tiba dari jauh aku nampak macam ada mayat lengkap dengan kain kapan, macam pocong, baring tengah-tengah jalan. Aku perlahankan kereta, aku kejut Nabilah, untuk pastikan aku tak mengantuk dan apa yang aku nampak tu betul. Nabilah dah start menjerit-jerit, macam orang kena rasuk. Aku park kereta dekat bahu jalan. Dalam masa yang sama pocong tu entah bila masa dah bangun tegak berdiri depan kereta aku.

Nabilah menjerit macam orang gila, aku jadi buntu. Terus masuk gear 1, aku langgar pocong tu, tembus kereta! Aik, ahh janji aku tak apa-apa, Nabilah masih meronta-ronta, tiba-tiba dia senyap, masa tu aku drive dah sampai area Bukit Merah. Nabilah pandang aku, dia bersuara, “Awak rindu saya tak?”. Pergh dengan buat gaya macam Maya. Aku senyap pandang ke jalan, sambil drive laju ke tempat yang terang. Aku berulang kali cakap, “maafkan aku Maya. Aku tahu aku pernah aniaya akak kau Maya, tapi tuhan dah hukum aku. Aku sampai ke hari ini tak pernah tenang. Tolong bukakan hati kau untuk maafkan perbuatan aku”. Nabilah senyap, tiba-tiba dia cakap ‘Cari aku’.

Aku park kereta selepas Tol Juru, aku turun kereta kejutkan Nabilah. Dia sedar, tapi dia kata dia pening sangat-sangat, dan tanya aku apa yang dah jadi? Aku senyumkan je. Aku pening, macam mana aku nak cari Maya. Aku jujur dulu aku memang jahil, tak pernah terfikir soal ustaz-ustaz ni, tak pernah fikir nak pergi pusat perubatan islam. Aku call member aku, “Wan, kau masih ada simpan nombor ustaz yang tempoh hari kita pergi tu?”. Syukur wan kata ada. Sebelum ni aku pernah pergi jumpa ustaz tu, sebab ada kes dekat kolej aku ada budak kena hysteria, aku tolong temankan wan, sebab dia ni MPP university aku, so dia kena lah concern kes-kes macam ni.

Aku terus call Ustaz Zain. Ustaz cakap masa aku datang tempoh hari memang dia perasan ada someone ikut aku, tapi dia ingatkan budak yang hysteria tu punya saka. Tapi bila dia dah buang, benda tu masih ada diluar. Ada ke patut ustaz tu cakap dia ingat memang aku membela, haha. Aku ceritakan masalah aku terus ke Ustaz, sambil aku masih di tol Juru, nak drive pon macam tak larat lepas apa yang jadi. Ustaz cakap dia boleh berkomunikasi dengan benda tu dari jauh, perghh power sungguh ustaz ni, walaupun muda. Dia suruh aku cari hotel di Penang dahulu, dia akan jumpa aku tengah hari esok di sana. Ustaz cakap, orang yang menghantar tu ada tinggal di Baling, Kedah, dan dia ajak berjumpa.

Keesokannya, kami berjumpa ustaz. Ustaz bagi air penawar bagi kuatkan balik semangat kami. Ustaz kata kejap lagi semangat tu perlu, macam-macam akan jadi. Aku angguk tanda setuju. Nabilah kena ikut sekali kerana Maya pernah ugut untuk bunuh dia sekali. Ustaz ada panggil beberapa orang ustaz lagi tolong kami. 3 kereta pergi ke Baling. Seakan tahu hari bakal menjadi satu pengalaman yang dahsyat, hujan lebat mula membanjiri di sekitar Baling.

Kami sampai di suatu rumah usang, terletak di hujung kampung. Berlari kami turun kereta dan terus pergi ke bawah rumah. Assalamualaikumm, tiada orang menyahut. Tiba-tiba kami dengar bunyi seakan loceng, dekat reban ayam rumah. Perlahan-lahan kami melangkah, alangkah terkejutnya kami melihat seorang lelaki dengan kaki yang terikat besi, dibiarkan basah dibelakang reban ayam. Kami nak bukak, tapi dihalang ustaz. Aku syak itu menantu Haji Dolah sebutkan hari tu, yang terkena guna-guna Maya.

Bunyi tapak kaki berderap di atas, kami nantikannya penuh sabar. Pintu dikuak perlahan. Keluar seorang perempuan, berkain batik, berbaju t-shirt. Jantungku berdegup kuat, mukanya sebijik macam Maya! Maya menjerit, “Aku nak kau mati!”, sambil tunjuk jari ke arah aku. Aku berlutut dan cakap, “aku minta maaf dekat kau Maya. Aku tahu apa yang aku buat dekat akak kau adalah satu perbuatan yang terkutuk sekali. Tolong ingat Allah, aku betul-betul menyesal. Kalau aku mati sekalipon tak boleh nak kembalikan akak kau Maya!”. Maya terus masuk ke dalam rumah, bammm! Pintu ditutup kuat. Aku pandang ustaz, ustaz terkumat-kamit membaca sesuatu.

Nabilah dari tadi senyap sahaja. Aku perhatikan tindak-tanduk Nabilah macam ada yang tak kena. Dia berjalan perlahan-lahan ke belakang rumah. Tiba-tiba dia mencapai pisau yang terlekat di buah kelapa, terus menghunus perutnya. Gelabah kami terus pergi ke Nabilah, dan cepat-cepat menghubungi ambulance. Aku balut perut Nabilah dengan sweater aku sementara tunggu ambulance tiba. Kami cuba pecahkan pintu hadapan, tapi tak dapat. Ustaz kata dia dah pagar rumah ni, kedengaran suara Maya ketawa dari dalam rumah.

Ambulance sampai dan terus menguruskan Nabilah. Tiba-tiba enjin ambulance mati sendiri, seakan Maya tidak merelakan van itu pergi, dan Nabilah akan mati perlahan-lahan. Kejam sungguh Maya. Ustaz Zain merapatkan diri ke pintu rumah, membaca sesuatu, dan tiba-tiba pintu itu terbuka dengan sendrinya. Ustaz masuk keseorangan, bamm! Pintu itu tertutup kembali. Sunyi seketika, tiba-tiba Nabilah bersuara, “Rin, engkau sahaja boleh selesaikan masalah ni. Ikutlah ustaz, masuklah ke dalam”. Aku berjalan perlahan-lahan, bamm! Pintu terbuka, aku berjalan masuk perlahan-lahan, of course, pintu tertutup kembali.

Bulu romaku dah meremang tahap dewa, sunyi, gelap, aku perasan seperti aku duduk di tempat lain. Di hadapanku ada terdapat patung manusia, seakan bersila, aku terasa bagai kawasan itu kemerah-merahan. Aku berjalan lagi, aku dengar bunyi ‘hurmm’, rapat benar dengan aku. Aku pandang keliling, kosong. Dalam hati rasa macam nak menangis, tapi macam mana sekalipun, kisah Maya ni mesti ada kesimpulannya. Aku capai telefon, aku pasang lampu, mati, telefon aku mati. Aku tarik nafas panjang, aku duduk bersila, aku berzikir, membaca 3 qul, ayatul kursi dan rukyah. Aku pejam mata. Aku terasa panas, panas ya amat, tetapi aku tak berhenti berzikir, tiba-tiba ‘Rin bila kau masuk sini’. Aku dengar suara ustaz, aku buka mata perlahan-lahan, kosong, mulut aku terkumat-kamit tak berhenti berzikir, dalam benakku, apa nak jadi, jadilah.

Tiba-tiba, aku rasa lantai yang aku duduk, bergetar, makin lama, makin kuat, seakan ada orang berlari ke arah aku. Korang nak tahu apa jadi? Zuppp, kepala Maya, tanpa badan menyeringai depan muka aku, sambil ketawa. Zikir aku terberhenti. Aku blank, seakan lidah terkelu. Maya pandang tepat ke mata aku, dia berhenti ketawa, ‘kau takut?’. Aku tak boleh nak bersuara langsung. “Aku adik Maya, Maya suruh aku bunuh kau”. Aku gugup, entah macam mana aku dapat tenaga, aku bangun, “Maya dah mati, kau syaitan! Bukan aku yang bunuh Maya, kenapa kau cari aku?”. Dia gelak, tiba-tiba bammm! Aku nampak cahaya, seakan-akan suara bergema, aku dengar kawanan manusia membaca al-quran. Maya mengilai menangis, gelap, aku pengsan.

Aku tersedar. Depan aku ada seorang hamba Allah dalam lingkungan 50-an, seakan ustaz. “Dah sedar pon, nah minum air ni”. Aku menuruti sahaja. Aku menoleh ke kanan, aku melihat ada 4 mayat yang dah ditutupi kain putih, subhanallah. Aku takut, aku takut amat sangat, terasa macam aku dapat rasakan aku dah kehilangan seorang lagi kawan. Aku buka satu persatu. Allah. Nabilah, Ustaz Zain, Munir (lelaki yang digari tadi) dan Maya. Aku menangis tak terhingga, aku tak sangka dosa yang aku buat ni sampai mengorbankan banyak nyawa. Ustaz Halim memelukku dan bercakap, “telah tertulis apa yang jadi, setiap perkara ada hikmahnya. Adik masih muda, bertaubatlah, cari hidayah Allah”.

Selepas seminggu kejadian, kolej aku kecoh, ada polis datang. Aku kena tangkap, guess what? Semua yang aku pernah buat sebelum ni, Maya ada tulis di diarinya, dan disambung penulisannya oleh adik Maya. Dua kali aku kena lempang dengan bapak aku. Aku tak salahkan dia, memang selayaknya aku kena. Umur tak sampai 10 tahun, perangai dah macam syaitan. Tapi aku bersyukur, sebab masih dikurniakan nyawa. Aku sikitpon tak kisah orang herdik aku, hakikatnya, aku dah lama bertaubat. Aku dipenjarakan setahun dan dikenakan denda, disebabkan waktu itu berlaku aku masih dibawah umur, sepatutnya aku dihantar ke Henry Gurney, tapi umurku sekarang sudah menjangkau 20an.

Aku membuat permintaan pada polis untuk baca diari tu. Puas aku buat rayuan, dia kata bahan bukti tak akan diberikan kepada pesalah. Nasib baik, ada seorang pegawai ni saudara aku. Dia letak syarat, aku boleh tengok, tetapi hendaklah baca di balai, sambil dipantau oleh anggota. Aku setuju. Aku baca dari awal hingga akhir, aku menangis. Bukan aku sebenarnya mangsa utama kerakusan belaan Maya tu, tetapi mangsa utamanya ialah Fahmi, budak psycho yang selalu kacau Maya masa zaman sekolah dulu. Fahmi sering menghendap Maya mandi, dan sering kacau Maya setelah aku tinggalkan dia. Dan seperti yang aku sangka, Fahmi telah banyak kali merogol Maya dan mengugutnya, jika Maya report pada siapa-siapa pasal aktiviti dia, dia akan bagitahu satu kampung pasal ketelanjuran aku dan Maya, dan kes rogol Maya dengan kawan-kawan aku.

Bodohnya lahai Maya, kenapalah kau masih back-up aku sedangkan aku dah tinggalkan kau. Aku menangis. Walaupun kawan-kawan aku pernah buat salah dengan Maya, masing-masing dah datang minta maaf kepada Maya, dan Maya terima kemaafan mereka. Walaupun perangai kawan-kawan aku macam syaitan, tapi dorang suka menolong, walaupun aku masih tak setuju tentang apa yang pernah dia buat pada Maya.

Tertulis di diari Maya, kawan-kawan aku pergi pukul Fahmi, dan ugut Fahmi untuk diberitahu pada keluarganya. Fahmi yang umur baru berapa tahun tu, letak racun tikus dalam bekal makanan kawan-kawan aku di sekolah. Projek ini dijayakan dengan pertolongan ayah si Fahmi, yang menjadi mastermind. Rupanya satu family psycho. Kawan-kawan aku ni suka makan bekal bila balik sekolah, selalu time nak mandi sungai. Akhirnya pada hari tu, merupakan hari terakhir mereka makan bekalan ibu masing-masing.

Ayah Fahmi ugut Maya untuk tanam mayat mereka dekat belakang rumah Maya. Pada masa yang sama Bapak Maya memberi upah untuk simen laman rumah kepada Ayah si Fahmi ni. Setelah ditanam, dan kemudiannya disimen, ini semua diceritakan oleh Maya, dan tak terkecuali, Maya turut menjadi mangsa kerakusan nafsu ayah Fahmi. Ini semua terjadi sebab family Maya yang terlalu open minded dan tak selalu ada dirumah. Setakat itu yang aku baca, sebahagian diari penuh dengan darah kering, yang aku sendiri tak dapat nak baca.

Terpulang kepada anda semua, sama ada nak percaya atau tidak, tapi dulu kes ini pernah menggemparkan Malaysia. Aku jadi hilang arah, tapi bila aku dekatkan diri pada Allah, aku jadi tenang. Sekarang mungkin disebabkan dosaku, aku masih tak berkahwin lagi, tetapi apa yang penting, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya, dan aku bertaubat padamu ya Allah.

96 thoughts on “Aku Rindukan Maya”

  1. 2004 – tingkatan 2
    2007 – spm

    1998 – terlanjur, rogol Maya ramai ramai
    1998 tu umur penulis 8 tahun ke? 8 tahun ? 8 TAHUN?

    Reply
    • Kaannnn…
      Sbb tu mcm xleh imagine kes ni melibatkan bebudak umur 8tahun…
      Pastu kes balas dendam seterusnya oleh bdk 12thn siap goda suami org bercerai bagai…
      Eerrrkkk…

      Reply
      • aku dulu pun hampir kena rogol dengan kawan kawan abang aku , masatu umur aku baru 7-8 tahun camtu , dorang selalu londehkan seluar aku .. nasiblah tak berlaku apa2

        Reply
      • apalah sngt lki 8thun sdgkn 12thn pn sudah blh lahirkn anak. pmpuan 8thn sdh blh seks,dipksa rgol,ltr blkg kluarga .someone pnh luahkn dirogol umur 8thn,skrg msh skolh form 4dato keramat,blik skolh buat srvis,,150/…..siap jadual.ni sy yg intrviem ,mnyamr…subhanallah

        Reply
      • tak pelik sebb .. dulu waktu form 5 tahun 2010 x silap .. naik van yg ade budak sekolah rendah .. diorang berkumpul kat blakang . 1 orang pimpuan 5 lelaki .. pompuantu tanggal kain siap kangkang . yg budak lelaki korang faham2 ah .. time tu mmg angin satu badan ak .. time form 2 aku jumpe budak darjah 4 ke 5 isap gam .. pastu yg budak2 nie mulut cakap sikit punye kurang ajar ..

        Reply
    • Cik Bunga…
      Aku pun siap kira satu-satu, kes tak puas hati.
      Tapikan….syaitan tu nak menghasut membuat maksiat, tak kira usia.
      Bro, ni gua nak bgtau lu, gua umur 8 tahun, masih jadi penunggu setia parit tepi rumah moyang, kat tangan ada tapis santan nenek, sebab nak tangguk ikan kepala batu. Tu pukul 2 lebih lps waktu Zohor on weekend.
      Lepas Asar, akan berseluar pendek singlet main cap ping, galah panjang.
      Lu kan, apeke advance kemain la…..umur 8 tahun, budak lelaki pon gua taruh bila main konda kondi. Nangis bdk laki tu wa cakap lu. Feeling? Tarakkkkkkkkkkk!!!!!!!!
      Haihhhhh…..apapun, semoga roh allahyarham dan allahyarhamah dicucuri rahmat, InsyaAllah, aamiin.

      Reply
    • Haha.. Tau xpe. Aku pun konfius. Masa baca cerita ni… Aku siap keluarkan pen dan kertas nk kira tahun dengan umur dia.. Serius la lapan tahun??

      Reply
  2. Best cerita kau ni bro. Semoga mendapat hidayah dari Allah. Bertaubatlah, dan dekatkan dirimu dengan Allah. Semoga Maya dan kawan2 yang lain tenang di sana, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt. Amin…

    Reply
  3. Serius ke kisah benar nih…?????
    Dr awal bace x sabar nk sampai ending sbb risau sgt klu ending tetibe tulis AKU SEBUAH MIMPI plak kan…
    Dahsyat yg teramat2 dh ni…

    Reply
  4. Benornye yg plg setan dlm kesah ni bapak si fahmi tu…
    Kuajaaaaqqqq…

    Den dh kepelikan sesgt sebenornye umur 8-10thn dh terlibat kes ‘perkeso’ ke…???
    Ni isu yg plg seram setakat ni den dengor weeeiii…
    Nauzubillahuminzalik…

    Reply
  5. Lg x pueh hati cmne bdk pompuan umur 12thn boleh bergiat aktif mengamalkan amalan khurafat syirik munafik cmtu ekk…?????
    Sensorg tanpa dibimbing sesape plak tu…

    Reply
  6. al-fatihah kepada nabilah , ustaz dan simati , nie bukan syaiton biasa dah nie , sampai boleh bunuh orang siap , setahu aku hanya ifrit aja yg boleh membunuh manusia . pada pemikiran aku laaa , jangan ban aku pulak

    Reply
  7. perghhh..bagi aq nie la cerita terpanjang terbaik selepas misteri jiran sebelah..terbaik lah ko penulis.maq xsure lh citer ni btol ke idok..tp klau bhong pon..imagine ko mmg mantap bro..truskan usaha

    Reply
  8. Memang perbuatan awak ini boleh membuat orang benci dan tak percaya pada awak lagi,tapi tidak apa2 semua manusia punya dosa punya masa silam yang teruk,ini adalah sebuah pengajaran besar untuk kamu berubah jadi orang yang lebih baik,untuk maya tenanglah awak di sana al fatihah….

    Reply
  9. cerita mantop la bro..menyayat hati..kesian nabilah kene jugak…maya memang sayangkan si penulis sungguh2..boleh buat filem nie hahaha

    Reply
  10. Umur ko sane dgn aku..tapi peliknye advance btul sampai telanjur~ak time tu dok main aci duduk,batu seremban dgn cop krusi dlm kelas~huhuhu..teringin btoi ak nk jmpe ko ni..dan klau bleh,ak nk jgk jmpe maya ni dan tnye betul ke x crite ni~

    Reply
  11. Best story ever..macam baca novel pulak.Wallahualam cerita susah untuk percaya tapi bukan hak kita untuk menilai kan masing2 ada perjalanan masing2 mengukut kemampuan.semoga tuan dapat kembali kejalan Allah bertaubat la pintu Taubat Sentiasa terbuka..kepada maya dia adalah sebaik2 manusia cuma amarah membawa kepada dendam..maafkan la dia.dia cuma hamba Allah yang tidak lepas membuat dosa..semiga tuan dapat hidayah dr semua ini dah dapat kebahagian in future inshaAllah..

    Reply
  12. Part yang misteri adalah bagaimana diari Maya (si kakak) boleh di sambung tulis oleh Maya (si adik) sedangkan rumah dorang dah terbakar ? Macam mana diari tu boleh selamat ? Tapi walau apa2 pun writing Rin mmg tiptop. Storyline and spelling kemas, sedap mata membaca.

    Reply
    • Setuju!

      Walaupun ada rasa jalan cerita dia cam tak betul sikit, tapi gaya penceritaan dan penulisan dia menarik!

      Reply
      • haa kann..tu sy pn tpkir tau.. oo nme adik maya pn maya ek.. so yg last skli mati dgn ustaz tu maya si adik la ea.. maya si adik ni kira mcm xbetul jgk la ea..haha tpi best cite bro rin ni..smpi sy terkesan dgn cite si maya ni…

        Reply
  13. yg aku tau, mmg ada hantu cm ponti kat universiti tmpt aku duduk tu, kat utara nun mcm rin ckp, ada kubur tgh2 kolej kediaman, mmbe aku ni de 6th sense boleh nmpk, kisah maya ni mcm betul, tp xlogik pulak sbb rogol msa 8 tahun

    Reply
  14. menggigil baca T_T btw tak mustahil budak 8 tahun boleh main rogol rogol ni. rasanya penulis ni sebaya I kot, and yes, zaman sekolah rendah darjah 1,2 tu memang budak lelaki dah pandai cakap pasal rogol lah main lah. yang naif macam I je blur blur -___-

    btw betul ke pernah menggemparkan Malaysia? and one more thing cerita ni lebih kurang macam Dorm Melati (film) tapi ni lagi seram lahhhhhhh.

    Reply
  15. Best citer ko nie
    Walau aku tak tau betul atau tak
    Penulisan ko pun cantik
    Tak serabut
    Moga perubahan ko utk jadi lagi baik akan berterusan
    Aku doakan dr jauh

    Reply
    • uik….da lama cerita ni post cu..cu baru baca ea…mesti terbaca drp komen nenek kan? best kan cite dia…nak tahu sgt ape kesudahannya..

      Reply
  16. Sedih baca kisah Rin ni.
    Banyak pengajaran dari cerita ni.
    Semoga ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam mendidik anak2.
    Semoga anak cucu kita di dalam lindungan Allah.

    Reply
  17. Allahu. sedih kisah abang ni. semoga abang dpt melalui hidup ni dgn tenang lepas apa yg berlaku. alfatihah buat maya & kawan2 abg

    Reply
  18. Maap la.. bkn xnak percaya..
    8 tahun dah terlanjur?? ko baligh umur berapa dik? umur 8 tahun dah boleh ‘teruja’ ke bebird?

    aside from that, cerita ni superb. tapi sbb fakta2 tu aku rasa ko reka jaaa nih wahahaahaa..

    Reply
  19. Beza Umur ambe gn penulis 2 thn jah.. And believe me.. Kalau ad yg trigger budak Umur 8thn psl sex, mmg akan tjadi perkara yang tak senonoh ni.

    Reply
  20. Kita sebaya. Masa umur aq 8thun,aq ada kwn nama faizal. Tiap hari dia dtg ruma aq, awal pagi lg dia dtg Panggil aq bawak main. Main badminton, main guli, main lompat getah, tgkp ikan smpi bau matahari lpastu masing2 kena sebat dgn mak masing2 guna hos sbb xtau balik rumah. Lpastu klu ada org ckp kami ne “bkapel” dua2 akan ckp “yukkhh..” eee.. Geli… Haha. Aq x phm mcmnalah kmu ble terlebih advnce.. Huhuh.

    Reply
  21. walaupun cerita ni rekaan tapi perlu pandai atur cerita tu. takkan la darjah dua dah pandai telanjur dengan anak orang. 1998 si pencerita terlanjur dengan maya. tahun 1994 form2. maksudnya tahun 1998 si pencerita umur 8 tahun.

    Reply
  22. So far dlm bnyk ii crita… yg ni pling catchy…. mendalam sungguh jln crita n penuh pengajaran…. ape ii pun… semoga mane ii yg dh kmbali ke rahmatullah diampunkn dosa… n kpd penulis.. semoga Allah trima taubat n dibukakan pintu rezeki.. Aamiin

    Reply
  23. Aku rase cerita ni tercalon dlm cerita paling laris disebabkan oleh ketidaklogikan nya itu… aku seminggu fikir mcm mane cerita yg die cerita tu boleh link dgn usia diorg.. pape pon cerita best cume tukar la umur tu..

    Reply
  24. Allahu…kesian sgt dgn perjalanan hidup si Maya ni, dia hanya anak yg kurang didikan dan perhatian ibu bapa, seharusnya mak ayah dia yg mgkin lwt dpt zuriat sbgaimana yg diceritakan oleh writer ni, lebih mdedahkan ank2 kpd agama…smoga roh2 mereka yang telah pergi di tempatkan di kalngan org2 yg diredhaiNya…

    Reply
  25. Laknat punya jantan semua tu…sial merana la masing2 dunia akhirat…pada yang
    tidak brsalah Tuhan ampunkanlah mereka…kau punca Rin… Paling sial kau punca segalanya Rin…..tak selamatlah kau dunia akhirat….paling babi dah jadi macam2 kau nak acah2 taubat….ppttuuiihhh!!!!

    Reply
  26. Budak zaman sekarang, sekolah rendah dah pandai buat… Allahuakbar… Akhir zaman… Ya Allah, Lindungi serta pelihara lah zuriat ku satu hari nanti dari kejadian2 sebegini…

    Reply
  27. Tak pelik pun, membe saya ada yg mengajar tadika. Tengok student dia umor 4 tahun dengan 5 tahun adi beradik plk tu. Si adik tgh isap yg si abg dkt bwh meja. Dan ada kes budak pmpn ni dia bwk fon dlm beg. Dia ckp ayh dia bgi dan jgn bagi org lain tengok. Stiap kali waktu rehat dia sggup tak mkn tpi asyik duk tgk je fon dlm beg tu . Bila ckgu nk ambik dia meraung mnngis bagai nk rak. Rupanya tgk video blue. Siap usap dia punya sendiri lgi. Kesian weh . Bapak pun hmm ntahla. Yg kes dua beradik tu plk mak bapak ustaz ustazah kot. Maybe diorg main depan anak tu yg ank terikot. Ntahla nakk. Mcm2 mnusia nii

    Reply

Leave a Comment