Manjaku Sayang

Hi semua, nama aku manja. First of all, terima kasih kalau Fiksyen Shasha siarkan cerita aku. Aku memang minat gila Fiksyen Shasha ni. Tiap-tiap malam wajib baca sebelum tidur. Kali ni aku tertarik nak kongsi kisah yang agak seram bagi aku. Kisah dia macam ni.

Aku ada anak patung. Bentuk dia sebijik macam manusia, dan aku bagi nama dia Baby. Patung tu patung perempuan, size dia besar. Kalau korang pernah tengoklah, dulu agak terkenal patung ni, rambut ikat tocang dua dan berwarna oren. Sekarang aku tak pernah jumpa dah patung ni kena jual.
Masa aku beli pun, aku beli kat Wang Kelian. Masa aku beli tu umur aku 6 tahun. Aku tak ada adik-beradik, tunggal la kan. Mak aku memang tak bagi aku berkawan dengan sesiapa masa tu, so Baby ni lah kawan aku. Main dengan dia, tidur dengan dia, sembang dengan dia, apa benda aku buat, mesti dengan dia. Tak pernah lekang lah dengan dia. Siapa anak tunggal tahu la ape aku rasa.

Sampailah umur aku 10 tahun, aku beli patung lain. Masa tu tengah terkenal patung cerita spongebob. Aku beli lah patung patrick kawan spongebob yang gemuk pink tu, hihihi. Yang patung Baby tu aku tak main dah. Adatlah kan habis madu sepah dibuang, hahaha. Bukan lha aku main macam aku masa umur 6-7 tahun dulu, maksudnya aku tak pegang baby dah. Aku tidur pun peluk si patrick tu. So start tu lah benda benda pelik jadi.

Satu malam aku tidur, aku tidur soranglah, dah besar kan, huhu. Aku tidur la peluk patrick. Si baby aku letak tepi bantal so atas kepala aku la kan. Tiba-tiba jeng jeng jeng, aku rasa ada tangan usap kepala aku. Ah sudah siapa plak ni tengah usap masa begini ni. Lepas tu dia main telinga aku pulak. Aku terus selubung badan aku dengan selimut. Menggeletar badan aku berpeluh. Takut sangat aku terus tertidur. Esok pagi aku bangun nak pergi sekolah, aku tengok aku tengah peluk Baby, yang patrick sudah jatuh dibawah katil.

Haihh pelik. Lepas tu, aku balik sekolah, aku tengok si Baby ni duduk atas meja belajar. Aku makin peliklah siapa pulak yang letak dia kat situ. Mak ayah aku bukan jenis usik barang-barang aku. Malam tu aku tidurlah macam biasa. Aku biar je Baby atas meja belajar aku. Meja belajar depan katil je. Tengah tidur, aku terjaga sebab dengar bunyi orang bersembang dalam bilik aku. Bahasa aku tak faham langsung, tapi bising yang amat sembang nya. Bukak-bukak mata, aku tengok Baby aku macam tengah sembang dengan benda warna putih tinggi gila kepala dia takat syiling bilik aku.

Bapak ah. Lepas aku tengok aku jerit panggil mak aku. Baby terus tengok aku atas katil. Mata dia merah weh. Bila mak aku datang bukak lampu, terus benda putih tinggi tu hilang. Mata baby tu pun tak merah. Aku peluk mak aku terus tidur dengan mak aku. Esok tu aku cerita ape yang jadi, terus mak ayah aku bakar Baby tu. Ingatkan dah habis gangguan. Setiap malam weh lepas Baby kena bakar, aku dengar budak menangis tepi tingkap bilik aku. Kadang-kadang tingkap bilik aku kena ketuk banyak kali, siapa weh nak ketuk malam malam . Setiap malam kena ganggu sampai dah lali. Umur 12 tahun aku pindah rumah lain. Dan rumah lama aku tu tak pernah lah orang duduk lama, mesti pindah. Kesian dorang, semua salah aku. Maafkan aku. Lepas dari tu aku memang benci patung, ape jenis sekali pun.

Ni cerita betul, terpulang sama ada nak pecaya atau tak. Maaf kalau tak faham, aku pertama kali bercerita. Ada masa aku cerita lagi.

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

15 Comments on "Manjaku Sayang"

avatar
Milo

Aik mana satu ni kena jual ke kena bakar patung tu ???

ara

Patung baby yang kene bakar. Bukan patung patrick

Mimi

Maksud yang ‘Sekarang aku tak pernah jumpa dah patung ni kena jual’ means dah takde patung design macam tu yang dijual di market sekarang rasanya.

apid

aihhhh…… mmg ada org ckp patung ni kdg boleh jadi benda mistik…sbb dia mcm sempurna ….

bawang merah

nak beli patung boleh . tapi jangan beli yg mata wrne hitam tu ha . sbb bende halus suka menumpang dekat situ . kalau beli pun cungkil dulu kedua dua mata anak patung tu .

kura2 hijau

makkkk…takut!! serius seram

ui

aku pun mmg xsuka patung..takut

Kak Yulie

Terbyg chucky ekk citer patung jahat horror tu…
Huhuhuhuu…

apid

bygkan kak chucky usik2 idung masa tido huhuhuh

Kak Yulie

Kuajaaqqq ekkk…
Main idung boleh buat akk marah…
Klu die p off ekon mmg bikin hangeeennn…

feeqa

sebab tu kalau nak simpan patung ke teddy bear ke kite kena cacatkan dye supaya dye xsempurna n supaya xjdik bnda2 mcm nie…

Hazstig

Kalau dah patung tu bentuknya sempurna sifat, memang probability benda2 nak jadi tinggi. Tapi, kalau boleh elakkan la apa2 patung pun. Kadang2 patung yang xada sifat2 manusia pun leh jadi camni. Contoh patung teletubies 4 sekawan tu…

Nasya(nama potongan)
Masa saya kecik*sekarang pun baru 13 tahun hihi*umur 6 atau 7 something like that la saya suka patung macam barbie ataupun patung yang macam orang tu la saya memang suka sangat,atuk dan nenek saya streak*maaf kalau salah eja*tegas bab2 patung bukan la bab2 tadika/sekolah atau makan2 ni dorang manja kan saya semua saya nak dorang beli tapi kalau patung macam orang BIG NO untuk dorang belikan saya patung tu,pada suatu hari saya merengek nak juga patung tu atuk saya dah tak kuasa pun beli je la patung menyerupai bayi saya happy sangat walaupun tahu atuk tak suka,saya suka main ngan patung tu tapi pada suatu hari saya simpan kat tepi katil atuk nenek*saya tidur ngan atuk nenek kadang2 ngan makcik dan mama*dan sebelum pergi tadika saya berpesan kat semua orang jangan kacau patung tu*bossy nye*dorang pun ye kan je la,lepas tu saya pergi dan balik tadika tengok2 patung tu dah tak da,aikk pelik juga tadi kan dah pesan jangan kacau,saya tanya balik dorang tapi dorang kata tak kacau pun last2 patung tu tak jumpa2 sampai sekarang bila saya ungkit balik tentang ni pakcik saya cakap… Read more »
Raidah

Bukan streak. strict=tegas. Lain kali bukak dictionary kalau tak sure. Tak pun google je dik. taip ‘tegas dalam bi’ haa keluar je nanti. ok.

Niny

Bagi org cina seharusnya di titik tanda merah di kaki patung yg berbentuk manusia. Bagi mengelak perkara seperti di dalam cerita terjadi

wpDiscuz