Rumah Sewa Aku Berpenghuni

Aku macam biasa lah. Baru kahwin, cari rumah sewa itu perkara yang aku kene sediakan untuk lebih privasi lah. Aku cari kat kawasan Cyberjaya. Yeah aku jumpa satu rumah studio unit. Okay jugalah sebulan dua aku duduk sana dengan isteri aku. Rumah jauh dari bising bandar, jiran-jiran kebanyakkan pelajar luar negara.

Seronok aku dengan isteri tak lama, bila isteri aku dah mula rasa sesuatu pelik. Bini aku mula sampaikan cerita-cerita pelik setiap kali aku balik kerja. Satu-satu cerita keluar. Aku macam biasa la. Penat, letih malas nak layan. Aku iye kan semua cerita dia. Ada satu malam, aku tergerak hati nak pergi gym dgn sauna. Aku ajak bini aku. Masing-masing okay terus turun, aku macam biasa lah, orang last keluar sebab nak tutup lampu bagai. Kebiasaan aku suka mengira kedudukan rumah aku dari tingkat gym. Kali aku kira, sampai di tingkat rumah aku. Terang! Ada perempuan! Dan itu rumah aku!!! Aku baru turun dengan isteri aku. Siapa perempuan kat rumah aku???

Aku tanya pada isteri aku. Perempuan tu siapa?. “I cakap you tak percaya kan. Itu lah benda ganggu i kalau u pergi kerja!” isteri aku jawab. “Ya Allah siapa perempuan yang tenung aku dari rumah aku tu.” Aku tak sedap hati.

Sepanjang aku kat gym. Isteri leka dengan aktiviti dia. Aku resah, aku lepak luar gym. Sekali lagi aku terkejut perempuan yang aku nampak kat rumah aku tu, lalu depan aku sambil senyum! What the @2;&;&/9!

Selesai gym, aku dengan berat hati balik kerumah dengan acah-acah tenang. Bini aku pun tengok macam dia cool je. Aku pun relax. Masuk rumah yang terang, aircond on dengan tv on. Aku dengan bini aku masing-masing pandang sesama sendiri dan buat macam biasa. Bila sampai tengah malam, rumah aku tiba-tiba bergegar sambil dengan dengar bunyi benda cakar. Kali ini, memang aku takut gila. Dalam 4-5minit. Aku dengar bunyi tu. Akhirnya senyap dan sunyi. Memang sunyi selain bunyi aircond.

Baru nak terlelap, bini aku tiba-tiba dalam gelap tapi berjalan laju dlm gelap. “Laju dia bangun dengan berjalan, nak pergi mana? Rumah studio kan besar mana je pun.

Aku tengok dia dalam gelap. Dia terus ke bucu dinding rak buku aku dan dia berdiri tegak merenung aku dalam gelap. Aku bangun perlahan-lahan. “Syg, are you okay? belum sempat nak tanya lebih-lebih. Mata aku terpandang sesuatu yang merah di atas rak buku dinding aku!!!
Ya Allah, apa benda tu! Benda macam perempuan merangkak, menyangkung pandang ke arah aku mata dia dengan mata isteri aku seiring pandang aku!

Aku baca segala benda surah yang aku ingat sambil nak gerakkan badan tuk bini aku.
Dalam keadaan takut, aku cuba bangun sekali lagi benda tu menjerit dan mengilai. Aku tarik bini aku bawa dia keluar dari rumah. Aku terus lari menuju ke lift yang peliknya. Suara perempuan gelak seolah-olah ikut aku. Aku zikir sampai pintu lift buka. Aku terus ke groundfloor.

Aku terus cakap dengan security guard nak stay sampai pagi kat pondok dia. Selamat dia okay seban tengok aku dengan short aku dengan bini aku pakai pijamas dia. Aku dah tak kira masa tu. Aku stay sampai pagi.

Aku naik rumah aku pagi tu dengan ustad kenalan bini aku. Rumah sewa aku da macam apa da bersepahnya. Ustad tu kata kalau boleh keluarlah sebelum memudaratkan diri sendiri. Aku apa lagi terus scroll rumah sewa dapat terus area Bangi. Pindah terus geng! Tak fikir banyak.
Rumah sewa ni, kalau boleh tengok betul-betul, masuk beri salam, buat bacaan quran sblm apa-apa. Mungkin aku terlupa semua tu sampai aku sendiri duduk dengan benda tu. Sekian cerita dari aku..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Zamiy

5 thoughts on “Rumah Sewa Aku Berpenghuni”

  1. Ceritanya menarik. Ada unsur2 seram. Tapi ada part yg susah pembaca nk fhm. Kalau blh, janganlah buat sehabis ringkas. Hilang thrillnya bila dibaca. Sususan ayat dan penggunaan simbol noktah, koma dan simbol2 lain dlm penulisan amat penting. Jgn diabaikan kalau mahu setiap penulisan itu jadi menarik utk tatapan pembaca. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.