Adik

Assalamualaikum pada semua pembaca FS. Terima kasih admin jika kisah aku ini disiarkan. Terlebih dahulu aku ingatkan, kisah ini tidak seram tetapi aku hanya ingin meceritakan pengalam aku sahaja. Nama aku khay dan kisah yang aku ceritakan ini terjadi pada keluargaku.

Semua ini bermula pada suatu petang apabila adik bongsuku pulang dari kem di sekolahnya. Aku memang dah lali dengan sikap adik bila dia penat, dia akan tidur dan agak marah jika ada yang mengacaunya. Angah aku pula mengacau adik tidur dan adik menjeling Angah. Sebagai tanda minta maaf, Angah memicit kaki adik kerana adik mengadu kakinya lenguh. Tiba-tiba aku terdengar Angah istighfar. Angah terkejut sebab masa dia picit kaki adik, dia terpandang muka adik buruk sangat macam orang tua. Adik yang baring terus duduk dan marah Angah. Adik ingat Angah nak kenakan adik.

Aku cuak dengar Angah cakap macam tu, terus suruh adik mandi sebab dari balik sekolah dia tak mandi. ((padan lah takde orang nak kau dik, nak mandi pon susah.. huhuhu)) Malam tu, lepas isyak Angah borak dengan adik. Angah tahu adik memang selalu mengadu sakit belakang, so Angah suruh adik duduk depan dia. Angah mula baca beberapa p****g ayat al-Quran dan aku lihat adik macam cacing kepanasan. Tak senang duduk. Aku yang duduk sebelah mak pelik tengok mak tersengih pandang adik. Sepanjang Angah ruqyahkan adik, mak tersenyum je.

Angah juga minta segelas air dan 7 biji lada hitam. Lada hitam tu Angah masukkan ke dalam air. Apa yang adik nampak sungguh buat aku terkejut. Gelas yang berisi air masak itu adik cakap dia nampak d***h dalam gelas tersebut. Begitu juga dengan mak. Jadi Angah sudah tahu benda yang ada dengan adik mahukan d***h. Adik mula meracau dan cuba membuka bunga silat. Adik menjerit ‘aku nak cucu aku! aku nak jaga cucu aku!’ Mak yang dari tadi tersenyum tiba-tiba ketawa dan marah-marah.

Adik pula telah berjaya Angah pulihkan buat sementara waktu. Sementara menunggu Abang Long dengan Ustaz Husin, Angah cuba melengahkan masa dengan berbual dengan mak. Benda yang berada dalam badan mak namanya Siti Salmah. Manakala yang berada dalam badan adik ialah suruhan Siti Salmah itu yang namanya Siti Kamsiah. Kata Siti Salmah, dia hanya ingin menjaga cucunya sahaja. Dia cuba masuk ke dalam badan Along tapi Along telah pon berubat terlebih dahulu. Dia pernah cuba mendekati aku tapi tak boleh kerana aku lembik katanya. Akhirnya, dia memilih adik kerana adik seorang yang kuat semangatnya. Iya, aku akui adik memang kuat. Agak lama dia menemani adik dan dia juga punca adik sering sakit belakang.

Apa yang lebih mengejutkan apabila mak tiba-tiba menyerang adik. Dia hampir menggigit leher adik kerana mahukan d***h. Nasib adik baik bila Angah sempat menangkap mak. Adik mula menangis teresak-esak. Tak lama kemudian, Abang Long dan Ustaz Husin pon sampai. Alhamdulillah, akhirnya bantuan tiba. Mak dan adik terpaksa dipisahkan. Tak boleh diubatkan sekali di ruang yang sama kerana takut mak akan menyerang adik lagi. Mereka membawa adik ke ruang tamu satu lagi dan mulakan sesi rawatan. Aku lihat adik menangis dan meraung kesakitan. Aku kasihan melihat adik tapi apakan daya, bukan adik yang sedang berbicara.

Sepanjang proses rawatan adik, dia banyak menangis dan menjerit kerana sakit, benda itu juga tidak mahu keluar secara baik. Hampir 20 minit dan adik telah pon sedar. Aku memeluk adik dan bawa dia mandi. Setelah siap, aku dan adik dipanggil untuk memulakan sesi rawatan terhadap mak pula. Mak yang aku lihat sangatlah kuat, dia menentang 3 orang lelaki sekali gus. Ustaz Husin meminta Siti Salmah itu agar keluar secara baik jika benar dia sayangkan cucunya. Ouh ya, lupa nak cakap Siti Salmah ni hanya mengaku Along, aku dan juga adik sebagai cucunya dan dia hanya mahukan cucu perempuan.

Ustaz Husin minta adik berbicara sendiri dengan Siti Salmah supaya Siti Salmah dan suruhannya, Siti Kamsiah dapat meninggalkan adik dan mak secara baik. Ustaz Husin juga minta adik melepaskan Siti Salmah dengan hati yang redha. Ini adalah apa yang adik aku katakan ‘nenek, adik minta nenek pergilah kembali ke tempat asal nenek. kalau nenek sayangkan cucu nenek, janganlah nenek ganggu kami lagi. adik tak larat dah nek.’ Siti Salmah menangis teresak-esak mendengar apa yang adik katakan. Dia setuju untuk keluar dengan baik tapi katanya lagi jika dia melihat cucunya sedih, dia akan kembali lagi. Setelah mak sedar, Ustaz Husin berkata bahawa Siti Salmah itu adalah belaan arwah moyang kami. Arwah moyang kami tidak menurunkan ilmunya kepada sesiapa dan mungkin dia datang kepada mak kerana hanya mak waris perempuan yang tinggal.

Aku tahu kisah ini tidak seram tapi kejadian yang berlaku 3 tahun lepas ini amat memberi kesan dalam hidup adik. Adik kini bukan lagi seorang yang kuat, dia mudah takut dan terkejut. Adik juga bukan lagi seorang yang periang seperti dulu, dia banyak menyendiri, tidak banyak bercakap. Adik… jadilah adik yang dulu. Kami rindukan kau, adik. Sekian sampai disini saja..terima kasih semua..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Khay

3 thoughts on “Adik”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.