Tingkat 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca fiksyen shasha sekalian. Terima kasih kepada admin sekiranya cerita saya ini diluluskan untuk tatapan pembaca. Sebelum saya memulakan cerita, gambar yang saya kongsikan di dalam ini ialah GAMBAR SEBENAR. itu ialah GAMBAR SEBENAR tangan saya selepas kejadian seram tersebut. Saya snap pic dan terus simpan utk kenangan. Lagi sekali saya ingatkan itu ialah GAMBAR SEBENAR.

Maaf sekiranya tidak seram bagi pembaca sekalian. Kisahnya bermula disebuah hotel. Saya ialah seorang Front Office. Kerja saya ialah check in check out orang, ambik booking dewan mesyuarat dan buat audit pada malam hari.

Housekeeping di sini masuk keje jam 8 pagi sampai la 6 petang. Sekiranya ada apa-apa yang pelanggan request contoh nak bantal lebih ke extra bed ke selepas jam 6 front office sendiri akan buatkan kerana housekeeping sudah pun balik dan tamat waktu kerja.

Dipendekkan cerita pada hari kejadian saya kena shift petang. Walaupun nama shift petang, waktu kerja front office (F.O) shift petang ialah jam 3 petang sehingga 11 malam. Kemudian akan disambung oleh f.o shift malam pulak dan pagi esok akan akan disambung oleh f.o shift pagi dan begitulah putaran 3 shift seorang front office alias f.o.

Hari kejadian nak dijadikan cerita, waktu maghrib dalam jam 7.30 lebih malam, ada seorang pelanggan membuat report bahawa siaran astro dibiliknya tiada. So saya sebagai f.o yg bertanggungjawab masuk kedalam bilik pelanggan tersebut yg terletak sebaris dengan lobby hotel je. Ya memang siaran astro tiada di semua chanel.

Setelah saya membuat siasatan CSI New Delhi di bilik pelanggan tersebut, saya membuat keputusan untuk masuk ke bilik astro yang mengawal semua siaran astro untuk kesemua bilik hotel yang terletak di tingkat 7 bangunan baru dihadapan lobby hotel.

Sebelum saya mulakan cerita angker nie, saya nk jelaskan bahawa hotel tempat saya kerja nie ada dua bangunan. Bangunan pertama bangunan lama setinggi 3 tingkat dimana terletaknya bilik kos bajet dan lobby hotel dimana pelanggan akan mendaftar masuk. Bangunan kedua pula ialah bangunan baru setinggi 8 tingkat yang menempatkan bilik-bilik mahal dan dewan mesyuarat di tingkat 8, tingkat 7 dan tingkat 2. Anda sudah boleh bayangkan keadaan hotel tempat saya kerja nie?

Ok sambung, saya pun cakap la kat kawan sekerja saya merupakan f.o jugak untuk naik sebentar ke tingkat 7 untuk masuk ke dalam bilik astro bersebelahan dengan bilik mesyuarat. Kawan saya nie on je sebab die takut nak naik. So saya naik la tingkat 7 sorang-sorang tanpa ada rasa takut ketika itu.

Lagi satu saya nak bagi bayangan kepada pembaca bahawa bilik astro adalah berhadapan dengan lif hotel. So sekiranya lif hotel tiba di tingkat 7 kemudian pintu lif terbuka anda akan nampak bilik astro terlebih dahulu kemudian ada pintu di sebelah bilik astro untuk masuk ke dewan mesyuarat.

Ok sambung cerita, saya pun masuklah kedalam bilik astro tersebut untuk restart semua chanel astro yang ada. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, keadaan di tingkat 7 sangat gelap dan tiada penghuni. Bilik hotel hanya ada sehingga tingkat 6 sahaja. Tingkat 7 dan 8 adalah dewan mesyuarat.

Apa yang ada ketika itu hanyalah lampu lif yang menerangi kawasan pintu bilik astro. Apabila lif tertutup dan turun kebawah memang tiadalah lampu peneman saya. So setelah sampai di tingkat 7, saya cepat2 buka pintu bilik astro dan pasang lampu dalam bilik tersebut sementara pintu lif masih belum tertutup kalau tak nanti gelap la. Nak cari tombol pintu pun tak jumpa nanti.

Tengah syok2 restart astro sambil layan chanel sukan dalam bilik astro tersebut, tiba2 saya dengar bunyi lif naik keatas. Saya takdelah rasa pelik sangat mungkin ada pelanggan nak naik ke tingkat tiga, empat, lima atau enam. Tapi bunyi lif tu lama pulak macam nak naik ke tingkat atas. Alah, bunyi tali lif tu lah. Tahu kan? Saya boleh dengar sebab bilik astro depan pintu lif je.

Saya toleh ke belakang dan tengok nombor pada atas lif tersebut menunjukkan tingkat lapan. Aik, siapa pulak masuk dewan tingkat 8 malam2 macam nie. Kunci pintu dewan semua f.o pegang. Takde orang boleh masuk pun dalam dewan tingkat 8.

Lif tu berhenti tingkat 8, sebab nombor pada atas lif menunjukkan tingkat 8. Saya rasa mungkin ada budak-budak ribena atau budak-budak fanta oren yang main tekan lif di tingkat bawah. Tapi sangkaan saya meleset sama sekali.

Selepas lif berhenti di tingkat 8, lif tersebut berhenti di tingkat 7 dimana saya berada ketika itu. Ah sudah, siapa pulak yang tekan dari tingkat 8 pergi tingkat 7 nie. Kalau budak-budak2 tekan dari tingkat bawah, lif akan berhenti tingkat 7 dulu baru naik ke tingkat 8. Nie tidak, lif naik tingkat 8 dulu kemudian berhenti tingkat 7. Itu bermakna ada seseorang yang tekan dari tingkat 8. Sama ada orang atau benda lain yang tekan.

Kemudian, TING! Bunyi lif berhenti di tingkat 7. Saya toleh ke belakang untuk melihat siapa di dalam lif. Pintu lif buka je saya tengok tiada sesiapa didalam lif melainkan lampu lif yang menyinari pintu bilik astro dimana saya berdiri ketika itu.

Saya mula rasa tak sedap hati, saya siapkan cepat2 restart chanel astro kemudian turun ke lobby melalui tangga kecemasan yang terletak di sebelah lif tersebut. Memang tak lah nak turun ikut lif. Buatnya dia lepas masuk lif tiba2 naik ke tingkat 8? Saya dah fikirkan segala kemungkinan akan berlaku, so saya buat keputusan turun ke lobby melalui tangga kecemasan kerana hanya itu sahaja jalan untuk turun yang tinggal selain lif.

Saya menuruni anak tangga tanpa menoleh kebelakang dengan melangkah seberapa banyak anak tangga yang boleh dengan sekali langkah. Ceritanya belum habis di sini. Setibanya saya sampai di lobby, kawan f.o saya tadi menjerit nampak saya selepas saya duduk di kaunter.

โ€œKo dah kenapa menjerit nie?!โ€ Herdik saya kepada beliau. Kemudian beliau menunjuk kearah tangan saya. Saya pun tengok tangan saya dan BOOMM jadilah cococrunch! Tidaklah… saya terkejut selepas melihat tangan saya rupanya ada kesan cakar yang panjang dan timbul sangat jelas. Gambar saya bagi tu selepas beberapa minit kejadian so tak berapa nampak kesan timbul cakaran tersebut.

Sampai di sini sahaja kisah angker yang tak seberapa ni. Harap-harap semua terhibur dan mengambil pengajaran daripada kisah ini. Pengajaran dia ialah jangan suka-suka, konon berani macam THOR, waktu maghrib masuk tempat tinggi dan sunyi sorang-sorang. Sekian dari saya..

A.M Rizal
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 comments

    1. Ada dalam komen kat Facebook. Ada jugak awek-awek yang tetiba rasa writer ni handsome based on gambar tangan writer tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.