Assalammualaikum Wbt n Haiii bt Admin n smua pmbaca2 setia FS. Buat pertama kali saya akan kongsikan pengalaman saya. Di mana sampai kini ia selalu menjadi tanda tanya dalam kehidupan saya, adakah kisah ni membawa apa2 maksud??? Kisah ni tidakla sama dengan mana kisah2 yg FS siarkan sebelum ni. Kisah mistik, seram, hantu, tragis atau pmbunuhan. Ia hanyala sebuah kisah yg sangat misteri bagi sya hingga kini.
Ok, sya perkenalkan diri sya sebagai BB, merupakan ibu kepada 2 org anak. Yang sulung kakak girl and adek boy. Dlu2, sya susah untuk hamil. Tahun pertama sya menunggu dengan penuh harapan, tapi hampa. Seterusnya tahun kedua dan sampailah tahun ke 5 perkahwinan sya. Yaaa, 5tahun menunggu utk hamil. Sya dah cuba berbagai cara utk hamil. Berurut dr Selangor, Kelantan hinggalah smpi ke seberang laut d kg halaman sya. Mencuba pelbagai rawatan kesuburan yg habis beratus2 ringgit. Makan bermacam2 jenis ubat n jamu, tapi tetap hampa dan sampai 1 tahap sya berputus asa. Sedihh. Sya n suami sering dsindir oleh saudara mara. Dikatakan kami mandul. Kawan2 selalu bertanyakan tentang anak, kami malu. Sampai sya n suami sering kali bgaduh hal anak.
Dan akhirnya sya membuat keputusan utk tidak mau lagi berfikir tentang anak, dan mulakan misi sya untuk kuruskan badan. Ketika tu berat sya menjangkau 90kg. Sangat2 gemuk kan. Mulakan misi diet yg ketat n extreme selama 3 bulan sya dapat berat ideal dalam 55kg. Dan sgt happy bila sya dh kurus n cantik sprti anak dara heheee. Tapi, dalam masa sebulan sya bgmbira mendapat berat badan ideal, sya mendapat berita lg gembira yg selama 5 tahun sya tunggu2. Sya disahkan hamill, yeayyy!! Suami sangat2 happy akhirnya impian kami untuk mendapat anak akhirnya tercapai (maaflah intro psal dri sya sangat panjang, hehee).
Bermulalah kisah misteri sya. Seawal sebulan kandungan sya, sya didatangi mimpi seakan reality. Seolah2 sya berada di alam lain. Hari pertama (mimpi p1) di alam tu, sya berada di sebuah tasik yg sangat besar dalam sebuah perkampungan yg indah, seperti zaman dahulu kala melihat rumah/pondok dikawasan tu. Ketika itu sya berada di atas jambatan/titi yg panjang menuju ke arah pertengahan tasik. Dan tiba2, muncul buaya2 yg sangat banyak 3 kali ganda besar dari buaya di alam kita. Buaya2 itu muncul mengelilingiku di tepi2 titi tu sambil membuka mulut yg besar seakan2 ingin membahamku. Dengan muka yg sangat marah. Masa itu sya sangat takut dan hanya mampu menangis.
Dan saat tu juga muncul lagi seekor buaya yg sangat2 laa besar. Boleh dikatakan buaya gergasi. Mugkin ketua diantara buaya2 yg ada ditasik tu. Ketika ia muncul, semua buaya yg ada ketika itu lari dan tengelamkan diri mungkin takut pada buaya gergasi tu. Dan pandangan mata buaya gergasi itu sangat marah dan tajam memandang ke arah sya yang dalam ketakutan. Mulanya dia membuka mulut yg sangat besar mungkin mau membahamku. Sya hanya menangis dan redha saja apabila buaya gergasi itu semakin hampir dan hampir. Dannn, sya terus tersedar dari mimpi itu dan kmbali lagi di alam realiti. Bila dah sedar esoknya sya cerita smuanya ni pada suami sya dan dia hanya anggap itu semua hanyalah mainan tidur.
Malam ke2, iyaaa. Kembali lagi sya ke alam tu. Tepat di tepi tasik berdekatan titi. Kali ini suasana tasik tu tenang dan tiba2, muncul balik buaya gergasi dan buaya2 yg lain dalam bpuluh2 jugala buaya di situ muncul. Tapi kali ini xde lagi muka yg marah seakan ingin memakanku seperti semalam. Yang pasti buaya gergasi tu pandangan dia lain dari semalam dan ia senyumm. Iyaa pelik kann, mungkin dia buaya jadian. Jelas sekali sya nampak dia senyum. Susah sya mau terangkan macam mana pandangan muka dia.
Seterusnyaa dalam seminggu sya kerap bermimpi atau masuk ke alam itu. Dalam seminggu 4/5 kali masuk alam tu. Bayangkan selama 9 bulan ++ kandungan sya, selama itula sya selalu masuk ke alam tu. Saya hanya dduk di tepi tasik dan melihat buaya2 dan buaya gergasi itu. Kadang2 buaya2 itu bermain air dan terpercik ke arahku. Seperti mengajak sya bermain2. Yang pastinya alam tu sangat indah dan tenang. Pondok2 di tepi tasik itu diukir sangat cantik dan selama sya ada di alam itu, belum pernah lagi saya jumpa mana2 manusia yg hidup d sana. Hanya ada kehidupan buaya saja.
Sehinggalah pada mimpi sya yg terakhir sebelum sya bersalin anak pertama sya. Sya sempat melihat smua buaya2 itu termasuk buaya gergasi melihat sya dengan pandangan yg sedih. Mungkin pandangan ucapan selamat tinggal. Kali ini tidak lagi seceria sebelum ni yg meriah dan bmain2 air, hanya muncul diam2 dan mlihatku yg duduk di tepi tasik. Akhirnyaa sya bersalin anakku yg pertama baby girl. Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan anakku sihat. Dan yang pasti anakku pertama tu sangat cantik. Kulitnyaa sangat putih gebu. Sedangkan sya dan suami berkulit hitam manis heheee. Ramai sangkakan sya tersilap ambik baby di hospital bila tengok anakku. Rambut babyku lebat ikal mayang. Berwarna perang original dan bermata coklat, seperti anak kacukan orang puteh atau chinese.
Hari2 berlalu, dalam pantang, lepas pantang, sehingga ankku dari umur sebulan sampai setahun, sya x pernah lagi bermimpi atau masuk ke alam buaya itu. Dan hamil anak kedua, iyaaa, sya kembali lagi ke alam itu. Tempat yg sama, buaya gergasi masih ada. Buaya2 lain pun ada. Tapi kandungan kedua ni, tidaklah selalu sya ada di alam tu. Dalam sebulan hanya sekali atau 2 kali saja masuk ke sana. Sampailah sya bersalin. Pelik kann?? Yang pastinyaa bila sya hamil saya akan kembali ke sana. Dan sekarang, anak2 sya pun dah besar kini berusia 9 tahun dan 7 tahun. Tapi selama itulah sya x pernah lagi bermimpi atau masuk k ealam buaya itu lagi…hmmmm.
# Ada sapa2 tau maksud mimpi sya ini? Ataupun ada diantara pembaca2 setia FS ini ada sama pengalaman macam sya. Apa kaitan alam buaya itu dengan kandungan sya ataupn anak2 sya?? Adakalanya sya sangat fobia/trauma bila nampak buaya2 di alam kita. X tau kenapa, memang sya akan elak untuk pergi ke zoo atau sungai2 yg pastinya ada kaitan tentang buaya heheee. Terima kasih kerna sudi mbaca kisah saya. Maaf jika kisah ini panjang meleret2 n penggunaan singkatan mau pun susunan ayat yg tunggang terbalik. Maaf sekali lagi jika kisah saya tidak seram seperti harapan semua pembaca setia FS. Dan jika ada masa terluang lagi, sya akan kongsikan kisah2 seram saya yg lain, di sapa oleh hantu gula2 dan dicekik oleh kakak cantik dan lain lain lg. Ok bye byeee…
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
jumpa ustaz la.tanya pendapat dia
Ermmmmm… Pelik
ape rahsiah turun berat badan…sorry lari tajuk huhuhu
puasa 3 bulan
tq
Kena tanya suami kamu tu sb ada sesuatu dr bahagian buaya yg dia simpan dan gunakan utk menambah power dia tu.
Dia buat tu untuk kepentingan kamu jugak.
Tanya suami tu kalo nak tau.