Assalamualaikum pembaca FS. My name is Elly. Sebelum ni aku ade post artikel bertajuk JAM 3 PAGI. Itu berdasarkan kisah benar. Hari tu aku ade terbaca artikel FS bertajuk HENTIAN REHAT LEBUHRAYA. Ia mengingatkan aku kejadian seram suam kuku sewaktu aku drive balik ke Lumut dalam 8 tahun lepas.
Aku ni seorang wanita yang suka drive awal pagi balik ke kampung. Kampung aku di Lumut, Perak. So kalau aku drive dari KL ke Lumut, aku akan ikot highway PLUS Utara-Selatan, exit di Bidor. Aku balik ke Lumut, seperti biasa, akan gerak jam 3 atau 4 pagi dari rumah, jadi aku boleh drive bertenang-tenang, dan kebiasaannye akan sampai ke exit Bidor dalam jam 7am. Kalau awal, aku akan rehat di hentian sebelah Ladang Bikam. Kat situ ramai jugak orang melepak tido awal-awal pagi.
Nak dijadikan sebab, pagi tu aku gerak awal. Tepat jam 4.30 am. Aku da singgah drive-thru McD kat Kota Damansara pun, masih awal aku sampai hentian sebelah Ladang Bikam. Aku sampai di situ dalam jam 6.00 am. Aku pun melenakan diri dalam kereta tapi tak lama. Walaupun sebelum tu aku rase sangat mengantuk, tapi hanya lena dalam 15 minit, aku dah rasa sangat puas. Terkebil-kebil mata konon nak tunggu jam 6.45am untuk mulakan perjalan kembali, tapi rasa bosan dan dah tak boleh nak lena lagi.
Exit Bidor memang dah tak jauh je pun. So, aku decide untuk teruskan je perjalanan. Waktu baru jam 6.20am macam tu.
Kereta yang dipandu melepasi tol di exit Bidor dalam jam 6.30am. Sambil berangan, aku menyanyi ikut rentak lagu mp3 kereta agak kuat. Tengah sedap drive, sampai area corner lipat kat Ladang Bikam (sesapa yang biase lalu dari Bidor nak ke Teluk Intan ikot jalan Bidor, mesti tau tempat ni, ada replika buah besar kat situ), dan aku masih sedap melalak ikut lagu, tetiba bunyik kuat di atas bumbung kereta. Bunyi seperti buah kelapa jatuh atas bumbung kereta. Serta merta aku senyap!
Pagi tu aku pakai sweater yang ade hud. Slowly aku tarik hud sweater sampai nampak mata je. Terkumat kamit mulut membaca ayat-ayat suci, tetapi bertabur jugak la. Menyesal pun ada time tu. Aku cuma berdoa supaya apepun yang jatuh atas bumbung kereta, tak sergah kat cermin depan. Hahahaha.
Rase gerun makin tebal bila tiada kereta lain masa tu. Gelap sangat. Kiri kanan jalan penuh kelapa sawit, dan jarak pokok sawit dengan jalan lingkungan dalam 5 atau 6 meter, sebab ada parit di antara jalan dan pokok sawit tu. Aku jeling kiri kanan, takde nampak pun pokok besar (nak sedapkan hati, konon just dahan jatuh). Aku tengok pokok sawit tu pun takde la setinggi mana, tinggi sikit dari kereta aku je.
Dah tu, jalan raya tu tinggi lagi dari kawasan pokok sawit tu. Mula la lagi gerun. Keadaan memang gelap gelita. Lepas tu sayup-sayup aku nampak cahaya dari arah bertentangan. Tak sudah-sudah aku ucapkan
Alhamdulillah dalam hati. Rupanya ade lori besar, kontena kot, dari arah bertentangan. Aku memang pasang lampu tinggi, so bila nampak ade kenderaan lain nak berselisih, aku turunkan lampu tinggi. Tapi bila dah dekat, pemandu lori tu bagi high beam. Bukan sekali, tetapi banyak kali.
Aku memang nak nangis dah. Aku dapat rase yang driver lori tu nampak something atas bumbung kete aku. Huhuhuhuhu. Sebab selalu kalau kenderaan berselisih akan bagi sekali dua je high beam, tapi ni banyak kali, sampai la lori tu melepasi kereta aku. Aduhai, siape pulak la tumpang atas bumbung kereta aku nih!
Ape lagi, aku pecut la. Sikit-sikit aku jeling ke arah langit. Harap-harap cepat la cerah. Sambil baca ayat Qursi, aku terus drive tanpa henti. Aku nampak langit dah macam nak cerah, jam da tunjuk jam 7am. Kenderaan lain dah beransur ada di jalan. Lega rase hati. Tapi aku tak berhenti sampai la ke rumah dalam jam 8.15am. Masa nak keluar dari kereta, aku baca ayat apa-apa yang aku tahu, baru keluar dari kereta, terus cek atas bumbung kot ade kesan ape-ape. Hahaha. memang takde kesan ape! Calar ape pun takde! Kalau ikotkan tadi, bunyinye memang boleh lekuk bumbung kereta. Kereta baru cat, tapi takde sikit pun celanya atas bumbung. Aku siap usap lagi bumbung kereta, memang takde sikit pun lekuk dapat di kesan.
Aku tak cerita pada ibu, dah dua tiga minggu baru aku cerita. Sebab confirm kene marah punye lah. Huhuhu. Tapi aku, opkos tak serik travel awal pagi. Selepas kejadian tu pun, masih ade kejadian hampir sama aku lalui. Tapi tak seram sangat. Setakat lalu bawah kereta tu, dah biase. Selagi tak muncul depan muka, InsyaAllah ok lagi.
Nota: mungkin ‘penumpang’ tu tak masuk dalam sebab pagi itu aku loading barang banyak di kerusi penumpang depan dan belakang. Malah memang dah jadi habit, aku loading barang di kerusi penumpang memandangkan aku pemandu single.
- Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
ya, saya pun selalu memandu sorg…siap pikir kalu xnak bgi “org” lain menumpang ltak barang bnyk2 kat seats..biar penuh serabut takpe, jgn kite serabut dgn dia dah…
ntah mana petua sy follow pun tak tau, tapi mmg suke penuhkan seat dgn segala barang. Tu pasal kete sy selerak. huhuhuhu
Hahaha…sama lah.saya pun single lady driver.balik kampung segala mcm benda buh kt seat.memang tak lah buh dalam bonet.hehee
Benti tu utk tdo je ke…
X solat subuh ekkkk…
Oppsss…
Nak kate pe’ot bersungguh plak bace ayat2 quran…
Soriler klu salah tafsir plak…
Huhuhuhuuu…
time tu pe’ot laaa.. tak silap saye, membaca potongan ayat al-quran bukan dari mushaf, tapi hafalan, takde masalah.. Correct me if i’m wrong. (^_^).
Oooo peot…
Patutler benda tu sukeeee…
Sensorg plak tu lg ler die bersungguh nak teman…
Maapkan akk yer sbb salah sangka td…
Akk pon antara gol yg suke travel memalam ke pepagi buta ni…
Nk g toilet+surau pn ghiso gak klu asben tgu kt keta jer…
Kot antu bace ayat2 kursi leh ilang…
Kot jembalang kepala itam tu yg dikhuatiri…
Elly pn hati2 lebih ar yer…
Klu nk solat+toilet klu boleh carik yg ade org pompuan lain ataupon cleaner…
Itu ler.. Lain kali kalau dah berhenti rehat tu solat subub ler skali. Hahah. Tak memas je kena.
*rehat solat subuh ler skali. Tak memasal je kena
tgh pe’ot time tu.. guane nok subuh.. huhuhu
Kalo ko brek mengejut atau tetibe pecut agak2 benda tu tergolek tak ah?
Hahahhahaha…
Part ni lawak…
Akk tgh bayangkan benda tu jatuh tergolek…
Terbreak jugak sikit masa bunyik tu, sbb terkejut.. Masa tu mmg satu je mintak, jangan la kot ade rambut dia juntai kat depan, mau kot aku nanges.. Hahaha
Bodo punya melayu cepat buruk sangka.xkan satu satu nak cakap.datang bulan pun nak cerita ke.ni mesti geng makcik sundal mulut puaka jenis nak bash orang je.pergi m**i la kau b**i.
hahahaaha marah betul awk ni ek…tp betul gak tu.,..keymarkkkkk
aku pun pernah kena tumpang masa drive solo pukul 1 pagi. kejadian kat seberang perak masa on the way balik sitiawan. yang tak bestnya dia duduk sebelah sebab seat belakang penuh barang. hadoi!
Kalo saye memang dah freeze dah kalo dok sebelah. hahahaha. Bukan tak biasa guna laluan tu, tapi kalau dah sangat biasa kite tak terpikir pun ape-ape yang seram. haaaa.. time ni la selalunya akan berlaku… hahahahaha