Kamar Binasa

Hi geng. Ni hao ma? Selamat bersua kembali bersama Ahmeng. Hari ni aku baru ada masa nak menulis. Kalau ada rezeki cerita ni approved, dapatlah korang baca. So kali ni aku nak luahkan satu kejadian aku berhadapan dengan gangguan yang mana untuk pertama kalinya aku diganggu dengan gangguan bertimpa-timpa sebegini. Kejadian ni berpunca daripada kesilapan aku memilih bilik sewa tanpa membuat survey terlebih dahulu. Ambiklah pengajaran dari kisah ni terutama kepada yang jenis hati kering suka redah buat sesuatu tanpa assessment secukupnya. Here we go. Be seated and ready for take off.

Seperti yang korang tahu melalui cerita-cerita aku sebelum ni, mata aku sememangnya tak normal disebabkan aku boleh melihat perkara yang tak semua boleh dilihat oleh mata kasar. Pelbagai rawatan dari pelbagai sumber dah aku cuba demi mengurangkan pandangan mata batin aku. Tenang sangat bila mata dah kurang nampak benda pelik-pelik. Cuma satu kelemahan ketara kat sini, manusia yang aku nampak belum tentu wujud seperti yang korang nampak. Let say aku perhatikan sekumpulan manusia, aku nampak ada empat orang sedangkan member aku mengesahkan cuma ada dua orang. Dan aku tak dapat tentukan yang mana satu manusia real sebab kedua-duanya kelihatan sama pada pandangan aku. Tingkah lakunya pon hampir serupa sampai aku tak boleh bezakan. Apparently, mata aku tiba-tiba kembali seperti dulu.

Di sini aku menyewa sebuah bilik bersama sorang kawan. Due to covid impact, banyak company buat retrenchment. Kawan aku antara yang terkesan untuk ketika ini lalu pulang ke tanah air sementara aku masih di sini. Faktor harga sewa yang mahal memaksa aku untuk berpindah ke bilik yang lebih murah. Kebetulan selang beberapa hari aku ada ternampak satu iklan ejen bilik sewa yang menawarkan harga agak murah. Tanpa berfikir panjang aku terus contact ejen rumah dan buat deal untuk masuk menyewa. Contract as per mutual agreement. Aku berpindah ke bilik baru di sebuah apartment yang dihuni oleh keluarga melayu terdiri daripada sepasang warga emas berusia sekitar 60an, aku panggil diorang ni pakcik makcik je.

Kali pertama aku jejakkan kaki ke rumah baru di suatu petang disambut oleh pakcik. Muka ketat pakcik tu buat aku serba salah nak masuk rumah. Entah kenapa perasaan aku bercampur-baur. Masa nak melangkah masuk tadi aku rasa sesuatu yang tak kena dengan suasana rumah. Sunyi. Sangat sunyi tatkala aku berada di dalam rumah. Tapi hingar bingar sejurus aku berada di luar rumah. Seorang makcik mengalu-alukan kedatangan aku dengan menghidang secawan teh. Tanpa was-was aku minum teh yang dihidang sambil berbual bertanya khabar. Seteguk je aku mampu telan sebab teh ni rasa masin. Makcik dah confuse antara gula dengan garam agaknya. Husnuzon. Bertalu-talu aku disoal oleh mereka. Paling aku terkejut bila makcik bertanya adakah aku seorang Muslim? Tercengang aku nak respon macam mana dengan soalan ni. Deep jugak soalan tu haha. Mungkin sebab mata aku sepet kot. Layan jelah.

Then aku rasa soalan yang ditanya seakan berulang-ulang. “Anak ni asal mana? Kerja kat mana? Makcik ada anak perempuan sebaya kamu”. Berkali-kali juga makcik repeat benda yang sama. Aku pandang wajah pakcik yang dari tadi hanya memerhatikan aku. Then aku rasa pandangan aku bercelaru, kejap jauh kejap dekat. Kepala aku dah mula pening. Aku tak curiga apa-apa memandangkan aku baru je sampai so aku menyangka aku pening sebab naik teksi tadi. Aku minta diri untuk masuk ke bilik dan berehat namun dihalang oleh makcik. Makcik terlebih dahulu bingkas masuk ke dalam bilik yang bakal aku huni. Selang beberapa minit, beliau keluar semula dari bilik tersebut dan membenarkan aku masuk. Penat punya pasal aku terus rebahkan diri ke katil seraya terlelap.

Aku terjaga dari lena apabila terhidu bau yang sangat tak menyenangkan. Macam bau sampah. Mana datang bau ni aku pon tak tau. Jam menunjukkan pukul 1.00am. Perut dah lapar seharian tak makan. Aku plan untuk keluar mencari kedai makan sambil buat general familiarisation dengan kawasan yang aku diami. Sedang aku berjalan ke arah pintu utama, aku melihat pakcik dan makcik duduk di ruang tamu bersama seorang lagi perempuan. Aku assume itu anak diorang baru balik kerja. Tadi makcik kata dia ada anak perempuan. Aku just senyum dan teruskan perjalanan keluar. Pakcik menjeling kembali kepadaku dan membalas dengan senyum sinis. Sejurus keluar dari rumah, bau sampah tadi hilang serta-merta lalu mengingatkan aku kembali tentang moment aku mula-mula masuk rumah. Perasaan tak best tu dah mula ada tapi terlalu awal untuk aku buat kesimpulan sedemikian. Mungkin aku overthinking masa tu.

Senario diorang bertiga duduk kat ruang tamu tu sangat kerap berlaku dan tak kira masa. Tv tak bukak, tingkap dan langsir juga tertutup. Mereka hanya duduk berpandangan antara satu sama lain dalam samar-samar gelap antara nampak. Makcik hanya senyum manatap wanita di hadapannya dengan air mata mengalir. Aku tak pernah dengar sebarang komunikasi antara mereka. Hampir setiap kali aku nak keluar rumah aku akan nampak diorang duduk kat ruang tamu terdiam kaku macam tu. Sesekali aku menjeling untuk melihat wajah anak perempuan pakcik ni, entah betul ke tak apa yang aku saksikan tapi aku nampak perempuan ni tak berwajah. Hanya permukaan kulit rata sahaja. Kat sini aku mula rasa curiga dan ganjil memandangkan aku dah lama tak nampak benda halus. Aku sendiri tak pasti sama ada itu manusia ke bukan. Persisnya hampir serupa.

Sejak dari peristiwa pertama aku nampak diorang kat ruang tamu, setiap malam aku akan dengar macam-macam bunyi. Tak pernah pon aku dapat malam yang tenang selama stay kat sini. Kejap-kejap kang aku terdengar suara orang bersembang kuat. Bila aku skodeng ke ruang tamu, takda seorang pon kelihatan. Ada beberapa kali aku terdengar suara orang menyanyi mendayu-dayu seperti bersyair. Aku ingat ayatnya kerap diulang “rindu hatiku rinduku satu, mahu dirimu penghuni kamarku” diselang-seli dengan suara tangisan sayu. Tipulah kalau aku kata aku tak seriau dengar suara merdu ni. Gila apa bersyair pukul 2 pagi cakap macam tu. Even kalau aku tak diganggu dengan bunyi, aku tetap akan diganggu melalui mimpi pelik-pelik.

Sehinggalah suatu malam ketika aku sedang tidur, selimut aku direntap kuat membuat aku terjaga dalam keadaan terkejut sampai terus berdiri bersiap siaga menepis sebarang serangan. Aku sangka bilik aku dipecah masuk. Tapi apa yang aku lihat, seorang budak perempuan berambut diikat rapi berdiri di hujung katil. Muka comot dan matanya hitam keseluruhan. Aku yang sedang mamai terus jadi cargas bila melihat dia melemparkan senyuman hingga menampakkan gigi tersusunnya. Pintu tandas serta-merta terbuka dengan kuat. Aku melihat semula pada budak tadi, dia dah tiada di situ. Kali ni aku yakin ini bukan perkara normal. Mesti ada sesuatu di sebalik kejadian yang harus aku huraikan.

Esoknya hujung minggu, aku bersendirian di rumah. Pakcik dan makcik aku tak tahu ke mana. Ini masa yang sesuai untuk aku teliti segenap ruang rumah. Aku nak cari sebarang klu dalam mendapatkan kepastian tentang kejadian semalam. Dan di sinilah segalanya terserlah. Di ruang tamu, aku menatap setiap bingkai gambar di dinding. Apa yang aku dapat rumuskan, keluarga ini terdiri daripada empat orang termasuk dua orang anak perempuan melalui sekeping gambar bertarikh 90an. Satu per satu gambar aku teliti. Sedang aku leka dengan pemerhatian, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu bunyi hentaman kuat dari arah almari di ruang tamu. Satu laci dari almari tersebut terjatuh keluar. Aku punya terkejut sampai melompat dibuatnya. Isi almari bersepah di lantai. So aku just masukkan balik laci tersebut dengan isi-isinya supaya tak nampak curiga bila pakcik balik nanti.

Aku teruskan meneliti bingkai-bingkai yang lain sehingga secara tak sengaja aku terjumpa satu set peralatan tembaga yang berisi kapur, kain perca merah dengan kesan tompokan debu serta sekeping gambar wanita yang telah diconteng dan diikat dengan benang tebal. Aku jadi cemas bila tersedar ini peralatan ritual. Tanpa berlengah aku mengatur langkah kembali ke bilik. Sejurus aku berpaling, budak kecik semalam muncul tak jauh di depan aku. Kali ni mulutnya berjahit dengan mata sebelah lompong. Isi perutnya terburai. Tergaman aku berdiri tak tahu nak buat apa. Masa tu nak baca ayat kursi pon aku tak tahu nak mula dari mana. Malah tak terlintas pon nak baca apa-apa ayat lain. Segalanya seakan terlupa. Aku hanya mampu pejamkan mata dan bertakbir di dalam hati. Pintu rumah dibuka. Budak tersebut hilang dari pandangan. Makcik dan pakcik baru pulang ke rumah. Fuhhh susah nak diungkapkan betapa leganya perasaan aku masa tu.

Tanpa memberi salam, makcik hanya memandang aku dengan muka bengis. Aku tak cakap banyak, terus masuk bilik kurung diri. Seketika kemudian, bau wangi kuat menusuk hidung diikuti dengan kemunculan suara bergema seakan berada di dalam rumah kosong. Bunyi macam mengaji, tapi bacaannya tak seperti yang biasa kita dengar. Bukan bahasa arab, bahasa urdu pon bukan, jauh sekali bahasa siam. Mendengarkan bacaan ni membuatkan aku terasa mengantuk sangat.

Aku cuba kuatkan diri untuk membaca ayat-ayat pendinding diri tapi tak berjaya. Mulut seakan terkunci. The best aku boleh buat adalah teruskan membaca di dalam hati. Aku tak sedar berapa lama aku dengar suara bergema tu. Suara tersebut perlahan-lahan hilang dari pendengaran sehingga aku tak sedarkan diri. Aku terjaga semula keesokan harinya. Sedar-sedar je muka aku dah beralaskan kain lap kaki depan toilet. Bengong kepala aku memikirkan apa yang dah berlaku.

Hari ni sekali lagi aku tinggal bersendirian di rumah. Dan sekali lagi aku cari pasal cuba perhatikan segenap rumah. Kali ini lokasi siasatan aku adalah ruang dapur. Tak ada apa yang ganjil di ruangan ini. Aku kembali semula ke ruang tamu untuk meneruskan penelitian. At this point, firasat aku kuat mengatakan yang barang-barang tembaga tu adalah punca kepada gangguan yang aku alami. Gambar wanita yang diconteng tu mungkin ada kaitan dengan budak kecik atau suara-suara nyanyian yang muncul setiap malam. Sejurus je sampai di ruang tamu, sekali lagi aku terkesima bila melihat pakcik, makcik dan perempuan tak berwajah tu sedang duduk di situ exactly the same position macam sebelum-sebelum ni. “Cari apa kat belakang tu nak?” Terpacul soalan dari mulut pakcik. Aku yang sedang gelabah menjawab melulu kononnya aku mencari tong sampah. Helah aku kelihatan tak berjaya. “Dia takda kat situ”, sambung pakcik dengan senyuman dan pandangan yang tajam. But this time, makcik turut berpaling memberikan senyuman yang mengerikan. Macam nenek kebayan. Aku terus beredar dari situ. Entah bila diorang ada kat situ tah. Aku yakin masa keluar bilik tadi tak ada siapa pon kat ruang tamu tu. Dari petang ke malam aku hanya duduk di dalam bilik. Mental aku dah koyak dah masa ni. Redha jelah.

So malam ni aku nekad nak pindah keluar dari rumah ni. Keluarga ni macam psiko pon ada. Aku rasa seperti diperhatikan selama aku berada dalam rumah ni. Sepanjang waktu seperti ada seseorang sedang berdiri di belakang, di balik pintu atau di hujung katil sambil memerhatikan aku. Gangguan ni buat aku stress. Nak solat rasa berat. Nak mengaji apa tah lagi. Aku kemas semua barang-barang aku and get ready to go. Nak cepat punya pasal, aku sumbat je semua benda ke dalam bag. Dah siap packing, aku melangkah keluar. Tatkala pintu bilik dibuka, serta merta aku melihat seorang wanita berjubah koyak rabak duduk bersimpuh menghadap bilik aku.

Wajahnya sempurna dan jelas. Mata lebam seperti bercelak, muka pucat dengan kesan tulisan penuh di bawah mata. Senyuman yang terukir cukup membuai fikiran aku antara mimpi dan realiti. Rupa dia tak hodoh, boleh kata cantik jugaklah dalam kategori makhluk seperti dia. Tapi tetap menyeramkan. Kalau korang tau Lathi Challenge, haa pempuan tu almost sebijik macam kat depan aku ni. Pakcik duduk di sebelahnya. Lengkap berpakaian seperti bomoh dengan sebilah keris dirapat ke bibir sedang beraksi dengan peralatan ritualnya yang disusun di atas lantai. Asap kemenyan memenuhi ruang rumah. Then sekali lagi aku mendengar suara seseorang sedang membaca sesuatu. Aku cuba amati, bacaannya semakin laju seiring dengan kelajuan jantung aku. Baru aku tau bacaan yang aku dengar selama ni adalah ayat mentera yang diamalkan oleh pakcik. Aku hanya mampu tercegat walaupun pintu utama cuma beberapa langkah sahaja dari aku.

Satu suara memecah kebuntuan “Nak, marilah minum dulu”. Kelihatan di ruang tamu makcik melambai perlahan memanggil aku mendekati. Aku seakan terpukau hanya menurut katanya dan duduk di kerusi di hadapan makcik. “Dah kenal dengan anak makcik?”, perghh ayat ni bila aku terbayang je terus meremang bulu roma. Wanita tadi datang menghampiri dari arah belakang dan kini dia hanya selangkah di sebelah aku. Bau harum seraya menusuk hidung. Aku cuba tenangkan diri. Aku pernah lalui macam ni masa kat camping (refer Malam Misteri). Tapi entah kenapa perasaan kali ni lebih menakutkan. Kebanyakan situasi aku hanya mampu tercegat dan terdiam. Dah rasa tenang sikit, aku cuba membuka bicara “Saya nak minta diri dari rumah ni, saya perlukan tempat tinggal yang lebih dekat dengan tempat kerja”. Aku cuba berikan alasan. Pakcik yang seakan memahami mengajak aku untuk berbincang. Nampak gayanya dia tahu yang aku dah melihat sesuatu.

“Mata anak ni, bukan mata biasa kan? Aku dah lama tahu”, pakcik membalas bicara. Dalam suara terketar aku berterus terang yang semalam aku ada melihat beberapa gambar keluarga dan set ritual yang sedang digunakan itu tersimpan rapi. Pakcik memberikan arahan kepada si wanita ‘cantik’ ni untuk berlalu pergi. Kemudian pakcik bertanya jika aku ada nampak makhluk selain wanita ini. Aku tak faham makhluk apa yang pakcik maksudkan, so aku bagitau pasal budak pempuan yang kacau aku, keris bergoncang di tengah malam, beberapa makhluk aneh berlari sana sini serata rumah dan scene dorang bertiga di ruang tamu. Akhirnya pakcik membuka cerita yang sungguh aku tak sangka.

Rupanya anak-anak pakcik keduanya sudah tiada. Satu terkena buatan orang, satu lagi hilang tanpa dikesan. Keduanya berlaku dalam tempoh yang singkat menyebabkan makcik menjadi murung dan kurang siuman. Kasih seorang suami tidak sanggup melihat isteri tercinta menjadi gila, pakcik membuat perjanjian dengan makhluk yang direjam untuk menggantikan tempat anaknya yang hilang. Sesekali makhluk ni akan menyerupai anak pakcik untuk diperlihat kepada makcik. At least terubatlah rindu makcik kepada si anak yang entah berada di mana. Satu ritual akan dijalankan untuk menghadirkan wanita ini. Tak tau lah macam mana dia buat. Aku perasan dia baca mentera dengan sebilah keris je. Keris tersebut akan bergoncang bila lama tidak diasap dan diseru. Kes ni aku banyak dengar masa zaman hostel dulu tapi biasanya berkaitan dengan ilmu silat batin. Aku tak pasti jika ada sebab-sebab lain yang membuatkan keris boleh bergoncang seakan mahu keluar dari simpanan. Pakcik menjelaskan tentang sorang lagi anaknya terkena buatan orang ketika anak itu masih kecil. Angkara dengki, manusia bertindak di luar rasional.

Usai habis segala hujah dan penerangan oleh pakcik, aku memohon untuk pergi. Pakcik merelakan dan meminta maaf atas segala kejadian. Pakcik berpesan supaya berhati-hati dengan penglihatan batin yang aku miliki. Dia minta aku mencari cara untuk mengawal penglihatan supaya tak mudaratkan diri memandangkan aku dah diganggu sebab benda tu perasan aku boleh nampak dia. Tak semua orang dikurniakan mata batin. Dan tak semua pemilik mata batin berjaya mengawalnya. Betul, ini aku setuju. Aku tak faham kenapa sesetengah orang ada keinginan untuk memiliki mata batin sedangkan orang yang memiliki berusaha sedaya upaya untuk menghilangkan keupayaan macam ni. Banyak tempat dah aku pergi berubat, majoritinya akan nasihatkan aku untuk amalkan ruqyah dan selebihnya terpulang kepada si pemilik untuk mengawalnya melalui emosi dan rohani. Aku sendiri masih mencari cara untuk mengawalnya memandangkan kaedah lama dah tak berkesan. Percayalah, korang pon takkan sanggup memilikinya. Banyak kesan negatif berbanding positif. Sebelum aku beredar, makcik tiba-tiba cakap “Tidur lah dulu satu malam, esok saja berangkat”. Ohh no memang tak lah aku nak stay lagi. Taubat nasuha. Bergurau ke mengigau makcik ni.

Malam tu jugak aku keluar dan stay kat hotel capsule beberapa hari sementara dapat bilik sewa yang lain yang lebih selamat zahir dan batin. Kepada korang, please jangan ulang kesilapan aku dengan membuat keputusan terburu-buru. Jadikan apa yang aku alami sebagai iktibar. Buat keputusan lima minit, stay kat sana seminggu, penyesalan dia seumur hidup. And again aku nak pesan. Belajarlah ilmu pendinding diri. Kita tak tau bila kita akan perlukan. Okay sekian dari aku. Stay safe….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ahmeng

1 thought on “Kamar Binasa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.