Almari Antik

Korang mesti pernah tengok filem ‘Conjouring II” kan? Ni versi macam filem tu tapi kali ni kisah almari lama jat kampung aku. Tak adalah seseram filem tu. Ini sipi-sipi je.

Abang aku yang sulung suka kumpul barang-barang antik. Sebagai peminat seni, pantang nampak tempayan lama. Terus ambik balik rumah, basuh dengan begitu teliti dan jaga elok-elok. Barang-barang tembaga lama macam dulang, tepak sireh, duit lama dan macam-macam perhiasan antik dia ada. Oleh kerana terlampau taksub, berlambak koleksi barang antik dalam simpanan, separuh dari koleksinya dijual ke muzium.

19 tahun lepas, belakang rumah aku ada sebuah rumah usang hampir roboh, tapi berpenghuni. Cik Nek tu aku kenal, uzur sangat dia. Akhirnya jatuh sakit lalu meninggal dunia. (innalillah). Aku tak sempat nak kenal rapat sebab waktu tu dia sangat uzur dan waktu tu aku masih sibuk sekolah.

Selepas 5 tahun dia meninggal, rumah tu semakin hampir reput tu roboh sebelah. Banyak barang-barang antik rumah tu. Tak ada sapa nak ambil. Anak-anak dia kaya raya. Jadi barang-barang antik tu terbiar. Tak ada sapa nak kutip. Waktu tu jugalah abang aku beriya-riya nak bersihkan rumah tu nak ambil barang-barang tembaga berkarat, kayu-kayu antik dan sebuah almari lama. Almari tersebut agak lama usianya kalau tengok kondisi sambungan pintu pun dan tercabut.

Yang istimewanya almari ni dibuat tidak menggunakan sebarang paku. Dia sambung-sambung selit dah jadi sebuah almari. Proses sambung semula agak lama. Aku jadi assistant angkat barang-barang tu. abang aku garang dan fokus, nampak sangat dia minat gila dengan almari ni. Di tukarnya ensel baru, varnish dan hasilnya menakjubkan. Sebuah almari berukiran 2 ekor burung pheonix Cina (cuba google, cantik) yang berekor panjang sampai ke bawah. Memang indah ukirannya. Seekor berada kanan pintu, seekor lagi dikiri pintu. Mata burung pheonix ni unik!.. Ukiran dalam mata burung ni ada sebiji batu bulat berwarna hijau. Memang cantik burung ni. Berkali-kali aku puji sebab lawa..haha. Almari ni ada campur unsur kebudayaan Baba Melaka dan Melayu asli.

Setelah habis kerja membaik pulih almari yang indah ni. Proses mengalih almari ni sangat patah tulang belakang. Berat yang amat. Mungkin jenis kayu yang dipakai. Tinggi almari dalam 6 kaki. Kaki almari ni ukiran kaki singa, manakala ukiran dikeliling burung pheonix tu adalah ukiran bunga matahari dan daun-daun ukiran Melayu. Dengar pun dah unik..

Almari ni abang aku letak dalam stor. Abg aku kadang-kadang je tidur dalam bilik ni. Hari lain dia suka tidur luar. Kadang aku study dalam bilik ni. Kadang aku tidur kat situ. Dah macam sarang. Bersepah dengan tempayan macam-macam peralatan lama.

Ada satu malam tu. Aku bajet nak study dan tidur dalam setor ni je. Lepas penat belajar aku penat dan tertidur. Waktu aku tengah malam aku terjaga, nak ke bilik air. Lepas keluar toilet, nak sambung tidur. Aku nak tarik selimut je, aku ternampak biji mata burung tu bersinar dan bepusing-pusing perlahan-lahan dalam lubang mata, bergerak-gerak (mata burung tu diukir bulat kedalam, ada rongga supaya batu hijau tu masuk dalam rongga tu) Jadi batu tu terapung dalam lubang tu. Faham ke tak.. harap fahamlah maksud aku.

Berbalik pada mata burung bercahaya tadi. Dalam bilik gelap, batu mata burung berkelip-kelip. Terus aku lari keluar bilik, tidur kat ruang tamu.

Bilik aku sebelah bilik setor. Pembahagi bilik tu hanya plywood. Bilik tu selalu kosong. Aku tidur sebelah kadang-kadang boleh dengar pintu almari tu malam-malam terbuka sendiri. Bunyi pintu “ekkkkk kkkkkkk” pelan-pelan je. Tak selesa betul tidur.

Waktu siang selalu juga lepak dalam setor, barang-barang study ada dalam bilik tu. Ada kejadian paling aku tak boleh lupa, ni waktu siang k.. Ada orang ketuk dari dalam almari tu. Gang!!! Gang!!! Gang!!!!!!…Menggelabah aku lari keluar. Aku rasa aku je kot kena kacau. Abang aku tak percaya.

Ada suatu hari, abang aku nombor tiga lepak dalam bilik tu, sekali lagi ada orang ketuk dari dalam. Menjerit abang aku. Abang aku yang sulung tak percaya. Dia belum kena…Hah dah kena nanti ko tahulah nikmat.

Lama lepas tu dah kurang kacau…bunyi-bunyian dah tak ada.

Suatu hari, aku tengah tolong mak aku mengemas rumah. Abang sulung aku tengah tidur kat ruang tamu. Tetiba dia terpekik terlolong macam orang nazak. Sesak nafas, macam orang nak m**i. Ramai datang baca yasin. Aku ingat masa tu abang aku macam dah hampir-hampir. Kemudian abang aku menjerit “Ya! Ya! aku hantar keluarkan balik! Ya!…Lepas tu senyap…Reda. Terus dia macam tidur. Cuak juga tengok ingatkan dan innalillah..

Dalam seminggu dia sihat balik. Abang aku panggil orang muzium ambil almari tu. Berapa orang muzium bayar aku tak pasti.

Tapi mata burung tu cantik.. Bersinar cahaya dalam gelap. Boleh terpukau siapa yang tengok jika burung tu “hidup”. Dia suka “pancing” dengan mata dulu, lepas tu baru dia mengamuk. Kalau dibiarkan lagi, mesti dia “tunjuk muka”. Sebab apa aku alami tu aku rasa baru permulaan.

Tapi yang ketuk dari dalam tu memang terkejut beruk. Gang!!!!!! Ganggg!!!!! bagai nak pecah. Siapa yang ketuk tu sebenarnya? jika diberi kebenaran, nanti aku cerita satu lagi kisah benar berlaku kat kawan aku, sampai dia lari tidur kat rumah aku.

Almari tu sekarang berada di muzium. Rupanya almari tu ada “adik beradik”. Ada satu lagi unit besar dengan 4 ekor burung. Alahai.. siapalah bekas empunya tu.

Lokasi muzium dirahsiakan. Seram kalau pergi muzium tengok gambar potrait-potrait raja-raja dulu. Rasa semacam. Korang rasa tak…

So berhati-hatilah dengan almari lama. Terutama yang antik. Jangan beli yang second-hand, walaupun cantik. Kita tak tahu sejarah pemilik asal. Belilah yang baru walaupun yang murah. Dulu aku pergi Bali tengok macam-macam jenis almari ukiran muka patung dengan kerawang macam-macam jenis. Cantik-cantik pulak tu..seram.

Maaf, bahasa aku kelam kabut.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada FS.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

abott
FB Penulis
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

23 comments

  1. 5/10

    tak tahulah nak cakap macam mana. Cerita best Abott. Cumanya mungkin macam awak cakaplah.. “Maaf, bahasa aku kelam kabut.” BTW.. hantar next story ye..

    Oh ya! dekat mana muzium tu? Nak juga tengok hasil seni almari tu.. tak perlu rahsiakanlah.. hihihi

  2. cerita kurang jelas..kenapa abg writer meracau?mimpi apa?ade kaitan dgn lemari tu ke?
    muzium tu xperlu rahsia kn pun xpe..kalo dekat nak jgk cikbam g tgk lemari tu..huhu
    teruskan berkarya.. 5/10

  3. hehe ….naper tak leh gtau muzium mana…..sapa pegi pn leh tgk je kot….Pelik kan apsal anak2 dia tak amik..mmg lew kaya tp tu warisan mak dia kan..kecuali lew kalo mg diorg tau ada benda …mula2 beli maybe ok…tp benda lama…tak de plak org dok umah tu….ada la yg menyinggah agaknyer…huhu seram oiii….

  4. “Tapi mata burung tu cantik.. Bersinar cahaya dalam gelap. Boleh terpukau siapa yang tengok jika burung tu “hidup”. Dia suka “pancing” dengan mata dulu, lepas tu baru dia mengamuk. Kalau dibiarkan lagi, mesti dia “tunjuk muka”. Sebab apa aku alami tu aku rasa baru permulaan.“

    Aku tak faham perenggan ni. Apa pun masih sebuah cerita yang menarik. Unsur seram tu boleh rasa. Kalau ada pengalaman lain kongsilah lagi. ?

  5. Lina pening sikit untuk beberapa part. Improve your writing to the next story, we all tunggu. Terima kasih Abott sudi terima teguran kami 🙂

  6. Cantik…tapi seram…. hihihihi
    Abot kelam kabot banyak missing point, tapi keseramannya masih sampai. Gambatte kudasai!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.