Amalan Salah Arwah Ayah

Alhamdulillah, terima kasih admin siar kisah aku yang pertama #JiranMembela #Aurora. Terharu aku. Buat aku semangat nak kongsi cerita lagi. Oh ya, sepekara lagi yang warga FS kena tahu, cerita ni dah lama. Lebih 20 tahun lamanya. Aku pun dah berumur 41 tahun sekarang ni. Aku dah berjanji jika warga FS dan Admin suka cerita aku, aku akan sambung kisah2 aku lagi. Kali ni aku nak cerita tentang arwah ayah aku. Bukan tujuan nak aibkan sesiapa tapi sebagai pengajaran agar jangan buat atau amal benda-benda salah. Sebagai anak muda di zaman tu aku faham kebanyakan masa ilmu tu adalah untuk menjaga diri, survival dan cari makan. Tapi biasalah, syaitan tu sentiasa menyesatkan dan ilmu-ilmu inilah makanannya.

Cerita kali ini ialah tentang arwah ayah aku. Sebelum tu minta maaf kalau ada sesetengah pekara aku tak sebut jelas. Nak menjaga aib keluarga. Serba sedikit tentang arwah ayah ialah dia ni mula bekerja muda. Seawal 17 tahun lagi. Arwah datuk aku suruh ayah aku bekerja sebab dia kata arwah ayah malas belajar dan suka terlibat dengan gangsterisma saja. Terkenal di kalangan budak-budak jahat di Kluang sebagai ‘John Melaka’ sebab asalnya dia orang Melaka. Mencuri ayam, ponteng sekolah, lepak kubur, bergaduh memang dah jadi rutin dia hari-hari. Pendek kata arwah datuk tak nak arwah ayah aku jadi derhaka macam dalam cerita Anakku Sazali. Sebab tu dia panggil arwah ayah bekerja dengan dia. Memula tu kerja mandur biasa dengan syarikat yang bekalkan api dekat seluruh Malaya. Yang tu korang kena teka sendiri syarikat apa.

Dulu talian lektrik ni tiangnya kayu. Dan nak membekalkan lektrik dari satu kawasan ke satu kawasan tu sangat mencabar. Kena masuk kampung, hutan, semak samun semua. Lepas tu jalan bukan macam sekarang, elok bertar. Waktu tu kebanyakan jalan masih jalan tanah merah. Arwah ayah ni pernah cerita (aku percaya sebab arwah Wan aku mengiyakan) dia pikul tiang tu sorang-sorang. Kadang-kadang bukan satu tau, dua ke tiga tiang sekali jalan. Fuhh, aku fikir dah macam badang dah ayah aku ni! Lepas tu, arwah ayah kata dia ni kebal. Pernah kayu-kayu balak lepas tebas hutan nak buka jalan jatuh tergolek hempap dia. Berlari mandur nak tengok, takut-takut anak buah dia mati terpenyek. Arwah ayah boleh bangun tolak kayu tu sambil gelak-gelak. Tepuk-tepuk habuk kemudian sambung kerja. Geleng kepala mandur cina tu.

Memula dulu aku agak skeptikallah kan. Mana tau arwah ayah aku ni gebang ja lebih. Tapi ada satu kali tu dia masuk hospital, terpaksa duduk wad lama. Ada satu doktor cina ni panggil aku. Lebih kurang begini dia cakap. “You boleh ka talk dengan father you suruh bukak kunci dia sekejap?”

“Huh?! Bukak kunci apa doc?” Serius aku sangat keliru masa tu. Kunci kereta? Kunci rumah? Macam-macam aku fikir.

“Nurse mau cucuk injection pada dia, tapi dah banyak kali itu jarum patah. I rasa father you ada ilmu”, lembut ja dia cakap sambil senyum. Mungkin dia dah biasa ada kes macam ni.

Aku tak tahu nak cakap apa, jadi aku pun pergi bisik dekat telinga arwah ayah aku tentang permintaan doktor tu. Arwah senyum ja. Dia suruh aku ambil ketip kuku. Kemudian dia suruh aku potong kuku ibu jari kaki sebelah kiri dia sambil baca sesuatu (maaf aku tak kongsi takut jatuh syirik pulak), sambil mengadap kiblat. Yang aku tak gemar, yang kena buat, aku. Bukan sebab aku ni anak kesayangan dia, tapi sebab anak-anak lain takut. Demi kasihkan ayah, aku pun buatlah. Dah selesai dia gamit aku suruh datang dekat dia. “Bagitahu doktor, ayah dah buka,” redup ja dia pandang aku. Macam ucap terima kasih. Barulah jururawat boleh bagi suntikan. Masa tulah aku mula percayalah kisah-kisah dia cerita dulu. Bukan taksub ya.

Arwah ayah aku ni lawa orangnya. Kalau korang kata Fattah Amin tu handsome, macam itulah ayah aku. Chewah! Jangan kecam tahu. Arwah mak cerita dulu arwah ayah ramai teman wanita. Semua berkerja elok, cikgu, doktor, jururawat. Wow! Jejaka pilihan Malaya nampaknya dia. Termasuklah arwah mak aku tergoda (tapi mak kerja orang gaji ja masa tu). Pernah ayah aku hantar aku balik asrama (masa ni arwah ayah aku dah umur awal 50-an), ada senior aku tiba-tiba tegur, “lawa boyfriend kau dik. Ke abang kau tu? Kalau abang akak nak berkenalan boleh?”

Aku pandang ja dia. “Ayah akulah!” Aku jerit, lepas tu blah. Gila tak geram aku masa tu. Waktu tu arwah mak tak ada. Dia teman nenek dekat kampung. Yang pelik aku tengok dia biasa-biasa saja. Entahlah.

Sebenarnya arwah ayah aku pernah mengaku yang dia ada memakai ilmu seri muka (bukan kuih tu tau), seri sekampung namanya. Dia pernah nak aku belajar dan amalkan. Katanya untuk senang dapat kerja dan dikasihi. Fuhh, jangan cakap aku tak tergoda. Dipandang manis oleh sekalian alam tau. Bolehlah aku hidup senang, katanya. Tak payah susah-susah.Tapi Alhamdulillah aku walaupun tak sebaik atau sealim mana, tapi aku jenis takut pada pekara-pekara sebegini. Jujur cakap, aku mengaku amalan dan cerita asal-usul ilmu itulah yang sebenarnya buat aku tak berkenan. Lebih-lebih lagi ada unsur-unsur kurafat dekat situ.

Kononnya amalan itu datangnya dari seorang bomoh sakai perempuan berasal dari Pahang. Walaupun usianya hampir seratus tahun tapi tubuh dan wajahnya persis perawan atau nak dara sunti (masa ni aku ada terbayang nenek kebayan macam dalam cerita puteri gunung ledang). Mana arwah ayah jumpa bomoh ni aku pun tak tahulah. Dia sanggup masuk hutan sebab nakkan ilmu tu. Sebelum boleh dapat ilmu tu kau kena hafal satu ayat yang hanya diperturunkan melalui mulut tanpa tulisan (tak boleh salin) dan mesti mendapat izin dari pengamal asal. Kira kau tak boleh curi-curi dengar dan buat. Buruk padahnya. Ayah aku ada sebut ayat tu masa dia bercerita ni. (Btw jangan salah anggap, aku tak suruh pun dia cerita, dia yang tiba-tiba beria nak bercerita). Sumpah aku gabra sungguh masa tu, takut terhafal. Yang aku ingat memang ada disebut nama puteri lindungan bulan. Lepas dah hafal ayat tu kau kena berpuasa selama tujuh hari berturut-turut dan hanya makan beras yang butirnya sebanyak jumlah hari kau berpuasa. Hari pertama sebutir, kedua dua butir, ketiga tiga butir… sambung sendirilah ya. Boleh minum seteguk air sahaja tiap kali berbuka ( tapi yang bab berpuasa ni aku pernah terfikir nak buat, leh kurus kering woo. Cuba puasa saja tau bukan yang lain-lain). Sambil berpuasa tu, hati kau harus tak lekang membaca zikir mentera yang dah dihafal tadi. Kau tak boleh jejak tanah sikit pun a.k.a berkurung ja lah dalam rumah selama tujuh hari tu. Owh ya, sepekara lagi, dilarang melihat cermin dan juga mandi. Seksa kan?! Sanggup!? Aku tak mau…ya Allah.

Penghujung penutup amalannya ialah mandi bunga tujuh kuntum, tujuh jenis, tujuh warna yang direndam dengan air tujuh geluk yang dibuat dari tempurung kelapa yang kau buat sendiri (bab geluk ni aku tak cerita terperinci cara buat dia sebab terlalu padat nanti aku risau ada yang pepandai cuba mengikut). Air ni pulak hendaklah yang telah di embunkan. Mandi ni pula dibuat sebanyak tiga malam bulan penuh betul, tepat jam 12 tengah malam tidak kurang dan tidak lebih sesaatpun (kalau ikut cerita arwah ayah dalam seminit peralihan ke pukul 12.00 tulah upacara ni dibuat hingga tepat ke dentingan 12.00). Waktu ini kena pantas. Semua ni kena dilakukan dilaman sendiri (berbogel tau!, kalau lelaki oklah kan. Kalau perempuan?, berkemban ayah aku kata, kussss semangat) dan campuran air dan bunga tu kau kena letak dalam buyung air tembaga yang mana permukaan air haruslah terkena bayangan bulan.

Sebab itulah kena buat ditengah-tengah laman agar tak terlindung. Pada mandian ke tiga, kalau berjaya, sang puteri akan menjelma depan kau. (aku asyik fikir buruk ja time cerita sampai sini. Entah-entah cik ponti atau kak langsuir yang muncul). Subhanallah, mengucap panjang aku dalam hati dengar cerita arwah ayah. Lepas proses menurun ilmu itu amalan orang memakai seri muka ni ialah, tak boleh makan nasi dua periuk (maksudnya kena dari satu kali masak dan tak boleh makan nasi semalam), kedua kena makan nasi senduk pertama. Ketiga tak boleh pakai kain dari kepala sarung ke bawah, haruslah dari bawah ke atas, memulakan makan dari tengah ke tepi, tidak boleh makan sayur pucuk manis dan beberapa lagi yang aku tak ingat. Wallahualam.

Sebagai anak aku hanya layankan cerita arwah ayah. Macam kita baca mitos penglipurlara. Sebagai manusia dan anak aku rasa dia berhak dihormati, tapi hati ni tak pernah leka sesaat. Takut sangat aku kalau-kalau terjebak dengan godaan. Pernah satu hari masa arwah ayah aku pergi berurut, pakcik yang urut ayah aku pesan dengan aku dan arwah mak aku sesuatu. Masa tu arwah ayah aku pergi ke tandas. “ Pakcik nak pesan sikit, ayah kamu ni memakai. Bermacam-macam ilmu dia pakai ni. Kalau dia tak buang sebelum masanya, ilmu ni akan makan diri. Yang tinggal tu hanya jasad tapi rohnya dah tak ada. Matinya akan terseksa. Pakcik boleh tolong kalau kamu izinkan, tapi pesan pakcik buatlah segera sementara pakcik masih hidup ni. Benda-benda begini bukan senang hendak dibuang. Orang sekarang bukan mahu amalkan solat tak tinggal, khatam quran dan beribadat kepadanya tanpa amalan syirik”. Arwah mak dan aku kelu terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Yang sedihnya, aku cuba pergi cari balik rumah pakcik urut ni setahun sebelum arwah mak jatuh sakit(sebab lepas kes dia nasihat kami, arwah ayah dah tak mahu ke sana), tapi dia dah meninggal dunia. Betul-betul malam sebelum aku niat nak ke rumah dia. Sumpah aku sayu masa tu.

Sampai sini dulu cerita aku. Perkongsian ini untuk ingatkan pengakhiran semua yang menyekutukan Allah tu tidak baik. Termasuklah apa yang terjadi pada keluarga aku. Termasuk apa yang terjadi pada arwah mak yang menjadi korban, mangsa dendam dan amalan yang salah. Aku ceritakan kisah arwah ayahku dahulu sebab barulah kalian akan faham jalan cerita aku nanti. InsyaAllah panjang umur aku cerita kisah itu arwah mak pulak. Bagaimana terseksanya dia dan aku sebelum dia pergi. Masa tu aku fikir kematian sahajalah ketenangan yang pasti buat arwah mak. Salam dari aku, #Aurora

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

28 thoughts on “Amalan Salah Arwah Ayah”

  1. Orang sekarang susah nak ikut macam orang dulu especially bab pantang tu. Orang dulu2 bab tertib mmg jaga betul. Kita skrg main redah je. tau nak cepat je. Baca proses nak menurun ilmu & pantang larang tu pun dah rasa rumit sgt.
    Bila benda2 mcm ni berkait dgn orang2 yg sgt rapat dgn kita esp org tua, sapelah yg tak sedih kan.. terkesan sgt part pakcik tukang urut tu pesan kat aurora n arwah mak. Terasa yg dia ikhlas nak tolong sgt saudara seagama. Agaknya dia tunggu je arwah ayah aurora dtg berubat dgn dia lagi?
    Semoga roh mereka semua dlm kisah ni dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

    Reply
  2. Sedihnye bile sampai suatu saat kita hanya mampu berfikir kematian adalah pengakhiran yang menenangkan…
    Apatah lagi atas org yg plg kita sayang…

    Reply
  3. Akk memahaminya dik..ilmu2 salah ni jgn main2… seksa matinya nnt..abah akk pun rain menuntut2 ilmu yg bkn2 ni..masa muda3 lg2 askar..slps kena sakit baru kami tahu..dia rajin menuntut tp.xhbis kesannya abah xtau dia ada pendamping..yg jahat mmg sllu arahkn kpd keburukan..syukur sempat kami buangkan..sian abah..

    Reply
  4. nasib baiklah kau terlintas pun nak mencuba benda tu semua. aku pulak rasa sayu bila pakcik tu pergi belum sempat kau nak jumpa dia buat kedua kalinya. apapun teruskan sambungan cerita cerita kau yang seterusnya

    Reply

Leave a Comment