Tandas Blok F1

Assalamualaikum untuk pembaca FS. Terima kasih kepada admin FS kalau publish citer aku. Nama aku achik. Well apa yang aku bakal cerita ni maybe tak seseram cerita ijam tapi aku still teringat sampai sekarang. So, lets start.

Aku terjaga dari tidur. Pukul 2 30 pagi tak silap aku. Aku terjaga sebab aku nak pergi tandas masa tu. And nak tenteram kan perasaan aku lepas mimpi yang bukan bukan. Selalunya waktu waktu macam ni lapangan aspuri dah kosong. Sebab semua pakat dah tidoq. Tapi aku gagahkan lah diri ni jugak.

Oh ya, dorm aku tingkat atas blok lama. Ada tandas dekat level kami tapi aku tak nak masuk tandas tuh sebab keras dia lain macam. Blok lama lah katakan. So aku kena jalan sikit turun blok lama pergi tandas blok baru tuh. Sampai je kat situ, aku pun masuk slow slow.

Aku perhati keliling. Takde orang. Aku pun masuk dalam bilik air. Elok je aku masuk, aku dengar bunyi orang berjalan masuk dalam tandas. Dia bukak paip air. Pastu start basuh baju. Bergema satu tandas tu dengan bunyi dia basuh baju. Aku pun settle cepat cepat pastu keluar bilik air tu .

Masa aku keluar tuh, aku intai bawah tempat basuh baju tuh. Selalunya, orang yang basuh baju kat situ orang boleh nampak kaki depa. Tapi kali ni bila aku tengok, takdak kaki. Aku pandang di sebalik dinding tempat basuh baju tu. Ada je kepala, tapi kaki takdak. Ahh sudah. Aku ada terfikir gak nak baca baca something, tapi dah dalam tandas, mana boleh baca baca.

” Intai apa kat bawah tadi achik? Cari kaki aku kaa ? ” dia cakap. Pastu mengilai kuat gila. Aku lari keluar. Aku naik tangga terus masuk dorm. Elok aku tengah rushing nak masuk dorm tu, aku terlanggar member aku. ” Haa kenapa kelam kabut ja ni achik ? Macam ternampak hantu ja haha ” dia gelak. Aku tak jawab pasal aku tau tu bukan dia. Aku bangun then berjalan nak masuk dorm. Tapi dia tarik tangan aku. Fuh, serious sakit. Dia punya genggam tu aku nak tarik pun payah.

” Lepas la weyh, aku nak masuk dorm ni. ” Aku try slow talk dengan dia. Aku dah penat time tu, yang aku tau aku nak naik atas katil nak sambung tidur. ” Lek la, meh teman aku main jap…” Dah nak ajak aku main dengan dia pulak. Fed up aku. ” Aku penat ni, kalau nak main ajak orang lain. ” Aku try lembut ngan dia.

Dia lepaskan aku slow slow, then aku pun terus masuk dorm lepastu tidur. Aku mimpi, ya aku mimpi ada budak kecik, dalam 5 tahun camtu, ajak aku main dengan dia. ” Akak, jum main dengan adik. Adik takdak kawan…” rayu dia. Aku cakap la aku taknak. Tiba tiba budak tu tunduk. Then dia gelak. Makin lama makin kuat. Pastu dia angkat kepala dia. Mulut berdarah, mata menangis keluar d***h. Dia pegang tangan aku kuat kuat. Dia cakap, ” Kenapa taknak main dengan aku ?! ” Aku terus terjaga. Aku tengok tangan aku, lebam boek punyaa. Since daripada tu aku baca ayat pelindung lagi kerap dari biasa sebelum tidur.

p/s: asrama kat sekolah aku memang kuat mengacau, cuma ada yang kacau sikit sikit ja, dan ada yang kacau memang seram punya.

Nak follow aku boleh follow kat Twitter : @msaki37

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Achik
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 comments

  1. best.tapi cerita pendek sangattt….aq pun penah ada pengalaman kena kacau kat toilet masa aq duk kat asrama kat melaka.nak cakap kat mana….tak payahlah.tak penting pun….btw,panjangkan story sikit naaaa.itu je aq na cakap.byeee

  2. masa aku belajo kat UKM dulu, kadang2 kitorg dengar budak2 asrama sebelah (blok lelaki) menyanyi kuat2 dlm bilik air sambil basuh baju atau pasang ayat quran kuat2 kat bilik kol 2-3 pagi. kitorg stress r sebab memekak je org nak tido. time tu tak pulak aku terfikir yg mungkin dorg tengah kena kacau lolol XD ingatkan dorg memang sengaja memekak. bila baca cerita2 hantu asrama ni baru terbukak minda sikit terhadap kemungkinan itu hahaha. walaupun UKM tu angker, aku tak pernah terfikir itu semua lol

    1. Rora, angker tu ape? Btw aku pun student situ. And masih student. Haha. Kwn aku pun ade jugak la kene kat situ. Tp xkene sampai histeria, sbb dia blh kawal, means dia mgkin leh borak camtu, aku pun xfhm sgt definisi tu camne yg sebetulnye, cume adelah part parents dia yg ubatkan dia. After tht, dia ade kate yg ‘tu’ ade je dtg balik..tp xtau la ape jadi kat kwn aku, mgkin ‘tu’ nak berkawan je. Huhu

      1. aku bekas student UKM jugak. UKM bangi. kalau perasan la, depan KDO tu ada telaga lama. situ la tempat angker yg senang nak access, kne g pukul 2 3 pagi la. kadang2 ada penampakan kat situ, tp macam ada orang yg terpilih jee muleh nampak. dengan lampu jalan yg segan tapi takmahu tuuu. kekekekekk and ce tanya senior banyak je cite pasal mulamula nak bukak UKM dulu, kalau nak tahu laa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.