Salam kepada pembaca FS, kalau admin pilih kisah ni terima kasih sangat-sangat. Sebab kisah ni dah lama tapi well nak bercerita juga lah sebab nak minta pandangan orang juga.
Kisah ini terjadi pada waktu form 4 (2010). Selepas kejadian aku pergi masuk sebuah rumah yang ramai panggil rumah hantu a.k.a rumah putih. Tapi kisah yang aku nak bercerita ni bukan pasal rumah hantu tu, tapi pasal kawan aku ni. So nak memperkenalkan diri aku ni Amateur (bukan nama sebenar) boleh panggil Ama je, suka pada benda yang pelik-pelik. Hahaha, sebab benda ni misteri, tapi aku tak de lah tak dengar nasihat orang, aku ni jenis makan saman juga bukan tak makan-makan langsung.
Begini lah mulanya, habis final exam form 4 tu kita kan still ada sekolah sampai bulan November, around that time yang datang sekolah bazir masa nak jumpa/lepak dengan kawan je lah tujuannya. So around this period of time lah kan, biasalah aku habis sekolah je member ajak lepak rumah dia (balik rumah awal-awal pun buat apa), so aku habis sekolah balik rumah, mandi, tukar baju, keluar nak lepak. Since aku tak lunch lagi, member aku ni belikan nasi lemak tengahari rm0.50 (jaman sekarang tak ada) 2 bungkus setiap seorang. Duduk melepak sambil lunch bercerita pasal aktiviti apa kita nak buat time cuti sekolah ni, blaa… blaa… blaa…
Before that, nak bagi tau sikit lah kedudukan kami ni, so meja empat segi tepat, and aku duduk di kepala meja (jadi boss), Haqita (bukan nama sebenar) sebelah kanan aku membelakangkan tingkap rumah (endlot so lorong lah tepi tu) and tuan rumah ni Arisha (bukan nama sebenar) belah kiri aku. Haqita dengan Arisha ni berjiran selang lorong, sebiji rumah and seberang jalan je. So, tengah syok duk bersembang ni, biasalah perempuan bab bergossip tak pernah sudah. Aku ni jenis sembang suka pandang muka orang, so time tu tengah syok dengar si Haqita bercakap aku nampak bayang budak kecik hitam tenung dia, tajam plak tu, ikut tingkap rumah Arisha ni. Aku jerkah terus lah
“Wei!”
Terkejut member aku dua orang ni tanya apasal tetiba je, aku explain lah ada budak pengintai kut tingkap, kami fikir positif lagi lah ingatkan budak kawasan ni, biasalah dengar cerita dia orang, budak-budak kawasan ni agak mesra dengan dia orang ni. Second time aku pusing hadap Haqita ni, bayangan budak tu berlari menuju kebelakang rumah, alaaa, macam budak kecik lari kat parent dorang punya bahagia minta dukung gitu. So waktu tu macam ‘owh, budak-budak lah ni duk berlari, kena langgar kereta aku tak tau.’
So sambung gossip and makan, aku ni jenis makan lama, boleh 45 minit sampai sejam nak habiskan sebungkus ayam uncle bob tu. Kali ketiga ni aku hadap si Haqita ni, aku dah pelik lain macam, sebab kali bayang tu bawa bapak dia pula tenung si Haqita ni, aku tenung lama lah kat tingkap tu, tengok juga si Haqita ni, apa yang pelik sangat kat minah ni, pastu kau tau apa bayangan tu buat? Mereka (bayangan) tahu yang aku perasan anak bapak bayangan tu ada kat situ. Mereka (bayangan) senyum sinis slow-slow lesap kan diri.
Time tu aku dah rasa tak sedap hati untuk si Haqita ni, so aku tanya lah dia kan;
“Haqita, kau balik sekolah tadi kau ada langgar apa-apa tak?”
“Tak wei, kenapa?”
“Sepak batu ke? Lalu bawah pokok ke? Kutip botol ke? Sampah ke? Apa-apa lah sepanjang kau balik sekolah tadi?”
“Tak de wei, kenapa kau tanya aku macam tu?”
Minah ni dah pelik aku tanya dia macam tu, aku ni diam je lah, tak nak lah takut kan dia. Habis makan tu kami sambung bergossip still duduk kat meja tu kedudukan ubah sikit, kali ni aku duduk menghadap Haqita, Arisha ni duduk tempat aku, Haqita kekal. But this time memang aku tak puas hati, sebab bayangan tu muncul and dah start tunjuk ke Haqita. Aku on the spot bangun pergi check tengok luar tingkap tu, sunyi tak ada kelibatan budak-budak pun, kau orang tau kan sunyi yang pelik lain macam tu, alaaa, sunyi yang kosong, bunyi angin lalu or cengkerik pun tak de, sunyi yang betul-betul kosong.
Dia orang dah start tanya kenapa aku check tingkap, aku cakap kalau hujan aku nak balik macam mana, still berdalih ni. But hati aku serious tak sedap untuk keadaan kawan aku ni, so aku ulang kembali soalan aku tadi, kali ni dengan nada yang sangat serious..
“Wei, serious lah, kau jujur dengan aku, balik tadi kau buat apa?”
“Tak de apa-apa wei, aku balik dengan Arisha ni macam biasalah, tak de buat apa-apa pun, kenapa?”
“Kacau orang ke? Budak kecik ke?”
Time ni muka member aku dua-dua ni dah berubah, apasal lah aku tanya dia orang kacau orang ke tak, ada ganggu budak kecik ke tak.. Si Arisha ni dah fedup, terus dia sound aku.
“Tak de apa wei, apasal kau ni, dari tadi duk tanya? Kenapa?”
Dah kena sound dengan member kan, tak kan aku nak berahsia dengan dorg lagi, so aku ulang balik soalan aku, kali ni bila dia orang tanya kenapa aku cerita lah apa yang aku nampak. Muka Haqita dah start pucat, dia nak balik rumah dia cepat, dah tak selesa, aku tanya lah kenapa? Dia jawap dia nak balik, dia takut, dia nak balik. Aku cakap kat dia, “relax lah kalau manusia, aku dengan Arisha ni ada lagipun kau dalam rumah, kalau bukan manusia sekali pun kau still dalam rumah”.
Rumah si Arisha ni terang-terang frame surah besar tergantung kat dinding, before nak masuk rumah pun boleh nampak dah surah tergantung tu. Lagipun kita orang ada dengan kau, kau balik ada siapa kat rumah? Atleast kau tak duduk seorang diri. Since aku dah pujuk macam tu, dia duduk lah lagi rumah si Arisha ni, tapi dia nak balik juga lah. So disebabkan dah nak masuk pukul 5, and aku kena balik tolong mak aku. Kena masuk dapur, and ibu si Haqita pun dah nak balik dari kerja.
Okay lah tu, kita pun keluar lah, but aku tak bagi si Haqita ni jalan balik seorang diri (walaupun rumah dorang ni 45 tapak je), aku suruh dia tunggu sat, aku nak pakai kasut. Dia nak balik juga, tapi dia takut nak keluar pagar rumah Arisha, so Arisha ni check lah ada manusia ke tak. Disebabkan si Arisha ni kata tak de apa-apa, si Haqita ni pun suruh lah Arisha jalan balik dengan dia sampai rumah.
Boleh tahan degil juga member aku sorang ni, aku suruh tunggu aku, biar aku yang hantar sampai depan rumah tak mau, nak juga balik rumah secepat mungkin, walaupun bukan aku yang teman. Haqita ni dah masuk rumah apa semua, aku tanya lah mcm mana, Arisha ni jawap okay je, tak de apa pun. Aku pun apa lagi, blah balik je lah, dah mak aku pun dah start call kata on the way balik, tolong masak nasi. Berlari lah aku balik lumba dengan mak aku siapa sampai rumah dulu. Mampus aku kalau mak aku sampai rumah nasi tak masak lagi. Hahahaha…
Malam tu aku tanya lah keadaan si Haqita ni, okay ke tak? Sebab minah Arisha ni jenis orang otak sains (bukanlah budak sains tapi tau kan otak sains macam mana), hahaha, lebih kepada benda yang nyata (bukan macam aku ni suka pada benda yang kena pakai sixth/seven sense ni. hahahaha) situasi jadi tenang sikit lah, mood seram tu potong gila bila kau ada member suka kan logik.
Haqita ni balas whatsapp aku kata, dia cerita semua kat ibu dia. Ibu dia terus pegang tengkuk kata
“Patutlah sejak ibu jejak kaki dalam rumah ibu rasa sunyi semacam, tak tenteram langsung, adik-adik (pets) kau pun macam tak nak masuk rumah, asyik bising je bila bawa masuk. Kau call abang kau suruh dia balik sekarang. Yang kau tak suruh dia (aku lah tu) teman kau balik kenapa?”
Dia cakap lah yang aku ada offer tapi sebab dia takut sangat and nak balik juga. Dia kena marah dengan ibu dia, kenapa lah tak boleh tunggu aku hantar dia balik rumah? Aku tengah pakai kasut je pun, mana tau kut-kut aku boleh tolong apa-apa lagi ke. Dah call abang dia suruh balik, sementara abang dia on the way ni, Ibu dia tanya:
“Haqita, kawan kau yang bagitau kau ni dia ni boleh nampak ke? Dia ni special ke?”
“Tak”
“Habis, dia nampak macam mana? Macam mana dia tau benda ni target kau?”
Haqita ni cerita lah balik apa yang aku nampak, macam mana boleh tau semua, pastu conclusion yg ibu dia boleh buat,
“Kawan kau ni pakai cermin mata ke?”
“Ha’ah, tapi tadi dia tak pakai sebab cermin mata dia pecah time PJ kat sekolah tadi, satu hari lah dia tak pakai”
“Hurm, sesetengah orang kan, yang pakai cermin mata ni, either nak tutup hijab mata dia orang or memang rabun.”
“Ama memang rabun ibu, dia mana pernah jadi special2 ni, kakak(kepada pets dia, dia ni bongsu) sendiri tanya dia, so agak pelik juga lah, apasal macam ada org nak buat jahat kat kakak dia kata, kalau manusia dia ada, kalau bukan manusia pun dia boleh teman.”
(Well, aku sebenarnya menganggap bayangan tu adalah penculik sebab tu aku boleh janji dengan dia macam tu, kan zaman tu kes penculikkan ni banyak)
“Ibu rasa hijab dia ni baru nak buka kut, sebab dia sayangkan kau sebab tu Allah bg pentunjuk kat dia.”
Abang Haqita sampai, masuk je rumah terus bagitau ada 2 ekor, seekor dewasa seekor lagi muda macam kanak2. Haaa, nampak dak, kat situ satu family Haqita dah start kena kacau, terus ibu dia call pakcik dorg ni untuk pasti betul ke apa yang aku nampak, abang dia detect and ibu dia merasa. (Okay, penerangan sikit, Ibu Haqita ni boleh merasa ada benda ke tak, abang Haqita ni pula boleh detect bape ekor, disebab selalu sangat kena kacau and orang hantar, dia orang ni dah pick up skill lah). Pakcik dia orang terus kata betul apa yang aku nampak, abang dia detect and ibu dia punya firasat ni, tapi satu yang spoil lah, pakcik dia orang pun tak tau benda tu sorok kat mana. So dia boleh tolong pagar kan rumah supaya tak dihantar lagi berterusan.
Pakcik dia orang ni ustaz yang dah selalu juga lah ubat-ubatkan orang, tapi sebab pakcik ni duduk jauh, dia bagi nasihat and macam mana nak lindungi diri je lah. Agak jauh jugalah nak sampai on the spot, sebab pakcik ni pun ada appointment nak berubat dengan orang-orang lain. Dah dalam keadaan macam tu,
“Haqita, esok kau suruh kawan kau tu tengok kan rumah kita ni, mana lah tau dia kut-kut boleh bantu kita tanpa dia sedar yang dia ada skill juga nak menghalau ni”
(Aku serious cakap, aku tak de skill, liberal teruk juga aku ni actually)
Haqita ni pun angguk je lah, esok nya dia tak datang sekolah, demam wei, benda tu memang target dia, tak target ibu dia or abang dia. Dekat 2 minggu juga lah minah ni cuti, lepas dia demam, dia period plak, lagi lemah lah tubuh member aku ni… Satu malam tu, aku mimpi Haqita, dia duduk dalam bilik, bilik dia kecik je, segi empat sama. Esok nya, aku call dia tanya khabar apa semua, and disebabkan aku jenis curious pasal bilik dia aku tanya lah
“Wei, bilik kau macam mana bentuk dia?”
“Bilik aku kecik je, bilik store.”
“Yelah, bentuk dia kaler dia ada apa semua.”
“Bilik aku kecik je wei, tak de apa pun, aircond pun tak de, bilik store.”
(Actually aku kurang faham waktu kenapa dia susah sangat nak bagi tau rupa/keadaan bilik dia waktu tu, bila dah tua ni baru aku faham, maaflah aku ni budak yg lebih penting kan curiousity aku)
“Okay lah, biar aku tanya kau lah dah payah sangat kau nak cerita kat aku, bilik kau ni segi empat sama ke?”
“Yes, kenapa?”
“Bilik kau kaler putih ke?”
“Ye, kenapa?”
“Bilik kau ada almari tak? Almari lama or usang?”
“Ya ada, macam mana kau tau?”
“Dalam almari tu kau simpan apa? Barang antik ke? Pinggan mangkuk lama ke?”
“Barang lama, pinggan mangkuk mak aku punya dari mak aku kecik lagi dah ada, kenapa? Ada tak kena ke dengan barang mak aku?”
“Eh, bukan pasal barang mak kau, aku nak tau rupa bilik kau je. Urm… Wei, almari simpanan barang tu duduk belakang pintu bilik kau ke? Pastu rapat dengan dinding?”
“Ya Ama, mana kau tau ni, kau pernah masuk ke?”
“Eh, tak… tak pernah pun, actually aku tanya ni sebab…”
Kat sini aku explain lah kat dia pasal mimpi aku tu. Pastu dia kata patut lah kucing dia tak nak masuk bilik, bawa burung dia masuk pun bising nak duduk luar, kalau dia baca Al-Qur’an dalam bilik ada je benda nak jadi kat luar bilik dia, bawa air minum masuk mesti tumpah. Then aku just kata lah kat dia, duduk dalam bilik tu jangan sadar kat dinding. Dulu time aku pergi kem tahfiz ada orang kata setan ni suka duduk bucu dinding, jangan sesekali kau pergi dekat bucu dinding tu, lagi-lagi bucu dinding antara pintu bilik dengan almari kau tu.
Dia pun menurut je lah apa yg aku suruh, dia cerita kat ibu & abang, contact pakcik dia suruh check, pakcik dia kata betul lah apa yang aku detect tu. Weekend tu pakcik dia dtg tengok keadaan rumah lah pakcik dia kata, at the same time, pakcik ni suruh dia bawa aku masuk rumah dia dulu tengok apa-apa yang patut (kepala hotak pakcik dia, buat nya benda ni geram kat aku sebab ganggu plan, tak ke mampus aku yang kena).
Actually aku pun nak lah masuk juga bilik dia, nak pasti sebiji ke realiti dengan mimpi aku, tengok apa-apa yg patut tu aku tak tau apa benda yang kena ditengokkannya. So aku lawat dia habis dengan tujuan memang nak masuk bilik dia lah, dah minta izin awal lagi okay. Jeng… Jeng… Jeng… Sebiji beb, bilik dia dalam mimpi aku dengan bilik dia di reality. Sebiji! Termasuk lah almari usang dia tu, aku tak bagi tau kau orang kan almari usang tu kaler apa? Hahahaha, dalam mimpi aku semua putih, the main point yang aku tanya tu semua putih, guess what? Yes the cabinet is also white like my dream!!!
Time aku masuk bilik dia ni, bahang dia, sunyi dia lain macam. Aku masuk bilik dia ni, sunyi dia boleh buat kau gila, sunyi mati, tiada apa-apa, padahal katil ada, Al-Qur’an ada, almari ada semua lah. Tapi kau boleh rasa bilik dia ni kosong. Tak de semua tu, macam tak nampak apa-apa… Aku pergi je lah belakang pintu tu, antara pintu dengan almari aku masuk kan tangan kiri aku, tengok boleh sampai tak sentuh bucu dinding.(Actually aku pun tak tau aku buat apa sebenarnya, since aku mana ada skill apa-apa).
Lepas tu aku keluar lah bilik dia, aku kata tak de apa pun saja nak check sebiji tak macam mimpi aku. Since dah check semua kitaorg lepak lah rumah Arisha ni, lepak-lepak dah masuk pukul 5, yes aku kena balik, berlumba dengan mak aku balik kerja lagi. Aku byebye dia orang ni, aku blaa… Tapi aku tak cakap sikit pun kat dia orang yang jari hantu belah tangan kiri aku berdenyut start aku keluar kan tangan dari ruang antara almari dengan pintu tu. Berdenyut, urat timbul, nasib baik tak biru je jari aku ni, kalau tidak aku nak cover mcm mana lah dekat dia orang ni.
Aku diam je lah, dia start biru bila aku dah jauh dari kawasan perumahan dia orang ni. Aku buat dunno je lah.. Balik tu aku basuh tangan (habit), aku tengoh biru dia dah surut, aku baca je lah ayat kursi, surah Al-Fathiha, 3Qul and surah2 yang aku tau, hembus je kat jari tu. Of course lah tak hilang denyutan tu, aku bukan nya ada skill pun, and at the same time aku fikir alaaa ada tersimpul urat lah tu, so aku biar je lah berdenyut macam tu. Yang penting biru dia dah surut. Hahahaha, berdenyut sampai 3 hari kut. tapi aku ni jenis tak fikir apa, since aku rasa dia tak kaitan pun dengan benda yang kacau Haqita tu, cuma aku mushkil sikit je lah, apasal jari hantu je? Pastu bukan satu jari plak tu, setakat first garisan tu je. Biru pun kawasan tu je.
Tapi lantak lah, pergi mati sama itu hantu lah.
SO, lepas aku balik, benda dalam bilik Haqita ni macam relax je tak buat hal langsung, sampai weekend pakcik dia datang pun kata benda tu dah keluar… ….. macam benda tu ikut someone or tuan dia dah panggil balik….. kalau betul lah benda tu ikut someone, tak ke berkemungkinan besar benda tu ikut aku balik rumah? Sebab aku je yg masuk rumah dia sejak dia kena kacau, mana ada yang berani masuk….
Kalau betul lah kan, aku nak check macam mana? Walaupun benda ni dah lama, lepas kejadian ni, mimpi aku makin menjadi-jadi. Sampai di sini saja lah citer kita ya….
Kalau boleh suggest lah aku nak check macam mana apa benda semua.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Cepat2 jumpa perawat islam.
nice story. ada bakat menulis wlpon ad sikit konpius kat cter.
Tu la… Apa lah mu ni. Boleh pula buat dunno. G lah jumpa perawat.
Klu nk tahu dulu mcm mna…try tnya #Muaz kot dia boleh bagi pandangan
Boleh baca kisah dia kat link ni kli nk tahu dia siapa.
http://fiksyenshasha.com/santau-makanan/#comment-24053
Better jumpa ustaz/perawat secepat mungkin.
Meremang.. Dan betul ade orang yg pakai cermin mata untuk tutup hijab.