#Amateur; Goodbye My Guardian Final

Salam kepada pembaca FS, ini adalah final part My Guardian. Terima Kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah tersebut pada awalnya. Kalau tak dipublishkan, aku tak kisah sangat, maybe perlu asah lagi cara penulisan aku ni. Mungkin nanti aku tulis kisah-kisah kecil yang terjadi bila abang aku dah tak de. Benda seram & tak seram tu tergantung kepada individu lah.
Untuk orang yang kata aku ni self-proclaimed interesting. Tidaklah begitu, interesting dengan unik kan lain maksudnya. Interesting ni kan menarik, aku bukan nya menarik pun. Special pun tidak, aku ni pelik je. Aku ni hidup tak ada keistimewaan pun, hijab aku still ada, aku tak pandai nak detect pun and aku minta sangat aku kekal normal tiada keistimewaan.

***Okay kita habis dimana aku berdarjah 1, habis darjah 1 keluargaku berpindah ke area rumah teres pula (penat naik turun tangga gamaknya).

Berpindah di kawasan baru, perumahan baru, suasana baru semua. Aku masih berseorangan tiada kenalan manusia, sehinggalah berkenalan dengan anak jiran yang sebaya dengan aku, tapi dia lelaki. Jadi aku masih berseorangan lah kan. Kalau tanya abang tu ikut ke, abang tu ada je, masalahnya semua tempat dia dah pergi, dia tau dan kaum dia cover. Memang tugas dia untuk singgah ke merata dunia.

Disebabkan rumah kali ni atas tanah maka susah sikit aku nak sembang dengan abang ni. Dia sentiasa ada di udara dan tugas dia juga memerlukan dia berada diudara. Dulu apartment senang lah nak sembang, tinggi. Sekarang nak sembang kena pergi tempat yang lapang, macam luar rumah (paling dekat) atau taman (playground). Aku paling suka pergi taman sebab daun banyak, boleh lah aku menari-nari macam princess (berangan jadi princess sangat, pergi taman pakai dress tapi panjat pokok). Dan memang skill abang lagi kuat di taman nak banding dengan depan rumah yang tak ada pokok.

Aku pergi sekolah, abang ada sekali, katanya tugas dia kali kat kawasan sini. Jadi memang dia lah teman aku pergi tandas, rehat and balik sekolah. Kalau nak sembang pasal tandas ni, abang selalu sangat suruh aku pergi tandas tahap 2 yang jauh dari kelas aku. Aku tanya kenapa, jawapan dia tandas tahap 1 kotor lah, kunci lah, rosak lah, banyak pula alasan abang aku bagi. Tapi kekadang tu tengok keadaan juga, ada juga dia suruh aku tahan je sampai balik rumah. Trick dia nak mudah kan aku terus mandi bila sampai rumah, kalau tidak aku selalu makan dulu baru mandi. Hahahahaha.

Aku ingat semua tandas tahap 1 dia tak bagi pergi, jadi ada lah sekali tu, dia suruh aku pergi je tandas tahap 1 tingkat bawah, tandas tahap 2 yang aku kerap pergi tu dia tak bagi pergi pula. Aku tanya kenapa tetiba je tak boleh pergi situ, jawapan dia tandas tu ‘TENGAH’ kotor. Aku budak kecik darjah 2 ikut je lah. Bila fikirkan balik, jawapan dia sebelum ni kotor je, tak ada pun ‘TENGAH’ kotor.

Hari-hari aku macam tu, sampai lah masuk 3 bulan persekolahan, aku berkenalan dengan budak perempuan ni, Adda. Adda budak kelas lain, dia tegur aku sebab selalu nampak aku berseorangan, dan aku budak baru. Waktu ni aku tak tau kenapa abang tak banyak bersuara bila aku berkawan dengan Adda ni. Complain pun tidak puji pun tidak. Tak de reaction, tak de perasaan langsung. Abang ni diam je.

Aku biar kan je lah, mungkin abang busy kut. Dah dia kata tugas dia kali ni kat kawasan sini je. Sebab abang selalu diam sejak aku berkawan dengan Adda ni, aku kerap lah cari Adda. Ajak dia pergi sana sini walaupun dia budak kelas lain. Ada sekali tu, kebetulan aku ternampak Adda keluar ke tandas, aku pun nak juga pergi tandas jumpa Adda, rindu dia. Hahahahaha.

Aku keluar kelas, terus kejar Adda ni tanya nak pergi tandas mana. Adda cakap tandas kita lah (budak tahap 1 punya tandas lah). Aku cakap lah aku pun, tetiba abang suruh aku ajak Adda pergi tandas tahap 2. Aku ajak lah Adda pergi tandas tahap 2 tu, Adda tak nak, jauh katanya. Tapi aku ajak juga lah lagi sekali bagi alasan tandas tahap 1 kotor, tak geli ke? Tandas tahap 2 bersih sikit. Adda still tak nak, dia kata tak pe lah, dia malas nak jauh-jauh.

Hurm…. Aku biar je lah, dah abang kata pergi tandas lain juga. Aku cakap je lah kat Adda ni, aku nak pergi tandas tahap 2. Adda buat muka menyampah dia kat aku, then blaa… Aku tak tanya banyak pun kat abang sebab dah biasa ikut abang suruh pergi tandas mana. Balik dari tandas aku tersempak dengan Adda. Ehh, lama nya minah ni pergi tandas. Padahal dia kata nak basuh tangan je, lain lah kalau nak buang air.

Hmm…. Biar jelah, masuk kelas, 1 jam 45 minit lepas tu tiba-tiba kecoh ada budak jerit nampak something (aku tak tau apa, abang kata tak yah ambik tau, duduk diam). Budak-budak lelaki je lah keluar, budak perempuan duduk dalam kelas tengok je. Aku pula tengah sibuk siap kan kerja sekolah, kejap lagi tak boleh balik pula kang. Dah lah rehat tadi pun kena tahan dengan cikgu, nanti nak balik pun kena tahan lagi. Pastu satgi abang menbebel lagi, duk main je, kerja sekolah semua malas nak buat. Hoho.

Hidup aku seperti biasa sampai pertengahan tahun, dalam perjalanan keluar sekolah lepas persekolahan, tiba-tiba Adda tanya;

“Awak tak de kawan lain ke?”

“Huh? Tak de, kenapa?”

“Ye ke? Saya seorang lah kawan awak?”

“Ya, kenapa?”

“Ye ke? Sumpah? Demi Allah?”

“Ya, awak seorang je kawan saya….(dalam keadaan berbisik) yang manusia….”

“Tapi cara awak macam ada kawan lain je… Awak tak marah pun kalau saya tak rehat dengan awak”

“Huh, kan awak kata awak ada kerja tak siap.”

“Habis awak rehat dengan siapa time tu?”

“Saya rehat seorang lah”

“Ye ke? Ke awak tak percayakan saya?”

“Huh? Tak de lah, saya percayakan awak.”

“Tapi awak macam ada sesuatu yang disorokkan?”

“Huh? Mana ada…”

“Ye ke? Betul ni? Awak jangan tipu saya. Kalau awak tipu saya, saya tak nak kawan dengah awak dah.”

“Hmm…(Waktu ni, abang dah bising cakap jangan bagi tau, ingat balik peraturan dia.) Kalau saya cakap awak jangan bagi tau sesiapa tau…”
(Degil, tak nak dengar apa abang tu bising jangan bagitau.)

“Sebenarnya…. (fush, time ni abang bagi warning kuat gila dia guna skills dia tapi aku still berdegil) saya ada je kawan…. Tapi orang tak boleh nampak… Saya pun tak nampak dia, tapi saya boleh dengar dia.”

“Tipu lah, hantu ke dia?”

“Tak tipu lah, perasan kan sekarang ni daun banyak terbang dia marah lah tu saya bagitau awak…”

“Kalau awak tak tipu apa nama dia? Kenapa dia nak marah? Dia tak percaya kat saya ke?”

“Nama dia…… eh, urm… ahh…. ntah lah… saya pun tak ingat, selalu saya panggil dia abang je…”(Waktu ni aku dah tak boleh sebut nama dia, umpama nama dia dilarang aku menyebut)

“Tipu lah tu, kenapa abang? Dia lelaki ke?”

“Eh, tak…. Hmm… ntah lah, dia kata dia tak de jantina…”

“Tipu lah awak ni, awak berkawan dengan hantu mana? Entah-entah family awak ada saka tak.”

“Eh, mana ada saya tipu… Kenapa awak cakap saya tipu? Awak tak percaya saya?”

“Saya bukan tak nak percaya tapi benda mengarut macam ni waktu time tadika je, kalau awak nak ada kawan imaginasi pun tapi kita dah besar lah awak. Lagipun, saya bukan nya kenal awak sangat, awak kan budak baru, boleh duduk seorang diri, dan suka bercakap seseorang.”

“Eh, saya tak tipu lah awak”

“Hantu atau saka je abang awak ni.”

“Betul saya tak….. (waktu ni abang dah bising, jangan cakap lebih-lebih, biar je dia kalau dia tak percaya.) ikut awak lah nak percaya ke tak.”

“Tipu lah tu, nampak sangat tipu. Tengok awak pun tak tau dia tu hantu ke saka ke jin ke syaitan ke.”

“Hmm…” (Sebenarnya waktu ni aku dah sakit hati, suruh bagitau tapi tak percaya, siap cakap abang aku hantu, jin, saka, bagai… Kalau ya pun, tak de nya dia suruh aku ngaji, tak de nya dia suruh aku solat. Kalau ya pun dia menyamar jadi baik, dia tak sakit kan aku pun, dia tak suruh pun aku kacau orang, dia siap suruh aku pujuk ayah aku jadi iman pun ada)

Tapi lantak lah orang tak percaya kan kita.

“Awak marah ke saya tak percaya awak? Awak tau tak benda ni berdosa (budak kecik mana belajar lagi syirik tahyul semua tu)? Awak tak yah lah berkawan dengan benda macam tu. Kawan lah dengan manusia.” (Kenapa lah Adda ni tak suruh aku berkawan dengan dia? Hurm, mushkill juga aku waktu ni)

“Saya minta maaf kalau saya ada buat awak terasa, tapi setahu saya, mana ada benda-benda macam ni baik, semua nya jahat, kalau makhluk halus yang baik pun malaikat je, tapi kita manusia, mana ada berkawan dengan malaikat. Awak siapa, saya siapa? Kita bukan nya special pun macam Nabi-Nabi semua.”

“Hurm. Okay, tak pe. Saya tak marah pun… Ayah saya dah sampai, saya balik dulu yaa” (Siapa kata aku tak marah? Aku punya lah sayang kat Adda ni sampai bagitau rahsia besar aku kat dia tapi dia tak percaya. Aku sanggup ambik risiko untuk bagitau rahsia ni kau tak percaya aku? Siap kata tak de yang baik?)

Dalam kereta ayah aku ni, aku diam je. Abang tu pun diam je, abang tu sedih lah aku bagitau. Aku pula diam sebab serba salah pergi bagi tau orang. Abang tegur aku, aku tak nak layan. Abang nasihat aku pun, aku tak nak layan. Sebab aku punya rasa serba salah pergi mungkir janji, pergi langgar peraturan dia. Tapi abang still tenang layan aku, aku je yang dah tak nak layan abang sebab perasaan serba salah tu. (Nak nangis rasa nya bila ingat balik apa aku buat, type ni pun dah berkaca dah mata aku).

Walaubagaimanapun, kalau aku ke tandas memang aku dengar arahan abang. Pastu dia gelak kan aku, dia kata ingatkan tak nak dengar dia dah. Aku balas je lah,

“Kakak dengar, cuma kakak pun nak tau juga abang ni apa? Bila kakak tanya abang tak nak jawab, kenapa? Bila kakak fikir mungkin abang ni hantu sebab tu tak nak jawab… Kakak diam je lah, nak check betul ke abang ni hantu, sebab setahu kakak, hantu ni panas baran semua, semua tak reti sabar. Tapi abang sabar je, nasihat tak berhenti, bebel tak berhenti.”

Abang tu gelak je aku cakap macam tu, pastu dia jawab:

“Kakak muda lagi, banyak lagi yang kakak tak tau, ilmu Allah ni luas, mungkin umur kakak tahap kenal hantu, syaitan, saka dan jin je. Mungkin ada orang tu kenal lebih dari yang kakak kenal, mungkin ada orang tu pernah berjumpa dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Ada banyak lagi benda manusia tidak tau. Manusia hanya tahu apa yang Allah benarkan tahu, demi menglindungi mereka ataupun mengajar mereka.”

Actually, panjang bebelan dia ni, tapi tak dengar sangat. Budak kecik mana nak dengar benda bosan. Sekarang ni pun aku agak menyesal juga lah tak dengar bebelan dia sampai habis. Hahahahaha. Kalau tidak aku rasa aku boleh tau kut dia ni makhluk kaum apa, kalau aku tau pun mungkin aku tak pasti makhluk macam dia ni orang percaya wujud ke tidak atau ada orang dah buat research ke belum.

Sejak hari itu aku makin kurang dengar suara abang, and kurang mesra dengan abang. Kalau dulu aku nak sembang dengan abang time dia jalankan tugas dia, aku kena panggil nama dia je (Kalau orang fikir abang ni saka, lebih kurang macam aku seru abang je lah). Tapi kali ni, aku kena tunggu kehadiran abang, sebab nama abang aku dah lupa, kalau aku tak lupa pun, nama dia aku dah tidak boleh sebut lagi.

Setiap kali bersembang dengan abang, banyak cerita yang abang bawa pulang untuk entertain aku. Sebab dia tau aku suka sejarah dunia, kisah silam orang, culture orang, tempat orang dan lain-lainlah. Disebabkan aku masih budak yang tidak boleh travel tanpa ibubapa, dia hanya bercerita kisah-kisah kawasan yang dia pernah bertugas dan ditugaskan. Adakala tu, aku jealous juga, tanya dia ada orang lain jugakah berkawan dengan abang. Abang hanya membisu, abang tidak memberi jawapan pun ya atau tidak ada manusia lain juga berkawan dengan abang.

Minggu selepas peperiksaan petengahan tahun, guru banyak yang ke kursus. Ada masa yang kelas terpaksa bergabung. Kebetulan hari tu, kelas Adda dan aku bergabung. Aku excited nak jumpa Adda, tapi Adda sikit pun tak pandang aku. Dia terus pergi tempat kawan dia yang lain, pastu ketawa sakan. Aku of course lah terasa, then aku buat je lah kerja sendiri.

Tiba-tiba ada seorang daripada group bualan Adda ni, datang dan bertanya aku duduk dengan siapa? Padahal, sudah terang lagi bersuluh sebelah aku tempat kosong. Jiran meja aku pergi dekat geng dia. Tanya aku dalam keadaan mengejek dan gelakkan aku masih ada kawan imaginasi. Bukan itu je, tapi aku tak ingat dia buat apa sampai aku marah dan sakit gila atas kelakuan dia orang ni.

Sampai tahap abang aku tiba-tiba mengambil tindakan warning untuk satu kelas.Tergamam budak-budak kelas tengok situasi kelas yang dikerjakan abang, bersepah, berterabur, berselerak dan segalanya lah. Dan waktu itu abang sempat berbisik

“Ayah tok kirim salam, jaga diri elok-elok, jaga maruah elok-elok.”

Nasihat terakhir abang, “Jangan risau, abang masih ada, abang akan jaga kakak. Kakak, dunia Allah ini luas, mungkin satu hari nanti kakak akan jumpa orang sama experience dia macam kakak. Mungkin kakak juga akan berjumpa orang yang masih berkawan dengan makhluk seperti abang. Jangan takut, kakak hanya tidak boleh mendengar abang kembali, itu saja. Tapi abang bila-bila masa sahaja boleh ziarah kakak dengan izin Allah”

Pastu aku dah tak dengar apa-apa dah. Daun-daun semua bertebangan, budak-budak still dalam keadaan terpaku. Bila guru masuk dan bertanya kenapa keadaan kelas sedemikian, semua memberi jawapan yang ada binatang masuk. Tapi tidak ingat binatang apa. Bila aku tanya mereka kembali jawapan mereka tetap sama. Seperti tindakan abang tu telah dialterkan kepada binatang masuk kelas.

Lepas kejadian tu, aku ada try panggil abang (aku panggil abang je dah nama dia aku tak ingat). Daun banyak dikeliling aku, tapi aku tak dengar abang. Ada juga aku pergi taman, try panggil abang, daun bertebangan banyak, aku still tak dapat dengar abang. Sejak ditampar reality yang abang dah tak de, karater aku berubah. Aku jadi seorang pengecut. Semua benda aku takut. Nak mandi, tidur, makan, bermain, bergaul dan lain-lain.

Aku takut, semua benda, sampai tahap aku ganggung mak ayah. Sampai tahap mandi pun aku ajak adik aku teman. Sampai tahap makan pun aku tak nak selagi mak aku or ayah aku tak suapkan. Ketakutan aku berlarutan, kena marah dengan mak dengan ayah aku, aku still takut. Aku juga takut untuk hidup.

Umur aku masih 8 tapi aku sudah takut untuk hidup. Bila guru-guru tanya tentang cita-cita, aku tiada jawapan. Bila parent aku bertanya pula, jawapan aku

“Kakak nak mati, kakak takut nak membesar, dosa-dosa kakak waktu kecik tak tertanggung, nanti bila besar kakak lagi banyak dosa lagi banyak nak kena tanggung. Kakak takut.”

Kau bayangkan perasan parent kau bila anak kau cakap macam tu? Sedih dia orang tu tak yah cakap lah. Penat mak aku mengandungkan aku 9 bulan, membesar kan aku 8 tahun, tapi aku minta nak mati. Sampailah aku berumur 12 tahun, baru ketakutan aku hilang. Hahahaha, ada hidayah(kut) datang. Yang itu lain kali aku cerita. Juga perubahan kecil dalam family aku.

***Sekian. Terima Kasih kerana bersabar membaca ceritaku. Kalau orang cakap aku mereka tu lantak kau orang.

Aku tulis cerita ni, aku menangis sebab teringat kan abang. Padahal dia ada je, cuma aku lah dah tak boleh nak dengar dia. Aku cerita kat adik-adik aku, dia orang kata ‘kakak lah bodoh pergi bagitau, padahal abang tu dah cakap awal-awal dah jangan bagi tau’ ada yg cakap ‘cuba kakak ingat balik nama dia, mana tau kakak boleh dengar dia balik ke’ dan ‘ntah-ntah lidah kakak je yg tak boleh nak sebut nama dia dah, tapi hati kakak mesti ingat nama dia, memori kakak mesti tau nama dia’. Cerita kat mak aku, dia cakap ‘ada baik nya juga kakak bagitau kawan kakak tu, kalau tidak kakak ni boleh jadi ahli sihir ke bomoh ke (bahasa kasar mak aku, kalau lembut dia perawat, perubat, perlindung islam lah). Nasib lah mak tak layan kakak sangat, kalau mak layan mungkin mak dah hantar kakak pergi tahfiz ke mana-mana yang boleh ajar kakak berubat orang.’

33 thoughts on “#Amateur; Goodbye My Guardian Final”

  1. tiba2 rindu ngn abg sy. sy pun ada abg mcm awk ni. sy x berapa igt muka dia tp dia ada kuasa psikik. kalau sy malas menyapu, dia bleh tlg sapu kan. time tgn sy lenguh nak angkat pasu bunga, dia tlg angkatkan. semua tu dia buat tanpa dia sendiri yg bergerak. kuasa psikik la kan. pendek kata byk dia tlg sy buat kerja kt rumah. abg sy ni last2 dia ckp dia nk balik ke planet astral. penat da duk kt bumi. mkin sy slalu sgt suruh dia tlg sy huhu

    Reply
  2. “Saya bukan tak nak percaya tapi benda mengarut macam ni waktu time tadika je, kalau awak nak ada kawan imaginasi pun tapi kita dah besar lah awak. Lagipun, saya bukan nya kenal awak sangat, awak kan budak baru, boleh duduk seorang diri, dan suka bercakap seseorang.”

    “Eh, saya tak tipu lah awak”

    “Hantu atau saka je abang awak ni.”

    Budak darjah satu boleh beza ke hantu atau saka?

    Membongak yoo.tanya jee.hehe

    Reply
    • serius la.. aku dari 6tahun dah tahu pasal hantu saka halal haram bekawan gn jin seme sbb abah aku imam masjid.. so dia terapkan segala ilmu agama tak kisah lah bekenaan manusia atau jin.. seawal 6tahun aku dah khatam baca quran dan aku selalu baca bersama tafsir so tak de yg pelik umur 7tahun dah tahu macam2.. kau je umur 18 baru nak mengenal semua ni..

      Reply
  3. Mak awak punya comment mmg win. Typical mak2 punya mindset. Very practical. Kalau boleh gunakan sesuatu, kenapa tak? Haha.
    Tapi mmg sedih bila tak dapat berinteraksi, kan? Ada baiknya juga dia berundur daripada dapat didengari awak pasal nampak gayanya diri awak yg kecil tu terlalu bergantung kepada dia sampai tak ada kawan pun takpa. Kirakan tak sihat, kan? Setiap yg terjadi ada hikmahnya.
    Sambung lagi cerita pleaseee…?

    Reply
  4. nampak beno nipunyer. agak2 la nk buat cerita rekaan jgn sampai keterlaluan. budak tadika je percaya cerita mengarut camni puihh sampah

    Reply
  5. abaikan org yg x percaya dgn awak. saya percaya sbb saya pun pernah mengalami benda yg sama. manusia mmg susah nk terima. time saya isap weed mmg saya selalu jumpa benda tu. org x percaya x pa. skrg sy tobat dah x main weed lagi sbb tu jrg jumpa benda tu

    Reply
  6. waaah!! sedihnya! kenapa abang tu buat macam tu? saya pun ada jugak ‘abang’ tapi kami masih berhubung. ada beberapa orang tau pasal dia tapi dia relax je. kalau la ‘abang’ saya kenal ‘abang’ awak, mungkin dia boleh pujuk untuk bercakap dengan awak semula.

    Reply
  7. Hhahahaha.
    I got you SPM Victim 2k17

    Ko yang tulis cerita ni kan?
    Lepastu ko yang komen ‘abang2 semua ni’

    Konon nak tunjuk ramai orang komen best la kan..
    Haha…nooob.lawak siakk

    Reply
    • otak lu. buang masa aku je tulis cerita khayalan mcm ni. baik aku layan cerita indon dunia khayalan dunia impian tv3 tu je

      opps lupa aku x penah tulis cerits kt fs. bukan nk riak atau sombong spnjang 17 tahun aku hidup terserempak dgn hantu tu perkara biasa. tp x de la penakut sgt cam korg semua ni huhu. sori jujur. salah ke jujur? huhu fuck off noob kids

      Reply
      • Ek eleh.. penafian konon.
        Padahal laju je ko komen balas ni.
        Hahaha. aku perati la woi..ayat ko sama je dalam cerita ni dengan komen-komen kau.
        Hahaha.Lepastu pakai komen macam-macam nama nak hebatkan cerita lah konon.kahkahkah
        Noob as dog.
        Ko ingat dengan mencarut-maki orang lain ko hebat?
        Pigidah 17 tahun belagak macam apa.
        Conform cerita ni budak noob SPM victim 2k17 yang tulis.hahahahaha
        Sepandai-pandai tupai melompat, tapi tak sebabi SPM Vicktim 2k17.
        Assalamualaikum.

        Reply
          • english macam gambang.
            Basher pala hotak hang
            Basher tu kata nama
            Bash tu verb.
            Lain kali nak guna English pakai otak.

            Aku dapat detect cerita ni SPM Victim 2k17 yang tulis sebab English cerita guardian episod 1 dia.
            Sebijik berterabor macam komen-komen negative dia..

            BASHER pala bana ko
            KAHKAHKAHKAH

            NOOB AS HELL

          • eleh eleh.
            Tiba-tiba nak kesian penulis.
            Sejak bila ko KESIAN KAT PENULIS??
            Dok komen macam orang gila kat cerita orang lain’

            Kena kat cerita sendiri baru ada akaiii??
            Kahkahkah

            SPM Victim 2k17 noob sohai

  8. Abang awak ni mungkin penjaga awk .sbb dia ckp “ayahatok” awk kirim salam kan .mungkin penjaga keturunan awak .saya rasa je . Tak tau betul ke tak

    Reply
    • eleh..acah-acah buat conversation maki-maki penulis plak.
      Nak cover le tew.Padahal ko tulis cerita ni
      Aku perasan akaun ‘gadi’s ni la yang dok komen-komen kat cerita kau ni SPM Victim 2k17 oi..
      Akaun ‘gadis’ ni la jugak dok backup ko kat atas nun.ahhaha
      HAHAHAHA.
      Kesian sampai terpaksa komen palsu untuk naikkan rating.
      This is pala bana.

      Ko ingat ko pandai?
      Baru kena buku dengan ruas?kahkahkah
      Noob as hell

      Reply
  9. wah wah wah ayat tak caya ko punya pasal lah budak spm…langsi sgt mulut ko tu kah kah kah ni lah di katakan sampah masyarakat…maki maki je mampu pastu dok carut sampah sampah mcm ni mmg x de masa depan kalau ayat tu mcm gampang kah! ouhh lupa ckp mcm mane pun sampah masyarat mcm dak spm ni mana nk dengar kata waakakaka!! kalau hati dah hitam semuanya hitam…kah!

    Reply
    • Pecayala. nanti dia pakai nama ko untuk pedajal nama ko kat cerita orang lain. budak tak ada masa depan tu memang mcm tu. bahlol.hahaha

      Reply
      • pedajal? hahahahahak buat lah itu urusan dia dengan allah hahahahahahak dosa dia…dia tanggung kami cuma mampu bg nasihat terpulang nk dengar atau tak tapi kalau sampah masyarakat mmg takkan dengar hahahahak jgn kt akhirat merangkak cari aku mintak maaf sudah kalau dia pedajal nama aku hahahahahahaak….

        Reply
  10. Kenapa semua orang sibuk nak cari salah masing2? Dont you guys got better things to do? Tak best la komen2 camni..jgn gaduh pls semua orang.. I is sad

    Reply

Leave a Comment