#Amateur; My Guardian 2

Salam kepada pembaca FS, aku sambung cerita aku. Kalau tak disiarkan sebab ramai kata cerita part 1 bosan. Biar je tergantung ya admin? Kalau disiarkan sambungan ini, terima kasih admin FS. Salah aku juga sebab menullis macam buat novel, FS kan blog. Kena lah ringkas. Minta maaf semua, cara aku menyampaikan cerita macam novel.

*** Kita berhenti dimana dia menerangkan peraturan tersebut.

Selesai menerangkan peraturan, hidup aku seperti biasa cuma aku ada peneman untuk aku bersembang dan bermain. Sampai masa aku berdarjah 1, aku masih berseorangan walaupun di dalam kelas. Budak-budak kelas samaada tak nak berkawan dengan aku atau mereka sudah ada teman sendiri.

Aku hanya bertemankan dengan abang yang aku sendiri tak tau rupanya bagaimana, baik atau jahatkah dia dan juga tujuan dia berkawan dengan aku. Setiap kali aktiviti sukan kelas, aku tak ada kawan untuk beriadah bersama. Kalau nak ajak abang jadi partner, abang hanya boleh ada disisi aku, abang tak mempunyai fizikal untuk bermain dengan aku. (Agak sedih juga lah, aku ni tak de kawan)

Dua bulan lepas permulaan persekolah darjah 1, ada seorang teman yang menyapa. Aku mula berkawan dengan dia, sebab dia merupakan kawan manusia pertama aku, Sarah. Sayang aku kepada Sarah sampai tahap aku boleh pukul budak lain sebab mahu lindungi dia. (Mana tak nya, dia je sanggup berkawan dengan aku waktu tu).

Sejak aku ada kawan manusia ni, aku mula pinggirkan abang aku ni. Banyak juga nasihat abang aku ni, aku tak dengar. Aku sepatutnya balik sekolah naik bas, disebabkan aku nak temankan Sarah disekolah sampai ayah Sarah sampai. Aku ditinggal bas, dan terpaksa balik jalan kaki. Pertama kali aku pulang berjalan kaki dari sekolah ke rumah, aku tidak kenal jalan nak ke rumah.

Disitulah aku mula mencari abang aku kembali, menanyakan jalan pulang ke rumah. Disebabkan aku berseorangan, aku mulalah bersembang dengan abang. Abang tidak marahkan aku kerana pinggirkan dia. Dia kata itulah lumrah manusia, dan ada bagusnya aku berkawan dengan manusia berbanding dia yang bukan manusia. (Aku still tak tau dia ni makhluk apa, dia bukan hantu, dia bukan bunian, dia juga bukan jin, dia bukan saka aku, janji orang tak kacau aku dan aku tak kacau orang, aku cuma tau dia punya speciality je)

Sejak aku tahu jalan balik ke rumah guna kaki, kerap juga lah aku jalan kaki. Siap kena marah dengan mak pun, aku tidak kisah, sebab aku jawab

“Tak pe, ada kawan. Abang teman kan kakak” (Yang suruh aku meninggal tu, check balik aku ni bin ke binti, buatlah ninggal binti sila).

Mak aku marahkan aku lagi, tanya

“Abang mana? Kakak balik dengan siapa? Orang jahat ramai kita tak tau siapa kakak. Kalau kakak kena culik, mak nak cari kakak kat mana? Sekolah dengan rumah bukannya dekat. Jauh! Ada sebab kenapa mak upah bas. Dah, jangan nak balik jalan kaki lagi. Esok mak call pakcik bas tu tanya kakak balik naik bas tak, kalau tak, siaplah kakak.”

Hahaha, waktu ni, abang aku pun duk membebel sebelah telinga aku.

(Aku guna bahasa ibunda lah, dah ramai sangat complain kan sekejap melayu sekejap English naik pening kepala bagai. Kimk lah, nak ambik)
“Itulah, abang dah cakap awal-awal lagi. Degil, kan dah kena marah dengan mak”

“Pastu cakap mak tak sayang kakak lah apa lah, kakak yang degil. Kalau abang tak boleh teman kakak balik nanti macam mana? Siapa nak selamatkan kakak? Siapa nak lindungi kakak? Kawan kakak Sarah tu?”

Aku diam je lah, mak dah marah, ayah dah marah, dengan abang ni pun sekali marah aku. Padan muka sendiri.

“Kenapa kakak diam, selalunya kakak melawan abang?”

Aku jawab jelah

“Tapi kalau kakak tak balik jalan kaki, bila masa lagi kakak boleh bersembang dengan abang? Time balik sekolah je. Dalam bas bukan nya abang naik bas sekali pun, duduk sebelah pun tak, asyik kena sembang ikut tingkap je. Ingat senang ke nak dapat tempat duduk tepi tingkap?”

Abang ni cuma berdengus je bila aku cakap macam tu? Pastu dia gelak kan aku. Tapi dia masih tak berhenti nasihat aku supaya balik naik bas. Aku ni pula nak lah balik berjalan kaki, sebab aku boleh tengok dia pun speciality dia. (Aku tak nak mention apa speciality dia kat sini, nanti ada orang komen mengarut lah, tingginya imaginasi aku lah, sakalah, sihirlah). Teruja kut, aku tengok dia punya speciality dia.

Aku masih degil, nak juga balik jalan kaki lepas kena marah dengan mak, ayah & abang. Hahahahaha, mangsa peneman aku pulang dari sekolah, abang lah siapa lagi. Sampai satu hari ada budak kelas tegur,

“Tak takut, balik jalan seseorang?”

Aku jawab je lah ‘tak.’ Karang aku cakap ada orang teman dia orang tanya siapa pula yang teman aku balik, mampus aku nak fikir jawapan.

“Kalau ada orang culik macam mana?”

Then ada seorang hamba Allah ni menyampuk

“Tak de siapa lah nak culik dia ni. Siapa lah nak culik budak gila cakap seorang diri siap menari-nari lagi? Entah-entah penculik pun takut nak culik dia sebab gila.”

Pastu dia orang semua gelak kan statement budak ni, balik duduk tempat masing-masing. Cuma budak ni je lah yang tak gerak tempat dia lagi. Tiba-tiba dia tanya aku

“Awak balik dengan siapa sebenarnya? Bukan awak naik bas ke?”

Aku jawab je lah ‘ya dengan bas, tapi kadang-kadang tertinggal bas’.

“Hurm… Ada sekali tu saya nampak awak balik jalan kaki bukan berseorangan, tapi saya tak nampak siapa yang teman awak.”

“Habis tu, awak nampak saya dengan siapa?”

“Entahlah, sebab daun banyak jatuh dan macam tutup siapa yang teman awak tu. Saya ada juga pusing kebelakang nak tengok dari depan, tapi daun tu masih tutup dia. Siapa dia?”

“Eh, awak silap tengok kut. Mana ada siapa-siapa. Awak pun cakap saya gila cakap seorang diri siap menari lagi.”

“Ya, memang lah saya kata macam tu sebab saya rasa macam saya tak patut tanya soalan tu, depan orang ramai. Jadi saya cakap lah awak gila.”

“Hahaha, tak de siapa lah. Saya memang gila kut, sebab suka cakap seorang diri.”

“Tapi!! Setiap kali saya nampak awak balik jalan kaki, mesti daun banyak jatuh sebelah awak, dan nampak macam awak bukan berseorangan”

“Hahahahaha, tak de lah. Saya seorang je lah. Eh, cikgu dah masuk.”

Hahahahaha, jantung aku dah berdengup laju benar dengan soalan hamba Allah seorang ni. Sejak kena tanya macam tu, aku suruh lah maids aku teman aku pergi & balik sekolah untuk beberapa kali supaya dia tak tanya soalan macam tu dah. Lepas tu, aku dah serik balik jalan kaki, sebab makin ramai pula tanya aku balik dengan siapa. Nasib lah aku tak cerita kat hamba Allah tu, dia cerita kat geng dia, aku balik dengan hantu. Hahahahaha, jadi maids aku lah jadi mangsa aku untuk cover hantu tu.

*** Okay sekian part 2 habis terima kasih, panjang-panjang sangat, nanti orang kata bosan. Kita sambung last part nanti. Sebab waktu darjah 1 ni tak de apa yg special sangat pun. Kalau ada pun, aku malas nak tulis kan sini. Tunggu lah novel aku keluar nanti lah, itupun kalau aku dah siap semua and dah di publishkan.

Okay, nak jawab berberapa pertanyaan sikit.
1. Aku pun bersembang dengan abang ni bahasa dia ke?
Jawapannya TIDAK. Seperti mana aku mention, wujubnya bahasa lain dalam perbualan kami, tapi hanya ditelinga dan bahasa sahaja yang berubah. Sebab aku pasti aku menjawab dalam bahasa ibunda aku, dia guna bahasa dia, tapi yang keluar dari mulut aku dan suara dia (aku tak tau dia ada mulut tak, dia bukan manusia) bahasa lain. Unik nya kita boleh translatekan bahasa tu dalam kefahaman kita sendiri.

2. Guardian ni apa? Saka? Bunian?
Aku tak tahu nak panggil abang ni apa. Aku tanya dia ni hantu ke, bukan. Aku tanya jin ke, bukan. Aku tanya bunian ke, bukan. Aku tanya family aku punya saka ke, bukan juga dan family aku tak de saka, tapi ada penjaga. (Aku pun tak tau apa beza saka dengan penjaga). Abang ni punya explanation saka untuk budak umur 6 tahun senang je, saka ni macam binatang, kena bagi dia makan, kena layan dia. Penjaga ni dia tak makan, tak payah layan dia, sebab dia yang jaga kita. HOHOHOHO, senang lah kerja kita ya…

3. Tingginya imaginasi. Terpengaruh dengan cerita-cerita fantasi ni.
Mungkin fakta kalau aku terpengaruh dengan cerita-cerita fantasi, tapi aku waktu umur 6 tahun tu aku layan Bollywood & Disney Princess, aku masih belum kenal dunia supernatural ni. Mungkin juga fakta kalau yang berlaku semua hasil imaginasi aku, sebab aku pun tak pasti dia imaginasi aku atau bukan. Sebab peraturan kelima dia “Langgar 3 peraturan pertama, semua hanya akan kekal sebagai memori.”

4. Tak pe ke cerita kat FS ni? Abang tahu tak? Kata tak boleh cerita, tapi cerita juga….
Aku cerita je, korang nak percaya ke tak ikut korang lah.
a. Tak pe ke cerita kat FS ni? Tu aku tak tau. Malas nak fikir benda yang lama. Cerita kat mak pun, dia kata “tak fikir kan sangat, and tak yah nak cari abang tu balik. Kakak pun dah besar, umur 23 dah tak kan nak abang tu lagi? Boleh jaga diri sendiri dah kan? Tak de kawan pun tak pe kan?”
b. Abang tau tak? Aku pun tak pasti, sebab kalau dia kata dia sentiasa ada je maksud dia tau lah kan. Tapi aku tak tau lah.
c. Kata tak boleh cerita, tapi cerita juga…. Sebab nya aku dah lama langgar peraturan dia. Hahahahaha, bodoh juga pergi percayakan manusia waktu tu. So aku boleh lah nak cerita kat sini, sebab aku tau bukan aku seorang yang lalui ni. Bukan nya aku boleh dengar apa abang tu bebelkan. Aku dah lama hilang abang tu. Cuma bila dah tua ni, and asyik dengar orang kena santua sana sini, ingat aku tak takut ke? Takut kut, and rindu juga kat abang aku tu

5. Sampai masuk TV bagai tu?
Sebab itu kerja dia, aku tak nak cakap apa speciality dia. Masuk TV tu sebab berita jadi apa kat kawasan ni, jadi apa kat Negara tu. Clue dia banjir, kilat, taufan, hujan, tanah runtuh, tsunami, panas, kebakaran. Tapi salah satu antara clue tu je keturunan dia, yang lain tu keturunan kaum lain.

 .

Amateur

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 comments

  1. cerita ni paling seram yg hakak pnah baca.. hakak bagi 10/10 dik. teruskan menulis.. sampai part 1,000,000 pon hakak sanggup baca hihi..

  2. Mesti best kan ada abg? Aku pun ada abg, tapi seumur hidup aku tak penah jumpa dia.. Aku jeles ngan semua org yg ada abg.. tapi alhamdulillah, aku ada adik. Boleh hiburkan aku sikit

  3. Kisah awak sama la mcm sy. Cuma ‘abg’ sy Masih Ada bersama (bukan 24jam). Kadang2 dia dtg borak2. Dan dia dh byk kali tolong sy kalau Ada Jin jahat dtg attack.

  4. lebih kurang sama. abg sy dia pun selalu temankan sy pergi sekolah dulu. dia bawak sy terbang. tapi takkan ads org perasan la. sbb tu sy slalu bgun lewat dulu. jarak sekolah sy dari rumah dulu dlm 8 km. dia bawak sy terbang x sampai seminit uhuks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.