AMBULANS
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kemalangan sebuah ambulans yang menyebabkan pemandu dan pesakit meninggal dunia di tempat kejadian selain mencederakan beberapa staf kesihatan yang lain. Kejadian ini merupakan satu tragedi hitam buat para petugas kementerian kesihatan Malaysia, dan aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menghubungi salah seorang kenalan yang juga bekerja sebagai pemandu ambulans di hospital kerajaan.
Borak punya borak, tiba-tiba dia menceritakan kepadaku mengenai pengalaman mistiknya yang berlaku pada awal tahun ini semasa dia bertugas pada satu malam. Jadi, mari kita sama-sama membaca kisah ini yang pada saya, amat unik dan terdapat 1001 persoalan mengenainya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pada jam 10.45 malam, pihak call center mendapat panggilan daripada seorang pemanggil yang mengatakan bahawa sahabat serumahnya tidak sedarkan diri. Lokasi yang diberikan agak pedalaman dan jauh ke dalam, di mana terdapat sebuah kawasan perumahan teres yang baru dibina.
Sebab yang dinyatakan berdasarkan laporan yang dibuat adalah seorang pemuda lelaki berumur 30-an yang dikatakan menggantung dirinya. Kata pemanggil tersebut, tubuh rakannya itu masih hangat tetapi tidak bernafas.
Apabila aku mengetahui perkara tersebut, aku memecut laju kerana aku fikir, masih ada harapan lagi untuk menyelamatkan nyawa pemuda berkenaan. Sememangnya, kes-kes menggantung diri ini mengikut pengalaman aku mempunyai harapan yang amat tipis untuk diselamatkan memandangkan kalau mengikut kajian sekalipun, kemungkinan untuk ‘completed suicide’ (berjaya membunuh diri) itu amat tinggi.
Pada waktu-waktu sebegini, biasanya jalanraya lengang dan perjalanan aku ke kawasan perumahan tersebut amat lancar tanpa perlu memaki atau memarahi beberapa golongan insan ‘istimewa’ yang menjadikan lorong kecemasan seperti tempat mereka bertenggek.
Aku tiba ke kawasan perumahan tersebut dengan pantas, dan Shazri, salah seorang medical assistant (MA) yang menemani aku untuk menguruskan pesakit mulai melihat skrin telefonnya, untuk mencari rumah pesakit.
Aku masih ingat lagi sewaktu itu, terdapat sedikit masalah untuk mencari rumah pesakit ini. Alamat yang diberikan agak mengelirukan di samping nombor rumah dan lorong rumah-rumah tersebut tidak mengikut urutan.
Kau bayangkan sahajalah, ada rumah nombor 3, sebelahnya nombor 18 dan sebelahnya lagi nombor 21. Rumah bernombor 7 itu langsung tidak kelihatan setelah 5 minit kami berdua mencari.
Shazri yang duduk di sebelah aku mulai memaki hamun kerana tidak menjumpainya langsung. Bukan itu sahaja, jam 11 malam sebegini, tiada seorang pun kelibat manusia yang berada di luar rumah untuk kami bertanya. Bukan apa, kes-kes sebegini, sudah pasti setiap saat itu saat berharga. 1 saat boleh membezakan antara pesakit hidup ataupun mati.
Aku rasa, orang yang menerima panggilan kecemasan ini tadi sudahpun memberitahu untuk berdiri di hadapan rumah bagi memudahkan urusan kami mencari rumah tersebut. Sampai di satu selekoh, tiba-tiba aku nampak seorang lelaki melambai-lambaikan tangan kepada kami.
Lelaki berpakaian seluar paras lutut bewarna biru dan berbaju hijau itu berdiri di sisi jalan dan ibarat dia tahu kami mengalami kesukaran untuk mencari rumah pesakit.
Aku memberhentikan ambulans sambil membuka tingkap belah penumpang.
“Abang, cari rumah pesakit ke?”, tanya dia.
“Ya, encik tahu rumah nombor 8 di mana tak?”, Shazri bertanya kepada pemuda tersebut, yang mempunyai rambut belah tengah itu.
“Di hadapan sana bang, belok kiri, kemudian ada 2 lorong dan ada signboard kat situ, abang masuk lorong 4/2. Rumah nombor 3”, katanya dengan nada lembut sahaja.
“Baik, terima kasih ya”, aku berkata kepadanya sebelum aku meneruskan perjalanan.
Sampai di lorong berkenaan, dengan mudah kami berdua menemui rumah tersebut. Seorang lelaki melambai-lambai kepada kami di hadapan rumah terbabit. Lorong tersebut memang kami tak lalui pada awalnya, kerana kau bayangkan, rumah nombor 8 tersebut berada di antara rumah nombor 31 dan 11. Itulah sebabnya mengapa kami menghadapi kesukaran nak mencarinya.
Tiba sahaja di hadapan rumah tersebut, aku turun dan membuka pintu belakang dan Shazri masuk ke dalam rumah tersebut. Aku turut mengikutinya untuk masuk ke dalam rumah terbabit, kerana memang kebiasaannya, aku mendengar arahan daripada MA, sama ada aku perlu untuk mengeluarkan stretcher ataupun tidak.
Aku berasa amat pelik, kerana lelaki tersebut telapun ditutupi wajahnya menggunakan tuala putih oleh rakannya, walhal, pengesahan kematiannya masih belum dibuat lagi.
Shazri memegang leher pesakit berkenaan untuk merasai nadinya sama ada masih ada atau tidak. Aku berada di sisinya dan Shazri menggunakan tangannya yang sebelah lagi terus menarik tuala putih yang menutupi wajah peaskit tersebut. Saat terlihat sahaja wajah pesakit tersebut, kami berdua tergamam dan pucat.
Wajahnya sama dengan wajah pemuda yang menunjukkan jalan ke rumah tersebut. Memang serupa, dengan rambut belah tengahnya, dan pakaian yang sama, berseluar biru paras lutut dan berbaju bewarna hijau. Wajahnya walau bagaimanapun tidak berani untuk aku lihat lama-lama.
Masakan tidak, matanya terbeliak dengan lidahnya yang terjelir. Air liur yang banyak mengalir daripada sisi mulutnya serta wajahnya yang biru itu.
Shazri, walaupun dia sendiri masih cuak dan pucat, menggelengkan kepalanya kepadaku, menandakan bahawa pesakit tersebut sudahpun mati. Sememangnya, badannya sudahpun kejung dan kaku. Tiada pernafasan dan tiada nadi.
Pengesahan kematian dibuat, dan agak kelakar jika difikirkan kerana Shazri, dengan wajahnya yang cuba untuk mengawal ketakutan dan cuba sedaya upaya untuk ‘control macho’, tetapi tangannya terketar-ketar mengisi dokumen untuk mengesahkan kematian.
Untuk kes sebegini, dia menghubungi pihak polis untuk menyelesaikan kes ini memandangkan kematian sebegini perlu disiasat dan post mortem perlu dibuat.
Kami berdua keluar daripada rumah terbabit sejurus pihak polis tiba di rumah tersebut. Masuk-masuk sahaja ke dalam ambulans, aku mulai memandu semula menghala ke hospital. Kami diam, kaku dan tidak berkata apa-apa langsung.
Hanya setelah kami keluar daripada kawasan perumahan tersebut, barulah aku bercakap dengannya
“Aku rasa, kau tahu apa yang aku tahu kan?”, aku bertanya dia.
“Ya. Gila lah wei. Kejap, tunggu jauh sikit, baru kita cakap pasal ni, aku takut ada karang dia ikut dalam ambulans ni nanti, mampus kita”, jawabnya.
Aku menangguk tanda setuju. Esoknya, memang benar, kerana Shazri mengambil MC kerana dia demam panas. Aku juga berasa lain macam tubuh badanku, mungkin kerana akibat terkejut dan terlalu takut bila teringat kes kematian tadi.
Setelah bertahun-tahun aku menjalankan tugas sebagai pemandu ambulans, peristiwa ini merupakan salah satu peristiwa yang sememangnya terpahat dalam memori aku selamanya.
Memang banyak lagi peristiwa-peristiwa mistik yang berlaku seperti diganggu hantu pocong yang mengintai daripada belakang pokok kelapa sawit ketika aku dalam perjalanan ke rumah pesakit, kes tetamu tak diundang di bahagian belakang ambulans dan juga kes-kes mendengar tangisan wanita daripada belakang ambulans.
Apapun, sememangnya tugasan yang memerlukan kita berhadapan dengan pesakit ini, terutama apabila kita perlu menghadapi pesakit yang maut atau pesakit yang sedang menghadapi sakaratulmaut ini sudah pasti akan mempunyai peristiwa-peristiwa unik dan mistik. Semoga para pembaca mendapat sedikit sebanyak pengajaran dan tauladan daripada apa yang aku kongsikan ini.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kisah ini diilhamkan oleh sahabat saya, Muhd Azul yang kini masih bertugas sebagai seorang pemandu ambulans di sebuah hospital kerajaan. Pengalaman demi pengalaman yang dialaminya pada saya amat berharga dan saya rasa amat bertuah untuk menceritakan salah satu kisah yang dialaminya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran daripada kes yang berlaku ini.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best! Teruskan berkongsi story.
Thx for sharing doc
Terbaik Dr teruskn berkongsi cerita yang menarik..
Tolong la share lagi. FS kena banyak cerita daro golongan macam ni.. pemandu ambulans, pemandu lori atau bas, pengawal keselamatan, pengamal ubat tradisonal, kelasi kapal, pemandu kren dsb.
Ini tak, asyik2 cerita hantu dorm, asrama, rumah sewa, bla bla bla..
Yang lagi nyampah kalau ada cerita rekaan pastu claim kisah benar padahal dalam cerita tu, penuh ngn adengan syok sendiri yg di cedok dr scene2 drama melayu dgn novel cintan syok sendirik dr penulis2 wanita yg suke berangan…. hahah
Best
Saya dedikasikan lagu AMBULANCE dari My Chemical Romance buat abg2 ambulance…
Terima kasih kerana terlibat dlm kerja2 menyelamatkan nyawa… korang mmg terbaek
best. cerita yg lain dr yg lain. klu x asyk cerita asrama n bdk skolah je.
Bila sampai bahagian bertanya arah kat ‘pemuda’ tu dah tau dah hala tuju cerita ni.anyway seram woi..
best..cerita2 pengalaman macam ni memang best. harap penulis kongsikan cerita lain pula ye
Jalan cerita yang menarik, sangat mudah difahami. Jika cerita ini adalah pengalaman sebenar, memang menyeramkan. Berjumpa dengan roh si mati, sedangkan jasadnya terbujur kaku dirumah.
8/10
wahhh