Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada admin FS kalau cerita ini terpilih untuk disiarkan di page FS. Harap korang ambik pengajaran dari kisah ini. Cerita ini pernah disiarkan di page FS 2 tahun yang lalu. Susunan cerita telah diolah dan lebih tersusun dari penulisan sebelum ini. Selamat membaca. Korang pernah kena gangguan mistik tak?
Aku nak cerita pengalaman aku sendiri. Pengalaman sekali seumur hidup. Waktu aku form 4. Aku sekolah dekat SMT Teknik Tunku Abdul Rahman Putra,Penang.Sejak masuk SMT Tarp aku mula kena gangguan. Bagi pelajar asrama kena tindih tuu perkara biasa. Aku pun dah lali selalu kena tindih. Aku ditakdirkan duduk dorm E2. Ramai yang cakap Blok E ni keras sebab blok paling hujung sekali.Dorm aku paling hujung skali dalam blok berhampiran dengan ampaian tapi blok aku tingkat 2. Dari pintu masuk dorm E2 katil aku sebelah kiri baris kedua.
Disebabkan aku sampai lambat waktu daftar katil tingkat atas yang masih kosong.Aku tak kisah sangat sebab duduk katil atas kena kipas angin. Katil bawah panas tak kena kipas. Pada suatu hari, aku dah lupa tarikh kejadian sebab dah lama berlalu. Waktu tuu tahun 2014. Aku antara yang paling lewat masuk dorm sebab aku suka lepak dekat stor buat homework.
Sebelum aku tidor aku tutup lampu dorm sebab aku yang last masuk. Tetiba dorm mate aku katil dia bertentangan dengan aku tapi katil dia sebelah bawah kalau tak silap aku. Mula2 masuk dorm nampak katil dia dulu sebelah kanan.Waktu aku baru nak tidor. Aku baca doa tidor apa semua.
Dia keluar dari bilik. Aku tanya dia nak pergi mana Izzati(nama samaran)? Dia cakap nak pergi tandas. Aku tanya dia. Nak teman tak? Dia cakap tak apa dia pergi sendiri. so aku sambung tidor tanpa syak apa2.Beberapa minit kemudian. Aku rasa macam separa sedar ada makhluk masuk ke bilik. Aku waktu tuu baru terlelap. Beberapa minit kemudian, aku tersedar sebab lampu bilik yang ditengah menyala. Rupanya, Izzati yang pergi tandas tadi ada dekat katil sebelah aku.Izzati pergi dekat katil dorm mate yang dia rapat. Aku namakan kawan rapat Izzati sebagai Nana. Dia duduk senyap dekat hujung katil Nana. Nana cuba tanya dia ada apa cari dia? Kenapa tak tidor? Izzati tak jawab dia diam membisu.Nana dah mula pelik dengan perangai Izzati. Nana kejut ketua dorm kitorang panggil dia Kak Wanie.
Dia baca ayat kursi. Izzati mula bagi reaksi yang dia x selesa dengar bacaan ayat kursi. Aku tunggu apa lagi. Melompat la turun katil. Aku dah laa penakut.Bila kitorang dah tahu dia dah kena tuu. Ketua dorm kitorang Kak Wanie bergegas ke bilik sebelah panggil ketua Blok E. Ketua Blok E bergegas ke DORM E2. Waktu tuu semua junior dalam dorm tuu termasuk aku kitorang berkumpul ramai2 atas 1 katil.Senior2 dari dorm E1 ngn E2 mula soal benda tu. Ketua Blok E tanya kenapa kacau dia(Izzati)?. Nama benda tu apa? Asal mana? Umur berapa? Benda tu pasif. Dia tak bersuara. Dia hanya senyum sinis.
Mata Izzati tutup so aku tak rasa takut sangat.Salah sorang senior kitorang bagi kertas dan pensel untuk Izzati tulis. Senior tanya balik soalan tadi. Nama apa? Asal mana?Umur berapa? Tinggal dekat mana? Dia tulis nama dia atas kertas. Dia tulis dia asal dari Indonesia. Dia lukis ampaian tempat dia tinggal. Lepas tuu dia mula tunjuk2 tanpa arah tuju. Tetiba dia tunjuk aku.
Aku dah cuak dah. Senior aku cuba tenangkan aku cakap benda tuu main2. Aku dalam hati dah baca macam2 dah. Salah sorang senior aku yang pandai berubat desak benda tu. Nak keluar ke tak nak?Benda tu berkeras tak nak keluar. Nasib ada salah sorang senior dalam dorm E2 nama dia Kak Aina.
Ayah Kak Aina ada ilmu berubat orang. Dia call ayah dia untuk bantu kitorang keluarkan benda tu dari badan Izzati. Kitorang ramai2 baringkan Izzati.Waktu mula2 baringkan dia berkeras nak keluar dari bilik sebab pintu bilik tak tutup. Lepas tuu senior panggil semua junior dengan senior dorm E2 kitorang pegang dia ramai2. Setiap orang pegang sendi2 badan Izzati.Sambil tuu baca ayat kursi. Tujuan kitorang pegang sendi2 untuk paksa benda tuu keluar. Kak Aina telefon ayah dia tanya cara2 nak keluarkan benda tu.
Kami terima arahan hanya melalui telefon sahaja. Mulut tak lekang dari bacaan ayat kursi.Sepanjang waktu proses pulihkan Izzati tu. Ada beberapa persoalan yang ditanya oleh senior2 dekat benda tu. Ketua Blok E tanya benda tu hang kaa yang lalu dekat koridor semalam? Dia geleng kepala. Kak Aina ada tanya soalan dekat benda tu.Sebab beberapa hari sebelum hari kejadian Kak Aina kena kacau.
Dia tanya hang kaa yang kacau aku hari tu? Benda tuu senyum sinis saja. Kak Aina dapat arahan dari ayah dia cari 1 botol kosong dan letak dekat ibu jari kaki salah 1 jari kaki Izzati sambil baca ayat kursi.Tujuan berbuat demikian untuk paksa benda tu keluar dari badan Izzati. Benda tuu tetap berkeras tak nak keluar. Jalan terakhir Kak Aina dapat arahan dari ayah dia. Baca ayat kursi hembus dalam air dan bagi Izzati minum.Selepas Izzati minum. Kak Aina bagi arahan dekat benda tu untuk keluar melalui mulut.
Tak lama lepas tuu Izzati luahkan air yang dibacakan ayat kursi tadi dan benda tu keluar sekali.Izzati dah bebas dari kawalan benda tu. Lama jugak kitorang bantu untuk keluarkan benda tu dari badan Izzati dari pukul 12 sampai pukul 4 pagi baru selesai.Lepas selesai tu semua tidor walaupun cuma ada 1 jam sahaja waktu tidor. Esok pagi badan aku rasa lenguh dan suhu badan aku panas akibat kejadian semalam. Izzati terus minta cop pulang ke rumah daripada warden bertugas untuk rawatan selanjutnya.
Selepas beberapa hari kejadian. Salah sorang dorm mate aku nama dia Alia. Dia cakap pada petang hari kejadian. Pukul 6.30 petang dia pergi ke ampaian ambik baju. Dia rasa bersalah disebabkan dia Izzati kena dengan benda tu.Kebetulan waktu dia pergi ampaian tuu. Dia dalam keadaan hadas besar. Lagi laa benda tuu ikut dia naik ke blok E. Dorm E2 yang paling hujung dan dekat dengan pokok besar yang benda tu tinggal.Lepas kejadian tu aku tanya dekat Kak Aina. Kenapa Kak Aina tanya pasal benda yang Kak Aina pernah kena kacau tu dekat benda tuu? Kak Aina cakap mungkin benda yang kacau tuu ada kena mengena dengan benda yang Izzati kena tu.
Kak Aina cakap dekat pokok sebelah ampaian Blok E tuu ada penghuni dia. Sepasang. Benda tuu sebenarnya yang kacau Izzati dan benda yang sama kacau Kak Aina. Kak Aina cerita dekat aku. Dia sebenarnya banyak kali kena kacau.Dia kena kacau x kira siang atau malam. Tuu juga antara penyebab dia jarang tidor dekat dorm. Dia selalu balik rumah. Selepas kejadian itu, Izzati tukar sekolah dekat dengan rumah dia untuk elakkan dari perkara ini terjadi lagi. Satu kesilapan besar yang aku buat adalah aku tak cuci diri aku lepas tuu.
Cuci disini maksudnya bersihkan diri dari sisa yang termelekat waktu proses membuang benda tuu dari badan Izzati. Lepas daripada kejadian tuu aku kadang2 terkena sedikit gangguan tapi berskala kecil saja. Walaupun skala kecil tapi terkesan jugak laa. Nasihat aku kalau kita tahu kita agak lemah jangan tolong ubat orang yang kena rasuk. Cepat2 lari selagi boleh.
Tetapi kalau hanya ada kita sahaja untuk bantu terpaksa tolong dengan syarat selepas itu cuci diri kita. Ada beberapa cara untuk cuci diri. Pertama, ambil sejadah sapu ke seluruh anggota badan yang kita guna untuk proses buang benda tuu sambil baca ayat kursi/selawat(sumber dari adik laki aku). Cara kedua, baca ayat kursi,al-fatihah, 3 qul untuk pagar diri. Cara yang kedua ni kena berterusan buat untuk kesan yang maksima. (Sumber dari Uztaz Najmi perawat dari pusat rawatan Syifa Perlis).
Ambil kisah ini sebagai pengajaran untuk kita sentiasa tingkat ibadah kepada Allah dan jangan lalai. Selalu beringat bukan manusia sahaja penghuni di dunia ini tapi ada makhluk lain juga dan kita perlu berhati-hati dan menjaga adab.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Aspuri tarp blok e2. Haha standard dah.. sy ex tarp.. zaman 2008-2009..
semua sekolah asrama mmg ada…..
umur kita samalah