Amukan Iblis

“Subhanallah..”
Aku menjeling Yad, isteri kepada Hariz. Yad senyum sinis. Matanya tajam dan langsung tidak berkedip. Farouk masih sibuk dengan telefon bimbit. Agaknya ada urusan kerja yang perlu diselesaikan pada kadar segera. Mata aku dan Yad bertentangan. Aku terus mencuba kaedah ini kerana aku tahu jin yang merasuki Yad kalah pada permainan mata. Pasti jin itu akan mengalirkan air mata dan tunduk…

Itu adalah pengalaman aku bertandang ke rumah Yad dan Hariz beberapa hari yang lepas atas nasihat Farouk. Kata Farouk, kaedah ‘main mata’ berkesan pada Yad.
“Hmm…,” senyum jin yang ada pada Yad. Mata kami masih bertentangan. Aku menghakikatkan ilmunya diserap melalui pertembungan mata.

Setelah beberapa minit, aku mulai bosan. Terdetik hati aku supaya menghentikan adegan menjeling mata. Fikirku, tidak akan habis babak main mata tersebut jika dilanjutkan. Aku menoleh ke belakang.
“Rock!” panggilku perlahan.
Farouk menoleh ke arah aku dan meletakkan telefon bimbitnya ke tepi lalu langsung bergerak beberapa langkah ke hadapan dengan mengheret punggungnya. Hariz dan bapaku hanya mendiamkan diri melihat telatah kami.
“Rock..kita bukak perut ngan tarit ilmunya..”
Farouk setuju serta mengangguk.

“Bukak perut kau!” Aku menjerit kecil ke arah Yad. Aku dan Farouq menggerakkan tanganku seperti menarik sesuatu dari perutnya. Kami berdua menarik ilmu jin tersebut untuk kira-kira 30 saat.
“Bang, tarit dari tangannya..kamek tarit tangan kanannya..kitak tangan kirik,” cadang Farouk.

Aku menarik tanganku ke belakang tanda aku menarik ilmu jin tersebut dari tangan kiri Yad dan Farouk pula dari tangan kanan. Tiada apa respon dari jin tersebut. Masih senyum sinis serta mengangguk-angguk kepalanya.
Kami berdua mencuba kedua kaki Yad pula. Juga tiada menunjukkan apa-apa hasil yang positif. Akhirnya aku dan Farouk mencuba menarik dari kepala Yad tanpa menyentuh. Yang kami dapat hanyalah senyuman sinis dari jin tersebut.

Aku dan Farouk akui bahawa kali ini kes agak sukar. Namun, sentiasa aku ingat bahawa jangan pernah mengalah dan sentiasa berzikir untuk memohon keredhaan Allah Azzawajalla. Kami berdua mendiamkan diri. Aku berfikir dan berzikir sejenak. Kalimah Allah aku hidupkan di qalbi. Mengharapkan jawapan dariNya.

Aku terfikir soalan aku pada Pak Alang, sahabat guruku, Haji Adi, beberapa hari yang lepas. Meminta nasihat untuk berdepan dengan jin yang ada pada Nad. Sebabnya, sudah beberapa kali aku dan Farouk mengusahakan Nad, tapi apakan daya, rezeki milik Allah. Jika tiada keizinan, maka tiadalah hasil.
Apa kata Pak Alang? “Bertenang dan jangan gopoh. Bila sudah dapat gerak, maka itulah gerakNya.”

Aku sudah mulai faham dan membuka mataku. Langsung aku lihat ke arah jin dan membuka bicara lembut.
“Okeylah..kita kelaka (borak) bagus okey?” Aku cuba memulakan rentak permainan yang lebih santai. Aku sedar bahawa jin ini tidak masuk kaedah kasar. Degil yang amat.

Jin tersebut hanya senyum. Seperti hari-hari yang lalu, dia hanya senyum dan menggerakkan kepalanya. Kalau tidak angguk, geleng. Itulah tabiatnya. Mempermainkan kami berdua dengan isyarat kepala dan senyuman mengejek.

Pujukan demi pujukan tidak dihiraukan. Masih dengan tabiat sinisnya. Aku teringat kata Pak Alang. Aku yang duduk di depan kanan Nad mulai mendapat semangat baru.
“Kau tauk ada Nur (cahaya) di dalam dirik Yad? Tauk, betol?”
Jin tersebut berubah muka menjadi serius apabila soalan diajukan kepadanya.
“Tauk? Ada kalimah besar dan Nur di dalam hatinya..tauk?”
Aku pasti jin tersebut tahu. Tipu kalau tidak tahu! Itu keyakinanku.
Jin mengangguk serius. Anggukannya perlahan.

“Kau tauk kalimah ya betol,nak? Kalimah tersebut lebih besar dari aku dan kau..betol? Aku yakin kau tauk..”
Jin mengangguk perlahan. Kali ini aku rasakan aura sinis beransur kelam. Yang ada hanyalah aura sayu. Seolah-olah meminta pertolongan. Aku terus bersemangat dan berdakwah mengenai kehebatan Yang Maha Esa. Aku bercakap dalam masa 3-4 minit dan hanya mengenai kehebatan Tuhan yang Satu.

“Kau tauk rahsia hanya pada kalimah Laailahaillah Sayyiduna Muhammadur Rasulullah, betol? Di mana kalimah tersebut besar, sebesar-besarnya..kalimah yang menyatakan Wujud dirinya..hanya Allah yang bersifat Wujud..maka? Aku dan kau sik (tak) wujud..hanya Allah…jadi, maseh mengaku-ngaku hebat?”
Jin tersebut menggeleng-geleng kepalanya.
“Kau tauk Allah benar?”
Jin sekali lagi mengangguk perlahan.
“Jika kau mengakui kalimah yang ada pada dirik Yad benar..maka kau dengar perintah aku…dengan berkat Sayyiduna Muhammad..kau patuh..kau lembut hati…”

Suasana kian sepi. Sayu. Seolah-olah makhluk yang ada di sekeliling Baitul Ahmadi, kediamanku, berhenti dan mengakui kebenaran juga kebesaran Allah dan mulianya kekasihNya, Sayyiduna Muhammad. Masa seakan berhenti hanya untuk menghormati dan memuji Tuhan dn kekasihNya.

“Kau maok lepas dari bomoh? Maok?” tanyaku adakah jin tersebut mahu bebas dari bomoh.
Anggukan darinya. Riak wajahnya sayu.
“Apa perjanjian? Ada barang yang diguna?” sambungku.
Hanya gelengan darinya. Aku menyebut barang-barang seperti jarum, patung dan pelbagai lagi. Namun, hanya gelengan dari jin tersebut.
“Pakey jampi serapah?”
Jin mengangguk!
“Jampi disebut kat gambar?”
Jin menggeleng kepalanya. Matanya terbuka luas.
Farouk menyambung,”Jampi sebut nama Yad?”

Akhirnya, jin mengangguk tanda mengiakan soalan dari Farouk. Aku meminta Farouk menghadirkan jampi dan memusnahkan jampi. Farouk mengeluarkan tangan kirinya seolah jampi ada di tangannya lalu menggenggam lumat tanda hancurnya jampi.

“Kau aku bebaskan..dan jangan pernah kaco orang lagik!”
Akhirnya jin aku tarik dan kemudian Yad kami berdua sedarkan. Menurut Yad, kali ini barulah berasa bahawa benar-benar jin tersebut tiada lagi di badan. Berbanding dengan beberapa kali rawatan sebelum ini, jin tersebut masih dapat Yad rasai di badannya.

Aku jemput tetamu kami, Hariz dan isterinya, Nad untuk minum petang. Jam ketika itu sudah pukul 6 petang. Sedikit cucur dan teh O panas untuk refreshments.

6.30 petang

Tetamu sudah balik. Aku, isteriku, Farouk dan isterinya serta ibu bapaku berehat di sofa sambal melihat kerenah anakku, Maryam bermain di ruang tamu.
“Bang..coba check pinggang dan belakangnya,” ujar Farouk sambil menunjuk isterinya.
Aku duduk di belakang adik iparku dan mengisyaratkan tanganku agar sakit di belakang habis. Untuk 2 minit aku menggerakkan tangan di sekeliling belakang badan tanpa menyentuh dan aku perasan, adik iparku kaku.

BAMMM!!
Cucur yang ditangannya dilontar ke arah aku sambil cuba menyiku aku. Seluarku merah dek dilontar cucur bersos cili.
“Aiee…manass (marah) ah,” ejekku.
“Kitak duak nak alah-alah ngaco aku!”
(Korang berdua tak abis-abis ganggu aku!) jerit adik iparku, Kak In. Maryam terkejut lantas memeluk isteriku.
Oh ya, Kak In kini adik ipar aku. Boleh rujuk kisah Kak In dan Kak In 2.

Kak In cuba menyerang aku dan Farouk. Kami berdua menahan Kak In dan melemahkan segala sendinya. Kak In berdiri dan lantas aku cabarnya agar sekali lagi menyerang aku.
Aku sedia faham ini adalah bomoh atau orang yang berhajat ke atas Hariz dan Yad tadi. Dan Kak In yang super-sensitive menjadi medium mereka. Entah bila agaknya mereka mengorak langkah.

Aku dicekik Kak In dengan kedua tangannya. Aku menerkam lembut pinggang kanannya dan Farouk pula menerkam belakang isterinya. Kami berdua menarik serentak dan Kak In terbaring. Wajahnya bengis serta penuh kebencian. Manakan tidak, perbuatannya sering dihalang kami berdua beradik.

“Hooo..sapa kau? Geng yang sakit kat Yad?” Farouk menjerkah.
Kak In tidak menjawab, hanya mendengus marah. Pernafasannya laju dan deras. Matanya menjegil besar seperti hendak menerkam kami berdua.
Aku sudah mulai panas. Kak In yang terbaring di lantai duduk mencangkung dan bersandar di sofa sambil menjeling marah ke arah aku dan Farouk silih berganti.

“Bomoh! Luruskan kaki!” sambil tangan aku membuat isyarat seolah meratakan sesuatu.
Kaki Kak In beransur lurus dalam keadaan jin itu tidak rela.
“Aku akan kapankan kau! 5 ikatan!”
Mata Kak In masih melawan dan menjegil keras kea rah aku.
“Ikatan satu, di kaki! Ikatan duak,lutut! Ikatan tiga, perut, ikatan 4 bahu….aku kira sampey 3…taubat dan sapa kau? Kiraan 3..aku ikat ikatan ke 5!”
Kak In automatic seperti mayat yang di kapan. Tidak mampu bergerak langsung. Hanya mmpu menjeling dan mengetap bibir.

“1……2…..3!”
“Ikat kepalaknya…maka, kau seperti mayat wahai bomoh, jin dan semua yang berkaitan!”
Kak In meronta namun tiada apa yang mampu mereka buat. Hanya menunggu saat untuk dikebumikan.
“Aku tanam kau semua…7 lapisan bumi!” lalu menepuk sofa tanda aku menghentak mereka masuk ke dalam lubang kubur yang sedalam 7 lapisan bumi.

Kak In pengsan. Farouk menyedarkannya kembali. Alhamdulillah. Rupanya, Kak In terkena saat Yad datang ke rumah. Mata Yad menyakiti Kak In dan sejak itu, Kak In rasa sakit namun hanya dibiarkannya. Wallahu’alam. Moga kita semua selamat dan sihat di bawah jagaan Allah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

SyafiqFathi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.