Anak Bunian & Pocong vs Pocong

ANAK BUNIAN

Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Aku Ariff Budiman sekali lagi bersiaran mengenai kisah lampauku bersama rakan- rakan
Aku masih ingat sekitar tahun 80an. Kampungku masih lagi di penuhi dengan hutan. Untuk mencari ilmu dalam membaca Al Quran ibu bapaku telah menghantar kami kepada seorang guru yang tinggal di kampung sebelah. Setiap kali selepas solat maghrib, kami adik beradik akan berjalan kaki menuju kampung sebelah demi ilmu Al Quran. Ramai juga rakan2 sebayaku yang sama2 mencari ilmu Al Quran. Di kalangan rakan2, aku boleh di katakan dapat mengenal huruf Al Quran dan dapat membaca dengan fasih. Andai guru kesibukkan, dia akan meminta aku mengajar rakan2 yang lain.

Di kalangan rakanku, terdapat seorang rakan yang kerap mendatangkan masalah terhadap keluarganya. Ada saja perkara yang buat ibubapa rakanku mengamuk dan kadang2 terpaksa merotan anaknya. Sudah beberapa kali dia ponteng sekolah dan kelas Al Quran. Bila kena rotan dari ibunya maka nampak lah dia dalam kelas Al Quran.

Pada suatu hari, selepas selesai kelas Al Quran, kami berjalan pulang. Di perkarangan rumah rakanku kelihatan begitu ramai yang berkumpul. Aku mendapat berita yang rakanku telah hilang. Polis dan tok bomoh telah di maklumkan. Kami pun mulalah gerakkan mencari rakanku. Kami ke ladang koko sambil memanggil namanya. Ada yang ke bukit dan dari kejauhan kami mendengar namanya di laung.

Di rumahnya pula datang bomoh. Di mintanya salah seorang penduduk azan. Maka senyap sunyi sekitar rumah rakanku mendengar laungan azan. Selesai azan, tok bomoh mula menjalankan jampi serapahnya. Di bakarnya kemenyaan. Asap dan bau kemenyan memenuhi perkarangan rumah rakanku. Datang pula land rover polis untuk mengambil maklumat. Suasana malam tu bagaikan pesta. Ramai yang datang bila mendapat berita akan kehilangan rakanku.

Akhirnya tok bomoh selesai menjampi. Katanya rakanku telah di sorok bunian. Bunian terlalu suka terhadap rakanku. Maka menangislah emaknya. Marah pula si ayah..
” Itu la hang. Suka marah dan rotan anak kita. Tengok la Bunian dah ambik dia “. Lagi sedih si emak bila suami berkata demikian. Ada pula di antara orang kampung yang sudah mula naik berang dengan bunian
” Hoi bunian. Kalau berani tunjuk dan bawa si ….. balik ke pangkuan keluarganya. Aku cabar kamu bunian “. Kata salah seorang dari penduduk.

” Jangan kita cabar bunian tu. Pujuk secara baik “. Nasihat pula salah seorang dari anggota polis. Penduduk kampung telah di kerah ke serata tempat mencari rakanku. Jam sudah pukul 12 tengahmalam. Kelibat rakanku masih belum lagi di temukan. Tiba2 keadaan menjadi riuh di bawah rumah rakanku. Dia telah di temui berada di dalam tong yang tertutup. Si ibu terus memeluk anaknya sambil menangis dan menyesali perbuatan suka merotan anaknya.

Akhirnya keadaan sudah menjadi tenang dan masing2 telah pulang ke rumah. Lepas seminggu ketika berbual, rakanku telah memecahkan rahsianya sendiri iaitu sebenarnya dia tidak di sorok bunian tapi dia sendiri yang masuk ke dalam tong lalu menutup tong dengan sendirinya. Sebabnya bila ibunya menggugut akan menyiramnya dengan air panas. Dia dapat melihat melalui lubang orang ramai mencarinya. Kami semua tertawa mendengar pengakuan rakanku. Bermula saat itu kami memanggilnya dengan nama Anak Bunian. Kini rakanku telah berjaya dalam bidang perniagaannya. Bila dia pulang ke kampung dan bertemu kami, panggilan Anak Bunian tidak pernah hilang dan dia hanya mampu tersenyum mengenangkan saat kenakalannya.

===================================================================

POCONG VS POCONG

Assalamualaikum admin dan pembaca.. Terima kasih sudi membaca

Sudah gempar penduduk kampong dengan kemunculan pocong yang mengganggu penduduk pulang dari surau dan anak – anak yang pulang dari kelas al quran.
“ Aku baru balik dari surau. Bila sampai selekuh pocong terjun dari pokok. Aku tinggai terus motor dalam hutan. Aku terus lari balik ke surau “. Cerita Pak Seman dan di sambut gelak ketawa dari yang lain.
“ Kita mesti buat rukun tetangga ni “. Saran Ramli
“ Aku tak bersetuju. Kalau setakat kita yang ada saja manakala yang lain sedap tidur di rumah buat apa “. Kata Pak Kob dan di persetujui dari yang hadir.
“ Apa kata kita jumpa ketua kampong “. Kata Ramli dan yang hadir setuju. Mereka ingin mendengar pendapat dari ketua kampong. Tiba-tiba terdengar suara jeritan dari anak-anak yang baru balik dari kelas al quran. Kata mereka pocong dok melompat tepi jalan.

“ Allahu Akbarrrr “. Jerit Ramli sambil memegang kayu berlari ke tempat yang di katakan pocong sedang melompat-lompat.
Tolonggg…tolong “. Jerit Ramli. Kawan-kawan yang lain terus berkejar ke sana.
“ Aku sampai tadi aku tengok pocong sedang dok lompat. Terus aku pukul pocong dengan tongkat ni “. Cerita Ramli sambil memegang tongkat semambu
“ Berkesan juga tongkat hang Ramli. Kayu semambu memang bagus untuk menakutkan hantu “. Kata salah seorang dari penduduk kampung. Sedikit sebanyak dia rasa seronok dapat memukul pocong yang sering menakutkan orang kampong.

Keesokkan harinya hebuh satu kampong kisah Ramli dapat memukul pocong. Kembang jugak hidung Ramli bila dia mendapat pujian dari orang kampong. Kelihatan pula anak bunian berjalan dalam keadaan longlai…
“ Hang kena apa pulak Afit ( anak bunian ). Nampak sakit saja “. Tanya seorang penduduk
“ Semalam jatuh motor “. Ringkas jawapan anak bunian dan terus ke dalam rumah.
“ Dah bawa macam anak hantu. Mau tak jatuh “. Gurau seorang penduduk. Ketua kampong datang dan mengendali perjumpaan tergempar.
“ Saya cadangkan kita buat rukun tetangga. Setiap keluarga perlu hantar wakil. Sekurang-kurang seorang “. Kata ketua kampong. Ia mendapat persetujuan dari penduduk kampong.

Malam itu 5 orang berkawal menjaga kampong. Ada pula penduduk yang baik hati telah bekalkan minuman dan roti untuk mereka sepanjang berjaga malam. Malam pertama, kedua, ketiga dan hingga malam yang ke 6 tiada apa-apa yang berlaku. Masuk malam ke 7 tiba-tiba terdengar seorang wanita menjerit bila pulang dari kerja. Menurut katanya semasa dia melalui bawah pokok ketapang pocong berada di atas pokok sambil menjuntaikan kakinya. Apalagi bergegas wisel di tiupkan tanda ada berlaku kecemasan. Penduduk kampong keluar beramai-ramai untuk membantu. Puas mereka mencari kelibat pocong tapi tidak berjumpa dan malam itu berlalu begitu saja tanpa berlaku kejadian baru.

Malam berikutnya giliran berjaga malam di ambil orang lain pula. Tiba-tiba terdengar bunyi suara tangisan seperti anak kecil
“ Tu suara pocong “. Kata seorang dari mereka. Bergegas mereka kesana. Suara tangisan terus berbunyi dari arah ladang koko. Tiba-tiba mereka melihat sekujur tubuh berbalut kain putih sedang baring di atas tanah. Parlahan-lahan mereka ke arah pocong. Masing-masing ketakutan takut pocong melompat kearah mereka. Bila mereka mendekati pocong lalu salah seorang dari mereka menyuluh muka pocong..
“ Ini anak bunian. Celaka punya budak. Selama ni dia punya kerja la. Yang Ramli pukul rupanya dia la. Padan muka “. Kata mereka. Di ambil air lalu di masukkan kedalam baldi besar lalu di siramnya ke arah pocong palsu.

Perlahan-lahan pocong palsu membukakan matanya. Wisel telah di bunyikan. Maka keluarlah penduduk kampung untuk mengetahui apa yang berlaku
“ Rupanya ini lah pocong yang selalu ganggu penduduk kampung. Ini kerja anak bunian haram jadah “. Kata salah seorang dari penduduk yang berjaga malam. Ada yang dah menyekak kolar baju anak bunian tapi ketua kampong menyabarkan.
“ kita dengaq dulu cerita dia “. Kata ketua kampong
“ Hang cerita dekat orang kampong apa yang berlaku “. Kata ketua kampong. Emak anak bunian mula mengamuk bila mengetahui rupanya selama ini anaknya yang buat onar.
“ Hang bagi malu aku dengan pak hang “. Ketua kampong meminta agar emaknya sabar. Apa-apa pun masalah, biar di selesaikan di rumah saja.

“ Seperti biasa saya duduk belakang pokok ketapang menanti orang kampong. Tiba-tiba saya terdengaq suara budak menangih. Saya terkejut bila pocong berdiri depan saya. Saya ingat orang kampong nak bergurau dekat saya “. Cerita anak bunian
“ Awat…Hang ingat kami macam hang ka “. Marah penduduk kampung.
“ Sudah lah tu. Kita dengaq dulu cerita budak ni “. Kata ketua kampong.
“ Saya gelak dekat dia lalu buka kain yang di muka dia. Bila saya tengok rupanya mata dia berlubang. Muka dia hitam. Dia gelak tapi gigi pun tak ada. Saya tak sedar terus pengsan “. Cerita anak bunian.
“ Baghu hang ada akai. Tuhan punya kuasa. Selalu hang dok gempaq penduduk kampong. Lani hang kena dengan pocong. Apa hang ghasa “. Kata anak kampong. Diam anak bunian.

“ Macam mana ni. Kita nak bawa dia pi balai polis ka “. Tanya penduduk kampong dekat ketua kampong
“ Saya ghasa tak perlulah kita bawa dia ke balai polis. Kita bagi amaran dekat dia yang lain kali jangan buat lagi “. Kata ketua kampong
“ Saya mau hang minta maaf dekat semua orang kampong atas apa yang dah buat “. Kata ketua kampong dan anak bunian lalu meminta maaf
“ Hang sakit tak kena pukui dulu “. Tanya orang kampong
“ Sampai lani dok sakit lagi “. Kata anak bunian
“ Tu baghu sikit. Lain kali hang buat, kami bagi lagi kuat “. Kata orang kampong.

“ Hang balik rumah. Aku nak ajaq hang cukup-cukup “. Kata emak anak bunian
“ Dah la. Jangan di pukui anak hang tu. Dulu hang sedih sangat bila bunian nak ambik dia. Hang nasihat dia baik-baik. Jangan di ulang lagi perbuatan tu “. Kata ketua kampong. Nasib baik kisah anak bunian yang menyorok di dalam tong hanya kami saja yang tahu dan rahsia masih tersimpan dengan rapi. Kalau lah emak si anak bunian tahu sudah tentu anak bunian teruk di kerjakan. Akhirnya aku mendapat tahu anak bunian telah di hantar ayahnya ke sekolah lain luar dari kampong kami. Mungkin malu dengan kelakuan anaknya. Walaupun anaknya tiada kejayaan dalam pelajaran tapi kini dia berjaya dalam bidang perniagaan. Bila kami berkumpul sudah tentu kisah lama akan di bangkitkan. Sesungguhnya pengalaman mematangkan seseorang.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Ariff Budiman
FB Penulis

17 thoughts on “Anak Bunian & Pocong vs Pocong”

  1. kira berani jugak laaa anak bunian tu malam2 boleh duk berbungkus macam pocong bagai..dulu aku time budak2 try berbungkus macam pocong tu time siang2 pun dah rasa seram siap at tolong bungkuskan lari lintang pukang lagi tinggal kan aku duk terlompat lompat ligan depa (kejar mereka)..hahahahaha..biasa laa tu budak2 kalau tak buas (nakal) tu bukan nama nya budak2..

    Reply
  2. cerita 1-semua caya je bomoh ckp kne sorok bunian…x takut dosa ke minx tlg dgn bomoh ni
    -nk kne simbah dgn air panas?hurmm…masalah2
    cerita 2-mmg nakal..hahhaa

    Reply
  3. Aku dulu pernah sergah geng bdk2 perempuan balik ngaji di kawasan gelap,sekali tersergah pak cik nk ke surau. Sambil terjerit2 dilibasnya aku dgn kain putih yg dililit di leher dia tu. Mengucap panjang dia masa tu. Al fatihah buat arwah yg telah pergi beberapa taun lepas.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.