Anak Jin Berpaut Dikaki

Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera
Alhamdulillah dan syukur diatas nikmat yang dikurniakan kepada kita kerana masih diberikan kesihatan dimuka bumi ini, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada admin FS kerana sudi menyiarkan kisah aku sebelum ni. (Gangguan di Pejabat) dan tak lupa juga kepada pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca kisah aku..dan hari ni aku teringin nak berkongsi cerita berkenaan anak jin berpaut dikakiku…

Kisah kali ni, taklah begitu seram..tapi bagi aku, seram jugak..sebab terkena pada batang hidung aku sendiri. Aku taknak meleret terlalu lama, jom kita selami kisah aku…pada hari jumaat team bola sepak aku telah terpanggil untuk menghadapi perlawanan persahabatan di selatan tanah air, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Jadi kami satu team lebih kurang 25 termasuk pegawai-pegawai pasukan bersetuju utk bergerak jam 11 pagi, dan solat jumaat di daerah tersebut. Kami diberi pelepasan berkerja ye pada hari tersebut..hehehe

Sampai awal boleh rehat awal…dah taklah terlalu penat, kalau bertolak lepas solat jumaat dari ibu kota nak tempuh jem lagi, sampai2 je terus nak main bola…mmg kalah la team aku..jadi kami bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Aku & Isa di pelawa oleh kawan aku untuk tumpang bersamanya, jadi kami pun tanpa berlengah-lengah..jam 11 pagi kami tunggu dilobby….perjalanan seperti biasa lancar…setibanya kami disana kami pun mkn dan berehat di Masjid berdekatan stadium mini daerah tersebut sementara nak tunggu Khutbah dan solat jumaat.

Selesai solat jumaat kami melepaskan lelah di perkarangan masjid tersebut. Waktu yang dinantikan pun telah tiba, team aku turun menentang pasukan dari daerah tersebut. Kami menang 6-1, aku mcm biasa selaku striker score 3 biji…puji diri sendiri hahaha….
Kebetulan aku ada maklum pada sahabat aku yang menetap di kawasan tersebut oleh kerana beliau ditugaskan didaerah tersebut maka beliau seperti telah menetap disana, taknak pindah kemana-mana katanya..suka hati ko lah Abu…janji kau bahagia…habis je perlawanan dan bersalaman aku terdengar suara yang aku amat kenali dari tempat duduk penyokong…bila aku toleh rupa-rupanya abu hadir sebagai penyokong..ada juga aku peminat..hahaha

Aku pun pergi ke abu, dengan buah tangan seorang pemain sebotol 100plus 500ml dihulurkan kepada peminat..hehe Abu ambil tanpa banyak tanya…dia terus mempelawa aku “weyh brooo…nnti datang rumah aku, bini aku dah masak…jgn tak datang…aku dah share location..nanti check hp”
Aku bila dengar kata makan free, mmg laju..hahaha “ok bro, aku mai..hang tunggu kat rumah aku nak mandi, salin baju…tunggu solat maghrib sat terus p rumah hang” selesai je mandi dan tunggu solat sekejap lebih kurang jam 7.30pm kami bertiga bergerak ke rumah Abu. Makan punya la sedap..lebih kurang 9.00pm kami terus bergerak pulang.

Sepanjang perjalanan pulang, aku mula gatal dibahagian bawah buku lali kaki kanan….seperti digigit binatang..gatal ya amat… tergaru2 aku sepanjang perjalanan….hari ahad aku dapati buku lali aku kepanasan dan membengkak…hari isnin habis waktu kerja..aku singgah dipadang..”coach tak boleh nak join, buku lali bengkaklah”..coach aku bersuara “eh ko kena tackle ke?”
“mana ada coach, hari tu friendly ok je”….coach aku pun suruh aku berehat dan rendam kaki dalam ais..aku singgah klinik, doktor bagi aku ubat surut bengkak dengan ubat sapu…aku dapati semakin hari kawasan membengkak tersebut semakin naik keatas…utk makluman rasa gatal aku dah tiada..kali ni cuma rasa panas je dikawasan membengkak tu.

Bila smpai ke betis aku pergi menuju ke klinik lagi, doktor ckp mungkin aku alergik…aku pun mengiyakan…makan la ubat yang dia bagi…dah 2 minggu mcm tu, tgh lepak kedai makan tiba2 ada dtg seorang makcik ni tegur aku…kebetulan aku pakai seluar pendek..dia nampak kaki aku yang bengkak tu…terus dia ckp.. “kenapa ni nak” aku pun bagi tahu la dia “ntah lah makcik, lepas main bola kat sana hari tu, balik2 terus bengkak mcm ni” dia pun terus bagitahu aku, ni ada terpijak benda kat sana ni….klu nak baik kena p tabur beras kunyit kat tempat main bola tu balik…aku pun iyakan jelah… mmg aku taknak buat lah..mcm nak menjamu benda tu plak rasa…

Nak masuk minggu ke3 bengkak tersebut terus berada di bahagian lutut plak, waktu ni susah nak berjalan dan terasa sakit sabab lutut aku dah mcm kena gout bengkaknya..hahaha, masa bengkak tu sampai ke lutut, cuba korang bayangkan tengah buat kerja sambil menaip di pejabat, panas dia boleh terasa smpai ke tangan bahangnya,letak telur boleh masak beb huhuhu….tengah lepak2 kat tepi padang tengok member lain training…tiba2 datang member coach aku..”Bro apa kata aku bawa hang jumpa ustaz, kalau dah rawatan moden tak jalan, kita try rawatan islam” aku pun setuju…. terus dia call ustaz tu tanya free ke tak malam ni…

Kita merancang Allah menentukan, mmg jodoh dan rezeki aku untuk bertemu ustaz tersebut..ustaz minta kami dtg lepas isyak dan bawa 2 botol air mineral…mlm tu lepas je waktu isyak kami bergerak menuju ke rumah ustaz tersebut…aku pun cerita la kat ustaz tu masa bila kena dan berapa lama bengkak ni dah menghuni di kaki aku ni. Siap ckp lagi “saya yakin ustaz …saya tak kena tackle pun” masa berborak tu…ustaz ada memegang kaki ku dari lutut turun ke ibu jari…kemudian ustaz berkata “kita ikhtiar ye, penyakit ni dtg dengan izin Allah, sembuh pun dengan izin Allah”

Ustaz pun minta aku melunjurkan kaki…ustaz pun memulakan proses rawatan, ustaz mula mengalunkan bacaan-bacaan suci ayat al-Quran, zikir dan doa…aku boleh ikut apa yang ustaz baca, Cuma ada ayat yang ustaz akan ulang sebanyak 3 kali. Lama juga ustaz berzikir dan berdoa..hampir 30 minit mcm tu..ustaz pun berhenti..terus dia tanya pada aku. “ko ada pergi rumah kosong tak” aku dengan pelik terus balas “eh takder ustaz, lepas main bola terus kami balik” aku tak cerita la yang aku p rumah kawan aku..sbb aku rasa mcm tiada kena mengena dengan penyakit aku ni…

Terus ustaz berkata lagi “ada, ko pergi sana hari jumaat, lepas main bola ko ada singgah rumah kosong, ooo ya ko pergi rumah kawan ko, ko letak kereta dengan rumah kosong tu kan” ustaz bercakap ketika ini dgn mata tertutup dan dlm masa yang sama terbuka sedikit…
Terus aku balas “owh betul ustaz, depan rumah member saya tu, ada sebuah rumah..rumah tu kosong, jadi kami parking kereta disitu, masuk rumah kosong tu tak pun ustaz”…Ustaz terus sambung “haa, kat situ la ko kena..kebetulan masa ko keluar tu, ko dah terpijak makanan yang dijamu kepada benda tu..tapi tak mengapa…ko tak sengaja”

Aku dalam hati…”aduhhhh nak kena p tabuq beras kunyit plak ka ganti makanan depa..xnak lah aku”
Ustaz pun terus berbicara…”benda tu marah, jadi yang hang duk gatal tu, anak jin tu yang duk gigit, dia mcm berpaut…tu yang makin lama makin naik keatas…benda ni kalau dah smpai kat angry bird..mmg susah nak buat..lagi sakit bila sampai tangg tu… sebab telur hang boleh membengkak besar air tin …nak rawat pun sukar sedikit..rezeki hang jumpa si Ali ni dpt berubat awal”

Mak aiii, terkejut dan tergelak besar kami yang mendengarnya….ustaz pun capai garam kasar yang telah dicampurkan bijan hitam dan hulurkan kepada aku…ambik ni bacakan Al-fatihah, dan selawat nabi 7kali..lumurkan dari lutut sampai ke ibu jari…buat pagi dan sebelum maghrib…dan bermula esok aku tidak dibenarkan keluar rumah selepas waktu maghrib selama 3 hari berturut.
Ustaz bersambung lagi “saya tak boleh pegang dah kaki awak tu, sebab benda tu marah..panas dia bila saya pegang” aku terus seram..sebab selama ni aku duk bawa anak jin…huhuhu

Untuk makluman aku pergi kerja mcm biasa, masuk je hari ke 3 berubat…petang tu aku ada lepak dekat cafeteria di pejabat aku..ada sorang brother ni, dia ni pandai jugak berubat…dia tegur aku ko pergi berubat kat mana? Aku ckp la kat ustaz sorang ni, kemudian dia kata kat aku.. “ ko nampak tak pokok kelapa kat luar tu, kau pergi sana sekejap..kemudian ko membelakangkan pokok kepala tu, dan ko gosok kaki ko yang gatal tu pada pokok kelapa tu”….aku pun gelak dan berkata “hihihi…abg ni biar betul, kang orang cakap saya gila pula duk tergosok-gosok kat pokok tu…” aku bukan x nak buat..tapi betul ke brother ni… (masa ni bengkak dan gatal aku dah turun balik di buku lali, Cuma panas dah berkurangan)

Lepas je aku ckp mcm tu..dia terus sound aku “pergi je lah…mak bapak dia duk tunggu kat situ tu…nak ambik anak dia balik” …aku terus terkedu, sbb aku x cerita pun pasal anak jin atau apa-apa berkenaan sakit aku..Cuma aku beritahu yang aku pi jumpa ustaz mana je tadi…. aku tanpa melengahkan masa..terus berjalan keluar dari cafeteria dan buat seperti yang disuruh..abg tu tgk je aku dari jauh…lepas aku dah gosok kaki aku tu, dia lambai aku panggil aku “haaa dah…dah…mai sini balik”…sampai je aku kat meja….”ok lah tu, kejap lagi dia balik la tu..ok dah tu..Alhamdulillah..kau serasi berubat dengan ustaz tu”
Aku pun tanya dia… “mcm mana abg boleh tahu ada anak jin kat kaki saya”….rupanya dia diberikan kelebihan untuk melihat sesuatu yang orang lain tak boleh nampak…. alhamdulillah esoknya hari ke4 rasa gatal, sakit, panas dan bengkak dah tiada lagi dikaki aku…aku dah boleh bermain bola seperti biasa…

Syukur kepada Allah SWT kerana memberikan kesihatan dan kesembuhan kepada diriku…
begitulah kisah aku, kisah aku kali ni tidak seram dan tidak membuatkan pembaca meremang bulu roma, lebih kepada menceritakan pengalaman aku lalui…. aku mohon kemaafan dan sekiranya terdapat kesalahan mengeja dan tatabahasa dalam penulisan ini, aku mohon maaf lagi sekali.. InsaAllah diwaktu yang lapang akan ku kongsikan kisah yang lain.
terima kasih, kerana sudi membaca….
-Panglima T-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Anak Jin Berpaut Dikaki”

  1. Kalo terbawak anak jin tu boleh ke ustaz tolong bantu, tp kalo terbawak benih org kat perut tu memang x de sape2 pun ustaz nak tolong.

    Reply

Leave a Comment