Angah Punca, Aku Yang Terkena

Salam buat semua pembaca FS. Terima kasih aku ucapkan pada admin FS sekiranya kisah aku ini dipublishkan. Aku perkenalkan diri aku sebagai Isha dan family aku gelar aku Adik. Aku ada 2 orang abang dan 2 orang kakak. Aku ialah anak perempuan bongsu dalam keluarga kami.

Seminggu sebelum trial pt3 2017,

Malam Rabu tu aku dah nak masuk bilik tidur tapi Angah (abang aku) minta tolong picitkan kaki dia. Entah kenapa masa aku picitkan kaki dia tu aku rasa tak sedap hati terus aku baca ayat kursi. Dah siap tu aku pon pergi lah tidur. Esoknya aku bangun macam biasa dan belakang aku rasa sakit sikit. Aku fikir mungkin sebab jarang exercise kot. Ha takpe lah. Tapi sakit tu berlanjutan sampai 3 hari. Aku decide untuk cerita kat Angah sebab dah tak tahan sangat coz sakit tu sampai ke tangan. Tangan kiri aku tak boleh angkat.

Malam tu Angah suruh aku duduk, belakang badan menghadap dia. Aku tak tahu ayat apa dia baca tapi aku rasa panas weyh. Lepas tu yang sakit teruknya kat tangan tapi dia pergi picit belakang. Dalam hati dah maki dah si Angah ni. Dia picit belakang aku sambil baca-baca apa tah aku tak tahu sebab aku rasa rimas, panas, rasa nak lempang jer Angah. Tak lama lepas tu Angah tepuk belakang aku terus aku tersedar. Aku nangis, aku tak tahu kenapa. Angah cakap dah takde pape, dia suruh aku pergi mandi. Lepas mandi tu aku suruh Kak Yaya tengokkan belakang aku. And guess what? Ada kesan tapak kaki kat bahu aku. Angah kata benda tu ikut Angah tapi pindah kat aku masa aku picitkan kaki Angah.

Seterusnya jadi masa November 2017,

Masa tu lepas maghrib, Angah bagitau dia rasa tak sedap badan. Rasa ada benda ikut dia tapi dia tak boleh nak ikhtiar sendiri sebab benda tu ada kat diri dia. So dia minta tolong kami untuk sapukan air yassin dekat belakang badan dia. Disebabkan hanya aku yang agak berani sebab aku tak nampak, tak rasa dan tak boleh dengar benda macam tu so aku buat lah. Aku sapu air yassin tiga kali sambil selawat. Elok je lepas tu aku terus duduk sandar kat dinding. Semua tanya aku ok ke tak sebab depa kata aku nampak lain. Aku jawab lah aku ok je. Aku try untuk join Kak Yaya tengok tv. Tapi aku meracau bila Angah buka ayat ruqyah. Aku start menangis, pastu gelak, pastu nangis semula. Aku jerit-jerit nama Kak Yaya. Untuk pengetahuan korang, Kak Yaya ni lemah semangat and ada cerita tentang Kak Yaya yang akan aku ceritakan nanti. Angah try untuk handle aku tapi dia tak kuat sebab aku meronta-ronta.

So, Angah biar je dulu aku macam tu sementara tunggu kawan dia datang. Actually aku separuh sedar. Aku tahu yang Kak Yaya takut, mak marah aku tapi aku tak boleh buat pape. Aku cuba untuk lawan tapi tak boleh. Kau bayangkan aku boleh main lompat-lompat dengan anak patung besar macam budak 4 tahun dalam rumah. Dari ruang tamu ke dapur aku lompat dengan anak patung tu. Bila aku penat, aku minum air tapi bukan dari yang Angah bagi. Aku bukak fridge dan minum air tu direct dari botol sampai separuh weyh. Lepas tu aku baring kat ruang tamu. Aku tak ingat apa yang Angah cakap sampai aku tampar muka dia. Adik minta maaf sebab tampar Angah masa tu. Huhu. Another thing yang aku buat is aku kunci pintu sebab tak nak bagi Angah dengan kawan dia masuk.

Bermulalah sesi rawatan aku dengan kawan Angah, Abang Li dan Abang Andak. Aku duduk menghadap Abang Li. Aku boleh main cak-cak dengan dia. Pastu tak tahu kenapa aku gelakkan dia then nangis jerit nama Kak Yaya. Sumpah weyh aku dah macam orang gila masa tu. Abang Li ni duduk dekat dengan aku and tarik kaki aku. Dia letak lada hitam kat jari kaki aku sampai aku jerit-jerit. Dia paksa benda dalam badan aku keluar tapi benda tu tak nak. Dia kata dengan Abang Li dia nak kawan je dah lama dia takde kawan. Tak lama lepas tu Abang Andak sampai. Abang Andak duduk depan aku dan aku which is benda dalam badan aku ni tak nak tengok langsung muka Abang Andak.

Abang Andak baca ayat quran dan dia potong limau nipis masuk dalam besen yang ada air. Bila dia dekat dengan aku, dia libas aku dengan kain. Sakit weyh kena libas tu. Abang Andak tanya nama siapa and benda tu kata dia tak tahu nama dia siapa. Dia kata dia tak ingat dia dari mana. Dia tunjuk Angah means dia ikut Angah balik kerja. Abang Andak jeling Angah sebab Angah tahu pasal benda ni memang punca dari dia. Abang Andak slow talk suruh benda ni keluar jangan kacau aku. Benda tu tak nak jugak. At last, Abang Andak guna limau nipis gosok kat tengkuk aku. Panas, pedih, sakit semua ada. Aku nangis gila-gila tahan sakit masa tu. Dia punya pedih tu macam tempat luka kau perahkan dengan limau. Lepas tu macam mana benda tu keluar aku tak ingat sebab aku totally lost masa tu.

Bila aku sedar aku menangis teresak-esak sambil peluk mak. Aku takut gila kot. Angah pon cerita yang benda tu sebenarnya cik ponti yang ikut dia masa dia balik kerja. Well said, aku marah kat Angah sebabkan dia aku yang kena. Tu jelah kisah aku. Maaf kalau tak seram tapi aku cuak jugak masa taip ni. Kalau diberi kesempatan aku akan ceritakan tentang Kak Yaya yang lemah semanga tu ya. Insya-Allah…

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

1 thought on “Angah Punca, Aku Yang Terkena”

Leave a Comment