ANGAH-SAKARATUL MAUT MELAMBAI KU..
22.5.2017
Isnin, 4-5 am
Angah hentikan sementara kisah yang sedang angah tulis ketika itu. Kisah yang angah letak judulnya Aku Mayyit itu.. angah ingin hantarkan ke Fiksyen Shasha. Angah pun tidak tahu kenapa.. bila angah hantar siri Ahmad ke FS sebelum itu.. bermula dengan pertengahan, penutup dan barulah permulaan. Betullah kecaman readers kepada angah. Maafkanlah angah wahai readers, kerana di ketika itu.. angah memang benar benar didalam keadaan yang entah apa apa.. kerana angah baru sahaja melepasi episod KORBAN PERJANJIAN SYAITAN.
Berbalik kepada kisah yang angah sedang tuliskan itu.. angah hentikan sementara sebab angah ingin tunaikan solat tahajud, yang cuma angah buat jika angah punya kekuatan. Selepas solat tahajud, tiba tiba sahaja angah terasa hendak berzikir(pendinding) sedikit. Jadinya.. angah sambung zikir tu.. dalam sedikit masa yang lama juga. Dan semasa sedang berzikir itulah.. angah mula rasa tidak selesa. Sepatutnya angah akan habiskan wirid sebanyak lima ratus kali seperti biasa. Namun disebabkan rasa tidak selesa itu semakin bertambah, menyebabkan angah terus tanggalkan telekung angah.
Angah terus ambil bantal dan baring tidak jauh dari anak anak angah. Angah cuba lelapkan mata.. tetapi tidak berjaya. Keinginan angah untuk menyambung penulisan angah pun, tak dapat angah tunaikan. Sebabnya ada rasa aneh yang sedang menjalar ditubuh angah. Angah pejam mata.. dan berzikir lagi. Angah mohon pada Tuhan semoga derita angah kan berakhir segera. Dan dalam keadaan itulah.. tiba tiba sahaja..
Leher angah dijerut. Erat sekali. Angah terus tidak mampu lagi untuk bernafas seperti biasa. Tercungap cungap angah sambil memegang leher. Angah bukan cekik leher sendiri ye.. seperti dalam kisah Korban perjanjian tu.., tetapi.. angah ingin merungkai akan sesuatu yang sedang melilit leher angah. Namun sayangnya tidak ada apa apa yang dapat angah gapai. Yang ada cuma leher angah sendiri sahaja yang dapat angah sentuh.
Arrgghh.. arrgghh..
Hanya itu yang mampu angah suarakan. Tubuh angah mula terenjat renjat. Terdongak dongak kepala angah ke atas.Tidak tahu kenapa tangan angah kekal dileher seolah olah bagaikan sedang memegang sesuatu. Kerana walaupun memang tiada apa yang dapat angah sentuh, tetapi angah tetap merasakannya. Memang ada sesuatu yang sedang menjerut leher angah. Cuma tak nampak ja.. .
Errgghh.. errgghh..
Angah mula nazak. Airmata angah pun dah lama mengalir. Angah dah tak tau nak buat apa lagi. Jadi angah mengucap ja banyak banyak. Dalam masa yang sama tubuh angah mula menggeletak. Siksanya.. hanya Tuhan yang tahu. Benarlah bahawa sakitnya sakaratul maut itu.. tiada siapa pun yang mampu menanggung. Ingin sekali angah meraung.. memanggil manggil mak tok supaya membantu angah untuk merungkaikan apa yang sedang menjerut leher angah. Tetapi tiada suara yang mampu dikeluarkan lagi. Menyebabkan akhirnya angah mula pasrah. Hanya menunggu masa untuk pergi selamanya. Mata angah mula tertutup perlahan lahan. Hati angah mula menangis. Ya.. ALLAH.. peliharalah anak anak angah. Jika sememangnya masa angah sudah tiba.
Disaat angah sudah bersedia untuk menerima hakikat. Didalam mata yang sudahpun terpejam. Dengan nafas yang sudah menghampiri penghujungnya.. dan tubuh yang sedang menggeletak bagaikan haiwan yang baru disembelih kerongkongnya.. tiba tiba sahaja.. mencurah curah air ke dalam mulut angah. Basah lencun wajah angah. Angah buka mata.. angah lihat..
Mak Tok dengan linangan airmata, sedang menuangkan sebotol air ruqyah ke dalam mulut angah. Nasib baiklah angah buka mata. Kalau tak.. habislah kembung perut angah. Tak pasal ja.. angah mati sebab perut kembung pula. Mak tok.. kemudiannya menarik kembali botol air ruqyah itu, selepas angah mula melihat mak tok. Kemudian mak tok tuang lagi sedikit demi sedikit perlahan lahan.
Alhamdulillah.. dengan bantuan air ruqyah yang dituang ke dalam mulut angah oleh mak tok itu.., angah perolehi sedikit kekuatan. Namun tubuh angah yang sedang menggeletak geletak itu pula, semakin mengganas. Nampaknya.. pertarungan semakin memuncak. Mungkin ‘mereka’ marah kerana pertolongan mak tok gamaknya, Atau.. ‘mereka’ marah kerana cerita mereka disiarkan di Fiksyen Shasha? Lantaklah.. angah peduli apa. Sapa suruh kacau angah. Kan dah mendapat. He.. he..
Oh My God! Mentang mentang angah tak nampak dan tak dapat pegang apa yang dileher angah. ‘mereka’ mula menambahkan lagi kadar eratnya jerutan itu. Menyebabkan sambil tangan angah memegang leher, tubuh angah mula berguling guling ke sana ke sini. Meronta ronta tubuh angah, bagaikan tubuhnya banduan yang sedang menjalani hukuman gantung sampai mati.
Mana lagi nak tahan nyawa yang sedang tercungap cungap. Mana lagi nak tahan sakitnya tubuh disana sini akibat terhempas dan terguling ke kanan dan ke kiri. Dan yang paling dasyat.. mana la angah dapat nak tanggung pedihnya leher angah yang bagaikan hampir putus itu. Jahat. ‘Mereka’ memang jahat. Nampak sangat orang yang mengupah penyihir angah itu, dan tukang tukang sihir juga bagaikan kufur laknat. Langsung tak takut Tuhan.Kerana di hati mereka tiada langsung wujudnya belas kasihan.
Mungkin juga sebab malam tu.. Tok ayah tak ada. Kalau tak silap angah, malam tu.. Tok ayah iktikaf kat masjid kut, rasa rasanya. ‘Mereka’ pun bermaharajalela. Tubuh angah.. mereka perlakukan sesuka hati sesedap rasa. Tak cukup dengan tu.. ajinomoto pun ‘mereka’ curahkan sekali.
‘’Maaaakkkkkk…. Sakit maaaaakkkkkk…. Sakiiitttt… .’’
Alhamdulillah.. akhirnya angah mampu juga bersuara. Tapi tu.. la.. angah sakit tak tahan sangat. Angah jerit panggil mak tok. Sepatutnya angah jerit nama Tuhankan. Nampaknya.. angah masih lagi insan biasa. Belum sampai lagi tarafnya insan bertaqwa.
‘’Maaaakkkkk.. sakiiitttt… hu… hu… hu…’’
Ya.. angah nangis tanpa rasa malu lagi. Selalunya angah tahan airmata di depan keluarga. Cuma beberapa kali sahaja dalam hidup angah.. yang angah termenangis di depan keluarga angah. Depan orang lagi la angah tak akan menangis. Malu kut. Melainkan yang ada ikatan erat dihati angah. Itu pun cuma sekali dua. Selalunya.. angah lebih suka menangis dengan Tuhan saja. Tapi.. angah biasa juga nangis beramai ramai dengan anak anak angah. Happy family gitu..
‘’Ya.. sakiitt.. mak tau.., cheq ingat ALLAH naa… cheq ingat ALLAH.. lawan tau.. cheq lawan jugak.’’
Kata Mak tok sambil menuang lagi air ruqyah ke dalam mulut angah. Alhamdulillah.. mak tok ingatkan angah supaya ingat kat ALLAH. Angah yang tadinya dah tersilap pi mengadu kat mak tok siap mengongoi ngongoi macam bini mati laki, terus pi mengadu kat ALLAH balik. Astaghfirullah.. macammana la.. angah boleh tersasar dari mintak kat Tuhan.
Ya.. ALLAH.. ampunkanlah angah.
Didalam keadaan angah yang tengah bergelut dengan jerutan ghaib dileher angah itu.. tiba tiba bergema bacaan ayat suci Al Quran dari jam taqwim yang sedang tergantung didinding. Menunjukkan yang sepuluh minit lagi akan masuknya waktu subuh. Dengan Berkat dan Rahmat dari ALLAH S.W.T juga doa dan ayat dibibir mak tok, Alhamdulillah.. jerutan itu beransur hilang. Meninggalkan kesan kesakitan yang teramat pedih dileher angah.
Tangan angah yang sedari tadi berusaha untuk melonggarkan jerutan dileher angah, mula terkulai lesu. Tubuh angah yang terguling guling entah berapa lama itu pun terhenti. Tetapi airmata angah lagi mencurah curah adalah. Apalah dosa angah. Tak apa lah.. kalau itu.. sememangnya sudah ditakdirkan dalam suratan angah. Angah redha saja.
Wahai Tuhan.. aku cinta Kamu..
Mak tok mula tinggalkan angah sebentar, tidak lama selepas azan dilaungkan. Mak tok siap kata kat angah.. ‘’Mak pi sembahyang sat tau.’’
Angah pun nak pi sembahyang jugak. Tapi bila angah nak bangun, tubuh angah berat la punya berat macammana nak habaq pun tak tau la. Memang tak berganjak langsung tubuh angah. Jadi angah fahamlah.. yang ‘mereka’ masih ada lagi. Angah kerling kanan, angah ternampak bekas bunga cengkih’ruqyah’. Angah gagau tangan angah dengan susah payah, barulah dapat capai bekas tu. Angah ambil satu masuk mulut. Mak aii.. macam kunyah bara api rasa dia. Sekali lagi angah faham yang sihir kali ni terlalu dasyat dan terlalu kuat. Macammana angah tahu? Berdasarkan rasa bunga cengkih yang sedang dikunyah. Kalau dah rasa sampai macam nak melepuh mulut tu.. faham faham sahajalah.
Disebabkan rasa bara tu dah nak sampai melepuh dalam mulut angah, jadi angah kunyah sebiji lagi dan sebiji lagi sampailah rasa bara tu reda. Lekas lekas angah bangun perlahan lahan untuk pergi menunaikan solat. Satu satu angah heret langkah kaki. Angah tahu.. angah harus segera tunaikan solat. Sebelum mereka mula aktif kembali.
Selepas bagi salam, angah terus cari phone. Patutnya.. angah zikir dan baca Quran dulu. Tapi angah rasa tak sedap hati. Jadi angah post kat fb angah ringkas saja..
‘Salam, saya Nury Irfan a.k.a angah minta maaf zahir batin. Doakan saya.’’
Ya.. angah minta maaf sebab rasa bersalah kerana angah berselindung disebalik nama angah. Dan rasa bersalah juga kerana bila ditanya siapa angah? Angah tidak berterus terang. Maafkan angah, kerana angah sebenarnya seorang yang pemalu. Dan yang keduanya angah minta maaf kerana angah sudah berjanji dengan readers FS yang angah akan hantar kisah angah lagi. Tapi.. angah baru saja lepasi satu episod sakarat dan angah dapat rasakan yang episod itu belum berakhir. Kalau angah mati macammana? Pasti angah berdosa sebab tidak tunaikan janji. Sebab tu.. la.. angah ambil keputusan untuk dedahkan diri demi untuk memohon kemaafan andai kata.. angah tiada lagi didunia selepas itu. Walaupun dengan seluruh tubuh angah sedang menggeletar.. angah taip juga satu persatu huruf dengan susah payah dan juga perlahan lahan.
Angah terus kembali ke tikar sejadah selepas itu. Patutnya angah baca Yasin dan Muzammil dulu sebelum zikir. Tapi sebab angah dah tak larat sangat, angah cuma mampu zikir sahaja. Tidak lama selepas angah mulakan zikir, angah rebah ditikar sejadah tidak sedarkan diri. Bersama sama kain telekung yang belum sempat angah tanggalkan.
Beberapa jam selepas itu.. angah terdengar sayup sayup suara mak tok memanggil angah. Perlahan angah buka mata. Angah nampak mak tok, angah sahutlah… tapi yang keluar dari mulut angah, hanyalah dengusan dengusan garau penuh kemarahan. Mata angah terpejam kembali dan sekali lagi angah tidak sedarkan diri.
Angah tersedar lagi beberapa jam selepas itu. Tidak tahu kenapa ? Angah mula rasa resah gelisah. Angah terdengar perbualan suara, yang nadanya cemas sekali. Tapi.. angah hanyut lagi. Bagaikan di awangan sahaja.
‘’Along.. along.., abang pi cari along cepat. Dari tadi call tak dapat.’’
Suara Mak tok yang bagaikan halilintar membelah bumi, benar benar menyedarkan angah. Tok Ayah yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah, segera keluar kembali. Mencari along yang masih lagi di tempat kerja.
Tidak lama kemudian, Along dan Tok ayah tiba bersama sama. Selepas mereka berbincang seketika, barulah mereka datang menghampiri angah. Angah cuma mampu memandang mereka dengan hati yang sayu. Kerana dikala itu.. bukan sahaja angah tidak mampu untuk bergerak, tetapi juga tidak mampu untuk berkata kata lagi. Hanya ALLAH yang tahu.. hati angah ketika itu.
Along mula meruqyah angah selepas itu. Di dalam usaha untuk mengembalikan angah yang ada tetapi bagaikan tiada. Mannequin ? Ya.. angah cuma mampu memandang dan memandang sahaja. Tidak pula kesurupan seperti biasa. Tetapi tiada kata dan bicara.., jua tingkah laku. Bisu dan kaku.
‘’Sakiittt.. aku sakiittt… , aku mahu pulaaanngggggg…’’
‘’Mamaaaattttt… aku mahu pulaaannggggg…’’
‘’Mamaaaaatttt.. aku tidak ingin lagi bersantap di sini…’’
‘’Mamaatttt.. kenapa kau tinggalkan aku di sini.’’
‘’Mamaaaattt.. kau dengar taaakkk… ? Aku tidak ingin bersantap di sini lagi.. ‘’
‘’Mamaattt.. kau kata kau mahu anak anak kau, dia.. kau beri pada ku..’’
Dan.. raungan demi raungan selepas itu mula kedengaran dari tiga/empat bahasa dan tiga/empat nada suara. Melayu yang bagaikan ditutur oleh orang asli, melayu dialek orang india dan Bahasa india. Tidak ketinggalan melayu dialek cina/siam dan juga Bahasa cina/ siam. Dalam hati angah masa tu.. Wow..! Terernya angah.. hik.. hik..
Dan didalam setiap bahasa itu.. pasti terselit nama Mamat.
‘Angah’ menjerit jerit kesurupan tiada henti.. Meraung raung sambil meratap hiba. Berjujuran airmata membasahi wajah cun melecun angah. Yang sudah pun bagaikan wajah Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam. Dengan mata membulat terjojol dan mulut menyeringai ketawa mengilai… ha.. ha.. ha.. ha..
Namun.. mengikut kata keluarga angah.. bila kesurupan, angah lebih kepada lagak Chandramukhi ratu hantu ular dalam filem tamil (hindustan) itu. Kalau nak tengok rupa angah waktu kesurupan… tengoklah cerita tu… hampir sembilan puluh peratus sama. Kadang kadang angah juga kesurupan dengan lidah terjelir jelir dan terguling guling, Badan menggeliat geliat beralun bagaikan ular. Dan setiap kali selepas kesurupan.. wajah angah bagaikan sudah lama dimamah usia. Untuk beberapa waktu.
Ya.. wajah angah sebenarnya akan mengikut keadaan kesihatan angah. Kalau tak kesurupan pun, tubuh angah tetap menanggung siksa kesakitan sihir. Jika semakin ‘dasyat’ wajah angah, itu maknanya semakin dasyat juga kesakitan di dalam tubuh ini. Sebab tu.. la.. angah akan selalu tidak sedarkan diri, bila angah dah tak tertanggung lagi kesakitan di dalam ini. Kadang kadang hari hari angah pengsan. Kadang kadang sesekali. Bergantung dengan kesakitan di dalam tubuh angah.
Tetapi.. kali ini rupanya yang meraung raung itu rupa rupanya adalah jin yang dihantar kepada angah, untuk menjadikan tubuh angah sebagai santapannya. Patutlah angah rasa pedih berbisa bagaikan dilapah lapah didalam tubuh angah bertahun lamanya. Selepas Ustaz yang merawat angah membuat upacara bakar bata sebelum kisah (derita ku bahagia mu). Barulah satu persatu sihir demi sihir mula menzahirkan diri.
‘’Maafkan aku.. aku tidak tahu apa apa.. .’’ Kata ‘angah’ memohon kemaafan, setelah along tidak henti henti membaca ayat ruqyah. Yang tapak tangan kanannya, langsung tidak berganjak dari ubun ubun angah.
‘’Aku mahu pulang. Aku cuma mengikut arahan sahaja. Tetapi aku tak mahu bersantap di sini lagi. Tolonglah aku. Kasihan sama anak bini ku. Keluarga aku pun sama juga dengan keluarga kamu. Kita disiksa oleh orang yang sama.’’ Kata jin yang bernada orang asli itu lagi.’’
‘’Kenapa dengan keluarga kamu ? Tanya Mak Tok pula.
‘’Mereka akan dibinasakan jika aku tidak mengikut arahan.Sudah lama keluargaku menjadi tawanan. Tolonglah aku. Kasihani sama anak biniku.’’
‘’Tetapi kasihan juga sama angah. Dah lama dia terseksa. Kami juga tak boleh biarkan kamu terus berada didalam tubuhnya dan menyiksanya. Dia juga berhak untuk hidup. Kalau kamu kasihan sama anak bini kamu, kami juga kasihan dengan anak kami.’’
‘’Tetapi aku tidak bersalah. Aku tidak tahu apa masaalah diantara kamu yang sebenarnya. Yang aku tahu.. tubuh anak kamu ini, dijanjikan sebagai bahan santapanku.’’
‘’Dan kami tak akan sesekali biarkan anak kami menjadi korban hangpa semua.’’ Ujar mak tok tegas sekali, sebelum menyambung katanya lagi..
‘’Apakata kamu masuk islam saja. Nanti ALLAH yang akan lindungi anak bini kamu dari(mereka).’’
‘Angah’ mula mengangkat tangan kirinya tinggi sekali sebelum digoyang goyangkannya beberapa kali tanda tidak mahu. Kemudian dibawa pula tangannya itu ke wajahnya lalu dilalukan isyarat cross diatas wajahnya sendiri. Sebelum akhirnya angah mengangkat pula ke dua dua belah tangannya tinggi, lantas ditekapkan ke dua telapak tangannya dan mulalah dia mengayun ayunkan tangannya bagaikan penyembah berhala yang sedang menyembah patung berhalanya.
Mak Tok yang melihat adegan itu, lekas lekas memalingkan wajahnya dengan matanya yang sudah pun mula berkaca. Tok Ayah seperti biasa hanya merenung sayu. Along yang sedang mengalunkan ruqyah langsung tidak mempedulikan apa yang berlaku. Terus sahaja dia meruqyahkan angah yang sepatutnya didalam hukum sudah pun jatuh kemurtadannya. Semoga ALLAH mengampunkan angah, kerana ia bukanlah dengan kerelaan angah. Terus terang saja angah katakan, waktu tu.. memang angah nangis aaa… kat dalam ni.. . Angah tak sangka langsung yang angah akan ‘murtad’ sampai macam tu sekali.
Wahai Tuhan.. ampunkanlah aku..
‘’Maafkanlah aku.. aku sememangnya tidak tahu apa apa. Urusan ku di sini hanya kerana aku dijanjikan tubuhnya sebagai santapan.’’ Suara memohon kemaafan dari ‘jin’ yang berdialek melayu orang asli itu kedengaran lagi.
‘’Maafkan aku juga. Kata ‘jin’ yang berdialek melayu india pula. Sebelum dia menambah lagi. ‘’Dia (angah) sebenarnya ingin dijadikan korban. Buat menambah kekuatan ilmu hitam mereka. Dan dia adalah korban pilihan untuk dipersembahkan kepada yang di atas sana. Mereka ingin letakkan dia di atas dupa.. ‘’ Kata jin india itu sambil membuat pergerakkan tangannya seolah olah membentuk sebuah dupa yang panjangnya mencukupi untuk membaringkan seorang manusia. Sebelum dia menunjukkan dengan isyarat lagi.. apa yang ‘mereka’ ingin lakukan dengan ‘angah’ jika angah berjaya ‘di ambil’ mereka. Dengan menggunakan tangan angah dia membuat isyarat memotong kedua belah pangkal paha angah, kemudian memotong pula kedua belah pangkal tangan angah. Sebelum dia menunjukkan isyarat lagi dengan memotong pula dibahagian perut angah agar terbelah dua badan angah. Dan akhirnya dia mengisyaratkan memenggal pula leher angah. Lalu dia pun bersuara semula…
’’ ‘mereka’ akan tadahkan darahnya didalam satu cup untuk diberi minum kepada yang ‘di atas’.’’ Dengan tangannya juga turut bergerak bercerita yang sama demi untuk menjelaskan lagi kata katanya.
Ya.. dimata keluarga angah ia hanyalah sekadar sebuah ‘kisah’ yang sedang diceritakan. Tetapi di mata angah.. ‘ mereka’ zahirkan cerita itu.. bagaikan angah sedang menonton dilayar kaca. Ya.. menonton diri sendiri yang sedang dibaringkan diatas ruang pemujaan panjang(dupa) yang cantik sekali berwarna kuning keemasan. Kemudian menyaksikan diri dikerat kerat dan akhirnya dipenggal. Angah dipertonton lagi dengan ‘mereka’ beramai ramai menadah darah angah yang sedang mengalir dari semua tempat keratan. Sebelum mereka kumpulkan semua darah itu didalam satu cup yang terlalu cantik berwarna kuning keemasan juga. Dan akhirnya ‘mereka’ hulurkan cup itu tinggi sekali ke atas. Tetapi.. angah tidak diperlihatkan ‘siapakah’ yang mereka gelarkan sebagai ‘yang diatas’.
Hati angah? Tidak berapa terkejut sangat memandangkan hampir tujuh tahun yang lalu ALLAH S.W.T telah pun memberi petunjuk kepada mak tok perkara yang sama. Mak Tok yang sedang berada di jalan ALLAH ketika itu bersama tok ayah, diberi petunjuk mengenai apa sebenarnya yang sedang dideritai angah. Ya.. perkara yang sama.. tubuh angah yang telah dikerat kerat bergelimpangan.., itu sahaja yang mak tok ceritakan pada angah. Walaupun angah yakin dan pasti.. Mak tok mungkin menyembunyikan sesuatu dari angah. Tetapi.. adalah perkara biasa untuk mak tok tidak bercerita segala demi menjaga hati angah yang sudah lama tiada. Petunjuk itu.. ALLAH S.W.T berikan didalam mimpi setelah mak tok berdoa untuk angah berhari hari lamanya. Keesokkan harinya, terus mak tok bersedekah di atas nama angah.
Pilu.. ya.. angah pilu. Pilu sekali. Patutlah mak tok bergenang airmata sewaktu menceritakan petunjuk mimpinya kepada angah. Barulah angah faham kenapa mak tok ceritakan ia dengan begitu ringkas sekali.
Wahai ibu hitler ku.. aku sayang kamu..
Keluarga angah? Terdiam juga pada mulanya.. Tetapi along tetap teruskan saja ruqyahnya tanpa peduli. Dan satu persatu Bahasa dijeritkan kembali silih berganti. Maaf.. angah tak faham dan tak ingat sangat apa yang mereka katakan. Angah cuma faham tang ‘mamat’ ja.. Dan sudah semestinya.. jin asli itu yang menjadi jurucakap ‘mereka’.
Akhirnya Mak Tok tak ingin lagi berdiplomasi. Memandangkan ‘mereka’ jerit ja.. sakit la.. maaf la.. tapi tak blah blah pun. Apa lagi mak tok pun mulalah menzahirkan sifat hitlernya. Mulalah mak tok meraba raba menekan nekan diseluruh tubuh angah mencari di mana diamnya mereka. Tang mana yang angah terjerit sebaik disentuh mak tok. Lekas lekas mak tok suruh along ‘cabut’ buangkan. Memang gila aaa… sakit dia. Bayangkan bilah bilah tajam menusuk tubuh anda dan dikorek pula isi daging keluar. Itulah yang angah rasa bila along mula letakkan tapak tangan dia kat tubuh angah sambil membaca ruqyah. Lepas tu.. along genggam dan isyaratkan seolah olah menarik sesuatu sebelum dilempar jauh.
Ya.. masaalah angah yang utama ialah angah tidak pernah, tidak sedarkan diri langsung semasa kesurupan. Angah cuma hilang kawalan ke atas jasad sahaja. Tetapi jiwa angah masih menjadi milik angah. Itu menyebabkan angah juga merasakan kesakitan jin jin didalam tubuh angah, setiap kali bila ‘mereka’ diruqyahkan. Hidup angah bukan lagi lain macam, tetapi sudah pun bermacam macam. Walaupun angah dilahirkan sebagai manusia, tetapi sudah sepuluh tahun angah hidup macam jin, hantu, mannequin, boneka, ular, katak, beruk.. harimau.. tak ka.. macam macam tu.. . Tu.. belum kira masa yang angah hidup bagaikan hamba. Kiranya hidup angah ni.. kalau buat filem mesti laku. Hampir semua jenis kesurupan dan sihir angah kena.
ANGAH SENGET : DETIK BERTERAJANG DENGAN JIN.. atau.. BERTERAJANG DENGAN MAMAT..
Agak agak sesuai tak judul ni.. ? Dulu.. ada ustaz perawat kata kat angah, kalaulah kisah hidup angah difilemkan pasti meletup. Sebab kata ustaz, kisah angah adalah adunan dari dua kisah yang menjadi kegilaan masyarakat negara kita. Ialah adunan seram dari sihir dan airmata bagaikan drama ‘Andainya Takdir’ bila digabungkan menjadi satu. Tu.. belum masuk kisah Ahmad lagi. In Sya ALLAH… meletup kebaboom gitu.. . Kayalah angah. Bolehlah angah bawa anak anak angah pi Mekah berdoa depan Kaabah semoga semua sengsara ini kan berakhir jua..
Wahai ALLAH.. kasihanilah kami..
Kasihani angah.. itulah yang angah ingin katakan pada along sewaktu along, tok ayah dan mak tok bertungkus lumus menarik ‘mereka’ keluar dari tubuh angah. Bagaikan dihiris hiris dengan bilahan tajam, ditusuk dan dicungkil pula. Ya ALLAH..!! sakitnya.. . Hanya airmata yang dapat menterjemahkan rasa.
Azan zohor telah lama berlalu. Alhamdulillah angah mula kembali. Tetapi lesunya tubuh angah hanya Tuhan yang tahu. Along.. mula meminta izin untuk pergi. Tok ayah dan mak tok mula bergegas ke bilik air memandangkan fardhu zohor belum ditunaikan. Tak lama selepas itu.. angah pun bangun perlahan lahan untuk ke bilik air. Selepas solat, angah terbaring kembali. Dan terbaringlah angah sejak detik itu.. lebih kurang sepuluh hari atau lebih dari itu.
Sebelum maghrib dihari yang sama.. angah selesaikan kisah Aku Mayyit yang tergendala sebelum subuh tadi. Malam tu pula angah tulis pula kisah ‘Derita ku bahagia mu 2’. Tepat 1 tengahari pada 24.5.17 Deritaku Bahagiamu 2 publish di Fiksyen Shasha, dan menyusuli selepas itu Aku Mayyit tepat pukul 5 petang dihari yang sama. Disini angah mohon ribuan kemaafan kepada segelintir readers Fiksyen Shasha yang mengecam angah dengan hebatnya disebabkan penulisan angah yang tidak menepati piawaian anda. Maafkan angah.. kerana sewaktu dua kisah itu ditulis, angah benar benar di ambang maut.
Wahai readers Fiksyen Shasha.. maafkanlah angah..
Kerana tujuan angah menghantar kisah angah ke Fiksyen Shasha hanya sekadar untuk berkongsi cerita duka angah. Yang angah harapkan jika takdir angah bernafas terhenti disaat itu.., sekurang kurangnya ada yang mengetahui derita angah. Angah bukanlah seorang penulis dan kisah Aku Tuan Ihsan adalah kisah ke dua yang angah tulis selepas kisah Srikandi Cinta ku. Kisah cinta anak raja yang angah tulis sekadar suka suka dan cuma beberapa mukasurat sahaja di Fb Ahmad, sewaktu angah temankan Alang yang menunggu bayinya didalam i.c.u di Hospital Besar Alor Star, beberapa bulan sebelum itu. Yang angah cuma sambung penulisannya selepas cerita cerita angah publish di FS.
Sesungguhnya di saat kecaman kecaman hebat anda lontarkan kepada angah.. saat itu sebenarnya angah telah pun beberapa hari diperbaringan bergelut dengan maut lagi. Angah benar benar sudah tidak terdaya ketika itu.. dan kecaman kecaman anda telah menambahkan siksa sakarat yang sedang angah tanggung ketika itu.
Bermulalah detik angah bertarung dengan maut buat sekian kali. Memandangkan ‘mereka’ tewas dengan cara ‘kasar’. Maka ‘mereka’ mula bermain dengan cara ‘halus’ pula. Rezki dan lena angah, ‘mereka’ sekat semahu mahunya. Hanya sesuap dua yang mampu masuk ke dalam perut angah. Lena pula dalam hampir sepuluh hari itu.. rasanya cuma sepuluh jam sahaja lebih kurang puratanya. Ada masanya angah rasa bersyukur sangat bila angah dapat makan lebih dari sesuap dua. Dan bersyukur yang teramat bila setelah seminggu berlalu angah dapat lena lebih kurang tiga ke empat jam. Dan air ruqyahlah yang menjadi talian hayat angah.
Dan satu lagi talian hayat angah.. bilamana setiap hari readers dari FS yang kemudiannya menjadi sahabat fb angah, berikan kekuatan dan semangat untuk angah berjuang sedaya upaya. Membuatkan angah menitiskan airmata terharu gila. Tidak angah sangka.. terlalu ramai readers FS yang berhati mulia. Dan juga sahabat sahabat FB angah yang lain. Berkobar kobar mereka berikan angah semangat untuk berjuang menentang ‘RATU SUNSILK’.
Wahai readers FS dan sahabat sahabat FB angah.. angah rindu sayang kamu..
Akhirnya Ramadhan pun tiba. Angah tersiksa derita. Menunggu ajal menjemput tiba. Dengan tubuh yang semakin susut dan melonglai. Hanya bangun melangkah ke bilik air cuma. Sebelum terbaring semula setelah solat fardhu angah tunaikan.
Ya.. Rahman.. Subhanaka inni kuntu minazzholimin..
Sewaktu iftar pertama azannya dilaungkan. Angah menangis semahu mahunya di atas tikar sejadah. Angah tidak berdaya lagi. Kepala angah sudah pun berdengung hampir pecah. Tubuh angah longlai selonglai longlainya. Akhirnya angah meraung didalam hati.. Ya.. ALLAH.. Kau tunjukkanlah kepadaku siapakah yang melakukan semua ini terhadapku. Kau heretlah dia kemari.. bersujud padaku bersama sama tukang tukang sihirnya, jua khadam khadam mereka.
Angah nangis semahu mahunya. Angan benar benar tidak tertahan lagi. Mati pun tidak. Hidup pun tidak. Angah benar benar rasa terseksa. Apa salah angah? Apa dosa angah? Sampai depan Kaabah angah berdoa. Tidak ketinggalan di Masjid Nabawi dan di Jabal Rahmah. Sebenarnya angah sendiri dah terlupa yang angah pernah berdoa di tempat tempat ini. Tetapi.. ‘mereka’ pula yang ingatkan angah diwaktu sahur dua Ramdhan.
Sahur dua Ramdhan..
Seperti biasa angah hanya mampu menelan sesuap dua cuma. Tetapi tiba tiba datang Tok Ayah meminta angah memamah tiga biji kurma. Sebagai anak yang taat angah turutkan saja. Walaupun sebenarnya angah tidak mampu untuk menelan apa apa lagi. Angah gagahkan jua untuk mengunyah kurma yang pertama. Baru saja angah mengunyah, dengusan mula kedengaran. Angah buat dek dan teruskan saja. Dengan susah payah angah menelan. Angah masukkan pula kurma yang ke dua kedalam mulut. Dengusan semakin kuat berkali kali. Angah buat dek lagi. Peduli apa angah. Lantak lah. Angah dah tak kuasa nak layan. Angah masukkan lagi yang ke tiga.. dan… kesurupan pun mendadak datangnya.. .
Tidak semena mena angah terus meraung dan berguling guling bagaikan ular yang dipalu. Kemudian angah berbunyi seperti katak pula ong.. ong.. sambil badan angah mula terlentang dan menggeletak dengan kaki menendang nendang sepertimana tubuh katak yang sedang sakarat. Tidak lama selepas itu angah berdiri diatas lutut sambil meletakkan kedua belah tangan diketiak dan mula beraksi dan berbunyi seperti beruk. Kemudian angah terkulai lemah sebelum terbaring dan mula meraung pilu dengan suara yang halus sekali..
‘’PULANGKAN MINYAK AKU…
Mamattt… pulangkan minyak aku…’’
Suara dialek melayu orang asli pula kedengaran..
‘’Aku mahu pulaaannggg… aku mahu pulaaannggg..’’
Dituruti pula.. suara melayu dialek india..
‘’Uncle.. uncle.. ampun.. ampun..’’
Dan dituruti lagi.. suara melayu dialek cina/siam
‘’Uncle.. uncle.. ampunkan aku juga..’’
Dan satu suara garau sekali..
‘’Maafkan aku.. maafkan aku..’’
Suara wanita halus kembali semula..
‘’Pakcik.. pakcik.. tolong aku.. minta mamat kembalikan minyakku..’’
Suara orang asli pula menuruti
‘’Aku tak salah.. aku mahu pulaanngg..
Suara india pula mencelah..
‘’Uncle.. uncle.. tolong aku.. pergi itu church.. ada satu bible.. angkat mari..’’
Diikuti pula suara cina/siam..
‘’Uncle.. uncle.. dekat kuil sana ada patung.. tolong uncle.. tolong’’
Dan suara garau..
‘’Maafkan aku.. maafkan aku..
Tok Ayah.. yang diseru ‘mereka’ diam membisu tidak terkata. Dari atas sofa tok ayah hanya memandang sahaja. Mak tok yang sedang bersolat tahajud di dalam biliknya, masih belum menyedari pertunjukkan yang sedang berlangsung. Anak anak angah.. telah lama lari bersembunyi di dalam bilik. Dan kemudiannya ada yang terlena ketakutan.
Selepas ‘mereka’ merayu rayu kepada Tok Ayah.., tubuh angah sekali lagi terguling guling meliuk liuk. Bagaikan ular yang sedang melarikan diri. Kemudiannya tubuh angah terlentang lagi dan mulalah perut angah bereaksi. Kedua dua belah kaki angah mula terlipat bagaikan sepasang kaki katak dan kemudiannya menendang nendang tiada punca. Ong.. ong.. gedek.. gedek.. angah berbunyi sebelum tergeletak mati.
Kemudian angah ‘hidup’ kembali dan mula berdiri di atas lutut sekali lagi. Mengulang lagi reaksi seekor beruk dengan suara persis beruk berbunyi seiring laku. Dan tanpa angah sangka rupanya ada pula tambahan watak selepas itu. Angah yang sedang berdiri di atas lutut mula merangkak pula setelah ‘beruk’ itu selesai beraksi. Angah mula menderam deram sambil mencakar cakar tikar. Habis pedih kuku angah. Auummm.. aauuumm.. angah mengaum sekuat hati sambil menarik cakaran tangan hingga tiba di lutut. Menyebabkan angah terduduk bertinggung pula.
Tak pasai ja.. selepas tu.. angah terus melompat lompat seperti katak sambil berbunyi ong.. ong.. . Mak Tok dengan kain telekung terus angah nampak dah ada depan pintu bilik, masa angah tengah melompat lompat tu. Tak tau la.. dan ka.. tak dan habis sembahyangnya. Alhamdulillah.. semua anak angah dah bersembunyi dalam bilik. Kalau tak, mana nak letak muka ? Airmata ? Dah lama bercucuran. Angah memang dah tak boleh buat apa.. bila ‘mereka’ mula mengambil alih jasad angah.
Setelah beberapa lompatan dan angah pun sudah tiba di hujung hall, angah mula duduk tahiyat awal pula. Penuh tertib. Bagaikan angah sedang mengadab seseorang pula. Dan angah pun mula berbicara.. penuh kemarahan..
‘’Aku nak dia sebelum Ramdhan. Tetapi kau tak dapat tunaikan. Sekarang aku beri tempoh sampai sebelum Aidilfitri.. ‘’
‘’Aku nak anak anak aku.., dia.. aku serahkan kepada kamu..’’
‘’Sorang aku nak jadikan bini, sorang aku nak jadikan korban. Sorang lagi aku nak jadikan waris.’’
‘’Buatlah apa yang kamu suka. Asalkan aku dapat apa yang aku mahu.’’
Namun tidak semena mena.. suara angah berubah nada.. sayu..
‘’Nama ku.. Mamat..(samaran) nama i.c ku.. H…………….. bin M…………… . Aku tinggal di T…………… . Nama kampung asalku M…………. .’’
‘’MINYAK’’
‘’BISA ULAR..’’
‘’PERUT KATAK..’’
‘’KUKU HARIMAU..’’
‘’MAWAS..’’
Lalu terus angah bersujud sambil mengongoi ngongoi..
‘’Ampunkan aku Za.. ampunkan aku.. . Za.. kau janji kau akan ampunkan aku, jika aku jauhkan diri dari anak anak kau kan. Za.. ampunkanlah aku.’’
‘’Ya.. ampunkanlah kami.. . N……….(nama penuh angah) kamu dah janji depan kaabah kan.. yang kamu ampunkan kami. Kamu lihatlah.. kerana doa kamu semalam.. kami diheret didepan kamu sekarang. Sebelum hari siang. Kamu memang menyakitkan hati. Kamu kata kamu maafkan kami malah doakan kami pula supaya diberi hidayah. Ampunkanlah kami. Ingat janji dan doa kamu di Tanah Haram. Tolong ampunkan kami. Kami dah tak tahan lagi. ‘’
‘’Ya.. aku maafkan kamu semua.. .’’ Kata angah didalam hati kepada mereka. Setelah diperingatkan oleh ‘mereka’ akan doa dan kata angah kepada mereka, semasa angah ke Tanah Haram sebelum ini..
Tubuh angah yang sedang bersujud menyembah diri angah sendiri, mula jatuh terjelepuk sebaik sahaja angah berikan ucapan maaf. Angah bangun lalu terus menangis semahu mahunya bersaksikan Mak Tok dan Tok Ayah. Ayat suci mula berkumandang sebelum azan subuh dilaungkan. Angah berjeda seketika mengenang derita diri selepas tangisan puas dihamburkan. Tidak lama selepas itu barulah angah bangun untuk tunaikan solat subuh perlahan lahan.
Wahai ALLAH.. La haula wala quwwata illa billah..
(Kepada readers Sihir Perut Katak.. ini ending sebenar yang terjadi. Tetapi angah cut sebab angah khususkan cerita itu untuk Sihir Perut Katak sahaja. Maafkan angah.. kerana sebelum ini angah tak terdaya untuk menulis kisah ini. Disebabkan ia amat melukakan hati angah.)
Pertengahan Ramdhan..
Angah rasa gembira. Angah rasa bahagia. Tubuh angah semakin sihat dan angah mula keluar dari rumah.Menyelesaikan urusan urusan yang tergendala sebelum itu.
Alhamdulillah.. Terima kasih ALLAH..
Menjelang Aidilfitri..
Angah mula rasa pedih berbisa di jantung dan juga rahim. Manakala paru paru angah bagaikan dirongkah rongkah. Ia terlalu pedih. Pedih sekali. Ia terlalu sakit. Sakit sekali. Semakin hari ia semakin dasyat. Dan bila angah sudah tidak tertahan lagi, membuatkan angah post di fb..
INGIN SEKALI KU PEJAMKAN MATA.. BUAT SELAMANYA..
Tanpa angah sangka.. tidak lama kemudian masuk komen bertalu talu yang memberikan semangat dan kekuatan untuk angah berjuang sekali lagi.. buat sekelian kali..
Wahai sahabat fb.. Terima kasih.. dari angah, with love..
Sehari sebelum Aidilfitri..
‘’Mamaattt… pulangkan minyak aku…’’
Angah kesurupan kembali. Sakit yang angah tidak mampu untuk menahan lagi.. membuatkan angah terbaring kembali. Berulang kali suara jeritan kedengaran. Membuatkan jiran dan sanak saudara yang sedang berkumpul di rumah Mak Tok tergamam dan terkejut sekali. Tidak lama kemudian angah mula menjadi tumpuan. Masing masing hanya mampu menitiskan airmata bila melihat angah berulangkali nazak. Dengan pandangan mata cuma memandang jauh ke satu arah, tanpa berkelip dan airmata yang menitis, angah terpaksa pula menanggung azabnya tidak dapat bernyawa. Sebelum tercungap cungap kembali dan mengulangi satu aksi, seolah olah ingin menunjukkan sihir apa sebenarnya yang sedang dilakukan ke tubuh angah.
Tangan yang angah angkat tinggi, mula angah renggangkan jari jemari. Dengan sepantas kilat ia menusuk ke dada dibahagian jantung. Terlalu pedih angah rasakan bilamana bagaikan seolah ada kuku kuku yang panjang menembusi dada lalu menggenggam erat jantung angah, sebelum direntap sekuat kuatnya. Itu yang angah rasa. Yang dilihat secara zahir pula Angah bagaikan menggenggam sesuatu setelah jari angah menikam dada angah sendiri. Kemudian angah rentap dan lemparkan. Menggeleding menggeletak tubuh angah kesakitan disaat rentapan itu dilakukan. Berulang kali sebelum perkara yang sama dilakukan pula dibahagian rahim. Kemudian disambung pula dengan episod sakarat.Semuanya silih berganti, berulang ulang kali. Termasuklah selingan jeritan..
‘’Mamaaatttt.. pulangkan minyak aku…’’
‘’Mamaaattt… tolong aku.., aku sakiittt…’’
‘’Kalau dah tau sakit masuk buat apa..? ‘’ Mak Tok mencelah selamba.
‘’Aku bukan masuk lah bodoo… aku dipuja masuk..’’
Setelah beberapa jam lamanya penderitaan itu.. akhirnya angah mendapat jasad angah kembali. Itu pun.. Tok ayah setia disisi angah melaungkan azan dan mengalun ayat ruqyah berulang kali, disepanjang waktu angah kesurupan. Sekali lagi angah tidak sedarkan diri selepas itu. Buat beberapa waktu. Sama juga jika angah tidak tertahan lagi menanggung azab kesakitan didalam tubuh.. pasti angah akan pengsan buat beberapa jam lamanya. Walaupun angah tidak kesurupan sebelum itu. Dan dipandangan mata insan.. angah Cuma tidur dan tidur sahaja. Kebanyakkannya.. kesakitan didalam tubuh angah, memang angah tidak zahirkan kepada sesiapa.
Orang nak percayakah ? Kalau angah kata tubuh angah rasa nak meletup, rasa dilapah,ditusuk, disalai, malah dengan leher yang rasanya seolah ternganga. Dan juga rahim yang bisa berbisa juga bagaikan ingin pecah.. dan bermacam macam azab lagi. Ya.. sudah sepuluh tahun sebenarnya.. angah menderita menahan azab didalam tubuh.Kalau tak silap angah, semenjak mamat mula belajar ilmu memagar dari seorang bomoh dari Kuching, Sarawak.. sejak itulah.. Azab mula menjadi teman setia.
Satu Syawal..
Angah tak berdaya.. melihat sahaja keluarga angah berhari raya. Berkumpul beramai ramai di rumah Tuk Nek.Dengan wajah satu Malaysia(rupa pelbagai bangsa) memenuhi rumah pusaka. Sudah pasti riuh rendah lah jawabnya. Kemeriahan di Aidilfitri.. sekali lagi bukan milik angah. Sebentar sahaja angah dapat bersama keluarga, kerana angah lebih banyak berbaring didalam bilik sahaja. Menjelang petang.. angah terus terlantar. Tidak dapat bangun lagi.
Selepas isya’ angah mula ‘berbunyi’ lagi. Fahamlah angah.. cerita semalam belum melabuhkan tirainya. Hampir tidak lama selepas itu.. angah kesurupan lagi.. tetapi kali ini..
‘’Tolonglah aku.. aku tidak ingin disini lagi..’’
‘’Kalau dah tak ingin, kenapa tak keluar saja? Pandai masuk, pandailah keluar.’’ Bidas Mak Tok sakit hati.
‘’Kan aku dah kata.. bukan aku yang masuk, tetapi aku dipuja masuk.’’
‘’Ya.. la tu.. pembohong ja..’’
‘’Woi..! perempuan celaka.. aku cakap benar ni.. .’’
‘’Mak.. mak, sat kita dengaq sat dia nak kata apa.’’ Cik Afiq mula mencelah, menahan mak tok yang sudah pun bagaikan gunung berapi yang ingin memuntahkan laharnya.
‘’Assalamualaikum..’’
………………………………..
‘’Kamu islam atau bukan?’’
‘’Bukan..’’
‘’Kamu nama apa ? ”
‘’Aku tidak tahu siapa diriku.”
“Kenapa?”
“Aku tak tahu. Aku tak ingat.”
“Kamu datang dari mana?”
“Dari satu tempat yang gelap dan berlumut.”
“Tempat apakah itu?”
“Aku tak tahu.. cuma itu ja yang dapat aku ingatkan.”
“Kenapa kamu masuk ke dalam tubuh ini?”
“Berapa kali aku nak cakap, aku bukan masuk tetapi aku dipuja masuk.”
“Kenapa kamu tidak keluar dari tubuh ini?”
“Aku tidak boleh keluar, kerana aku dipuja. Aku dianiaya. Bukan kehendak aku untuk berada didalam tubuh ini. Tolonglah aku.. aku terlalu sakit.”
“Kenapa kamu minta tolong dengan kami?”
“Kerana aku tidak tertahan lagi, perempuan(angah) ini dia telah doakan kehancuran buat siapa yang masih lagi menyakitinya.”
“Selepas kamu keluar, kemana kamu akan pergi?”
“Aku tidak tahu.. tetapi aku takut untuk kembali.”
“Kenapa ?”
“Kerana aku juga adalah mangsa. Sama seperti perempuan ini.Aku juga tidak terdaya.”
“Kamu inginkah hidup bahagia?”
“Ya.. aku ingin.”
“Ucaplah kalimah ini.. La ilaha illallah.. Muhammadurrasulullah..”
“La ilaha illallah.. Muhammadurrasulullah..”
“Sekarang kamu sudah pun beragama islam. Kamu kena ingat didalam islam menyakiti seseorang adalah berdosa.”
“Ya.. aku ingat.”
“Nak berikan nama apa ya.. kepada kamu?”
“Masyitah.. aku mahu nama Masyitah.”
“Kenapa kamu nak nama Masyitah pula?”
“Kerana aku seorang hamba yang dianiaya, dan dia juga hamba. Sama seperti ku.”
“Maaf ya.. Angah ni dah surup lama dah ni. Lebih baik kita tarik keluar saja. Bukan Tokcik nak memandai.. tapi kesian la kat angah.” Tok Cik adik lelaki kepada Mak Tok mencelah.
Cik Afiq tidak terkata apa.. memandangkan dia cuma berpangkat anak sahaja. Anak saudara kepada Mak Tok dan Tok Cik.
“Ya.. tolonglah.. tolong tarik aku keluar.” Pinta Masyitah kepada Tok Cik yang sudah pun duduk dihujung kaki angah.
Tok Cik tanpa membuang masa terus memicit ibu jari kiri kaki angah. Apa lagi melaunglah angah menanggung kesakitan yang terlalu azab. Tok Cik berusaha sedaya upaya sambil membaca ayat ruqyah.
Tidak berapa lama kemudian angah mula terkulai lesu. “Angah.” Tok Cik memanggil. Tapi angah cuma dapat mengangguk sahaja. Istri Tok Cik dan Mak Tok yang duduk tidak jauh di samping angah mula terasa lega. Tok Ayah cuma sekadar memerhati. Memandangkan Cik Afiq ada bersama. Tok Ayah lebih suka berdiam saja. Tuk Nek? Dah lama bersembunyi di dalam biliknya. Anak anak angah? Angah pun tidak tahu di mana. Memandangkan mini banglo Tuk Nek tu.. puas la juga kalau nak bermain kasut roda.., bilik pun nak dekat sepuluh.. mereka boleh jadi di mana saja.
Tok Cik kemudiannya berganjak pula ke sisi angah. Tok Cik baca lagi ayat ayat ruqyah kepada angah. Dengan tak semena mena perut angah mula bergerak gerak.. mula mula perlahan kemudiannya kuat sekali, seolah olah menyuarakan kemarahan. Segera Tok Cik pegang perut angah, sambil meneruskan bacaan. Dan angah pun kesurupan semula.
“Kenapa kamu ganggu aku.. ?” Suara garau lantang kedengaran.
“Kenapa kamu ganggu perempuan ini?” Cik Afiq bertanya pula.
“Dia.. istri ku.”
“Sudah.. dia bukan istri kamu. Kamu tinggalkan dia. Pergi kamu dari sini.”
“Mana boleh aku tinggalkan dia.”
“Kenapa pula tak boleh. Masyitah mana?”
“Masyitah tak ada. Dia sudah pergi.”
“Afiq..” Tok Cik memanggil Afiq selepas melihat Afiq ingin meneruskan bicaranya.
“Kita selesaikan terus.” Kata Tok Cik sambil mula mengangkat separuh tubuh angah. Dari sisi Tok Cik merangkul tubuh angah erat lalu dia mula melaungkan azan sayu tepat ditelinga angah, selepas dia meminta semua yang ada disitu membantu dengan zikrullah.
“Dia milik aku… dia milik aku…”
Menjerit jerit suara garau itu dengan penuh kemarahan. Hanya setelah beberapa kali laungan azan diulangi Tok Cik, barulah “suara garau’ itu lenyap.
“Angah.. angah..” Tok Cik memanggil lagi.
“Ya..” Cuma itu yang dapat angah jawabkan.
“Bok mai ayaq segelas sat.” Pinta Tok Cik sebelum menyambung kata lagi..
“Tak bawak pi mana mana ka..? Teruk angah ni. Banyak dekat dia ni.”
“Dah bawak dah. Merata dah bawak. Nak buat macammana. ALLAH tak izin lagi.” Jawab Mak Tok sayu.
Tok Cik cuma terdiam disaat mendengar jawapan Mak Tok. Lekas pula dia menyambut segelas air yang sedang dihulurkan oleh istrinya.
“Angah minum ni. Lepas tu sapu kat muka.” Kata Tok Cik sambil menghulurkan gelas itu kepada angah.
Tok Cik kemudian membaringkan angah semula. Angah mula hanyut keletihan. Namun sempat lagi angah menangkap butir bicara Tok Cik mengenai seorang perawat terkenal di Kedah.
Sekali lagi angah tidak sedarkan diri selepas itu.
Tamat imbas kembali
Update terbaru..
30.8.17
Rabu.. selepas isyak
Selepas solat isyak, angah terus menuju ke dapur. Perut angah pedih sangat. Jadi angah ingat nak makan la sikit buat lapik perut. Kebetulan Acik dan Alang balik mai rumah Mak Tok. Pong pang pong pang la rumah jadinya. Nak buat macammana lagi.. dah campoq habis segala keturunan.. walaupun bahasa asal dah tak diwariskan, tetapi rupa dan sifat bangsa tu.. kekal bersama.
Riuh rendah dengan pelbagai loghat yang bercampur selatan dan utara. Belum lagi bila anak anak angah mula berloghat pantai timur. Tetapi angah.. sudah jarang dapat duduk bersama akhir akhir ini. Bukan angah tak mahu. Tetapi keadaan angah tak mengizinkan.
“Angah..! Lapar ka.. sat aku baru nak goreng bihun ni.” Kata Acik sebaik sahaja angah masuk ke dapur.
“Acik..! Tak goreng bihun lagi ka..? Tu.. angah dah lapar tu.” Suara Mak Tok pula melaung jauh beberapa ela.
“Acik..! Tu.. la hang, dok raliq(lewa/asyik) lagi. Tengok tu.. angah nak makan apa?” Alang pula membebel.
Aduh.. kesian Acik. Tak pasai ja sebab angah.. acik pula yang kena. Angah rasa hiba. Sebab dulu.. angah yang jadi chef di rumah Mak Tok. Tetapi dah lama angah pencen. Semuanya sebab sihir laknat ini. Angah rasa pilu juga.. bila semuanya mengambil berat diri angah. Sedangkan angah sudah lama jadi manusia yang tak berguna. Itu pun.. kalau angah masih layak digelar manusia.
“Tak pa aaiihh… aku makan apa yang ada ja..” Angah jawab kat Acik lagu tu la.. . Angah makan apa, pun angah dah tak ingat. Maaf sebab otak angah memang dah tak dapat menyimpan banyak memori. Kadang benda yang baru berlaku pun angah tak dapat ingat. Semuanya kerana kesan sampingan akibat sihir itu. Otak angah selalu blur. Sebab tu.. kadang kadang angah akan bertanyakan soalan bodo kat orang. Tetapi angah ingat satu persatu apa yang menghiris hati angah. Termasuklah peristiwa malam tu.
“Woi.. hang dok menyibuk kat sini buat apa?” Tiba tiba dok tak dok, Acik pi menjolok sarang tebuan. Angah yang dok tengah makan terus terkaku sesaat. Kemudian angah sambung makan lagi walaupun didalam ni dah menggerodak(berpusu pusu) nak keluar menjawab soalan Acik.
‘Acik.. acik.. hang ni kalau tak loqlaq(sengal) tak boleh ka?’ Dalam hati angah mengutuk acik.Mampoih angah satgi. Bukannya Acik tak tau.. yang benda dalam badan angah ni.. sensetip yang amat.
“Apa.. tengok tengok apa?” Acik menyemarakkan lagi bara yang tersimpan. Sebaik sahaja melihat mata angah sudah pun mencerlung ke arahnya.
Angah cuma mampu tunduk sahaja. Memandangkan lahar bagaikan ingin dimuntahkan. Tetapi memandangkan angah masih lagi lemah, maka meletup la juga akhirnya.
“Awat.. hang nak apa? Suara garau pun kedengaran. ‘Angah’ mula hilang kawalan diri. Sebentar. Lepas tu angah sambung balik makan. Padahal dah terketar ketar punya dok usaha nak kawal diri.
“Tu.. la hang? Yang hang pi kacau dia buat apa? Alang yang mewarisi kekejaman hitler mak tok mula memarahi Acik.
“Arrrgghhh… arrrgghhhh… mamaaatttt… apa yang kau buat kat aku ni..?” Angah kesurupan lagi. Tapi kali ini memarahi mamat seolah olah ‘dia’ sedang dianiaya oleh mamat. Menggeletik tubuh angah di atas kerusi. Sebelum tubuh angah mula menggelongsor perlahan lahan. Menyebabkan kepala angah mula terlentok ditempat sandarnya kerusi. Lama angah menggelupur sendiri di atas kerusi. Alhamdulillah.. kerusi itu tertahan dengan kabinet yang berada di belakangnya. Menyelamatkan angah dari jatuh tersungkur.
“Acik..! Hang nak jadi tuan aku tak?”Kata ‘angah’ kepada Acik yang sedang menggoreng bihun didalam kuali. Tidak lama selepas ‘angah’ meraung dan menggeletik di atas kerusi sambil memarahi mamat. Acik diam membisu. ‘Padan muka hang, Acik.’ Angah mengutuk Acik lagi di dalam hati.
“Ha.. ha.. ha… ha..”
‘Angah’ mula ketawa mengilai ngilai tak henti henti.
‘Angah..! Kawal angah.. kawal. Mengucap angah. Ingat ALLAH dalam hati tu.” Ucapan klise Mak Tok bila setiap kali angah kesurupan.
“Ha.. ha… ha.. ha…”
‘Angah’ mengilai ngilai riang gembira. Apabila melihat Acik dan Alang yang sudah pun berduet di depan kuali. Entah apa yang lucu. Angah sendiri tidak tahu.
“Hei.. angah! Mak kata kawai kan, kawai la. Tok sah lah dok ikut sangat.”Jeritan halilintar Mak Tok bergema lagi. Dan kerana itulah mak tok seringkali digelar bodo atau perempuan celaka oleh ‘mereka’.
Ya.. mak tok memang kejam. Walaupun Mak Tok tahu yang angah sentiasa melawan di dalam. Tetapi Mak Tok tetap sengaja menyakitkan hati angah. Mungkin bagi Mak Tok dengan cara itu dapat menaikkan jiwa angah kembali. Entahlah.. cara didikan hitler Mak Tok.. memang sadis. Tetapi kerana kesadisan itulah yang membuatkan angah dapat bertahan hingga ke hari ini. ‘Mereka’ memang membenci Mak Tok.. kerana hanya dengan jeritan hitler mak tok sahaja.. kadang kadang angah boleh pulih dari kesurupan. Seperti sekarang. Ketawa yang mengilai ngilai itu pun terus terhenti. ‘Sakit hati le tu..’ Angah mengejek mereka didalam hati. Alhamdulillah.. kesurupan itu rasanya tidak lebih dari setengah jam.
Angah bangun perlahan lahan dan membasuh tangan. Walaupun kesurupan itu berlalu tetapi ‘mereka’ kekal di dalam tubuh angah. Membuatkan tubuh angah menggeletar di dalam usaha mengawal diri dari dirasuk kembali.
Acik yang terdiam seribu Bahasa sejak dari tadi mula menyapa angah, sebaik sahaja angah ingin melangkah meninggalkan ruang dapur.
“Angah..! Bihun dah siap ni.., nak tak?”
“Aku… nak daraaaaahhhhh…”
Suara garau penuh kemarahan keluar dari mulut angah, sebaik sahaja angah berpaling melihat Acik. Dengan mata mencerlung garang. Lantang suara itu bergema memenuhi ruang rumah. Membuatkan bukan sahaja Acik, tetapi seluruh keluarga angah terkedu. Malah juga diri angah.
Lekas lekas angah ingatkan Tuhan Di dalam hati, sebelum perlahan lahan angah mula menapak, meninggalkan keluarga angah untuk membawa diri lagi. Berdiam di dalam bilik dengan di hati menangis sendiri.
Wahai Tuhan… apa dosa ku..
6.9.17
12 am, malam rabu
Angah mandi air ubat yang disediakan Tok Ayah. Sudah beberapa hari Tok Ayah membaca ayat kursi 313 × kepada sebuah bekas air. Air ayat kursi tu.. Tok Ayah tambahkan pula dengan limau yang dihiris hiris.
Setelah selesai mandi dua baldi air, angah menapak kesejukkan ke dalam bilik. Angah selubungkan diri angah dengan kain selimut. Tidak tahu kenapa angah rasa terlalu sejuk. Angah menggeletar sehingga terhayun hayun tubuh angah. Sebelum akhirnya leher angah mula terlentuk terkulai ke hadapan seolah olah sudah patah tulangnya. Kemudiannya angah yang sedang duduk didalam keadaan tahiyat awal, mula berbunyi entah apa apa sambil menghayun hayunkan tubuh dengan pantas seolah olah sedang berjampi mantra.
Tok Ayah yang sedang memerhatikan angah dari sebalik tirai(langsir) pintu mula menghampiri. Sebaik sahaja tubuh angah mula berhayun kencang. Segera Tok Ayah bacakan ayat ruqyah ke atas angah.
Hayunan tubuh angah terhenti. Angah terkulai di pangkuan Tok Ayah. Angah terus kaku walaupun tubuh angah telah pun dibaringkan Tok Ayah di atas tikar. Angah cuma mampu memandang sahaja. Dengan airmata yang bergenang. Mengenangkan diri yang sudah pun menjadi mannequin sekali lagi. Dengan posisi tangan yang membengkok dan juga kedudukan kaki yang entah apa apa. Begitulah keadaan angah beberapa lama. Tidak boleh bergerak. Tidak boleh bersuara. Tidak pula kesurupan. Tidak juga mati. Tidak pula hidup. Sekali lagi angah tidak sedarkan diri. Setelah beberapa lama menjadi mannequin.
Seharian esoknya angah cuma terbaring saja. Tubuh angah terlalu lemah. Angah terlalu lapar.. tetapi angah tak lalu nak makan. Angah paksa juga untuk makan beberapa suap.. tetapi ia tiada rasa. Menjelang petang angah mula gelisah. Kerana tidak tertahan lagi, lebih kurang pukul 7.12 petang, Angah wassap sahabat angah, Siti namanya..
Angah : Ti.., di dalam ni meraung nak darah. Akak tak larat sangat dah..
semalam mandi air ayat kursi dengan limau.
Siti : ALLAHU..
Angah : Akak lapar.. tak boleh makan.. tak rasa kenyang..
Siti : Akak.. nanti kalau akak dah lega kejap, akak cepat cepat baca surah AL JIN.
Ulang baca ayat 16-17. Cuba tau. Niat dekat ‘dia yang ada dalam diri akak
Angah : Ok.
Angah semakin gelisah. Angah pusing sana, angah pusing sini. Angah Cuma mampu ingatkan ALLAH didalam hati. Angah tak terdaya langsung untuk bangun. Menyebabkan angah tak dapat lagi nak baca ayat yang Siti beri.
‘Astaghfirullah..’ Angah lekas lekas beristighfar bila angah terlihat urat nadi angah begitu menyelerakan. Seolah olah terlalu ingin angah tokak(baham) urat nadi angah sendiri sebelum menghirup darahnya. Angah telan liur berkali kali, lalu angah pejamkan mata dan beristighfar sebanyak banyaknya sambil angah mengharapkan pertolongan dari ALLAH.
Alhamdulillah.. doa angah diperkenankan apabila angah dapat menggagahkan diri bangun untuk mengambil Al Quran yang sentiasa ada berdekatan dengan angah. Perlahan angah selak helaian yang mengandungi surah Al Jin, dan angah ulang berkali kali sambil niatkan kepada ‘mereka’ yang berada didalam diri angah. Tidak berapa lama kemudian angah terbaring semula. Kegilaan untuk menghirup darah itu masih ada walaupun tidak sehebat tadi. Lalu angah postkan puisi di fb angah meluahkan apa yang angah benar benar rasa di kala itu.
Aku lapar
Aku dahaga
Aku ingin
Terlalu ingin
Aku buntu
Aku keliru
Mengapa aku
Begini lakunya
Aku tidak tahu
aku tidak mahu
Tetapi aku mahu
Oooo… aku tidak mahuuuuuu..
Tetapi aku mahu.. mahu.. mahu..
Ku mahu DARAH… … …
Arrrgggghhhhhh…. tidaaaaakkkkkk…
N.H.A.C.S.P
7.43 PM
06.08.17
M.T.P.P
7.9.17
12.00 am malam khamis
Angah mandi lagi air ubat.. tepat pukul 12 malam. Dulu ada seorang perawat pernah beritahu.. untuk sihir berat, mandilah tepat 12 malam. Untuk gangguan biasa boleh mandi diantara pukul 6-6.30 petang. Masa mula angah mandi tepat 12 tengah malam beberapa tahun lalu.. memang keluar beberapa helai rambut dari tubuh angah. Pernah juga angah muntahkan tompokan darah yang warnanya terlalu kusam kecoklatan. Disebabkan angah muntah ditepi perigi.. esoknya air perigi itu berbau longkang.
Memandangkan malam ini malam ke dua. Angah mula mendengus dengus sewaktu air itu angah siramkan ke tubuh. Angah gagahkan jua untuk habiskan dua baldi air yang disediakan Tok Ayah. Segera angah keluar dari bilik air, berselubung lagi didalam bilik. Ya.. angah memang tak tahan dengan kesejukkan kerana rasanya terlalu menyakitkan.
Tok Ayah.. setia menemani angah. Bersiap siaga andainya ada geruh yang ingin menimpa. Dan hanya tidak lama selepas itu..’angah’ terus mengamuk semahu mahunya.
‘’Kenapa… Kenapa hang kacau aku…? Aku tak kacau hang puuunnn.. .’’ Suara garau itu kembali. Dengan mata membulat terbeliak ‘angah’ menyinga memandang Tok Ayah.
‘’Arrrgghhh… arrrgghhh..’’
‘Angah’ mengamuk tiada henti. Ke sana ke sini angah pergi. Dengan berdiri diatas lutut, ‘angah’ menggerak gerakkan tubuh tiada henti. Marah. Terlalu marah. Dan tidak lama selepas itu. ‘Angah’ terdiam. Tubuh ‘angah’ kaku. Namun tiba tiba sahaja mata ‘angah’ meliar ke sana ke sini. Mata ‘angah’ semakin galak. Setiap sudut disoroti tajam..
‘’Dia cari apa tu..?’’
Tanya Acik yang kebetulan ada di rumah Mak Tok. Acik dan Mak Tok rupanya telah lama berdiri di muka pintu bilik memerhati angah.
Tiba tiba ‘angah’ tersenyum. Sinis sekali. Seolah olah mencapai kemenangan.
‘’Ayah.. ayah tengok tuu.. . Angah dapat apa tu..?’’ Acik terjerit meminta Tok Ayah menjaga ‘angah. Namun belum sempat Tok Ayah berbuat apa, ‘angah’ terlebih dahulu menerkam ke sebuah meja jepun yang berada ditepi dinding bilik. Dengan pantas tangan ‘angah’ mencapai sebuah doorgift (gelas kaca) yang masih berbalut didalam kain organza. Lekas lekas ‘angah’ menghempuk doorgift itu ke lantai dengan harapan ia akan pecah berderai. Didalam hati ‘angah’ merasa satu kekuatan yang terlalu kuat dimana timbul keinginan untuk mengambil serpihan gelas itu supaya dapat dikelar di leher angah sendiri. Ternampak nampak di mata ‘angah’ akan lazatnya darah yang sedang memancut mancut keluar dari leher ‘angah’ sendiri. Ah..! Betapa lazatnya.. ‘angah’ mula menelan liur.
Namun ALLAH Maha Kaya. Kekuatan ‘angah’ rupanya tidaklah setara mana. Mungkin tenaga syaitan syaitan itu telah pun lemah. Menyebabkan doorgift itu tidak pecah. ‘Angah’ yang kecewa sekali lagi mengangkat tinggi doorgift itu lalu ‘angah’ hempukkannya lagi ke lantai dengan sekuat kuatnya. Bagaikan hero Tok Ayah dengan pantasnya merampas doorgift itu dari tangan angah. Sebelum terus dihulurkan kepada Acik yang setia berdiri di muka pintu bersama Mak Tok.
‘Angah’ terduduk kecewa. Kecewa kerana tidak dapat menunaikan hasrat hati. Namun mata masih terus memerhati. Mencerlang tajam meneliti. Satu persatu objek di kenal pasti. Dan akhirnya.. ‘angah’ menyeringai kepuasan. Bila mata ‘angah’ terpaku di satu sudut. ‘Ya.. itu dia. Itu yang aku mahu.’ Bisik hati ‘angah’
Sepantas kilat angah menerkam kembali bagaikan harimau menerkam mangsanya. Terpinga pinga semua melihat apakah pula di kali ini yang menjadi mahunya ‘angah’.
Ha.. ha.. ha.. ‘angah’ ketawa tiada suara. Senyuman yang menyeringai ‘angah’ ukirkan sebaik sahaja angah letakkan wayar charger erat di leher angah sendiri.. Dengan memegang ke dua belah hujung wayar.. ‘angah’ mula menjerut leher angah erat sekali. Dengan sekuat kuat hati. Angah mula rasa azabnya sakarat tetapi tangan ‘angah’ tetap tidak ingin melepaskan wayar charger itu. Tetapi sebaliknya semakin mengeratkannya semahu mahunya. Dengan gembira didalam azabnya wajah angah. Hati angah? Hanya kepiluan yang menemani rasa.
Tok Ayah yang tergamam pada mulanya, lekas lekas berusaha untuk merampas wayar charger itu dari leher angah. Tetapi tidak semudah itu untuk ‘angah’ melepaskannya. Hanya setelah beberapa ketika Tok Ayah bergelut dengan ‘angah’ barulah Tok Ayah berjaya merampasnya. Dan sekali lagi,dihulurkannya pula kepada Acik.
Dengan segera Tok Ayah memangku angah yang sudah pun merasa betapa pedihnya jerutan tadi di leher angah. Tok Ayah alunkan ayat ruqyah di sisi angah. Dan Tok Ayah beri angah minum air ayat kursi 313. Tidak lama selepas itu.. mata angah mula tertutup perlahan lahan, namun sempat angah rasakan tangan Tok Ayah mula mengusap ngusap bekas jerutan tadi di leher angah. Angah tidak sedarkan diri lagi.
8.9.17
12 am malam jumaat
Malam ini malam terakhir untuk angah mandi lagi. Alhamdulillah.. tiada dengusan atau apa apa yang terjadi di dalam bilik air. Angah keluar selamba sahaja walaupun siang tadi angah terlalu lesu. Angah terus baring sahaja sambil mengharapkan tiada apa yang akan berlaku. Namun harapan tinggal harapan bila mana ‘angah’ mula meliuk lentuk dan lidah pula terjelir jelir. Malah kaki pula terlipat dengan kepala yang terteleng. Dalam keadaan seperti ini lah angah terus pengsan tidak sedarkan diri tidak lama selepas itu. Walaupun di kali ini tiada suara yang kedengaran, namun beraksi seperti haiwan tetap meruntunkan hati angah.
Esoknya.. tubuh angah terlalu lemah hinggalah sekarang, akhir cerita ini ditulis 13 sep.17. Tak apalah.. jika sudah takdir angah begini, angah redha saja. Tetapi lawan tetap lawan. Biarpun Mamat sudah bersumpah dengan nama ALLAH, bahawa bukan dia yang sihirkan angah. Tidak mengapa juga. Kalau orang lain pun.. walau siapa pun dia.. In Sya ALLAH.. angah doakan semoga binasa semua sihirnya. Walaupun angah bagaikan sudah tiada harapan lagi..
Menanti.. datangnya..
Menunggu.. sepi..
Merenung.. pilu..
Mengenang.. hilang..
Mencari.. diri..
Tiada.. apa..
Terbisu.. kata..
Terkelu.. bicara..
Terlupa.. hati..
Terkunci.. mati..
Sakaratul maut melambai ku..
Buat sekian kalinya…
N.H.A.C.S.P
7.00 AM
08.09.17
M.T.P.P
Di saat saat ini, saat angah sedang menaip perenggan ini.. tiba tiba sahaja angah teringatkan kata kata Mamat. Angah harap pembaca sekalian tidak kecam angah ya.. kerana angah ingin berkongsi kata kata keramat dari Mamat disini. Melalui panggilan telefon.
Beberapa bulan yang lalu..
‘’Za.. maafkan abang. Maafkan abang di atas semua salah dan silap abang. Kosong kosong tau.’’ Sewaktu ingin dibawa berjumpa ustaz perawat Ahmad. Yang kemudian disahkan pula oleh ustaz itu, bahawa sewaktu mamat bertemu dengannya, bahawa mamat telah mengaku yang dia menyesal dan telah pun bertaubat di atas perbuatannya yang pernah berjumpa bomoh.
Perbualan selepas itu..(call) di waktu lain lain..
‘’Kak Long..! Kak long tak boleh tipu abi tau. Abi tau semua yang terjadi kat sana.’’
‘’Za.. dulu abang tak tunaikan hak Za.. sekarang abang nak tebus balik kesilapan abang. Apa kata Za balik dekat abang, supaya abang boleh tunaikan balik hak Za.’’
‘’Ahmad.. ada pergi berubat ka?’’ Tanya Mamat sewaktu upacara bakar bata sedang dijalankan. Dalam keadaan dirinya yang kurang sihat.
Sebelum puasa..
‘’Kak long! Nanti.. Abi nak bawa umie dengan istri abi pergi luar negara tau lepas raya ni.’’
Di bulan puasa..
‘’Anak tak mengenang jasa..’’ Wassap dari si ibu tiri buat kak long. Setelah tiada seorangpun dari anak angah yang berani untuk menjawab panggilan dari mamat.
Beberapa tahun yang lalu.. Dihadapan Uda..
‘’Uda.. bagi kat abang gambar angah. Abang nak bawa pergi berubat. Angah sakit tu.. sebab dulu abang kena sihir. Sihir untuk pisahkan abang dengan angah. (Kiranya semua sifat iblis syaitan dulu sebab sihirlah) Abang tau sapa yang sihirkan abang. Dia dah hantar orang orang dia pergi tabur garam kat rumah Tok ayah.’’
Nak tahu tak sapa yang tabur garam tu..? He.. he.. I am me.. . Yup angah sendiri yang membantu proses tabur garam kasar tu dan juga lada hitam bersama keluarga angah dan diketuai oleh Cik AFIQ. Ia cuma sekadar pemagar rumah. Memandangkan ia telah pun dibacakan ayat ayat ruqyah.
‘’Hang pasaipa mamat? Panas ka?’’
#BILAHATIBERBICARA
#ANGAHSENGET
#KISAHBENARYANGDIOLAHSEMULA
6.17 AM, 13.9.17, Rabu.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Assalammualaikum akak .. lepas baca kisah akak ni .. Saya rasa sedih .. Harap aka kuat semangat .. Saya wakil dari kluarga Saya dri Sarawak mendoakan kesihatan ..
Innalillah Angah.. moga ditempatkan bersama roh roh orang yang beriman. 🙁
Angah..sayu hati baca luahan Angah..mcm kata Maktok, Allah belum izinkan Angah sembuh sepenuhnya..one day Angah, one fine day you’ll be okay..in shaa Allah..salam syg dari saya di Eropah
Assalammualaikum angah, lama tak baca nukilan angah di FS ini. Semoga angah sentiasa dalam perlindungan Allah swt.
Pening aku bce.. along angah acik kak long uda mak tok tok abah mamat ahmad cik afiq..byk sgt nme panggilan.. tgh2 sakit cm nak mati pun sempat mnulis cerpen bjela2 n berpuisi dlm fs ng fb ke?? Konfius btul
Biadap!
hanat gila.xfollow jangan jadi sakai
Kau xpnah rsa boley la kau ckap konpius lah apalaaa..angah tu just nak kongsi ngan kita sbb nak ringankan beban dia…when kita meluahkan apa yg terbuku dlm hati kita…kita rasa beban yang ditanggung kurang sedikit…respect each other ?
MasyaAllah, ada lagi sihir yang maha dasyat rupanya…
Ku ingatkan akak Rumah D13A lagi dasyat kisah angah lagi dasyat..
Bersabarlah wahai insan, InsyaAllah syurga milik kalian.. Aku tumpang berduka cita, hanya mampu berdoa diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kalanya. InsyaAllah…
Hebatnya Dugan yang Di Alami Angah dan Keluarga . Semuga Allah pemudahkan Angah dan Cepat sembuh .
semoga dipermudhkan oleh Allah
harap angah sentiasa dalam lindungan Allah Swt … walaupun byk dugaan , bersabarlah kerana Allah sentiasa bersama dgn org yg sabr … setiap kejadian pasti ada hikmahnya …
Allah.. sakitnya. Moga-moga Allah permudahkan segala. Tidak disiksa di dunia.. namun mendapat di akhirat sana. Siapa pon yang buat, sudah2 lah. Roh dan jasad tu tak bersalah.
Aslmlkm wbt angah.ssemoga Allah dalam Rahmat dan Perlindungan Allah swt senantiasa.besar dugaan angah.saya faham apa yg angh alami.bezanya angah ada keluarga yang membantu.Kuatkan hati , dan tabahlah.Allah sentiasa bersama org yang sabar.
#Semoga Angah dalam Rahmat dan Perlindungan Allah senantiasa.
ni kisah yang ke 9 dah ke penulis tulis cerita?
– http://fiksyenshasha.com/deritaku-bahagiamu/
-http://fiksyenshasha.com/aku-tuan-ihsan/
– http://fiksyenshasha.com/deritaku-bahagiamu/
– http://fiksyenshasha.com/kisah-benar-yang-dioleah-semula-aku-tuan-ihsan-2/
– http://fiksyenshasha.com/kisah-benar-yang-diolah-semula-aku-irfan-haris/
– http://fiksyenshasha.com/nury-deritaku-bahagiamu-2/
– http://fiksyenshasha.com/nury-aku-mayyit/
– http://fiksyenshasha.com/nury-minyak-dagu/
– http://fiksyenshasha.com/nury-chandramukhi/
– http://fiksyenshasha.com/nury-sihir-perut-katak/
– http://fiksyenshasha.com/nury-sri-dan-sang-kuriang/
– http://fiksyenshasha.com/angah-di-dalam-dunia-kegelapan/
– http://fiksyenshasha.com/angah-korban-perjanjian-syaitan/
– http://fiksyenshasha.com/angah-sakaratul-maut-melambaiku/
ni betoi kaa link yg penulis tulis? kalau salah maafkan lerr. penat aku susun.
?
Link tuan ihsan tu tak leh buka, boleh resend balik?
Inn Sha Allah semoga Angah sembuh dan diberikan kekuatan untuk menjalani hidup sementara ni. Tahniah kerana terus beriktikad hanya pada Allah.
xde perenggan pening nak baca.
semoga dipermudahkan segala urusan.
Pngajaran
Menangis baca setiap penderitaan dia. Teruk sgt sihir yg dihadapi tanpa henti. Moga Allah berikn syurga utk angah. Angah beruntung mempunyai keluarga yg berpegang kukuh pd agama. Angah jg kuat sandarannya pd Allah. Geramnya pd si mamat tu. Sanggup dia korbankn isteri n anak2 semata2 utk nafsunya sendiri. Smg dia dpt pembalasan. Mmg mula2 baca x faham sgt, bila ikuti satu persatu kisah dia, Ya allah mmg sedih. Pd tukang kecam tu, cuba letak diri anda pd tempat angah.jgn selalu jd langau, cuba jd lebah sesekali. Buat angah, smg Allah bwrikan kekuatan dan hapuskan segala sihir ke atas anda
Assalamualaikum..
boleh minta penulis atau pembantunya susun semula tajuk2 bermula episod 1 hingga terkini?
Kisah ini sgt menarik utk dijadikan pengajaran.