#kisah benar yang diolah semula: Aku Irfan Haris

#nury

“Saranghaeyo” balas misi.
“I love you”
“I love you too” balas misi mengusik ahmad.
“Wo ai ni, aku nak terkencing ni.” Jerit ahmad.
Ahmad meluru laju kearah bilik air setelah misi melepaskannya. Tidak lama kemudian ahmad kembali sambil menyanyi-nyanyi kecil.
“Dulu kau menumpang kasiiihh. Lalu ku beri harapaann.” Nyanyi ahmad yang kemudiannya mengambil handfon angah lalu diletakkan kemulutnya. sambil berlutut diatas katil ahmad menghayun-hayunkan badannya seolah-olah seperti sedang mengadakan konsert. “Parti..?” Tanya seorang doktor lelaki cina kepada ahmad. Ahmad cuma mengangguk tanpa berpaling kearah doktor itu. Tersenyum-senyum sekumpulan doktor praktikal disitu.
Sejak hari itu, yakni hari ketiga dihospital, ahmad mula memanggil umie kembali kepada angah. Tiada lagi bicara kesat terhadap ibunya. Keesokkan harinya setelah mendapat tandatangan dari angah, Ahmad pun dimasukkan kedalam wad psikiatri selepas semua ujian perubatan menunjukkan ahmad clear dari sebarang penyakit. Mendengar yang dia akan menaiki ambulan, ahmad lekas-lekas mengemaskan bajunya. “Umie cepat kemas baju. Tolong bagitau kat che mad sat, bawa gitar ngan topi satu.”
“La nak buat apa ngan gitar.”
“Aku nak buat konsert kat perak road. Umie tak tau ka aku baru lancarkan lagu.” Kata ahmad sambil mengambil telefon angah lalu dibukanya satu aplication kemudian ditunjukkannya kepada angah.
“Umie dengarlah lagu aku ni. Tengok gambar ni kan muka aku ni. Nama pun nama aku.”
“Terpinga-pinga angah memandang. Dilihatnya disitu tertera nama ‘IRFAN HARIS’
Dan sementara menunggu ambulan sampai, ‘irfan haris’ membuat persembahan amal menghiburkan seluruh warga hospital besar pulau pinang.

Minggu ketiga January 2017
‘Perak Road’

“Aku nak bunuh mak tok.” Kata ahmad kepada ibunya yang baru saja duduk dikerusi pelawat.
“La awat nak bunuh mak tok pulak.”
“Umie tau dak mak tok tu jahat. Sama ngan tok ayah. Sebab depa la umie sakit. Kalau umie nak tau mak tok ngan tok abah la yang bomohkan umie.”
“Mana ada, merepeklah. Ni makan kuih yang umie bawa ni.”
“Dah kenyang dah. Tadi abie beli nasi dah.”
“Abie mai..?”

“Tadi abie mai. Lama juga abie duduk. Umie bila nak balik dengan abie? Kesian dekat abie.”
“Aaii dah lupa ka yang dia dok belasah hang dulu. Ni parut pun duk ada lagi.”
“Umie ni,kan abie kata dia dah menyesal. Memang la dulu dia jahat, tapi kan dia dah minta maaf. Tak patut umie buat abie macamni. Kesian kat abie. Dia sayang kat kita semua. Bukan macam mak tok dengan tok ayah tu. Ni yang aku geram ni. Balik nanti aku nak bunuh mak tok dulu lepastu tok ayah.” Kata ahmad dengan mata yang membara. Angah yang mendengar tiada bersuara. Diambilnya sebotol air mineral lalu disuakannya kemulut ahmad. Ahmad yang tengah panas, minum saja tanpa soal.

Disebabkan waktu melawat telah tamat ahmad dibawa kembali kesebalik grill besi. Meninggalkan saja air al-quran 30 juzuk diatas meja. Tidak seperti dihospital, disini cuma batang tubuh pesakit saja yang dibenarkan masuk. Apa saja yang lainnya akan dikembalikan kepada waris. Membuatkan rawatan air 30 juz yang diminum ahmad setiap hari terhenti.

Tersedar dari lamunan, angah bergegas mendapatkan anaknya. Disalam dan dicium wajah anaknya dicelah-celah besi. Direnung mata anaknya dalam-dalam. Hingga terbit airmata berlinangan diwajah ahmad. Tanpa disangka ahmad membalas ciuman angah. Diciumnya bertalu-talu wajah angah sambil memegang erat tangan angah. Dan pintu besi itu menjadi saksi kembalinya ahmad kedalam tubuhnya.

Tanpa disangka lagi ahmad menghulurkan pula tangannya keluar dari bilah-bilah besi. Dengan renungan sayu sesama mereka, ahmad memegang kedua belah pipi angah. Dengan teresak-esak ahmad berkata penuh hiba. “Pulanglah… pulanglah kepangkuan keluargamu. Berehatlah dengan tenang. Biarkan saja aku disini. Pulang laahh..”

Teresak-esak angah disitu. Tiada lagi rasa malu, kepada petugas yang memandang tanpa jemu. Dihulurkan tangannya memeluk ahmad. Walau pintu grill besi menjadi pemisah. Perlahan ahmad melepaskan tangannya. Menyedarkan angah yang tenggelam dalam tangisan. Perlahan juga ahmad dibawa pergi. Oleh petugas yang setia menanti. Melangkahlah ahmad kedalam, namun terus setia memandang. Hinggalah ahmad menghilang. Barulah angah berpaling. Dan sebaik sahaja angah melintasi, pagar tinggi yang mengililingi. Tiba-tiba terdengar suara
“Tanpa redha mu, aakuu sakiiit,menahan rasa pedihnya berdosaaa..

Disember 2016

Seorang anak muda berusia 15 tahun tidak berganjak dari tempat duduknya. Sehingga semua jemaah beransur pulang. Dia tetap disitu. Siak masjid yang ingin mengunci pintu,memegang lembut bahu anak muda itu. Terlihat genangan dimatanya. Tanpa malu,dia meluahkan rasa hatinya akan kerenah bapanya. Akhirnya sebelum pulang dia mengatakan sesuatu. “Pakcik, jika terjadi apa -apa kepada saya,tolong katakan pada ibu, saya mohon ribuan kemaafan.

#kisah benar yang diolah semula

6 comments

  1. “Disalam dan dicium wajah anaknya dicelah-celah besi. Direnung mata anaknya dalam-dalam. Hingga terbit airmata berlinangan diwajah ahmad. Tanpa disangka ahmad membalas ciuman angah. Diciumnya bertalu-talu wajah angah sambil memegang erat tangan angah…”

    Allahuakbar…
    Sedihnye…
    Antar anak g sek pon akk dok sebak2 inikan plak terpisah di sebalik gril cmtu…
    Huhuhuhuuu…

  2. Irfan harris jadi gila sebab bapa nya kerap abuse dia ke?

    Harapnya ada sambungan yang boleh explain. Rasa tergantung sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *