ANGKARA TILAM

1998…

Peristiwa ini terjadi semasa aku berumur 11 tahun. Aku anak bongsu dari 7 beradik, dan waktu itu hanya aku dan 2 orang abang sahaja yang masih bujang. Dan yang masih tinggal bersama orang tua aku adalah aku, dan tiga orang abg aku lagi, yang lain masing-masing sudah pun berkeluarga dan tinggal di luar daerah.

Abang Eim adalah salah seorang dari 4 orang abang aku yang sudah berkahwin, mempunyai seorang anak lelaki bernama Emy dan tinggal sekali dengan orang tua ku, katanya dia tidak berminat menetap di bandar kerana jiwanya lebih serasi tinggal di kampung sambil menjaga orang tua yang sudah dimamah usia.

Kisah bermula, abang Eim pulang dari kerja dan membawa balik tilam bujang dari kedai yang menjual barang terpakai(bundle). Aku pula sempatlah baring-baring atas tilam tersebut sementara menunggu masuk waktu maghrib. Memang kebiasaan menjelang malam sahaja mak akan bentang tilam diruang tamu, senang katanya lepas isyak boleh baring-baring sambil tengok tv.

Sekitar pukul 2pagi kedengaran Emy tidak henti-henti menangis. Dalam hati berkata ‘kenapalah budak ni nangis je tak berenti’. Kemudian abang Eim alih tempat tidur dia dengan Emy yang baru berumur 9 bulan. Selalunya anak dia akan tidur di bawah manakala abang aku dan isterinya tidur di atas katil tapi masih dalam satu bilik. Bila sahaja Emy tidur di atas katil tidak pula menangis, lena je dan waktu itu abang Eim merasa badan nya seperti ditindih lalu dia meronta-meronta sewaktu dalam tidur seperti orang mengigau dan dikejutkan oleh isterinya.

Abang Eim merasa tidak sedap hati, lalu dia menyuruh isterinya membawa Emy tidur diluar. Isterinya pun menurut dan Emy diletakkan di dalam buaian. Tidak lama selepas itu, kakak ipar aku terjaga sebab ternampak buaian anaknya bergerak-gerak. Lalu dia bingkas bangun dan melihat Emy seperti orang yang kena cekik lehernya, mata hitam sudah tidak kelihatan lantas dia mengejutkan abang Eim seraya dengan itu keadaan menjadi kecoh.

Bapak dengan mak aku pun bangun termasuk aku melihat keadaan anak buah aku yang seperti orang kena cekik. Lantas bapak aku membaca ayat qursi lalu di hembus pada Emy, tetapi tidak memberi apa-apa kesan pun. Sesudahnya Emy hanya menangis tetapi tiada setitik pun air mata yang keluar. Bapak menyuruh abang Eim pergi ke rumah Wak Sobari. Wak Sobari ni kira orang pandai dalam kampung aku dalam hal-hal kena sampuk dan seangkatan dengannya, tetapi Wak Sobari tidak dapat datang dia hanya memberi air penawar mungkin, aku pun tidak pasti itu air apa dan aku perasan dalam air tersebut ada seketul batu kemenyan.

Sampai dirumah aku tidak pasti bagaimana air tersebut digunakan, samada direnjis atau pun diminumkan pada Emy tetapi tetap tidak memberikan hasil. Abang aku yang seorang lagi iaitu abang Man, teringat akan guru silatnya dulu, beliau pun pandai hal-hal begini. Tanpa menunggu masa abang Man memecut motosikal Yamaha 110 pergi ke rumah Wak Yasir.

Sesampainya di rumah, Wak Yasir memulakan dengan beberapa p****g ayat Al Quran. Aku pun tidak berapa ingat sebab aku masih budak lagi waktu itu. Aku cuma dapat menyaksikan Wak Yasir seolah-olah berlawan dengan sesuatu dan hanya beliau sahaja yang mampu melihatnya, memandangkan beliau guru silat memang langkah silat lah yang keluar. Lebih kurang 10 minit berlawan,barulah selesai dan Emy kembali pulih dan menangis yang mengeluarkan air mata. Menurut kata Wak Yasir benda itu datang dari tilam yang abang aku beli, dan benda itu besar berwarna hitam dan berbulu-bulu. Wak Yasir telah memulangkan benda itu ke tempat asalnya. Mujur cepat, kalau tidak mungkin Emy sudah tidak bernyawa.

Keesokan harinya, abang Eim memulangkan semula tilam tersebut ke kedai yang dibelinya semalam tanpa pengetahuan tuan kedai dengan meletakkanya di luar kedai sahaja. Itu sahaja serba sedikit kisah seram yang aku saksikan depan mata aku sendiri. Maaf jika ada kekurangan dari segi penulisan. Sekian..

Adura

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

9 thoughts on “ANGKARA TILAM”

  1. Ya Allah, takutnya Saya baca kisah encik… Mak encik samalah macam Nenek Saya suka sediakan tilam awal-awal.

    Reply
    • kan..sampai sekarang pun masih buat perkara yang sama..biasalah orang dulu2 ni memang suke bentang tilam awal2 kot..

      Reply
  2. Kdng2 terpikir jgk setiap kali nak beli bundle ada x benda2 halus mcm ni melekat?? Takut wooo…. Tapi tetap beli jgk sbb murah…hehe

    Reply
  3. Adura ni tuan punya cerita ya….
    Mesti org yg jual tilam tu pelik, dan misteri.
    Tilam dia patah balik kedai dia.

    Ye kot…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.