Anxiety Disorder: Berubat

Baca di sini dahulu part 1

Hai sahabat FS sekalian. Ini aku si ibu tunggal yang punya sakit tak kelihatan tu. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca coretan pertama aku tu ye. Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku yang tak seberapanya. Maaf ye aku lambat sambung. Biasa la bila jiwa kacau datang bertamu. Tido je keje aku.

Berubat.

Sambungan kepada cerita sebelum ni, keesokan harinya aku dengan mama pun sibuk la sediakan keperluan untuk mandi malam berikutnya iaitu air dari 7 masjid, 7 biji limau purut, bunga 7 warna, segenggam garam kasar, baldi, dan gayung. Sebenarnya aku malas.Hati aku tak nak buat semua tu, siap cengelat dari pagi. Petang tu terpaksa jugak la sebab kesian mak aku buat sorang pulak nanti. So sebelum maghrib siap dah semua barang yang diperlukan tu. Oleh kerana mak aku dah takut bawak aku sorang tak berteman pergi berubat tu, mak aku kata balik dari tempat rawatan malam tu mak aku duk takut je kalau-kalau aku buat hal apa-apa lagi dalam kereta, contohnya seperti aku cekik mak aku. Tu la apa yang mak aku cerita pada adik-adik aku dekat rumah.., jadi mak aku mintak adik aku,of course termasuk wife die sekali and bapak aku temankan kami pergi malam tu. Lepas je solat bergeraklah kami ke tempat rawatan..

Malam ni kami sampai sedikit lewat berikutan hujan lebat. Waktu kami sampai dah ramai orang yang ada dekat sana. Jadi kami pun terus ambik tempat and duduk tunggu rawatan bermula. Lebih kurang pukul 10 sesi rawatan pun bermula dengan ketibaan pak ustaz dan 2 orang ustaz, serta beberapa pembantu yang telah sedia ada mempersiapkan apa yang perlu. Seperti kebiasaan, pak ustaz akan mula scan kanak-kanak satu demi satu, dan kemudian 2 orang ustaz akan scan golongan dewasa sorang demi sorang mengikut giliran. Sampai giliran kami, macam biasa la ustaz Jay pun scan la dari adik ipar aku, mak aku, adik aku, and anak aku. “Awak yang kena mandi tu kan?”, ustaz Jay tanya aku. Aku angguk je. Ustaz Jay just kata nanti tunggu sesi mandi oleh pak ustaz je, aku tak perlu scan malam ni. Aku pun cakap ok jelah nak cakap apa lagi kan (hihi).

Oh ye, hari tu aku terlupa nak bagitau. Lepas rawatan malam pertama tu, keesokannya aku bangun subuh macam biasa je. Tapi masa tengah kerja hari tu aku duk rasa sejuk je, sampai tahap menggigil-gigil. Aku ingatkan sebab cuaca mendung and kerja dalam aircond. Tengahari balik lunch tu mak aku ada pegang aku, “eh panasnya.ko demam ke?” mak aku kata. Aku pelik la, eh aku demam ke. Terus aku pegang dahi aku. Panas gilos wehhh.. Padahal aku rasa sejuk betol masa tu. Boleh aku tak sedar badan aku panas, aku ingat semua benda yang sejuk. Padanla lemau je aku wat keje. Aku berselubung dalam selimut je tengahari tu. Mak aku suruh aku rest je tak payah pergi keje dah lepas lunch. Aku kan degil, so aku gi je keje (huhu..). Yang hebatnya aku pun tak sedar bila, tapi taw-taw aku tak demam dah petang tu (badan dah tak panas). Kejap betul demam aku kan. Demam kura-kura, tiba-tiba datang tiba-tiba hilang. Mak aku kata mungkin sebab itu malam pertama aku berubat, sebabnya lepas malam rawatan yang lain takde pulak aku demam ke ape. Just sakit badan and luka-luka je.

Back to the current story, sementara menunggu tu of course la kena berzikir tanpa henti. Aku pun zikir jela nak tunggu sampai turn aku. Kebetulan pulak malam tu ramai yang datang, so lambat sikit la giliran aku nya. Hampir tengah malam jugak la menunggu. Dah tiba masa tu pembantu perubatan tu pun panggil la aku duduk atas kerusi depan pak ustaz. Bukan aku sorang yang kena mandi malam tu, ada 3 orang, perempuan semua (termasuk aku). Duduk la kami berderet 3 orang, tapi jauh-jauh la. Depan kami masing-masing baldi berisi air masjid, bunga, n limau purut yang kami bawak tu. Pak ustaz pun mulakan bacaan zikir dan ayat-ayat sebelum datang ke hadapan aku (ye aku yang pertama akan dimandikan.hahaiii…neves ai.hmm..). Sebenarnya, sejak aku dipanggil lagi hati aku dah tak keruan. Macam berperang otak dengan hati aku. Anxiety aku yang dah memang tak suka orang ramai-ramai nya..otak aku yang overthinking nya..ni hati aku yang dedau semacam lagi, dah macam cacing kepanasan je aku. Hati aku dah terang-terang la tak nak, malam tu otak aku pun half-half, sebab takut apa jadi dekat diri aku (half suka kalau aku cedera ke mati ke sekalipun, half lagi takut sangat-sangat nanti sakit.aduhaiii..).

Keberatan aku nak bangun dari duduk aku pun. Tapi bila pandang muka mak aku, aku gagahkan jugak la berdiri walaupun aku rasa nak lari je (sangat rasa nak lari sebenarnya). Aku melangkah jugak dengan sangat jiwa kacau nya, sambil melilau ke sana ke mari sebab aku serious rasa kena lari dari situ saat tu jugak! Macam sedang berhadapan dengan bahaya n kena selamatkan diri tu rasa die. Padahal berapa tapak je tempat aku duduk dengan kerusi tu, tapi kemain rasa jauh nak sampai. kejap aku toleh mak aku, kejap aku pandang pak ustaz, kejap aku tengok belakang; which is to be exact adalah ke jalanraya kat lua tu, n kejap aku jeling padang bola kat sebelah yang gelap gelita. Dah sampai depan tu aku pun cepat-cepat duduk sebab aku takut aku buat lain. Duduk pun aku sangat tak boleh fokus dengan zikir aku. Ye memang aku tak berhenti zikir dalam hati n sebut ALLAH, tapi badan aku dengan seram sejuk nya, mata aku tak boleh berhenti melilau, n kaki tangan aku non stop bergoyang (tapi otak aku pikir sebab anxiety aku je).
Aku genggam tangan aku, kaki memang duk goyang-goyang jelah. Tapi mata aku, bila aku fokus kat pak ustaz aku jadi rasa marah n benci sampai aku ketap gigi. Makin aku pandang makin meluap-luap rasa kat hati aku ni. Bila aku kalih kat baldi pulak, aku rasa nak tendang je baldi tu! naseb otak aku masih boleh pikir kalau aku buat nanti sia-sia usaha n susah-payah mak aku. Cepat-cepat aku kalih. Mata aku memang melilau saje lah tengok orang (hmm..). Aku dah rasa tak sabar sungguh masa tu, kenapa la pak ustaz ni lambat sangat nak mula. Semua yang ada kat situ baca zikir berterusan, makin lama makin kuat, so makin tak tentu arah le aku nyeee.. Aku takde la rasa panas ke ape, cuma rasa resah gelisah sangat. Dan belum pun pak ustaz berdiri depan aku, ‘aku’ telah bertindak. Sebelum tu, lupa aku nak cakap, kami bertiga duduk atas kerusi kat tengah, pak ustaz berdiri depan, ustaz 2 orang teruskan merawat orang lain, dan pembantu-pembantu perawat dalam 5@6 orang berdiri di sisi dan belakang kami (aku harap korang boleh bayang la ye).

Dalam hati aku ni tak pernah berhenti suruh aku lari, walaupun aku pun tak stop langsung zikir. Aku rasa tak tahan betul dengar bacaan diorang semua. Bingittt!!! ‘Aku’ terus bangun n capai kerusi yang aku duduk tu nak lempar kat pak ustaz (aku tak pitam pun mase ni. Badan aku just tiba-tiba bergerak). Tapi ‘aku’ lupa tepi n belakang aku ada pembantu perawat. Salah sorang dari dorang sempat capai kaki kerusi sebelum aku dapat baling. Aku pun lepaskan kerusi n terus lari ke belakang. Fokus sebenar hati aku adalah belakang sebelah kanan (iaitu jalanraya besar), otak aku taw die nak aku mati tapi badan aku bukan dalam kawalan aku (huu..takuttt…). Tapi sebelah kanan terhalang sebab ada pembantu-pembantu perawat, terus aku lari arah kiri which is diorang agak tak bersedia masa tu so aku bolos la. Ada antara mereka sebenarnya yang dapat grab aku (sebab aku ada rasa kena tarik), tapi aku meronta n terlepas (kuat n pantas betol aku masa ni, kagum jugak la aku). Aku terus lari laju-laju n arah tujuan aku tetap juga jalanraya. Naseb aku baik walaupun diorang belum catch up aku lagi, adik aku yang memang berdiri dekat belakang sempat tangkap aku. Aku meronta n tolak dia jugak, malangnya sebelum aku sempat terlepas lari lagi, pembantu semua dah capai aku.

Ramai yang pegang aku, tapi aku boleh meronta, tolak dorang, tarik tangan n kaki aku (kuat wooo..hebatnya aku, yakinnya aku.fuh susah nak kate la). Kejap-kejap aku terlepas tapi akan ada yang tangkap aku balik sebab aku dah terkepung. Dorang semua kerumun la pegang tangan n kaki aku tak bagi lepas lagi, n masa ni la bapak aku pun join. Walaupun aku dah terikat, aku tetap tak mengalah n still meronta-ronta. “Lepaskan akuuu!!!”, menjerit-jerit aku masa ni. Then aku dengar bapak aku mendekat n pegang aku sambil panggil-panggil aku, “Gee.. ni abah ni. Gee..”. Terus aku meraung n gelak-gelak (mak aku kata kuat aku jerit n ketawa tu) sebelum terkulai. Pak ustaz pun arahkan pembantu angkat aku ke kerusi semula. Diorang baringkan aku, n pak ustaz pun mula berdialog (part dialog banyak aku tak ingat, tanya mak aku mak tak dengar pulak, tanya abah tak berjawab). Bacaan zikir dari hadirin tak berhenti pun ye, tetap berterusan. Pak ustaz nak keluarkan ‘aku’, tapi macam biase la aku duk tepis-tepis je dia. Then lagi sekali, aku bangun secara tiba-tiba n cuba lari (mase ni aku celik dah mata). Tapi diorang dah bersedia so aku tak sempat lari jauh. Aku meronta tapi kali ni tak dapat lepas sebab diorang pegang kejab. Pak ustaz sekali lagi berdialog. Oleh kerana ‘aku’ degil even lepas di offer untuk keluar secara baik mahupun diugut akan disembelih (semua tak lut wehhh..huu…), maka pak ustaz pun tibe-tibe tekan bawah perut aku. Dia kata sarang ‘aku’ kat situ. Bukan nak kata ape la, tapi memang serious s**t sakit gilerrr. Meraung-raung aku bak hang! Beberapa kali jugak la pak ustaz tekan tempat yang sama, sampai rasa lemah n menangis aku (huhuu..). Aku tak berapa pasti apa pak ustaz kata, tapi lebih kurang gini la maknenye, “sampai bila kau nak duduk dalam budak ni, sedangkan kau takde untung apepun”. “sampai aku matiiiii!”, itulah ape aku jawab wehhh.. (huu…takuttt…).

Pastu ada lagi dialog-dialog nye, tapi jarang sangat la aku nak menjawab, normally cuma mendengus atau diam membatu. Pak ustaz suruh diorang bangunkan aku n dudukkan dekat kerusi. Aku menurut mase ni setelah dipujuk-pujuk pak ustaz tu. Aku jalan slow-slow pergi kat kerusi tu. Dah sampai depan kerusi aku tak duduk pun, aku berdiri je. Diorang nak dudukkan aku,aku keraskan diri. Bapak aku cakap elok-elok, “duduk gee”. Aku buat tak dengar. Pak ustaz kata takpe, n berdiri depan-depan aku. Pak ustaz berdialog lagi, pujuk ‘aku’ kalau tak silap (sebab aku eksyen sangat).

Tapi aku tetap sama, diam n berdiri kaku (belagak betol kan ‘aku’ ni…). Tapi entah kenapa aku tak nak pandang pun pak ustaz, sampaikan pak ustaz suruh aku pandang die pun kena banyak kali. Aku buat jugak last-last tu. So bertentangan mata la kami. Bila aku pandang ke dalam mata pak ustaz tu aku rasa benci n marah betul. Meluat. Terus aku tutup mata aku. Dia suruh bukak mata, aku bukak tapi aku pandang ke lain. Die suruh duduk, aku pun duduk. Kali ni pak ustaz tak pujuk dah. Pak ustaz takut-takutkan pulak, nak sembelih la ape la (tapi aku tak rasa ape pun. takut ke cuak ke. takde.cuma rasa menyampah je.sinis sungguh la ‘aku’ niii..haihhh..). Pak ustaz ada tunjuk tongkat dia sambil cakap sesuatu ,aku lupa. Percakapan kebanyakannya aku tak ingat sangat, samar-samar. Tapi kalau perbuatan aku ingat sebab aku taw apa badan aku buat, aku jeling tongkat tu dengan perasaan jelik n aku tepis tongkat tu (hampir jatuh n terlepas dari pegangan pak ustaz la dibuatnya). Pak ustaz terus kata, “ha, terbakar dah tangan kau kan. Lumpuh dah tangan kau”. Memang betul! Tangan aku tu terkulai terus, takleh gerak! Aku rasa kebas je tangan belah kanan aku tu. Pijar-pijar je rase ,macam duk kembang kuncup kembang kuncup tangan aku tu.risau betul aku kalau-kalau tangan aku betul-betul terus lumpuh.nauzubillahiminzalik..

Pak ustaz pun terus baca-baca sambil kacau-kacau sikit air kat baldi aku n start mandikan aku dari bahagian kaki naik ke atas. Dari satu gayung ke satu gayung, tiba-tiba aku rasa sayu syahdu betul. Dan-dan tu aku start nangis dan masa ni pak ustaz dah jirus sampai bahagian paha, tapi cuma air mata jela keluar. Bila pak ustaz jirus bahagian pinggang, aku dah mula tersedu-sedan. Makin pak ustaz jirus naik bahagian atas, makin syahdu n kuat aku menangis. Dah sampai part dada, aku rasa aku nangis tu dah macam mengongoi ke merintih ke mengilai ke tak pasti, yang pastinya memang makin kuat n mendayu-dayu. Naik je kat kepala, aku menangis dengan bersungguh-sungguh sampai tahap aku menjerit@meraung hiba dengan sekuat hati aku. Then terus aku rebah. Naseb baik pak ustaz dah bagitau awal-awal untuk jaga belakang, so aku rebah atas abah aku. Lepas tu abah pun panggil-panggil aku sambil tepuk-tepuk sikit, tak lama aku sedar tapi dalam keadaan kesejukan n lemah. Terus pak ustaz suruh bawak aku pergi salin pakaian. So, mak n abah aku pimpin la aku pergi toilet. Dah siap salin pakaian tu, aku duduk n mak aku selimutkan aku dengan towel. Aku rasa mengantuk yang amat mase tu, so aku baring dekat riba mak ku n terus aku tertido. Bila aku terjaga tu baru la aku rasa ok sikit. Akak yang mandi selepas aku tu elok n berhemah sikit kejadiannya, tapi adik yang last tu lebih kurang aku je cuma tak lari-lari macam aku.

Jadi begini la rentetan pengalaman aku berubat buat perkongsian dengan sahabat FS sekalian. Terima kasih pada yang sudi membaca malah meninggalkan komen. Sampai sini dulu.

(oh ye. tentang komen jin asyik tu. dulu zaman remaja memang saya suka telek muka kat cermin, kadang-kadang malam ke tengah malam pun duk depan cermin bile bosan@letih study. sebab tu la die terikut agaknya. selepas je daripada tu taubat dah tak suka tengok cermin lama-lama lagi. terima kasih atas peringatannya.)

4 thoughts on “Anxiety Disorder: Berubat”

Leave a Comment