Apa Benda Ni?

Assalamualaikum, aku Am @ kaki Ayam, aku selalu baca je cerita dekat FS nie. Hari nie rasa macam nak share kisah aku. Terima kasih kalau cerita nie disiarkan.

Aku jarang balik kampung, dalam setahun sekali atau dua kali je aku akan balik, itu pun hari raya. Nak dijadikan cerita, aku dapat sambung belajar dekat dengan kampung aku nie. Sem pertama semua ok je. Sampai la masuk sem dua aku kena keluar dari asrama. Aku ambil keputusan untuk duduk di rumah arwah nenek dan datuk aku, memandangkan memang dekat dengan tempat aku belajar. Rumah tu cuma ada family paksu aku dan 2 orang sepupu lelaki. Jadi tak lah aku segan sangat dengan maksu dan anak dara dia tuh.

Minggu pertama still ok takde apa-apa yang pelik. Masuk minggu kedua aku dah mula rasa macam di perhatikan. Lebih-lebih lagi kalau aku tinggal sorang kat rumah tuh sebab takde kelas. Paksu aku kerja dekat ladang, maksu aku ikut laki dia. Dua sepupu aku, Sharul (Arul) dan Shamin (Amin) pula kerja di bandar malam. Hujunh minggu baru dapat tengok batang hidung dorang nie. Anak dara maksu Suhaila (Ila) pula pelajar tingkatan 6, jadi petang baru dia balik.

Satu hari aku tengah rasa lapar jadi aku pergi dapur nak masak makanan kegemaran orang bujang. Tengah tunggu air mendidih, aku perati la jugak kat luar kot-kot ada pokok jambu ke pokok pelam yang dah berbuah, dapat jugak la habuan makan petang nie. Tiba aku macam nampak macam ada benda tergantung kat pokok jambu. Aku tak pikir apa pun masa nie. Aku just ingat tu kain buruk paksu aku ikat dekat buah jambu. Lagi pun jam waktu nie pukul 12 tengah hari kot tak kan la ada hantu pulak kan.

Jadi aku teruskan dengan kerja memasak. Siap masak aku terus cuci periuk dan angkat mangkuk aku ke depan lepak makan sambil tengok movie. Masa tengah menikmati keenakan masakan chef lima bintang nie, aku tiba-tiba rasa macam ada benda duduk belakang aku. Sebab memang rasa bahang macam ada orang yang tengah berdiri dekat belakang. Aku toleh dan tiada siapa pun. Aku tak nak fikir bukan-bukan dan anggap perasaan aku je. Kawan-kawan sekalian jangan la ragu-ragu dengan perasaan korang sebab boleh menyebabkan korang menyesal tak ikut kata hati korang tuh.

Aku pandang semula tv dan memang betul aku dapat rasa bahang seperti ada sesuatu di belakang aku. Kali kedua aku toleh masih tak ada sesiapa. Hati aku mula rasa tak sedap. Serius aku rasa macam aku kena keluar dari rumah. Tapi aku masih cuba untuk bertenang dan masih anggap nie cuma perasaan aku je.

Aku tengok jam dinding dah nak masuk zohor. Aku cepat-cepat bangun bersihkan apa yang patut dan bergerak ke bilik air untuk mandi. Aku capai tuala, sarung selipar nak ke bilik air yang ada kat luar rumah.

Rumah nie sebenarnya ada bilik air kat dalam jugak tapi aku tak nak masuk bilik air tuh sebab aku pernah nampak ‘roti merah’ selonggok kat bucu bilik air tuh dengan baju-baju kecik tergantung merata. Jadi untuk jaga perasaan orang dalam rumah nie aku diam je pergi mandi kat luar.

Masa mula-mula nak mandi kat luar nie pon aku geli jugak sebenarnya bilik air penuh lumut dan sampah daun-daun kering. Satu hari suntuk aku ambil masa sental bilik air nie sampai bersih. Paksu aku perasaan aku nie pembersih orangnya dan anak-anak dia pula jenis asal boleh je. Jadi secara rasminya bilik air luar nie jadi bilik air peribadi aku hahahaha… ok sorry aku dah kelaut pula.

Balik pada cerita aku tadi, aku nak pergi mandi sekali lagi aku rasa macam ada yang tak kena.
Aku tengok pintu bilik air tuh lama. Aku rasa macam ada sesuatu dalam bilik air tuh yang tengah tunggu aku. Aku teruskan langkah dan tak pedulikan perasaan aku. Sampai je depan pintu aku tolak pintu dan jenguk ke dalam.

“Allahuakhbar!” Aku melihat makhluk hodoh sedang bercangkung di tepi kolah mandi. Makhluk tersebut tidak mempunyai sebelah mata dan lidahnya sangat panjang hingga mencecah lantai. Aku menghempaskan pintu, terus belari masuk semula ke dalam rumah. Aku mengunci pintu bilik dan menutup semua tingkap lalu melompat ke katil berselubung ketakutan.

Otak aku seperti tidak dapat berfungsi dengan baik ketika itu dan aku tidak dapat melafazkan apa-apa surah walaupun al-fatihah. Samseng betul hantu nie siang-siang pon dia ada jugak ker.

Aku merasakan seperti ada sesuatu yang sedang memanjat katil dan merangkak dari kaki naik hingga ke paras dada. Menggigil seluruh badan aku ketika ini dan aku hanya dapat menyebut nama kalimah Allah sahaja. Aku mendengar benda tersebut mengilai dan selimut yang menutupi muka aku rasakan basah dan satu bau yang sangat busuk mengalir menebusi kain selimut tersebut.

Aku tidak dapat menahan perasaan aku lagi entah datang mana semangat dalam diri aku ketika ini aku menjerit “ALLAHUAKHBAR!!” sekuat hati dan menumbuk benda yang ada atas aku ketika itu. Terus aku melompat menendang tingkap bilik dan terjun keluar rumah bersama selimut yang tak lepas dari genggaman. Aku jatuh tersembam ke tanah kerana tidak dapat mengimbangkan diri. Lagi pun aku masih terasa kaki ku menggigil akibat ketakutan yang tak terhingga.

Tiba-tiba aku merasa ada sesuatu sedang berjalan ke arah aku dari belakang, aku menekup kepala aku dengan selimut dan cuba untuk bangun tetapi gagal kerana kaki aku masih lemah. Benda tersebut mula menarik-narik selimut yang membelit kepalaku.

Aku melawan dan menjerit

“ALLAHUAKHBAR!!”

“ALLAHUAKHBAR!!”

“Ya Allah, tolong aku Allah.”

“Am!! Am!! Subhanallah. Kenapa kamu nie Am?”

Terhenti seketika pergelutan menarik selimutku tadi. Suara ni macam suara paksu. Aku menyelak sedikit selimut untuk melihat sendiri, memang betul paksu aku yang sedang melutut sebelah kaki di sebelah ku kini. Aku juga melihat maksu serta Ila berdiri di sebelah pokok rambutan sambil memerhatikan aku dengan riak risau dan pelik.

“Apahal dengan kamu nie Am. Tiba terjun tingkap dengan berselimut semua nie. Tengok nie berpeluh sampai basah lencun nie dah kenapa”, tanya paksu dengan kerisauan.

“Paksu! Am nampak pontianak paksu!”

“Pontianak? Kamu biar betul Am. Mana ada pontianak siang rembang nie.”

“Betul paksu, percaya la cakap Am. Am betul-betul nampak. Tadi Am nak mandi dia ada dalam bilik air kat luar sana, lepas tuh dia ikut Am masuk bilik dia nak makan Am tadi paksu.” Bersungguh-sungguh aku menceritakan pada paksu supaya dia percaya.

Paksu hanya menggelengkan kepala dan berkata aku hanya bermimpi di siang hari. Mungkin sebab aku tidur masa matahari tegak jadi aku bermimpikan yang bukan-bukan. Mustahil aku bermimpi, sebab aku bangun awal hari nie dan tidak tidur semula.

Paksu mengarahkan Ila membantu maksu mengangkat barang yang di beli dan paksu membantu aku untuk bangun. Sebelum masuk kedalam rumah, aku melihat paksu membaca sesuatu di hadapan pintu sebelum memberi salam dan melangkah masuk kedalam dengan kaki kanan. Aku masuk dan berlalu ke sofa untuk berehat seketika menenangkan hati yang masih berdebar kencang.

Ila datang membawa segelas air suam. “Nah abang Am, abah suruh minum selawat dulu minum 7 kali nafas.”

Aku hanya mengangguk tanpa berkata apa.

“Kalau dah ok abah suruh pergi mandi ikut pergi surau azan dah nie.” kata Ila.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan bangun menuju ke bilik air semula. Sebelum masuk ke dalam aku membaca doa masuk tandas dan 3 Qul. Perlahan-lahan aku menolak daun pintu bilik air.

Kosong… lega hati hati aku ketika ini dan cepat-cepat aku mandi bersiap-siap hendak ke surau bersama paksu.

Sampai sini je dulu aku cerita kalau cerita nie di siarkan dan korang ok aku akan sambung.

Terima kasih!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

96 thoughts on “Apa Benda Ni?”

  1. weyh seram dowhhh… mmg tgh hari macam berhantu sikit r. kat kg aku pun ade ‘perempuan’ berdiri bawah jambatan waktu tengah2 hari buta dalam kol 12 camtu.

    Reply
  2. Jadi ko mmg tak berkasut kemana-mana?

    wow.

    ok ayam, keseraman ko sampai.
    takde lucah ke hape.

    hebat gak ko terbang melompat dari tingkap.haha.

    Reply
  3. Satu hari suntuk aku ambil masa sental bilik air nie sampai bersih. Paksu aku perasaan aku nie pembersih orangnya dan anak-anak dia pula jenis asal boleh je. Jadi secara rasminya bilik air luar nie jadi bilik air peribadi aku hahahaha…

    Tiba part ni akak terkesima jap. Haha.Akak bkenan ngn org2 pmbersih ni. Kbersihan sparuh dr iman.teruskan mnulis.kipidap

    Akak bg5?????

    Reply
  4. best….. kelakar n seram… boleh pulak ko terjun tingkapkan.. hahah nasib tempat tak tinggi…nanti sambung lagi ya… cerita menarik… tapi mak aq pernah cakap tengah hari buta ,waktu magrib n pagi2buta ni memang waktu kemuncak dieorang bersiar2…

    Reply
  5. Bestttt~~ Mohon sambung dengan cerita2 lain pulak..

    Memang biasanya tengah hari rembang pun time mende2 tu muncul kan? Betulkan hamba kalau salah..

    Reply
  6. wktu tghri/tgh mlm mmg timing si samseng2 jin ni..pnah dulu tepat jam 12 tghari angin kuat pastu bunyi org mngilai…tp cte ni mmg seram sbb LIVE nmpk susuk tubuh si samseng ni hahahahah..thumbs up!

    Reply
  7. Mak sy cakap..antara pkul 12pm -sebelum zuhur tu mmg banyak syaitan berkeliaran..tp xtau la org tua dulu2 kan xnk bagi anak main panas ke hape…

    Reply
  8. Cerita ni seram…
    Tapi lebih seram membygkan part perenggan ni:

    “Rumah nie sebenarnya ada bilik air kat dalam jugak tapi aku tak nak masuk bilik air tuh sebab aku pernah nampak ‘roti merah’ selonggok kat bucu bilik air tuh dengan baju-baju kecik tergantung merata. Jadi untuk jaga perasaan orang dalam rumah nie aku diam je pergi mandi kat luar…”

    Adeehhhh…
    Ape punye manusia aarrr pe’el huduh cmtu…
    Akk mmg cukup pantang manusia yg bile kuor die punye melaram tip top, die punye perfume sekilometer leh bau…
    Tapi toilet berlonggok baju kotor, berlumut, eeiiiiiii Ya Allah…
    Serius nak muntah…
    Tu klu akk yg kena tu, mau toilet tu jd mimpi ngeri seumur idop akk weeeiii…

    Reply
      • Sesembilan sgt kaannn…
        Akk ni even anak kecik2 lg sllu pesan kat anak2 rajin2 siram lantai bilik air setiap kali lepas guna…
        Baju kotor masok bakol kat blk, jgn longgok ats simen blk air, jijiiiikkk sgt…
        Pampers pon same, mmg pampers benda kotor tp jgn ditambah kotornye tu dgn longgok2 kat lantai basah2…geliii…!!!
        Nk tdo, nk kuor g jenjalan, kemas mainan sume msk bakul, jgn tggl sepah cmtu jer..
        Buatnye kita tetbe saket ke, meninggal ke, xdelah rumah sepah kita ni menyusahkan org nk kena tlg kemas plak…

        Mmg penat nk kena remind a.k.a MEMBEBEL selalu, tp itulah cerminan buat anak2 yg akn jd habit diorg smpi bile2…

        Reply
  9. Menarik cerita ko am..simple je tp keseraman tu smpai..cara penyampaian okey senang paham..smbg lg next story..kipidap bro..aku bg ko 8/10..?

    **Nape roti merah kumpul dlm bilik air eh?lepas basuh terus buang dlm tong smpah dapur je selalu..

    **Pesanan utk gegel..yg boboi xyah baca..sape baca mlm ni mimpi cikbam..hahaha..bg gegel2 cikbam nk pesan roti tu jgn buang dlm tong sampah bilik tido ye..better buang dlm tong smpah kt dapur ke..sbb cousin cikbam penah pesan wpun da cuci bersih pakai clorox pun benda tu tetap suke..kalo korg buang dlm bilik mana tau tah2 tepi tong sampah korg tu ade kakak cantik..hihihi..okey aku plk yg seram..

    Reply
  10. Pelik lak…tandas yg ada roti merah taklah dikacaunya walhal tu makanan kegemaran setan..tanda bersih pulak yang dia duduk…teruskan bercerita

    Reply
    • Maaf mencelah,dalam dalil atau hadis tiada menyatakan bahawa roti merah/bendera jepun merupakan makanan kegemaran jin.TAPIII saya pun tak tahu sebenarnya haha..cuma benda ni takde dijelaskan dalam hadis dan dalil mana-mana pun.Apa tujuan jin ni makan benda tu pun saya tak tahu..Mungkin ye kot..mungkin tak….mungkin ye..mungkin tak.. mungkin ye.. mungkin takk..ahhh entahlah..haihhh malaslah nak ambik tahu..bai???

      Reply
  11. aah apa benda ni? apa benda yang aku baca ni?

    roti merah kau panggil am? jilake terus trauma aku nak makan roti lepas ni.

    ape kau ingat pontianak tu suka org jahat je ke? dia minat orang2 baik macam kita ni. kita patut bangga tak semua dapat kelebihan mcm ni.

    Reply

Leave a Comment