Apartment 004

Apartment 004

Aku namakan diriku sebagai Bella. Cerita ni jadi masa aku pindah kat apartment baru aku. Dari dulu lagi dah plan kalau dah berjaya ada duit sendiri aku nak beli rumah. Alhamdulillah rezeki, aku mampu menyewa apartment.

Pada minggu pertama, memang tak da apa apa pun yang jadi. Aku ni jenis yang perfectionist. Rekaan dalaman apartment aku semuanya bertemakan warna putih dan kelabu. Aku tahu susun atur barangan aku. Tapi yang peliknya, minggu kedua tu, aku perasan yang meja tempat aku letak lilin tu macam dikacau.

Aku pun pergila perhatikan meja tu. Guess what? Satu lilin hilang. Sampai sekarang tak tahu mana perginya lilin tu. Nak kata ada orang alihkan, aku tinggal sorang. Tapi masa tu aku buat tak tahu je lah mungkin aku memang terlupa letak or aku salah susun. Tak nak lah nak takutkan diri sendiri fikir yang bukan bukan.

Hari seterusnya, aku terserempak dengan jiran tingkat bawah. Dia tegurla aku. Dia tanya aku, apa aku buat malam semalam? Aku jawaplah aku siapkan kerja lepastu aku tidur. Aku ni jenis yang tidur sebelum jam 11. Jiran aku tu pun pelik, dia cakap jam 1 malam semalam dia tersedar dari tidur sebab dia dengar bunyi orang berlari. Lepastu bunyi perempuan menangis. Aku cakaplah takda pulak aku menangis malam semalam. Hal ni pun aku tak ambil pusing sangat sebab aku fikir mungkin jiran aku tu penat. Tu yang fikir macam macam.

Sebulan kemudian. Serangan demi serangan jadi kat aku. Yang pertama, aku rasa macam ada orang tenung aku masa aku tidur. Aku selalu terbangun jam 3 pagi camtu. Ada satu malam ni, aku ditindih. Bukan tindih biasa tau. Yang ni, aku nampak muka benda yang tindih aku. M**i hidup balik pun aku tak akan lupa muka benda tu.

Yang kedua, malam aku berjaga sebab nak siapkan kerja. Around 12 camtu la. Tengah aku kusyuk buat kerja tu, aku dengar orang bisik, “Psst, psst. Buat apa tu?” Memang tersentak lah aku time tu. Belum sempat aku nak toleh belakang, tiba tiba blackout. Hanya laptop aku yang menyala masa tu. Slow slow aku capai phone aku, nak call pak cik guard kat bawah. Guess what happened? Semua benda atas meja aku tu ditepis. Seolah olah benda tu marah kat aku. Barang aku semua berselerak.

Sumpah masa tu aku freak out abis wei.

Masa tu aku memang dumbfounded. Aku tak tahu apa nak buat. Takut aku tu sampai aku tak tahu nak nangis ke nak berlari keluar dari apartment aku. Aku duduk je kat kerusi tu tunggu apa pulak game benda tu prepared untuk aku. Masa ni memang aku percaya 100% yang hantu ni wujud. Aku tak keseorangan dalam apartment ni.

Lepas 10 minit camtu, elektrik semua dah ada balik. Tapi tak lama wei. Benda tu main on off api kat office room aku. Sumpah time ni la aku paling ingat dengan Allah. Memang menangis dah aku time ni. Masa aku dah menangis ni la benda tu panggil nama aku.

“Bella…..Bella…jum la main…hehehe.” Lepas tu bedegup bunyi pintu dihempas. Bilik mana entah. Aku capai phone aku, aku mainkan ayatul kursi dan BANGGG! Semua pintu pintu dalam apartment aku macam diketuk ketuk. Kuat gila wei. Aku tahu benda tu tengah mengamuk sekarang ni. Aku kuatkan radio dan cuba beranikan diri walaupun air mata aku memang tak henti henti mengalir.

Menyesal aku tinggal sorang. Menyesal aku tak azankan setiap penjuru apartment. Menyesal aku tinggalkan solat lima waktu. Masa tu beribu penyesalan. Tapi aku redha mungkin ni tanda Allah nak uji aku. Lepas beberapa minit keadaan mulai reda. Semua normal. Macam tak ada apa apa jadi beberapa minit yang lalu.

Malam tu aku tertidur dalam bilik office. The next day, aku tengok wallpaper dinding apartment aku ada kesan cakar. Dari pintu depan sampai ke dapur. Kandang kuda lagi bersih dari apartment aku. Lepas hari tu, aku bawa abang aku tolong aku kemas barang aku dan aku start tinggal dengan family aku balik. Solat aku tak tinggal dan aku sekarang lebih berhati hati kalau sorang sorang sebab aku tahu benda tu wujud.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Arien
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.