Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Aku selalu menjadi silent reader di Fiksyen Shasha dan sekarang aku ingin berkongsi kisah seramku yang agak seram bagiku. Aku ucapkan terima kasih kepada FS kerana menyiarkan kisah seramku ini. Aku miey (bukan nama sebenar). Aku merupakan pelajar di Universiti yang berada di utara. Tapi aku bukan nak bercerita tentang kisah seram di Uni aku, tapi lebih kepada menceritakan pengalaman aku berada di kampungku sepanjang musim pkp ini.
Aku orang yang suka menyanyi dan nyanyianku agak sedap (isi bakul angkat sendiri). Musim pkp ini, biasalah selain menyelesaikan assignment yang bertimbun macam gunung, aku akan selalu lepak dalam aplikasi yang bernama ‘Wesing’. Aku tidak pasti sama ada, ramai atau tidak orang yang mengetahui kewujudan aplikasi ini. Wesing merupakan aplikasi menyanyi yang membolehkan kita ‘live’ atau berkaraoke di dalam room beramai-ramai.
Dipendekkan cerita, malam itu, dalam pukul 2 pagi, aku masih melepak bersama kawan-kawanku di room karaoke dalam aplikasi tersebut. Tergerak dihatiku ingin menyanyikan lagu pulangkan dari misha omar. Umum tahu lagu tersebut merupakan lagu ost untuk filem Pontianak harum sundal malam. Sedang aku bernyanyi dengan lunak, enak dan lemak berkrim, kedengaran anjing melolong berdekatan dengan bilikku. Aku tahu aku yang mencari penyakit menyanyi lagu tersebut pada waktu sebegitu. Niat dihati ingin mengusik orang, rupanya diri sendiri yang terusik. Dengan pantas aku menutup lagu tersebut dan berhenti menyanyi. Rakanku menggelakkanku, aku turut ketawa tapi dalam hati, uishh berkencang mcm tengah lumba lari lawan Usain Bolt.
Gangguan berhenti disitu? Anda silap. Usai aku menutup aplikasi tersebut, sekali lagi bunyi anjing menyalak, diikuti dengan cakaran di dinding rumah. Aku cuak, lidahku kelu tak terkata apa-apa. Hanya mampu membaca segala surah-surah yang kuhafal di dalam hati sambil air mata mengalir laju. ‘Dia’ berhenti seketika. Aku mulai tenang, tapi tak lama. ‘Dia’ ganggu lagi dengan humming lagu pulangkan. Jelas terdengar di cuping telingaku.
Aku memberanikan diri dan berkata kepada ‘dia’, “Jangan ganggu aku!!’ ‘Dia’ diam. Tapi lepas tu ‘dia’ mengilai dan terus mencakar-cakar dinding rumahku. Makin lama, makin jauh. Tapi kata orang, kalau jauh, maknanya “dia” dekat dengan kita. Tiba-tiba, bam! Pintu yang berada di depan bilikku, dihempas dengan kuat. Atap bumbungku juga berbunyi cakaran. Dalam hatiku, tercetus “berapa ekor la yang nak kacau aku nih”. “Dia” masih meneruskan lagi ‘humming’ lagu pulangkan tapi lagu ini menjadi semakin sayu berserta tangisannya. Seolah-olah ingin menyampaikan kesakitan yang dirasai.
Tiba-tiba dia diam dan aku dengar cakarannya berpanjangan seolah-olah ‘dia’ berpusing di sekeliling luar bilikku. Bunyi cakaran tersebut betul-betul berhenti di dinding yang berhadapan denganku. Aku sangat takut lalu baring dan mengbungkus diriku dengan selimut. Tapi diriku sumpah rasa tidak selesa kerana aku dapat merasakan kehadiran ‘dia’ di dalam bilikku. Aku memang tidak salah, di sebalik selimut ku yang nipis, aku nampak bayangnya di penjuru bilik.
Aku bergegas bangun tanpa memandangnya dan mengambil laptopku yang berada di sebelahku. Aku terus memasang surah-surah yang ada di dalam laptop aku dan berselubung kembali di dalam selimutku. Keadaan kembali reda sehingga aku melelapkan mata.
Keesokan harinya, aku menceritakan kepada ibu bapa aku, dan mereka berkata mereka tidak mendengar apa-apa dan mereka berseloroh mengatakan “ala benda tu nak kawan dengan kamu la tu, sapa suruh tidur lambat!”. Haishh selepas itu aku masih meneruskan hobi aku. Dasar tidak serik punya anak! hahaha… Dengan harapan “dia” tidak menggangguku lagi. Sekurang-kurangnya dia tidak menunjukkan rupa ‘dia’ yang buruk di depanku.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit