Assalamualaikum pembaca FS. Terima kasih kepada admin sekiranya publish cerita ni. Nama aku Nurul. Setelah membaca kisah Pangsapuri Perdana Seksyen 13 – Kerusi rotan tu, aku rasa macam tertarik pulak nak kongsikan cerita aku di pangsapuri yang sama. Bukan sahaja pangsapuri yang sama, blok pun sama. Ya Blok 4, Pangsapuri Perdana. Cuba dalam kisah Kerusi Rotan itu, mereka duduk di tingkat atas sekali iaitu tingkat 5, manakala kisah aku di tingkat 4.
2016, ya kami pelajar Politeknik Shah Alam semester 2 mendapat rumah sewa di situ. B4-4-2* . Rumah menghadap bangunan Hasil .
Maaf sekiranya cerita ni tak seram . Ini hanya pengalaman.
Pada awalnya selepas membayar deposit, kami masuk ke rumah yang kami sewa itu. Ya, rumah baru renovate, sangat cantik dan selesa. Rupanya kami penghuni pertama setelah rumah itu di renovate dan rasanya rumah itu sudah lama kosong. Dengan sewa bulanan RM1300. Rumah itu, ada 3 bilik dan 2 bilik air.
Awalnya, rumah itu biasa saje. Seronok dapat duduk rumah dengan kawan² sekelas. Kami berpindah sebelum pulang ke kampung untuk cuti semester.
Misteri pertama, salah seorang daripada kami mendapat mimpi. Mimpi menyusukan bayi di rumah itu. Ok macam pelik, tapi kami cuma positifkan sahaja. Tidak mahu fikirkan yang bukan². Setelah itu, salah seorang dari kami juga, mendapat mimpi bermain dengan budak kecil di rumah itu. Mula bayi, then budak kecil. Ok macam ‘something’ je kan .
Makin lama, rumah yang kami duduk itu makin rasa bahang semacam. Even dah mandi, rasa berpeluh lagi. Setiap hari. Tak tahulah kenapa. Mungkin nak suruh pasang aircond kot. Hahaha. And makin lama kami rasa seperti diganggu. Aku tak berapa ingat gangguan mana yang kami dapat dulu. Tapi aku akan ceritakan setiap gangguan.
Disebabkan rumah itu ‘bahang’, so ada yang tidur di ruang tamu. Satu malam tu, seorang kawan kami yang tidur di ruang tamu terjaga. Dan tiba² terpandang di pintu utama kami. Dia macam ternampak susuk tubuh wanita berdiri disitu dalam gelap. Bila cuba fokuskan kepada wanita itu, kelihatan dia seperti memakai kebaya. Dan keesokan harinya, dia menceritakannya. Dan kami memutuskan untuk buka lampu toilet waktu malam. Supaya tidak gelap satu rumah.
Next, haa kawan lagi sorang . Dapat mimpi lagi ! Dalam mimpi tu, dia kata ada orang ketuk pintu. Then terfikir, siapa yang tak balik lagi. Semua dh kat rumah. Then dia pergi buka pintu tu. And ketika itu, ada seorang wanita dan anaknya masuk ke rumah. Mimpi tu pelik sangat. Sebab tak kenal siapa then terus masuk. Bila dh masuk rumah, kawan terus terjaga dari tidur.
Ok next kisahnya, kawan kami ada kerja part time di giant sebelah apartment tu. Balik pukol 10 macam tu. Then dia balik naik lift. Sementara tunggu lift tu, mata dia melilau tengok kawasan situ. Tiba² terpandang sesuatu warna putih kat celah kereta di carpark. Rupanya yang dilihatnya adalah pocong bertubuh kecil. Tapi kawan tak lari, dia lawan rasa takut tu, naik lift masuk rumah. And tak bercerita apa².
Risau ada yang takut. Kedudukan pintu dalam rumah kami, sliding door dan pintu utama menghadap tau macam bertentangan. So malam tu, semua kat bilik, then kawan tu tutup lampu kat ruang tamu, tiba² nampak sesuatu macam bayang hitam lari menuju ke sliding door. Uishh terkejut dia. Malam tu semua tidur dalam ketakutan. Cis haha. Esoknya dia cerita, dia nampak pcong, kecik sangat. Pastu dia kata ‘kecik weh pocong tu, kain putih gila. Guna febreeze kot’ kahkah
Malam berikutnya, kami sedang busy menyiapkan assignment. Separuh di bilik, separuh di ruang tamu. Aku yang berada di bilik (medium room) sebelah dengan dapur. Pintu menghadap ruang tamu. Tiba² terdengar something yang kuat sangat. Macam pinggan kaca tebal tu dihempas kuat. Kawan yang kat ruang tamu dh jerit ‘wei apa tuuu’. Aku keluar bilik, ya Allah rupanya mozek dapur kami meletup, merekah panjang sangat. Dalam kepala ‘wei hantu nak keluar ke’.
Semua jerit dan lari keluar. Takut wei, manatahu bangunan tu nak roboh. Kami jerit, yang peliknya satu jiran pun tak keluar. Haa dh aku call kawan lelaki datang tgokkan rumah. Dia masuk, and dia cakap panas sangat agaknya ni. Then kami pun kemas² mozek ke tepi. Kawan lelaki aku balik. Then dia call, ‘weh jangan keluar rumah. Aku turun tangga rumah kau tadi lalu carpark. Then ada kereta yg main lampu. Aku tengoklah.
Mana tahu memb. Haa kau sekali, pocong beb kat seat belakang. Aku baca apa aku tahu terus aku cabut lari’. Malam tu, satu rumah tidur kat ruang tamu beb. Takut punya pasal. Aku tidur genggam tangan kawan aku. Malam tu jugalah benda tu tunjukkan diri. Selepas sorang demi sorang nampak dia, nampak dalam mimpi. Then giliran aku. Mungkin aku terbawa sangat rasa takut tu. Tengah tidur, terjaga then pandang tepi. Fuh benda tu baring menghadap aku, muka dia betul² depan mata. Jelas nampak muka berkedut and macam kabur² gitu. Aku pejam mata cepat² and buka dh takde dah. Syukur.
Bukan malam itu sahaja, ada satu malam kawan aku minum air di dapur. Rumah kami ada pintu dapur. Syok dia minum, terpandang pintu dapur ada perempuan baju putih rambut panjang sengih kat dia. Tersedak dia.
Banyaklah kejadian kat rumah tu yang membuatkan aku fobia bila datangnya waktu malam . Kena hempapnya lain. Bahang semacamnya lain . Pernah buat yassin, ada sorang tu telinga dia dengar macam² bunyi. Aku tak dengar pulak. Kadang malam² dengar barang jatuh kuat sangat kt area toilet. Esoknya tengok, takde pulak barang mandi jatuh. Last² tinggal satu sem je, and pindah rumah . Dh kena bayar denda sebab keluar awal dari kontrak. Takpelah .
Haa kalau nak baca kisah lain, ada je orang lain cerita pasal blok 4 tu. Serach google ‘Apartment Perdana Seksyen 13’
And untuk pengetahuan, rumah tu takde sape tinggal and deposit kami 4k pun still dia tak bayar.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
huh,seram beb
Hurmmmm….
Kadang bila fikir balik, patutlah apartment tu nampak suram, dan banyak gak kosong. Kalau nak ikutkan, situ prime area, sepatutnya tak jadi mcm tu.
Dan, kawasan tu macam agak tak terjaga kebersihannya.
4K? Besar jumlah tu…
Yeke tk terjaga..pandang luar je kot..dalam area apartment bersih ape😊
Ntah2 tuan umah bela nk kaut untung ble penyewa kuor awal dr kontrak soo deposit burn…
Haaa nampak tak ble dtg pikiran jahat akk ni pepelik jer pikir…
Deposit korg 4k???
Banyak tu weeeiiii…
sabo kak.. tuan uma macam something je.
Terserlah ekk akk ni mmg sabar yg hilang…
Hahahahah…
hahaha.. sesetengah tuan rumah ada yang buat cengitu. dia saja letak penunggu dalam 2 bulan tenant tak tahan terus blah. kadang-kadang dapat bonus dari tenant yang tinggalkan barang kat sana.
Yess ni gentle aku cite aku pernah kerja security kat perdana tu tahun lepas bulan 9 tak silap aku. Rumah yang Nurul sewa tu memang berhantu. Time tu pukul 2.30 pagi aku ronda sorang2. Aku lalu depan rumah Nurul, tiba2 aku dengar ada orang ketuk pintu tiga kali dari dalam. Bulu roma aku semua dah tegak time tu, terus hilang mood aku nak ronda. Aku jalan laju nak turun tangga pergi kat pos security, sampai je kat tangga hujung tu aku saja pandang belakang aku nampak ada orang perempuan baju putih koyak2 rambut panjang berdiri depan rumah yang Nurul sewa tu sambil pandang aku. Lepas pada malam tu aku dah tak ronda kat blok 4 dah. Kalau ronda pon aku ajak member aku.
Blok 4 tingkat berapa bang? Lagi satu boleh tau kenapa blok 4 level underground tu tutup? Siang nampak bese2. Malam nampak angker.
aku br gi sana smlm gi sifoo cat cari makanan kucing..mlm2 pun agak scary tempat tu..hmm
4k?….bnyknye dposit tuan umh mintak…student kot,agak2 le…cekik darah btol…
4k bnyak nye…alahai korang klo xdpt blik mmg rugi sgt la..kalo aku tuan umah buat mcm tu tau la aku hasilkan seni cat dalam rumah die.untung2 die boleh bukak art gallery dapat duit sekali masuk 2 hengget
dulu pernah nak menyewa area appartment situ. syukur lah tak menjadi.
Ak rasa block 4 tu memang ade masalah la..kawan ak dan ak penah tumpang kt rumah dye block 4 tp ground floor….kisah budah kecil kt belakang almari…kemudian anting loceng kt kaki kawan ak dye main..waktu ak tumpang tido dalam blik…dye tido kt hall..alih2 ak dgr orang terjerit2….rupa2 kene kacau..dye cakap ade budak main gelng kaki dye…menangis2 gile dye.ak pun keluar la tnya knp..terus bangun maki ak..sbb dye cakap dye panggil ak tp ak xdgr….terus dye capai kunci kete and balik….ak?..ak terus tido balik lps tu…sbb da kena maki tanpa sebab …huhu..
Selama dduk situ tkde apa2 mslh..lgi2 aku dduk block sme aras yg sme, tpi rumah aku kat hujung skli dkt dngn tangga..aku sllu jugakla balik pkul 2-3 pagi sorng2 tpi alhamdulillah tkde kne kacau atau nmpk bnda2 pelik pon slme sthun lbih dduk situ..aku rasa tuan runah tu yg bela tu..aku tngok foreigner dduk relax je😂
baguslah bagitau lokasi kat mana.
naya saja budak2 lain yang menyewa nanti
sepatutnya kena buat agreement juga dgn tuan rumah, kalau ada gangguan benda halus, tuan rumah pulangkan balik deposit dan advance payment, supaya owner ni reti bertanggungjawab.
Pernah gak duduk situ. 2008 camtu. Banyak je hantu berkeliaran, tp tk berapa scary sbb hantu lg takut dgn student kat situ. Byk buat onar. Hahahaha. Dh 3x pindah block, tp alhamdulillah tk kena kacau. Apartment pelangi sebelah kilang gula tuh ye byk kali kena kacau.
bukak lagi ke? setahu aku dah tutup lama
normal je depo 4k. sbb dia kata sewa sebulan rm1.3k, dan standard byr depo is 2+1+1 mth utilities. byr share kan. ok la tu.
yg aku nak komen ni part yg kata putih sbb pakai febreeze tu. febreeze tu deodorizer fabric spray weh. celah mana memutihkan. yg detergent tu nama dia BREEZE.
Alhamdulillah skrg yg aku duduk ni ok..no deposit..byr pn murah..dh 4tahun duduk sni
Aku tgh menyewa dkt situ skrng tapi ddk blok 2. Rumah menghadap blok 4. Member aku byk kali nampak in my house. Ade sorang member aku ni hijap dia memang terbuka so one day tu bila dia balik kerja dia ade nmpak ‘benda’ tu luar slinding door rumah kami. Benda tu wrna hitam tgh tgk dia. Esknya dia demam seminggu then terus balik kmpung tknk ddk situ dh. Haha. My bf always nmpak dkt luar kaw rumah aku and dlm rumah bhgian dpur (nmpak dri luar rumah). Yg dkt luar rumah tu alhamdulillah tk pernah ikut aku masuk rumah and tk ikut my bf balik rumah dia. Ada 1 day tu aku balik (balik sorang sbb member aku rumah lain) dh dlm 12-1 pg tapi kena tunggu senior bagi buku (kenapa bgi time tu sbb esknya senior tu nk balik kmpung then aku pulak ade hal nak kena uruskan). Tunggu sorang2 dkt lift menghadap kawasan lapang (lama gila nak tunggu senior tu smpai). Wktu tgh tunggu tu aku dgr bunyi kucing dkt tngga bahagian lift pastu dkt tangga hujung (tangga menghadap blok 1). Bunyi meoww kucing tu panjang gila. Time tu aku dh seram kot. Bila dh naik rumah tu dh masuk rumah. Member aku (bukan yg nmpak kelibat hitam tu) dh terasa ada something mengikut aku balik. Dia terasa mcm ade kelibat. Esk nya bru kitorang cerita lah each other. Byk kali member aku yg ni nmpak ‘benda’ dlm rumah kitorang. 1 malam tu dia terjaga dri tido then nmpak ‘benda’ tgh tindih kwn kami tapi dia tkleh buat ape. Even diorang pernah nmpak ape2 aku alhamdulillah tk pernah nmpak benda2 mcm ni. So the conclusionnya adalah semua tmpt ade makhluk Allah nan satu ini. Hehehehe. Klau kita tk kacau dia. Dia tkkn kacau kita. Betulkan betulkan?
#sorryterpanjang
#imjustsharing 😬
Tunang aku duduk kat blok 4 apartment perdana tu. Selama ni alhamdulillah aku tak pernah jumpa benda pelik2 melainkan foreigner tengah bergayut call kat bawah blok atau kucing2 comel yang ada area situ. Kadang2 sebab kitorang lepak sampai dua tiga pagi, kereta tak boleh masuk. Jadi aku temankan tunang aku ke blok dia sebab tunang aku tu agak penakut dan dia perempuan nak pulak jalan sorang2 pukul 2 3 pagi. Setakat ni masih okay. Aku rasa hantu pun dah lari dari situ sebab budak2 yang menyewa situ lagi hantu dari hantu.