Bilik sakit MRSM G.

Assalamualaikum and good morning. Tujuan aku tulis ni sebab aku bosan duduk hospital putrajaya ni tunggu mak aku datang hantar makanan. Hahahaha. Btw, akak aku batu je selamat lahirkan anak perempuan tapi baby kat nicu so tak boleh keluar. Please doakan anak buah aku tu ya. Thanks korang. Sebab tu la aku tercongok kat ground floor Hospital Putrajaya ni.

Pada MRSM G yang ku cintai, baru lepas habis sedarsawarsa semperna 10 tahun kan? Happy late anniversary korang.
Okay nak start cerita dah ni. Kepada adik2 mrsm yang baca cerita ni. Bertabahlah korang. Hahahaha.

Cerita dia bermula macam ni. Kawan aku si Amirah demam teruk so kena stay kat asrama sebab tak larat nak pergi prep malam. Asrama aku kalau sakit tak pergi prep kena tinggal kat bilik sakit. Tapi masa malam tu bilik sakit takde sorang pon yang stay. So aku dengan kawan aku si Bada decide nak teman si Amirah. Tapi sebenarnya yang boleh teman sorang je. Disebabkan cikgu warden kitorang pernah cerita pasal ade perempuan bawak anak jalan pukul 3 pagi depan bilik sakit tu so takde siapa berani stay sorang kalau malam. (P/s : anak perempuan tu actually batu nisan yang dikendong buat macam anak.)

So si Amirah ni pon baring la dalam bilik sakit. Kawan aku yang si Bada ni budak terpelajar sentiasa skor. Dia rasa taknak la bazirkan masa kitorang dengan tido atau berborak masa teman si Amirah. Dia ajak aku pergi ambil buku-buku dan homework dekat blok akademik. Blok akademik agak jauh dari asrama. So kitorang pon pergi la berdua tinggalkan si Amirah sebab antara kitorang bertiga masa tu si Amirah yang sakit ni paling baik dan solehah. (Tudung labuh).

Selepas bajet-bajet busy dan terpelajar(aku la tu) ambil buku, kitorang pon balik semula ke asrama tadi. Dengan buku yang banyak bajet nak study tu, aku dengan si Bada mulanya ingat nak letak buku-buku tu dekat bilik sakit tu lepas tu baru pergi solat maghrib.

Sampai depan bilik sakit tu aku punya lah berdebar-debar (padahal memang penakut dari awal lagi). Aku pulas tombol dan buka pintu. Nampak la kawan aku yang sakit tu (si Amirah) tengah terbaring. Tido mungkin. Dia menghadap ke arah bertentangan dengan pintu. So, kitorang nampak rambut dia jela n badan tengah terbaring. Tiba-tiba aku rasa x sedap n cakap kat kawan aku yang c Bada ni

“Apa kata kita pergi solat dulu, karang takyah nak ulang alik. (Aku dah la pemalas nak berusaha)”. Then, si Bada ni pon setuju dengan cadangan aku yang bernas tu. Sooo, aku tutup balik pintu bilik sakit tu and kitorang terus gerak ke bilik si Amirah (bilik Amirah dekat dengan bilik sakit, bilik aku dengan Bada jauh sikit so guna bilik Amirah je nak solat). Tapi yang musykil tu bilik si Amirah ni berlampu.
Aku pon tanya la si Bada….

” eh tadi kau last keluar tak tutup lampu ke?”
“Tutup la kan kau nampak tadi”
“Ohh mungkin si Amirah lupa nak tutup masa dia masuk tadi kot” (aku sangatlah positif orang nya)

Aku pon bukak lah pintu bilik si Amirah yang berlampu tadi. Cuba korang teka apa yang aku nampak? Hahahaahahahahahahaha.

Aku nampak si Amirah tengah solat maghrib!!

(Kepala dia. Ya rabbi! Ya ampun!)

Aku punya lutut habis longgar tengok si Amirah. Aku pandang si Bada dengan muka bajet suci (cuak namati) dan tanya dia

“Bada, kau nak percaya yang tengah solat ni ke yang tengah baring kat bilik sakit tadi?”

Pendek dan ringkas ayat aku.

Bada balas.
“Kau rasa????….”

p/s: nama yang digunakan bukanlah nama sebenar…

Tamat.

.

Siti sakura
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

13 comments

  1. Karangan budak MRSM…..ermmmm haihhhhhhhhhhh…
    Pening-pening lalat aku nak memahamkan intipati kau dek.
    Takpe, esok lusa jadi yang terbaik ok. Peace.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.