#armyy – Kompilasi Cerita Pendek Jilid 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca FS yang budiman. Didoakan semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya. Terima kasih aku ucapkan atas respon dan reaksi yang pelbagai untuk cerita trilogiku (rujuk: #armyy – Memburu Dan Diburu Bahagian 1, 2 dan Akhir). Maka untuk kisah-kisah yang aku sendiri lalui kali ini, kalian akan dapati aku tinggal dan menetap di pelbagai lokasi disebabkan aku kerap berpindah rumah. Lebih 10 kali. Aku akan ikut susunan secara kronologi mengikut tahun dan tempat kerana ada cerita-cerita yang bersangkutan (dalam konteks di mana ia berlaku), dan ada yang tidak. Manakala bagi kisah yang diperdengarkan kepada aku (sama ada dari ahli keluarga atau kawan-kawan), aku akan ceritakan semula selepasnya. Mungkin di dalam Jilid 2. . Mungkin..
Cerita 1 : “Berani kau masuk rumah aku…!!”
Cerita pertama yang akan aku kongsikan ini terjadi di Melaka. Bagi kalian yang membaca cerita aku sebelum ini, ada dinyatakan bahawa aku pernah menetap di sana sekitar tahun 2000 – 2002. (Rujuk: #armyy – Nek Yah). Ketika malam itu, aku, emak dan adik ingin pulang ke rumah kami di Bukit Katil dari kampung (belah emak) yang terletak di Semabok. Ayah pula ke Kuala Lumpur selama seminggu kerana perlu menghadiri perbicaraan kes di mahkamah. Kalau dah pulang ke kampung emak, pasti kami akan menyinggah lama di sana. Seperti di dalam cerita yang aku nyatakan tadi, walau ditegah keras oleh nenek, pakcik dan makcikku pulang pada lewat malam, emak tetap berkeras tidak mahu bermalam di kampung dengan alasan yang sama; jarak terlalu dekat antara kampung dan rumah kami. Bagi aku dan adik pula, kami lebih seronok jika tidur di kampung kerana ramai saudara sepermainan yang ada. Biasalah, waktu itu masih budak-budak. Tetapi mahu tidak mahu, kami terpaksa turutkan juga keputusan emak.
Aku masih ingat lagi waktu itu jam telah menunjukkan hampir 1 pagi. Aku duduk mendengar emak yang leka berborak sambil-sambil minum kopi sehingga tidak sedar waktu berlalu dengan begitu pantas. Adik pula sudah tertidur di ruang tamu bersama saudara-saudara yang lain. Setelah meminta diri untuk pulang dan bersalaman, kami pun bergerak menaiki kereta yang dipandu emak. Aku lihat adik tersengguk-sengguk di dalam kereta kerana terlalu mengantuk. Cuaca pada malam itu kelihatan seperti hujan akan turun. Dengan angin bertiup agak kencang, menerbangkan daun-daun kering sehingga mengeluarkan bunyi geseran yang kuat. Aku memerhati keadaan sekeliling. Terasa begitu lain dari kebiasaan. “Mak, kenapa sunyi sangat malam ni?” tanyaku kepada emak semasa kami berhenti di lampu isyarat. “Yelah bang, mak pun perasan. Lain macam pulak sunyinya. Kereta lain pun takda atas jalan ni ha,” balas emak sambil melihat ke arah jalan yang sangat lengang. Aku dan emak membiarkan sahaja perasaan pelik itu terkubur di dalam diri. Mungkin tiada apa yang luar biasa, lewat malam menjelang pagi, orang lain pun dah masuk tidur.
Setibanya di taman perumahan kami, hujan renyai mulai turun. Sesekali kilat turut memancar. Emak memberhentikan kereta di hadapan rumah dan menyuruh aku membuka pagar. Turun dari kereta, aku tersentak dengan satu bunyi yang agak kuat. Datangnya dari arah rumah bertentangan milik satu keluarga berbangsa Cina, Uncle Yew namanya. “Abang, siapa kat rumah Uncle Yew tu?” tanya emak dari dalam kereta. Rupanya emak juga turut mendengar. Bunyi pintu pagar besi yang digoncang-goncang bagai nak tercabut. “Er, mana ada siapa-siapa mak. Pintu pagar tingkap semua berkunci tu, angin kot,” kataku menyedapkan hati. Setelah kereta di parkir di ruangan garaj, aku mengejutkan adik yang telah terlena entah bila masa manakala emak pula pergi mengunci pagar. Seketika…
Aku memerhatikan emak yang dilihat sedang mencekak pinggang. Entah apa yang begitu menarik perhatiannya. “Abang, mari sini kejap!”. Aku berlalu mendapatkan emak dan adik menyusuliku sambil menggosok-gosok matanya. “Cuba abang dengar..” emak memintaku untuk memasang telinga. Tiada apa yang luarbiasa, hanya bunyi angin yang menderu dan dedaunan kering berterbangan. Tetapi selepas itu telingaku menangkap sesuatu..
“Fiuuuuwiwiwi… fiuuuuwiwifuuu…”
Bunyinya seperti ada orang sedang bersiul-siul berlagu sambil berjalan mundar-mandir di hadapan rumah kami. Sayup kedengaran dari jauh kemudian kuat dan kemudian sayup kembali. “Dah abang, adik, jom kita masuk. Jangan dilayan benda ni semua, kita tak payah takut!” kata emak dan serentak siulan itu hilang. Sebelum masuk ke dalam rumah, aku lihat emak cuba menggoncang pintu pagar rumah kami dengan kuat dan kemudian berdiri tercengang. “Bang, angin kuat tak boleh nak buat pagar sampai berbunyi kuat macam tadi, melainkan kalau kita goncang,” kata emak. Fahamlah aku apa yang dimaksudkan oleh emak itu. “Mak, abang dengan adik tidur dengan mak eh malam ni?” pintaku kepada emak. “Ha yelah, dah, pergi masuk tidur. Basuh kaki tu dulu lepastu gosok gigi. Emak nak solat jap,” emak membalas. Bilik emak betul-betul menghadap bilik aku dan adik yang dipisahkan oleh ruang makan di dalam rumah teres 3 bilik itu. Manakala bilik bersebelahan dengannya dijadikan stor simpanan barang. Jika dilihat di atas pelan lantai, kedudukannya berbentuk seperti huruf ‘L’. Setelah bersiap-siap, aku dan adik pun berbaring dan sedia untuk melelapkan mata. Emak pula sedang bersolat dan dalam rakaatnya yang terakhir. Di saat itulah..
“Kreeiiikkkk… kreeeiiikkkk… Kreiiikkk…”
Berderau darah aku dan adik tatkala melihat dari atas katil bilik emak, pintu bilik kami yang bertentangan itu dengan sendirinya terbuka dan tertutup. Aku menoleh kepada adik, habis diselubung mukanya dengan selimut. Kakinya dilaga-lagakan dengan laju. Aku tahu adik sangat takut. Badannya menggigil sehingga aku yang berada di sebelahnya turut terasa. Selesai bersolat, emak yang masih bertelekung itu lantas ke bilik aku dan adik. Dipasangnya kipas dengan kelajuan maksimum sambil memerhatikan pintu. Kemudian emak mematikan suis dan kembali semula ke biliknya tempat aku dan adik berada. “Nak solat pun tak senanglah! Berani kau masuk rumah aku main-main pintu! Berambus kau!” jerkah emak.
Cerita 2 : “Mak, jangan kunci pintu tau!”
Penghujung tahun 2007. Ketika itu aku dan keluarga menetap pula di sebuah kompleks kuarters perumahan polis di negeri Selangor. Berbeza dengan yang pernah aku ceritakan sebelum ini (rujuk: Kuarters Lama Bahagian 1 & 2), kuarters ini binaannya lebih moden dan pelbagai fasiliti juga turut disediakan. Namun, ada sedikit kerisauan yang bertandang di hati kami sebelum pindah masuk ke sini. Pernah diceritakan bahawa sebelum kawasan berbukit ini dibangunkan ianya dahulu adalah perkampungan orang asli. Malah, telah lama terbiar kosong kerana masalah Sijil Layak Menduduki (CF).
Kompleks kuarters yang berada di atas bukit ini mempunyai pelbagai jenis blok kediaman dan juga rumah mengikut pangkat seseorang anggota polis. Aku dan keluargaku tinggal di sebuah apartment setinggi empat tingkat dan yang paling hujung, bersebelahan dengan satu padang tenis yang telah menjadi belukar dek lama terbiar. Memandangkan keluargaku antara yang terawal mendiami blok itu, kami diberikan unit rumah di tingkat satu. Di setiap tingkat pula hanya mempunyai empat unit rumah dan keluargaku satu-satunya penghuni di blok tersebut pada waktu itu.
Aku sangat yakin bagi kalian yang tinggal di rumah jenis blok bertingkat-tingkat ini pasti pernah mendengar paling tidak bunyi guli jatuh ke lantai. Aku sekeluarga pula, bukan setakat itu sahaja. Bunyi perabot diseret-seret seperti sedang dialihkan, bunyi kerja-kerja bertukang (mengetuk dinding) serta bunyi dentuman tapak kaki seperti berlari dengan hentakan yang kuat juga didengari kami hampir setiap hari terutamanya pada waktu malam selepas jam 12. Di permulaannya memang ada menimbulkan rasa takut dan seram namun lama-kelamaan ia telah menjadi kebiasaan. Aku juga sudah lali dengan bunyi-bunyian tersebut lalu membuat keputusan untuk tidak mengendahkannya walaupun ketika aku tinggal seorang diri di rumah. Sehinggalah pada satu malam…
Aku menyuarakan keinginanku untuk keluar melepak bersama-sama kawan-kawanku. Walaupun sudah puas emak berleter dan menegah aku dari membuang masa sebegitu namun biasalah, bak kata orang, umur tengah nak naik. Mahu tidak mahu, terpaksa juga emak mengizinkan. Ayah memang jarang ada di rumah kerana kerja. Mujurlah ada adik yang sentiasa setia menemani emak. Mungkin itu yang membuatkan emak memberi sedikit kelonggaran melepaskanku keluar kerana beliau tidak keseorangan. “Mak, abang nak keluar ni. Azim dah tunggu kat bawah” kataku sambil menghulur tangan untuk bersalam. “Abang pesan Azim bawak kereta tu baik-baik. Korang jangan buat benda bukan-bukan tau, mak tak suka. Kalau mak tak nampak pun tapi Tuhan nampak” emak berpesan. “Ye mak, abang keluar minum je borak-borak macam biasa. Mak, jangan kunci pintu tau. Pesan kat adik sekali. Abang punya kunci entah mana hilang. Nanti abang balik tak payah la nak kejut mak atau adik bangun. Abang mungkin balik lewat sikit.” aku mengingatkan emak.
Malam itu, aku dan Azim lepak minum di sebuah restoran mamak di pinggir bandar dan turut disertai oleh 3-4 orang lagi kawan yang lain. Kebetulan ada siaran langsung perlawanan bola sepak pasukan kegemaran kami disiarkan di televisyen. Selesai menonton, kami sambung berborak pula sehingga tidak sedar jam telah menunjukkan hampir 2 pagi. Aku lantas mengajak Azim untuk pulang. “Mak aku mesti bising ni, dah lewat sangat baru nak balik” kataku memulakan perbualan setelah kereta bergerak. “Tulah, syok sangat berborak. Si Qayyum tu pergi bukak topik cerita hantu pulak. Lepas satu-satulah cerita yang keluar. Arm, balik karang hati-hatilah. Rumah kau tu dah la paling hujung, sebelah hutan pulak tu, hahaha” Azim cuba menakutkan aku. Dalam perjalanan itu, boleh pulak aku dan Azim sambung bercerita hantu sehinggalah kereta dipandu Azim sampai di bawah blok kediaman aku. Datang rasa menyesal dalam diri apabila aku mula berasa seram tatkala melihat keadaan dan suasana sekeling yang begitu sunyi. “Arm, baik-baik jalan tu hehehehe” sempat lagi Azim mengusik aku sebelum berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan di situ. Aku sempat memerhatikan kawasan sekitar sebelum dengan tiba-tiba bulu romaku meremang dengan tidak semena-mena. Berasa tidak sedap hati, aku pantas mendaki anak tangga menuju ke rumah. Dan ketika sampai di pertengahan,
“Heeeeeeeeee hihihihi.. Heeeeeeeee hihihi” sayup kedengaran, suara perempuan mengilai.
Bunyi itu datangnya dari arah belukar dan padang tenis terbiar di mana tangga yang aku daki itu betul-betul menghadap kawasan tersebut. Aku mempercepatkan langkah apabila suara mengilai itu semakin kuat dan jelas. Tanpa menoleh ke situ, aku berkelakuan dan berpura-pura seperti tidak mendengarinya. Padahal jantungku berdegup kencang bagai nak gugur dengan bulu roma yang masih meremang. Terasa sedikit kelegaan apabila aku tiba di hadapan pintu rumah dan bunyi itu juga terus terhenti. Tatkala tangan aku memulas tombol….
“Kcchhkk, kchhhhk” berkunci!
Ah sudah, emak pasti terlupa tentang pesananku lalu mengunci pintu sebelum masuk tidur. Serta merta darahku berderau, terasa begitu laju naik ke kepala.
“Heeeeeeee hihihihi… Heeeeee hihihi” dia bunyi semula! Aku mula berpeluh dalam kedinginan malam.
“Tok tok tok!” “Tok tok tok!!” “Mak bukak pintu ni mak! Adik! Bukakkan abang pintu ni!” kelam kabut aku mengetuk pintu dengan suaraku separuh menjerit. Aku menjadi semakin resah apabila suara mengilai itu mejadi semakin kuat seperti tadi, seolah-olah sedang mentertawakan gelagatku yang dalam ketakutan itu. Tanganku mula terasa sakit dek ketukan bertalu-talu yang tidak henti. Manakan tidak, pintu rumahku itu diperbuat daripada kayu yang tebal dan aku pula mengetuk dengan kuat berharap supaya adik dan emak boleh mendengarnya namun hampa. Setelah ketukan itu tidak berjaya membuat emak dan adik terjaga…
“BAM BAM BAM!!!” “BAM BAM BAMMM!!!”
Kali ini aku menendang pula pintu sekuat hati berulang kali sambil memanggil emak dan adik. Tidak lama kemudian, emak muncul dan membuka pintu sambil menggosok-gosok mata. Terasa bersalah pula aku melihat emak sebegitu ketika itu. “Alamak bang, mak lupa lah nak biar pintu ni tak berkunci. Eh abang kenapa ni pucat berpeluh-peluh macam orang nampak hantu?” selesai sahaja emak berkata-kata bunyi suara mengilai itu kedangaran lagi. Emak memandangku. “Dah bang, masuk cepat! Ni semua setan!”.
Cerita 3 : “Adik, kuatkan suara televiyen tu!”
Dalam satu kejadian lain pula beberapa minggu selepas itu, aku sekali lagi diganggu. Tetapi kali ini adik turut bersamaku. Waktu itu, emak dan ayah keluar ke pasaraya berdekatan untuk membeli barang-barang dapur dan keperluan rumah. Kerana ayah begitu sibuk pada siang hari, maka hanya pada waktu malam sahajalah mereka berkesempatan untuk berbuat demikian. Selesai Maghrib, emak dan ayah pun keluar tanpa berlengah. Sempat emak berpesan kepada adik supaya memanaskan lauk di dapur dan menyuruh aku dan adik untuk makan malam terlebih dahulu tanpa menunggu kepulangan mereka. Selesai makan malam, aku dan adik menonton televisyen di ruang tamu.
“Ehermmm..Errmmm”
Bunyi seperti suara lelaki dewasa berdehem tiba-tiba kedengaran dari arah pintu belakang di dapur di mana terdapatnya ruang ampaian untuk menyidai baju. Ruangan itu pula sama seperti di tangga, menghadap arah kawasan belukar padang tenis lama yang berada di bawah kaki bukit. Aku dan adik berpandangan. “Bunyi apa tu bang?” adik bertanya kepadaku sambil mula merapatkan kedudukannya di sebelahku. Kejadian sebelum ini yang menimpaku membuatkan adik menjadi lebih penakut berbanding biasa. Bunyi angin bertiup kuat pun boleh membuatkannya menjadi seperti diserang histeria, berlari keliling rumah. “Ah, takda apa lah tu, bunyi angin kot” kataku untuk menyedapkan hati. Sebenarnya aku juga mula berasa tidak senang duduk tatkala mendengarnya tetapi harus berlagak tenang supaya adik tidak menjadi bertambah takut. Kalau aku pun takut, apatah lagi adik. Boleh terbalik rumah dibuatnya.
Kami meneruskan menonton televisyen tanpa mempedulikan suara tadi. Adik memasang cerita kartun Tom & Jerry kegemaran kami dan berdekah-dekah aku dan dia ketawa melihat telatah kucing dan tikus yang sangat mencuit hati itu. Tetapi aku dan adik seperti terperasan sesuatu. Dalam dekahan ketawa kami seperti ada suara lain yang mengikut kami ketawa, suara seorang wanita yang halus dan lembut. Adik mencuit pehaku sambil anak matanya menunjukkan ke arah pintu belakang di dapur. Aku memperlahankan suara televisyen untuk mengamati semula jika terdapat sebarang bunyi lain. Sunyi. “Bang, abang dengar tak tadi?” adik seperti mahu menangis. “Dengar apa? Kan suara tv tu!” sekali lagi aku berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. “Masa kita ketawa tadi, ada bunyik orang lain ketawa jugak la, takkan abang tak dengar?!” kata adik sedikit geram. Aku membiarkan sahaja adik tanpa menjawab pertanyaannya. Lagi dilayan karang lagi haru jadinya. Aku ni pun bukanlah berani sangat. Lebih baik buat macam takda apa sehingga emak dan ayah pulang.
“Heeeeeeee hihihihi… Heeeeee hihihi”
Bunyi daripada rancangan televisyen yang terpasang itu bersulaman dengan suara mengilai yang pernah aku dengari sebelum ini. Kali ini aku tak mampu untuk menyembunyikan perasaan takutku. Kejadian lepas yang berlaku masih membayangiku. Serta merta aku meremang, begitu juga adik yang tercegat kaku sambil menggosok-gosok tangannya sebaik mendengar suara tersebut. “Bang, apa lagi ni bang.. Mana mak ayah ni, kenapa tak balik lagi” adik merengek-rengek. “Adik, kuatkan suara televisyen tu! Kita buat tak tahu je!” kataku memujuk. Aku dan adik langsung tidak berganjak dari sofa tempat kami duduk menonton televisyen sehinggalah emak dan ayah pulang dari membeli-belah. Dan selama itu juga, suara mengilai itu tetap jelas kedengaran!
Cerita 4: “Ayah ke tu?!”
Ketika itu hujung minggu, dalam pertengahan tahun 2008. Emak dan adik pulang ke rumah kami di Melaka atas beberapa urusan dengan penyewa. Alang-alang sudah berada di Melaka, mereka singgah ke kampungku yang terletak berhampiran dan bermalam di sana. Aku dan ayah tidak mengikut sekali kerana ayah seperti biasa dengan kerjanya yang menimbun, walaupun ketika hari cuti. Aku memilih untuk duduk di rumah sahaja memandangkan emak dan adik hanya pergi untuk semalaman. Lagipun, saudara-saudara yang rapat denganku juga tiada kerana masing-masing berada di asrama dan kolej. Setelah menghantar emak dan adik ke stesen bas, aku dan ayah singgah ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Aku sempat membungkus beberapa jenis lauk untuk makan malam nanti. Senang, hanya perlu dipanaskan semula sahaja. “Abang, ayah ada dekat pejabat satu hari ni. Mungkin ayah balik lewat, ada kes dan beberapa fail yang ayah perlu selesaikan, nanti abang makan tak payah tunggu ayah, ada apa-apa abang telefon je ayah” pesan ayah sebelum keluar. Aku hanya mengangguk tanda faham. Petang itu, aku ke dewan bermain badminton bersama rakanku yang merupakan jiran di blok sebelah.
Aku hanya pulang ke rumah apabila hari sudah hampir Maghrib. Ketika aku hendak melangkah ke bilik air untuk mandi, aku terdengar bunyi jirusan air dan tandas dipam dari bilik air yang terletak di dalam bilik tidur emak dan ayah. “Ayah balik mandi kejap kot?” kataku di dalam hati tanpa berfikir yang bukan-bukan. Selesai solat Maghrib, aku ke bilik emak dan ayah. Gelap. Lalu aku ke bilik air mereka pula. Pelik! Lantainya kering seperti tidak digunakan. Aku lantas menghubungi ayah. Masuk peti simpanan suara. Ah, ayah selalu begini. Telefonnya sering sahaja dibiarkan mati tidak dicaj. Aku faham, kadang-kadang ayah tidak sempat untuk melihat telefonnya. Aku pernah ikutnya ke pejabat, memang bertimbun fail di atas meja!
“Assalamualaikum ayah, td ayah ada balik rumah ke?” aku menaip mesej pesanan ringkas lalu menghantarnya kepada ayah. Usai makan malam, aku seperti biasa menonton televisyen di ruang tamu. Sempat aku menelefon emak dan adik di kampung bertanya khabar. Aku juga ada menceritakan kejadian Maghrib tadi kepada emak. Dalam 10 minit bercakap, aku mematikan talian. Cerita yang disiarkan pada malam itu tidak menepati seleraku. Mungkin kerana terlalu letih akibat bermain badminton petang tadi, aku tertidur di atas sofa. Aku hanya tersedar apabila dikejutkan dengan bunyi pintu berdentum di tutup. “Ayah ke tu? Ayah dah balik eh?” kataku sambil menggosok mata yang pedih. Aku melihat jam, pukul 12.30 malam. “Lewat betul ayah balik. Kesian ayah. Hari cuti pun kerja. Kalau tak dihargai jugak tak tahulah nak cakap apa” bisikku di dalam hati. Panggilanku tadi tidak disahut ayah. Tetapi aku melihat lampu di bilik tidurnya menyala terpasang. Mungkin ayah terlampau penat, lalu aku membiarkannya sahaja.
Seketika kemudian, aku mendengar bunyi paip air dibuka di dalam bilik air mereka. “Emm, betul lah tu ayah dah balik”. Aku tidak mengesyaki apa-apa yang pelik kerana aku dan ayah memang jarang berbual. Aku lebih rapat dengan emak dan adik. Mungkin kerana faktor ayah sering tiada di rumah menyebabkan kami menjadi begitu. Namun aku tahu, ayah sangat menyayangi kami semua. Cuma, kerjayanya sebagai anggota polis yang ditugaskan di dalam sebuah daerah di mana indeks jenayah yang tinggi, membataskan waktunya untuk diluangkan bersama kami sekeluarga. Itulah harga sebuah pengorbanan yang harus dibayar.
Aku ke bilik tidur emak dan ayah. Pintu bilik air di dalamnya berkunci. Kedengaran jelas bunyi air pancuran seperti orang sedang mandi, menguatkan lagi sangkaanku. Aku mengetuk pintu. “Ayah, ayah dah makan ke? Kalau belum abang panaskan lauk. Abang ada simpan sikit untuk ayah. Nasik pun ada lagi tu.” Sepi. “Ayah tak dengar kot,” getus ku di dalam hati. Aku ke dapur semula untuk memanaskan lauk dan nasi. Terasa haus pula tekakku ketika itu. Lantas aku mengambil air minuman dingin di dalam peti sejuk. Selesai minum, aku tutup semula pintu peti ais. Tatkala aku berpaling…
“Abang tak tidur lagi? Maaf bang ayah banyak kerja tadi. Ni ada satay sikit ayah bungkus” ayah tercegat di pintu dapur. Pakaiannya masih sama seperti siang tadi. Aku tercengang. “Habis siapa yang mandi tadi???” aku terdetik di dalam hati. “Eh, abang kenapa pucat muka tu?” tanya ayah. “Err, tadi abang dengar ada orang tengah mandi dalam bilik air ayah” kataku tersangkut-sangkut. “Laa, ayah buang air jap tadi. Pastu ada banyak kelkatu mati atas lantai dalam tu, ayah biarkan air tu terbukak jap, biar dia mengalir. Ni ayah baru nak mandi” terang ayah sambil berlalu menuju semula ke biliknya. Ciss, buat suspen je ayah ni! Nasib baik aku tak terkucil tadi. “Er, bang. Tadi ayah baca mesej kamu tanya ayah balik petang tadi ke tidak? Ada apa?” ayah berpatah balik ke arahku untuk bertanya. “Takda apa yah, saja je tanya” balasku. “Siang tadi ayah ada lawat tapak kawasan kejadian jenayah, ada kes rompakan. Dekat pukul 9 malam baru ayah balik ke pejabat” kata ayah lalu meninggalkan ku terpinga-pinga. Ah sudah, habis yang petang tadi tu pula siapa???
-TAMAT JILID 1-
Nota: Maaf andai cerita aku tidak menepati selera dan piawaian tahap keseraman yang kalian inginkan. Ada yang mengatakan aku seorang kaki menonton dvd. Haha, aku memang seorang peminat segala jenis bahan bergenre seram. Mungkin cara aku menyusun ayat ada sedikit sebanyak mengambil inspirasi sama ada daripada filem mahupun bahan bacaan. Ada juga yang bertanya apakah yang aku ceritakan ini merupakan kisah benar? Jawapannya ya. Cuma ada nama watak yang aku terpaksa ubah demi menjaga sensitiviti. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
?? tak pernah mengecewakan armyy
thank you sis ?
best armyy
thanks kg bunian fans. dah tak muncul lak sekarang ye? ?
Pap pap papp
Sama2 naik
blah la kau!! sendiri komen merapu
Bahasa kau Mail. Kalau tak boleh jadi ahli syurga. Jangan sampai menempah tiket neraka. Diorang dah diam, kau pula yang over. Cari publisiti biar orang nampak kau ke?
ale uto pala mak hang
haha. Sendiri mulut mcm puak ckp aku pulak. Tgk ni abang ngah, anak babi ni mencarut
Betulkan diri hang dulu naa.
mulut aku puaka sebab ada orang puaka macam korang.
Ngko lh babi!! Xpyh nk over sgt. Org tu dh diam!!
Attention seeker arr ko mail.. Semak je kt sini…
Suka hati aku lahh!! Yang ko sibuk sangat dah knpa
suka hati kau bole pula kau fikir. suka hati drng nak komen kau tak fikir pula!
pala hang betul!
Oi criter dia aq cmee tgor jer. Xda kaitn ngn undur dri. Xda kait mk pak. Fhm skit
aku cakap pasal grim reaper la bukan kau faham tak?
Aq x ckp ngn ngko bunian. Aq ckp ngn org len
OI BERBULU..
ITU BODOH KASI SIMPAN DALAM ITU KOCEK LAAA.
TAKPAYAH TUNJUK SINI MA..
MALU LU PUNYA AMMA APPA TENGOK SINI..
9 BULAN LU PUNYA AMMA PREGNANT SAMA YOU RUGI TIME DIA SAJA, LAHIR-LAHIR DAPAT ANAK BODOH SELUPA LU.HAHA
yeahh
Pap pap pap
Tepuk bahu
Sama2 naik ngan engko
pap pap
tepuk tengkuk
bila nak turun ni
Zap zap zap
Meh ar trun lepak minum kopi mamak
zasss zasssss
sini hujan. makan cendoi bawah pokok jela
Cendoi je?rojak xdak ka kahkah
🙂
??
.
oo tak perasan lak komen anda. sungguh, titik yg anda beri sangat bermakna buat saya. terimalah belon sebagai balasan ?
Best armyy…akak xreti nk komen ap dah.tapi memang jiwa kentalla mak tu.di marahny bnda tu balik.??.niway teruskn tulis jilid 2
5?????
thank you akakkiut. tak pernah tak kiut. ?
thumbs up
thank you ?
hye armyy…nah bintang2 di angkasa raya…walaupon tak baca lagi..tapi aku tau best punyaa
thanks delu ?
Huuu terharu aku..
armyy, xjumpe pon cite aok yg berjudul (Kuarters Lama Bahagian 1 & 2). Koi cuma jumpe tajuk nek yah ngan memburu & diburu aje.. ace share link kuartes lama bahagian 1 & 2 tu.. Thanks.. Ape pon koi bg 5 bintang
x silap cite tu die x letak #armyy kt dpn. ngko try search Kuarters Lama je ada kuar aku tngok. ade 2 bhgian. seram weiii
tq qaseh koi sudi baca cite aok. tu btol apa kyuzo ckp tu. thanks ?
keep on writing ! Nice
thanks zuri. you too ??
belon sudah kembali.hihi
sekadar penghargaan untuk orang yg support cerita aku. hihihi
nak gak..huhu
ok nah ?
hmm, pilih kasih~
nak!
sebuk je ko. ni ori ke spicy?
ko nak mane?
yang mana sedap?
ikotlah tekak ko.hahah
hmmm
satu je? kat awek dua kot..puih!
PILIH KASIH
DIANAK TIRIKAN
hmmm ?
bagusnya mak kau weh! berani. salute!
kalau mak aku pun takut tak tau apa jadi. huhu thanks ciku. eh cika ?
..
terima kasih sudi baca ?
?
bro fist. ????? thanks kasyaf ?
Tabahnya semangat kamu? lepas baca ni sorang2 kat rumah pun boleh takut waduhh gawat gawat … Tangga kat umah kalau lampu tak dibuka je dah menyeramkan ….
hai ciken. nak kata tabah tu tak jugak. sbb benda bukan boleh jangka bila nak kena. kalau mcmtu apa kata ciken cabut je tangga tu. selesai masalah.
hg berderau darah, aku pun sama naik bulu roma.. Seram seramm.. Btw, strong woman betul mak hang.. ? best mcm biasa..kipidap
haha mak aku mmg sempoi. thanks meyo ?
“Nak solat pun tak senanglah! Berani kau masuk rumah aku main-main pintu! Berambus kau!” jerkah emak.
Marah betul kn mak Arm kat benda tu hehe
Story best abg Arm ?
Nah Aurora bagi ?????
bila masa lak jd abg ne ahahaha
Amboi. Cweet nye Aurora. Mesti abang Arm tengah blushing kemarin.
#super_spontan
Hahahaha
Arm mana ko weyh? Apsal semua pengomen tegar fs takde ne??tak seronok tau korang takde..mana kakyulie,medi,juri,singkong,cikB,f.f,ciksyer,r.c & penduduk kg.bunian semua????
???
Kan. Lama dorang hilang. Aku perhati je dulu komen2 diorang tau. Suka sangat bila diorang ceriakan kampung dan cia2kan girls reader.?
#super_spontan
ada je ni dok perhati. yg lain dah masuk balik tu. aku hantar cerita je lepasni. malas nak komen2 dah. hati ini sudah cukup terluka. ? cewah. selamat tinggal aurora. jaga diri jangan nakal2. kenang daku dalam belonmu. :’)
rakaman suara dihentikan..click
Aikk nape ne Arm??
Ok ok aku paham.. selamat tinggal Arm ??? ?
aku tunggu je story ko pasne
Aurora.. So sweet your name..
thanks aurora. aku mmg abang kepada adik aku lah. tp kalau aurora nak boleh jugak jadi abang aurora. emmm ???? haha thanks for the stars. ?
MUNTAH
Ahahaha muntah je lh delu
eh Arm,kata tanak komen lagi?? Ahahaha
emm, orang dah baca, komen dan rate cerita kita, takkan kita taknak ucap terima kasih. huhu
Ye lah ye lah betul lah tu.. aku pikir ko merajuk lagi Arm ?
huhu aku reply komen kat cerita aku je as appreciation. cerita org lain aku cuma rate. tak komen pun. mana ada merajuk lah ?
Bukan merajuk eh..ok lah awak
Next part mana?dh submit ke belum?
next part dlm proses lagi. bingung nak susun ayat. kalo cerita tak best nanti kena kecam. huhuhu
uhukk..uhukk..erm..sakit plk tekak cikbam ni..ermmm..
? amik belon ni pi main kat komen lain please. jgn kacau daun hmmmm
erm..xmo ballon..nak kasih sayang boleh?ermm..
hmmm hati ini sudah ditawan oleh yg lain…maaf ?
siapakah gadis yg telah menawan hati mu wahai armyy?
sobs..sobs..
jgn gedik bam~
Haaa… Haaa… Haaacummm!!
lap hingus kat baju armyy
kenapa baju aku jadi mangsa? ?
Kbetulan bersin mse lalu kat sebelah ko.. Tumpang la baju sat.. Alaa macam x biasa.. Hahaha
uhukk..uhukk..erm..batuk lg laa..daddy nk ubat batuk..ermm..
Uhuk uhukk nak join batuk gak lh
Hai cikbambam, hai CikSyer, hai FF
AURORA, NAMPAK AKU TAK? CE LAMBAI SIKIT??
Aku lupa mention nama kau td lah Medi
Hai2 Medi ?
aurora borealis jgn layan dorang semua ni. kang berjangkit lak. batuk la cacing la bersin la. ???
hmmmm? ????????????
alaa Arm sesekali bolehlah eh wak
Perghh army.. 7 orang gegadis berebut ni.haha.
Pandai2 lah ko handle ye. Kalau tak boleh handle roger. Aku bawak ???
tolong aku juriiii. ahahahaha
aku ko taknak bawak ke? huhuhu
hmm yelah huhu
Aku nak tlg armyy je. Ko tak boleh handle hal laki ni haha
hmmmm yelah. ????
Hai Aurora
lambai 360 darjah
hai. Nampak aku tak? # ?
awokkk tak nampak kite ke Aurora??? huhuhu. kita nk cakap sesuatu ni.
Ahahahaha nampak lh.. cer cite cer cite Medi
haaa nmpak pon. ingat tak nmpak. hihi.
saya datang membawa hajat. hajat tidak kesampaian, cik aurora ni dah berpunya ke belum. kalau belum, saya nk menyunting. hahahahah
Hahahahaha amboi medi ~ besar benar hajat tu..nak menyunting bunga dlaman untuk siapa agaknya ?
hahahahaha. saje je aurora. huhuhu. praktis. huhu
Ahahahaha ok ✌
?????
Ehemm ?
emmm aurora dah makan? ????
Dah.. awakk Arm?? Tengah wat pe tu?
ermmm nak bentang sejadah jap. aurora take care k ??
Oteyh Arm.. bru nak suh pi sembahyang tadik
amboi….. kemain Aurora ni.. Hoi armyy!!!!
Alamak maira,jgn lah marah weyh.. kitorang gurau-ii je lah ahahahaha
hmmm betul ke ni semua gurauan semata? ? ???
Gurauan berkasih lah Arm ???
kalau memori berkasih lagi best tau aurora. ahaha
Memori daun pisang je lah Arm ahahaha ?
haihh la..aurora..aurora.. ?
Hehe adat berkasih lah Arm ahahaha
habislah nanti kita kena kecam Arm
hmm biasalah tu aurora. anggap je tu semua dugaan. ahaaha
Hahahaa
ye maira. what’s wrong bebeh? want some balloonsssss? hahaha ?
Balloonn laku tak?? kemain kau ye dengan Aurora..
hmmm, benda melibatkan hati ni datang sendiri tanpa dibuat-buat. hahahahahahaha
Uweekk!!! tolonglah ea.. aku ss komen kau ni armyy.. HAHAHAHAHA
hahaha benda dalam kampung jgn dibawak keluar maira ☝??
hohoho… nak kire off record ea? boleh.. ade pengerasnya..
Aku pon da nak termuntah utk kali yg keberapa dah maira
yayyy!!!! tolong perhatikan budak dua orang ni DS…
Hurmmmm…aku tak boleh maira..
Main aku perhati makin membuak2 muntah..haha
hmmm sabar aurora. ni antara halangan yg harus kita tempuh ?
ahahahaahaha
?
Ahahahahaha adoiii lah
nice story
thanks Muhammad syafiq ?
Gempakk !
thank you dualimakosonglima. first prize ke? haha ?
BEST!
Teruskan berkarya!?
insyaAllah. thank you airish ??
Cerita best. Elemen seram dapat d bayangkan. Terbaik.
#super_spontan
Thanks pak kordi
simple dan padat. good job
thanks jija. ?
~
hmm makan ubat cacing k?
hahahahaha. ko ni kan. mmg kejam. aku selalu di kakikan. sob sob. ???
Best cerita awak army
nak beyon jugakkkk
pap? tampa dahi sendri sebab mengada
hahaha
thank you cik bunga. dah ada sang kumbangnya ke belum? ahahaha nah nah amik la ?
Mataceh untuk beyon nya,nah bunga untuk awak lak?? ekekke
hmmm cik bunga budak wechat ke? ahahha
Hahaha xlah sajaa mengada hahaha???
emm mengadalah awak ni hikhik. hahahahaha dah2 kang kena kecam lak ?
Kann,kang gurau2 kena kecam lak huhu
Pokok takkan bergoyang kalau takde angin yang goncang, tapi kalau ada yang saje2 goncang macam mana?
Televiyen ye? Kiutttnyee~ kakaka
Seram cite 4 ko tu. Aku rasa lah keseraman tu.
komen ni aku serius baca, haha
hmm mungkin siamang tak pun tupai terbang tersangkut. televiyen tu ejaan klasik kuno. hmmm thanks m bukan nama sebenar ?
Hmm, rasa nak buat mcm ni pulak
Sincerely,
M
ko rasa misteri tak? orang tak kenal aku kan. kakakaka
Sincerely
M
Engko ker cakcak?
ko tak gi jumaat ke? haihh~
Kat sini awal solat jumaat
Engko ke atas tu?
ohh yelah, lupa sarawak.
ko rasa? aku ke?
Ye aku rasa tu engko
Huhuhu aku sebut je truih engko muncul kahkahkah
tak payah nak perasan lah, mmg aku buka je FS ni, takde makna ko sebut aku terus muncul.
yelah, lain kali aku takk muncul dah, huhu
Tp kan cakcak asal fb engko xdak gmbar dah weiiiiii
kenapa? malas nak letak gambar, kang ko asap aku pulak.
tak kose lah aku letak gmbar, ko pon aku tak kenal. tak fair lah kan?
Amboi2 engkoo,xdok kose aku nak asapkan engko,bguih aku antar rombongan kahkahkah
haha haha haha~ kelakarnya.
ko boleh tak tulis tu elok2 sikit? sekat2 aku baca ayat ko. engko, baguih, kahkah, hehhhh~ cakap mengajar, tulislah elok2 sikit. huhu
Tergeletek tak hati engko?huhu
tak pon grim, biasa je. dahla ko, aku busy.
Ye ke bz tu?ke nk dduk sorang2 nk senyum2 teringat kt aku kahkah
haihh ko ni, kang kalau aku maki kang cakap aku jahat. cuba bagi sebab kenapa aku nk tesengih mcm kerang busuk ingat kt ko?
aku kenal ko pon tidak. gmbar ko pon aku tak penah nmpak. mehlah sikit nk tengok gambar ko? kata mix chinese
Yeke ni?kahkah,aku temlek muka aku kang ko terbayang kat aku,aku xgheti register kahkah
letaklah dulu, nak jugak aku tahu, tebayang ke tak. tak kanlah tak reti register? cikgu kot??
add je fb aku, lagi senang. huhu
Aku xgheti register kat sini,fb nanti lah aku buat baru aku add ko sorang je nanti,kahkah
hmm, kalau macam tu, bye2. aku malas nak kawan dengan ko.
Alahh engko nih,sikiq2 xnak kawan,aku sekeh engko nanti kahkah
haah, mmg, aku tak suka kawan dgn orang FAKE! hmm?
Sedap ny engko kate aku fake,aku xfake lahhh aku real ori lagi
alahhhh~ itu pun tak tahu ke? lemmmm.. huhu
meh lah aku ajarkan ko.
Lemmmbu engko ke?
Ajar apa wei jangan ajar aku bnda xeloq
alahh itu pun nak marah ~
ajar ko register lahhhhh! ko dah lama ke ngajar kat marudi? pandai cakap bahasa sana?
Pandai lah sikiq2,dgr aku faham,nak cakap tu masih xbetul sikiq
sikiq?? sikit lahhhh! kata cikgu ~ -..-
try lah. aku pun pandai gak cakap bahasa sana. huhu
Yeke ke engko org sarawak?
ikut mana yang ko percaya lah, grim. Huhu
Cakap lah sikit~
ohh. grim asal sarawak eh?
Aku duk klang,ngajar sini
bahagian mana ko? free ke?
jom lepak ngeteh?
Xnok aku,kang ko kangkang air teh aku
alahhh~ pegi ngeteh tempat lain lah. dah kenapa aku nak kangkang teh buatan org lain huhu
ko tak jawab pun soalan aku?
Aku duk ngajar marudi sini,asal ko nak sekodeng aku ouhhhh kahkah
ohh marudi ~ cikgu eh? jaoh betul. huhu
tak lah. aku tanya je. aku ada member yg ngajar kat sana jugak. huhu
Ye lah,ade ke?mana tau aku kenai
ko ngajar kat sekolah mana? rendah ke menengah? huhu
Ngajar sekolah rendah haa
marudi banyak sekolah rendah wwooo~ huhu
mana? sarawak ke sabah?
panjang sgt…x larat nak baca
okay next time saya lukis je khas untuk bro
Best citer ni…
tq mommy. ada nampak mommy happy? haha