#Maira – Ladang Kubur

Assalammualaikum warga FS. Thanks admin publish cerita aku kali ni. Untuk kalian, cerita aku kali ni tak panjang. Pendek je, sebab dua tiga menjak ni mood menulis terbang melayang. Mungkin aku kena pergi bertapa dulu untuk cari ketenangan. Okaylah, selamat membaca.


Jam sudah menunjukkan pukul 6:10 minit petang. Kelam kabut aku kemas meja apa yang patut asal tak nampak berselerak. Kak Zah, officemate aku pun lebih kurang je gayanya. Maklumlah, JB ni bukan boleh lambat sikit keluar ofis, alamat bercintalah atas jalan meredah jammed. Kami hanya bertukar senyum sebelum masing-masing menghilang ke dalam perut kereta.

Pedal minyak aku tekan. Speeding! Aku belajar pandu kereta laju-laju ni dari abang ngah. Dialah yang dah mempengaruhi cara aku pandu kereta. Haha. Destinasi aku bukan terus balik ke rumah, tapi terus memecut meredah highway menuju ke kampung. Ya, aku balik kampung pada hari berkerja semata-mata kerana durian. Trutt…trutt…trutt… tengah-tengah aku feeling nak berembat dengan kereta sebelah tu lah handphone nak berbunyi. Kacau daun sungguh, baru nak tunjuk terror.

Aku : Abang ngah kacaulah! Orang baru nak start berembat.

Abg Ngah : Perangai tu elok sikit. Awak tu perempuan, berembat tu kerja orang lelaki je. Ni dah dekat mana?

Aku : Tengah-tengah highway. Entahlah apa nama tempat ni entah. Setengah jam lagi sampai.

Abg Ngah : Jalan jammed tu, tak payah nak cepat-cepat sangat tak lari durian ni.

Aku : Abang Ngah, polis! Okay bye.

Aku terus campak handphone. Pak Polisi dah bagi isyarat pada aku. Nasib tak menyebelahi aku petang tu, nak tak nak terpaksa buka signal ke tepi.

Pak Polisi : Assalammualaikum Cik. Minta IC dan lesen.

Aku menjawab salam sambil tangan menggagau cari kad pengenalan dan lesen dalam handbag. Aku hulur lesen.

Pak Polisi : IC mana? Lesen je ni.

Sengih! Aku senyum selebar mungkin.

Aku : IC saya tertinggal dekat office la encik. Lesen je yang ada, sorry.

Aku perhatikan polis tu menggeleng kepala.

Pak Polisi : Tahu tak salah awak apa?

Aku : Saya tak pakai seatbelt? Handhone?

Pak Polisi : Banyak salah awak sebenarnya. Saya tahan ni sebab awak tak ikut lane yang betul. Awak tahu tak lane yang awak memotong tadi tu salah?

Aku lebarkan lagi senyum sambil tayang muka bersalah.

Aku : Saya minta maaf encik.

Pak Polisi : Ni saya saman awak tau.

Aku : Memang salah saya. Samanlah encik.

Haa! Bunyi macam aku pasrah je nak dapat surat cinta. Hakikatnya, tak! Siapa yang suka dapat surat cinta dari Pak Polisi. Tengah-tengah aku acah-acah pasrah tu, tiba-tiba polis tu hulur semula lesen aku.

Pak Polisi : Awak dari mana nak ke mana? Dah lambat sangat ke?

Blurr. Mujur tak lama aku punya ke-blur-an tu. Cepat-cepat aku mengangguk. Mengangguk dengan bersungguh-sungguh.

Aku : Ha’ah saya dah lambat sangat ni encik. Saya dari office nak balik kampung. Ada hal.

Pak Polisi : Tak apalah, saya tak saman. Tapi lain kali jangan bawa kereta syok sendiri.

Mission accomplished! Itu sebenarnya tujuan aku senyum selebar yang mungkin.

Aku : Ya, encik. Terima kasih.

Aku tengok polis tu berjalan mengelilingi kereta aku. Macam nak cari silap aku lagi je gayanya.

Pak Polisi : Ni kereta awak ke kereta abang awak?

Aku : Kereta saya, kenapa encik? Tayar saya pancit ke?

Pak Polisi : Tak ada apa. Tu nanti plat number tu tolong tukar. Tak lulus JPJ plat awak tu. Pakai yang standard je, tak payah nak fancy-fancy sangat.

Haa! Ambil kau ceramah percuma di petang hari. Aku angguk kepala dengan senyum yang masih tersungging. Nak menjawab, dah memang salah aku. Dan lepas tu aku teruskan perjalanan ke kampung.

Aku tiba di rumah atuk ngam-ngam azan maghrib berkumandangan dari masjid berhampiran. Keluar je dari perut kereta, abang ngah dah tercegat dekat beranda rumah segak berbaju melayu lengkap dipadan dengan kain pelikat. Aku tak tahu pun yang abang ngah ni jenis manusia yang tahu pakai kain pelikat. Sekali imbas dah macam calon menantu mak aku je. Haha!

Abg Ngah: Durian tu kalau nak makan, suruh orang kopekkan. Abang ngah letak dekat dapur kayu.

Aku cuma mengangguk. Dapur kayu yang abang ngah maksudkan tu dapur yang guna arang dekat belakang rumah atuk. Lepas je abang ngah menghilang dengan motosikal pak long, aku terus menuju ke rumah atuk. Walaupun rumah mak long (mak abang ngah) cuma berdepan je dengan rumah atuk, tapi aku memang lebih selesa di rumah atuk. Dekat rumah atuk tak payah sibuk-sibuk nak jaga aurat bagai, tak sama dengan rumah mak long.

…………….

Selepas puas menjamah durian dari kebun belakang rumah atuk, aku bersiap untuk balik. Panjang lebar atuk berleter sebab hari dah larut malam. Tapi disebabkan aku balik ke kampung sehelai sepinggang dan esoknya aku kerja, jadi aku lebih rela balik ke rumah walaupun hari dah makin jauh malam. Bukan apa, aku malas nak terkejar-kejar esok paginya, lagipun takkan nak pinjam baju adik-adik abang ngah? Aku memang tak pandai nak pakai baju orang.

Atuk : Bawa kereta tu hati-hati Maira. Dah malam ni, tuk suruh tidur sini je tak nak. Macam lari sangat rumah tu.

Aku : Esok Maira kerja la tuk. Nanti free-free Maira balik lagi, siap tidur sini okay.

Atuk : Yalah, hati-hati bawa kereta tu. Jangan ingat nak cepat sampai je.

Aku hanya mampu tayang sengih. Seram aku dengan atuk ni, boleh baca fikiran aku ke macam mana sebenarnya. Macam tahu-tahu je yang aku ni memang nak cepat sampai rumah sebab tilam dengan bantal dah menyeru-nyeru. Aku masuk ke dalam kereta sambil menghidupkan enjin.

Abg Ngah : Ikut jalan biasa je. Jangan ikut shortcut.

Aku : Alah, kenapa pula? Maira baru plan nak ikut shortcut, cepat sikit sampai pekan.

Abg Ngah : Budak ni la, hari dah malam. Jalan shortcut tu gelap. Kebun je keliling, awak tu perempuan. Cuba jangan degil sangat.

Membebel macam mak-mak je abang ngah ni. Cancel la jadi calon menantu mak aku.

Abg Ngah : Dengar tak ni?

Aku : Dengar. Eh, abang ngah esok offday kan? Tolong tukarkan tayar boleh tak?

Abg Ngah : Kenapa dengan tayar? Bukan baru lagi ke tukar?

Aku : Macam tak best la. Hari tu apek dekat bengkel tu cakap tayar benjol.

Sebagai seorang perempuan yang tahu guna je kereta, pertama kali aku dengar istilah tayar benjol. Setakat yang aku tahu, dahi benjol rupanya tayar pun boleh benjol.

Abg Ngah : Esok petanglah, abang ngah datang ambil kereta. Dah pergi balik, karang makin lewat sampai rumah. Ingat, jangan ikut shortcut.

Aku mengangguk. Hakikatnya aku saja je cakap nak ikut jalan shortcut tu. Aku ni bukanlah berani mana, lagilah nak ikut jalan gelap gelita tu. Memang tak mungkinlah.

…………

Jalan dari arah Pontian nak ke JB ada dua, pertama jalan biasa atau jalan lama. Jalan yang tu agak jauh sikit dan kalau malam memang sangat sunyi. Setakat ni aku tak pernah lagi ikut jalan tu bila waktu malam. Jalan kedua pula adalah jalan yang menghala ke arah highway. Dan haluan aku adalah jalan kedua. Satu benda yang aku paling suka bila drive kereta ialah buka radio dan buat sesi karaoke syok sendiri. Alah, dalam kereta sendiri bukan ganggu orang lain pun dengan kesumbangan suara aku.

Baru je melepasi selekoh berdekatan dengan jirat cina, ada sekatan polis. Dan aku memang akan kena tahan. Terasa malang sungguh nasib, dalam sehari dua kali kena tahan polis. Tapi aku macam biasalah, kena tahan polis trafik ke, polis peronda ke, JPJ ke, aku tetap dengan cara aku. Senyum terlebih gula. Bak kata orang tua-tua, untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung aku lepas dari kena saman. Haha.

Lepas bersoal jawab dengan Pak Polisi dan dapat ceramah percuma. Aku kembali meneruskan perjalanan. Tengah-tengah aku melayan perasaan dengan lagu Kemelut Di Muara Kasih, tiba-tiba je aku terdengar bunyi cermin tingkap bahagian belakang seperti dinaikkan. Ya! Ia dinaikkan. Kalau ikut logik akal, kalaulah aku yang tertekan butang auto tingkap, semestinyalah cermin tingkap tu akan turun (terbuka). Tapi ni sebaliknya. Serta merta bulu roma aku merinding naik. Aku perhatikan kawasan sekeliling, ladang kelapa sawit. Dan ianya gelap. Masa tu aku rasa memang nak menyumpah dengan jabatan yang terlibat dengan hal ehwal lampu jalan. Apa fungsi sebenarnya tiang lampu yang diorang letak 500 meter setiap satu kalau setakat gelap tak bernyala. Dan dalam aku duk merungut tak puas hati tu sekali lagi aku terkejut dek bunyi letupan.

Ppoomm!!!

Bersepah sekejap stereng kereta aku kesan dari tayar yang meletup. Nasib baik tak berpusing kereta. Naudzubillah. Aku terus pasang signal kecemasan dan berhenti tepi. Aku capai handphone dan terus dail nombor abang ngah. Panik, takut, terkejut semuanya aku rasa dalam satu masa.

Aku : Abang ngah tolong!! Tayar kereta meletup. Maira dekat tepi jalan ni.

Abg Ngah : Allah. Dekat belah mana ni?

Aku : Dekat area kelapa sawit lepas kubur cina tu. Cepat sikit, gelap dekat sini. Eh, abang ngah! Dekat depan kubur cina tu ada roadblock tau.

Abg Ngah : Okay. Maira jangan keluar kereta, duduk je dalam kereta. Tunggu sampai abang ngah sampai.

Talian ditamatkan. Ye abang ngah, memang takkan mungkin aku nak keluar dari kereta biar apa pun jadi. Tapi bila diingatkan semula, cemas semacam je bunyi suara abang ngah tu. Tiba-tiba aku rasa macam seronok je kalau ada abang. Boleh nak diharap dan dibuli. Macam aku buli abang singkong. Haha!

Dekat setengah jam berlalu, jangankan jasad, bayang kereta abang ngah pun aku tak nampak. Padahal dari rumah dia nak ke tempat aku berada tu bukanlah jauh mana. Tak sampai setengah jam pun kalau abang ngah la yang pandu kereta. Kalau orang lain aku tak pasti lagi.

Tiba-tiba aku terpandang dua susuk tubuh sedang berjalan tak jauh dari tempat aku berhenti tu. Aku terus cek lock pintu dan lepas tu kembali memerhatikan susuk tubuh tersebut. Dari gaya macam lelaki. Tapi dari mana diorang muncul? Kawasan keliling cuma sekadar ladang kelapa sawit. Rumah orang pun aku tak pernah nampak tiap kali aku ulang-alik lalu jalan tu.

Aku teruskan pemerhatian. Kedua lelaki tu melintas jalan dan terus menuju ke arah bukit kecil diseberang jalan. Seingat aku, kawasan tu juga tak ada perumahan. Jadinya kemana tujuan dua orang lelaki tu? Jalan raya memang sangat lengang. Aku pandang jam didashbord, hampir 11.45 malam dan abang ngah langsung tak muncul. Aku dail nombor abang ngah.

Abg Ngah : Maira dekat mana ni? Kenapa abang ngah call tak dapat?

Aik, tak dapat? Aku call dia mula-mula tadi okay je.

Aku : Maira dekat tepi jalan abang ngah. Lepas je kubur cina tu kan ada selekoh tajam. Dekat-dekat situlah. Abang ngah dekat mana ni?

Abg Ngah : Abang dah dua kali pusing dekat situ, tak nampak pun. Saja nak kenakan abang ke apa ni?

Aku dah mula rasa semacam. Dalam keadaan macam ni dia boleh cakap aku nak kenakan dia. Weii, tak kelakar kut nak kenakan orang dengan cara macam ni. Tak semena-mena air mata aku mengalir. Okay, aku memang seorang yang kememeh. Itu fakta.

Aku : Abang ngah, Maira tak tipulah. Maira dekat tepi jalan ni.

Abg Ngah : Jangan main-main boleh tak Maira? Sekali lagi abang ngah tanya dekat mana.

Aku : Pergi baliklah abang ngah! Tak payah tolong.

Aku terus matikan telefon. Kecil hati tiba-tiba. Aku mengonggoi menangis dalam kereta mengenangkan nasib aku malam tu entah macam mana. Bila diingatkan semula, takkanlah abang ngah tak nampak aku. Sedangkan kereta aku bukan berwarna gelap dan lampu kecemasan elok je berkelip. Mula-mula aku berhenti tadi, ada je dua tiga biji kereta yang highbeam dekat aku. Tu maksudnya diorang nampak aku kan? Dahtu kenapa pula abang ngah cakap dia tak jumpa aku. Hairan. Eh, sekejap! Highbeam? Setahu aku kalau tengah malam orang highbeam dekat kita mesti ada yang tak kena. Maknanya….

Tak lama lepas tu ada satu cahaya kereta yang menghampiri belakang kereta aku. Dan tak lama lepas tu muncul pula dua motor polis disebelah kereta aku.

Tok..tok..dalam sedu sedan cermin kereta aku buka sedikit.

Pak Polisi : Cik? Cik okay tak?

Aku : Tak.

Abg Ngah : Maira. Sorry.

Aku cuma diam tidak menjawab. Terasa lega bila yang muncul adalah abang ngah. Walaupun aku tak berapa yakin dengan apa yang mata aku lihat sebab dalam kepala otak aku ada bermacam-macam andaian yang buruk-buruk. Tapi mujurlah ada orang yang jumpa aku. Itu dah cukup.

Aku keluar dari kereta memerhatikan gerak laku abang ngah menukar tayar kereta sambil dibantu oleh dua orang anggota polis yang aku jumpa mula-mula tadi. Usai semuanya, abang ngah meminta aku untuk memandu keretanya dan dia memandu kereta aku. Dan kedua polis tadi juga turut menghantar hingga ke hujung jalan.

Pak Polisi : Cik, lain kali hati-hati. Kita tak tahu apa yang ada disekeliling kita.

Aku cuma sekadar mengangguk. Memang betul apa yang dikatakan polis tersebut. Tak semua benda kita boleh nampak.

Abang ngah menghantar aku terus sampai kerumah. Aku malas nak banyak cakap dengan abang ngah masih dalam mode berkecil hati.

………….

Kenapa abang ngah tak jumpa aku?

Menurut cerita abang ngah. Dia memang dah dua kali lalu dan pusing jalan tersebut. Tapi bayang kereta aku langsung tak nampak dekat situ. Dan dia jadi pelik bila dia call aku tak dapat sedangkan coverage penuh. Bertambah musykil bila dia dapat panggilan dari aku waktu dia elok je lepas dari kawasan kelapa sawit tu. Hati dia masa tu memang tak sedap sebab masa dia bercakap dengan aku, dia dengar macam ada suara lain yang cuba mengganggu perbualan kami. Bukan suara dari radio sebab dia yakin yang suara tu sangat dekat dan seakan berbisik.

Jadinya, dia terus patah balik dan menghala ke arah kawasan roadblock. Dia tebalkan muka bertanya polis-polis dekat situ, ada atau tidak kereta aku lalu. Sebab dia memang yakin yang aku mesti kena tahan kalau ada roadblock. (masa dia cakap tu dah macam aku ni pengguna jalan raya yang ‘wanted’ je). Bila pihak polis bagitahu memang aku ada lalu, dia dengan senang hatinya bercerita yang dia cari aku tapi tak jumpa. Dan disebabkan itu jugalah dua daripada anggota polis yang terlibat sukarela untuk membantu.

Macam mana boleh jumpa?

Abang ngah dan dua orang anggota polis tu lalu dan masih tak nampak aku yang memang sedia tercongok dekat tepi jalan tu. Salah seorang dari anggota polis tu, berkemungkinan agak arif dalam hal ehwal alam berhijab ni. Jadinya, mereka berhenti dibahu jalan dan anggota tersebut melaungkan azan. Dan tak lama lepas tu barulah kelibat kereta aku muncul pada pandangan diorang. Menurut kata polis tu, hijab mereka ditutup agar tidak nampak aku yang sememangnya ada dekat situ. Dan menurut kata polis tersebut juga, tak jauh dari kawasan aku berhenti tu ada tanah perkuburan disebelah dalam kawasan ladang kelapa sawit tersebut. Dan ‘mereka’ mungkin sengaja menyakat.

Selama ni memang aku tak pernah tahu pun yang dekat kawasan tu ada tanah perkuburan. Yang aku tahu jirat cina dekat hujung jalan. Itu pun sebab kawasan jirat tu betul-betul tepi jalan. Dan yang ni pula tengah ladang? Takkan orang kampung hujung tu punya tanah perkuburan? Dah tu, dua orang lelaki yang aku nampak tu siapa? Wallahu’alam. Tak semua persoalan ada jawapannya kan?

Kenapa Ladang Kubur?

Samada ladang di kawasan perkuburan atau perkuburan di kawasan ladang. Korang rasa?

TIPS

Baiklah aku nak share sikit tips. Ni tips untuk orang perempuan yang macam aku (yang jenis asyik kena tahan polis je). Andaikata korang kena tahan polis.

  • Jangan gelabah.
  • Kalau ditanya apa kesalahan. Jawab je apa yang korang perasan korang dah terbuat salah. Jujur okay!!!
  • Senyum lebih sikit sambil tayang muka orang buat salah.
  • Kalau diorang cakap nak saman. Setuju je. Jangan cuba-cuba nak rasuah atau nak pujuk-pujuk.
  • Kalau diorang lepaskan. Rezeki. Tapi kalau tak, kena cuba dilain masa.
  • **KENA TETAP TAYANG SENYUM WALAUPUN OTOT PIPI DAH TERASA LENGUH**

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

354 comments

      1. itulah tu. alhamdulillah la setakat ni tak pernah kena tahan lagi, harap2 selamanya tak kena. rindulah dengan komen2 korang! tsk tskk

  1. Best. tips tu mmg berguna untuk seorang perempuan. tp tuk laki 50/50.
    Biase kene tahan walau bawak kereta yang mmg haram dibawa diatas jalan tetap redah roblock walau JPJ dihadapan. tadah je. da taw salah mengaku je. xpayah nak kona sane sini. keputusan atas budi bicara pak polisi. alhamdulillah. bukan mintak. kereta aku belum kene sita lagi.

    1. tQ Zuri sudi bace…

      ye tips tu berguna sangat2 utk perempuan. yg lelaki.. memang kena tawakal ‘alallah je kalau kena.. hihi dan Alhamdulillah juga kereta Maira belum kena sita lagi..hihih

  2. Mairaaaaaa….akak pernah lalu jalan tu pukul4-5 pagi…sorang2…masa tu terpaksa sebab kawan akak dari kuantan dah sampai kt larkin pukul3 pagi, akak kesian dia sorang2 kt larkin…so akak nekad pergi jugak jb kul4 pagi tu gerak dari rumah…lalu situ serammmmm..akak bawak lajuuuu kt area ulu pulai tu…mujur tak jadi apa2…memang takde kereta atau moto langsung time tu…memang tawakal abes…sekarang ni paling lambat pun malam area kul10 lebih je sorg2 lalu stu balik pontian..if takde kawan yg konvoi atau sekali naik satu kereta, memang akak tak berani lalu stu sorg2 lewat malam..

        1. betul kak Sya.. sekarang ni dah tar baru.. makin lebar jalannye.. cuma tulah, tak pasti lampu jalan dah berfungsi ke tak. sebab maira takde balik malam sekarang ni..hihi

    1. huhuhuhuhhu tap sya jangan kereta yang kita ikut tu hilang tibe2 haru ……dah le gelap gelita situ…. den dah pernah kene sekali ikut pnya ikut …kereta tu ghaib tibe2 berpeluh duduk dalam air cond

          1. agaknya lah…dia saje nak main2 …tapi mula2 kene camtu rasa seram sgt beb….mula la kepala dok bayangkan tibe2 kereta tadi ada kat belakang kita plak hahaha

      1. iye apid..tau takpeeee..kalau kereta kt belakang tetiba hilang ke..atau kereta depan laju sangat sampai takleh nak kejor..hahahhahha tawakal je laaa kalau lalu stu sorg2 malam2…

          1. haah.. jalan situ langsung takde lampu jalan.. harapkan lampu dari kenderaan je.. lori besar2 pun byk lalu situ

          2. yes betol…..kalau diberi pilihan baik ikut la jalan ulu pulai tu…dia pnya kawasan gelap pun sekejap je hihihih…tapi jalan tu pernah tutup kan sbb diorg nak tar …apid kene time malam plak nak balik GP …jadi terus ikut jalan jauh….ikut bandar hahahaha

          3. haah.. ade mase tu diorang tutup dari simpang traffic light dekat depoh tu.. maira pusing jauh sikit ikut simpang sebelum eco yg tembus dekat kubur cina..

          4. teruk kereta Maira la. biasala orang pompuan drive apid..hahaha
            lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

          5. sama la ngn akak..yg kt eco tu lalu siang je…malam lg trok tak berani..tak biasa jalan tu..selekoh dia..jalan dia kecik sket compare ngn jalan ulu pulai besar sket…so mcm bahaya kalau time takot nak bawak laju2 kt area eco tu..area ulu pulai dah biasa laju..hahhahahahhhha

          6. yup tapi kak kalau tgk siang pun jalan eco tu pun suram je hahaha lagi kalau time 5.00 – 7.00 ……siang2 pun rasa seram ada

          7. hahahahaha maira suka wat kantoi….saya muka lejen hati pink kak….bukan takot kak cuma tak berani je hahah

          8. takde ape yg nak dikagumkan pun kak.. Maira kena buat semuanya sendiri.. sebab takde adik beradik laki.. harapkan abang ngah sepupu maira tu je la kalau ada nak minta tolong pape..

    2. kak sya.. mesti berani2 takut kan masa tu?? tapi niat baik insyaaAllah Allah permudahkan urusan akak..

      tQ tau sudi baca cerita maira

  3. Japp kampung maira kt pontian eah. Pontian belah mane. Jirat cina tu bukan yg kat pekan nenas ke.
    Situ mmg gelapp dan kawasan nak ke gelang patah tu selalu buat roadblock. Btw best stori maira

    1. Rasanya ulu pulai..ulu choh ada jirat cina ke? ulu pulai kot dari cerita maira tu psl jirat cina n selekoh kelapa sawit…

  4. Aha.. ^_,^ tips tu mmg betul…zamn muda dulu dkt8 thun bwk motor xd lesen ..time roadblock slalu polis pass je..senyum pastu lmbai gn konpiden ..plus muka inosen..sekonyang2 mkcik dpt lesen, kena tahan nk check lesen pulak..agaknya dh start rmai pati masa tu

          1. katalah apa saja maira..janji hatiku tetap setia tidak luput ditelan masa..
            angin sampaikanlah salamkuuuuu

          2. takpelah maira…
            Although loneliness has always been a friend of mine
            I’m leavin’ my life in your hands
            People say I’m crazy and that I am blind
            Risking it all in a glance

          3. And how you got me blind is still a mystery
            (I can’t get you out of my head)
            Don’t care what is written in your history
            As long as you’re here with me

            [Chorus]
            I don’t care who you are
            Where you’re from
            What you did
            As long as you love me
            Who you are
            Where you’re from
            Don’t care what you did
            As long as you love me

          4. hmm, yelah, bye

            But empty haze
            Is all that remains
            I’m lost on the sidewalk
            Just calling your name
            I’m lost on the sidewalk calling your name
            I can’t stand to see you walking away
            I sleep on the concrete everything’s changed
            You walked off with someone new anyway

          5. siapa suruh tidur atas concrete? takde tilam ke?haha

            lagu ni zaman mak aku ni. umor ko 42 ke?huhu

          6. amboi sedihnya lirik tu.. aku tak jalan dengan someone new lah. aku ada ni kat opis.hahah

          7. bukan nak kata apa lah ye, cik delu.. Gelak camtu aku je yang buat kat fs ni. huhu.

            hm takpe lah. ko ambik je lah gelak tu. semoga perangai kau pun tak sehanat gelak kau ye. hahahahahahaha

          8. Ala takat gelakkkk…sebelum kat fs dah bnyk kali aku guna..tapi as an act of respect i will not using it anymore…okay?

          9. of course lah penting. aku tak boleh bagi sembarangan. nanti ko sakit aku yang jadi mangsa.

            bila aku ada bagi ko?

          10. Tokji kan dah pencen..nanti Jiju ambik alih la jawatan dia. semua anak-anak dia, akaun-akaun bank, adik-adik dia.. semua Jiju tolong uruskan.huhu

          11. tak payah cek lawyer…tokji takde duit nak upah lawyer. dia wassap wasiat dia kat Jiju je.hihi

  5. 2 2 jalan dari pontian nak ke jb tu maira sama je seramnya kalau malam….aku nak ikut lalu ulu pulai pun siap tggu ada kereta x yang lalu sama hahahahaha lepak depan depoh tggu kereta yang lalu ikut ulu pulai ..

    1. betul Apid.. jalan ikut UTM tu dekat2 area tasik.. tu lagilah seram..
      Tapi maira takdelah sampai nak tunggu kereta lain lalu baru nak gerak.. redah je even sorang2..hihih

      1. hahahahaha dulu boleh gak main redah maira tapi selepas kejadian itu ada sedikit trauma melanda hihihiih… ada lagi x durian….minta sket

          1. sepanjang jalan dari start kampung pak kalib tu sampai ke simpang tiga yang ada pasar malam tiap rabu tu

          2. pasar malam yg maira tahu.. hari isnin & jumaat dekat tambak & hari sabtu dekat pekan..hari ahad dekat parit madirono.. tu je yg maira tahu..hahahaha

          3. hahahaha memang sah maira tak pernah lalu jalan situ hehehe…xpe guna waze je kalau nak terai…tapi kalai waze bawa kelain jangan marah apid tau hahahah

          4. hahahaha tapi part abg ngah x nampak tu mmg rare padahal dah lalu tpt maira parking tu kan….sherammm nih….eh dulu skola SMAB ke maira … :):)

          5. jalan kg.sawah seram, ulu pulai seram, ulu choh seram, jalan hala ke utm area tasik seram…adoiiiii….payah kalau sorg2 malam2 dr jb nak balik pontian..hahhahhaha payah payah..semua jalan seramm

          6. redah jela sya tawakal ……kalau kita terlalu puikir tu yang mcm kuar dalam kepala hahahaha …dia bole plak kata …cuma jangan diminta kereta rosak area situ je hihih

          7. macam seronok pulak jumpa org pontian dalam ni…dapat kawan baru..hahhahahhaha si apid tu pun pontian kan..

          8. Dah lampu tak nyala tade ke orang nak komplen kat Majlis Bandaran.
            Melorq ni kerja mereport je kalau lampu tak nyala, lampu trapik tak nyala, jalan berluabang.
            Ada MP pun mcm buta je tak nampak benda2 tu rosak.

          9. Maira tak pernah pula buat kerja report2 ni.. hahaha tapi rasenye dah beribu orang report kut.. tp biasalah… upgrade jalan & facillities sume time PRU je.. ops!!! hahaha

          10. bukan time PRU, time ujung tahun nak perabih bajet.
            Turap jalan senipis kulit bawang.
            Yg turap sampai tutup lubang air tepi jalan pun ada.

  6. jap nak tanya. memotong dilorong salah tu mcm mana?
    p****g di lorong kiri ke?
    kalau highway 4 lorong, yg lorong 2 kanan bawa mcm sesiputkhinzir, kena la jugak memotong dari kiri.
    tu pun kira tak boleh ek?

    1. entahlah Melorq.. Maira masa tu dari lane kanan masuk kiri then masuk kanan semula.. sebab yg dekat lane kanan tu lambat sangat.. mungkin masa tu lane tu mmg tak boleh memotong kut..

      1. Aduhai.. Melorq ari2 p****g kiri .
        Yang kat lorong tengah sooo lembab. Yg kanan sekali laju2 pulak.
        Yg paling kiri penuh dgn motor.
        Lepas ni kena hati2 nak p****g kiri, pandang cermin belakang takut ada polis . huhuhu

    1. IT’S OKAY LALALALALALA… Maira tak dapat apa2 payment pun post cerita dekat sini.. You pun tak kena bayar ape2.. so kalau dah tahu menghampakan.. yang duk baca juga kenapa???

      BTW… THANK YOU SO MUCH FOR YOU REVIEW MS/MR

        1. IT’S OKAY LALALALALALA…. tapi lepas ni.. kalau ada lagi story under my name as a writer.. hope that u tak payah view terus. So, I tak buat u buang masa untuk skip2 my words & I pun tak jadi macam kecik hati dengan kejujuran u tu. Win-win situation kan??? Plus tak ada siapa pun dekat sini yang boleh halang I dari terus hantar cerita selagi admin sudi publish I punya cerita.. Anyway thanks!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.