#Nurul. ‘Kawan’ Adik a.k.a ‘Budak Hitam’

Assalamualaikum, salam sejahtera pembaca FS. Aku Nurul. Ini kali kedua aku menulis cerita. Cerita pertama mengenai Apartment Perdana Seksyen 13 pasal rumah ada gangguan budak kecik tu. Kalau ada yang baca, mesti ingat.
Aku berharap admin publish cerita aku ni.

Kisah kedua ini aku ingin menceritakan dan ingin meminta pertolongan kepada pembaca sekiranya ada pengalaman kejadian sebegini. Aku duduk di shah alam, dan adik di johor. So sekali sekala aku balik.

Aku mempunyai seorang adik perempuan berumur 11 tahun. Sekarang dia mengalami gangguan terhadap dirinya. Gangguannya berlaku setiap pagi waktu dia ingin bangun ke sekolah, dia pasti tidak akan sedarkan diri. Seumpama roh tiada dalam badan. Kejut bagai nak apa pun still dia tak sedar. Cuma ada pergerakan sahaja. Dia akan mula terjaga bila ayah membuat dia nangis.

Awalnya dia tak menceritakan apa² kepada mama dan ayah aku. Tapi aku cuba korek rahsia. Aku cuba bertanya pada dia. Dan dia mula menceritakan bahawa dia ada seorang ‘kawan’. Budak kecil perempuan memakai pakaian hitam. Adik aku memberitahu dia selalu bermain dengan budak kecil tu dia bahagian dapur rumah kami. Dan setiap kali adik tidak sedarkan diri waktu pagi, adik bermain dengannya dalam alam mimpi.

So bila aku dah tahu, aku tanya dia kenapa tak cerita kat mama dengan ayah. Dia kata takut. So aku cakap, biar aku yang cerita. Bila aku cerita, mama ada bagitahu yang mama ada bawa berubat. And orang tu kata ada ‘budak hitam’ berkawan dengan adik.

So kiranya dh bawa berubat 2 3 kali still tak sembuh lagi. Kesian sangat mama dengan ayah dah buntu nak buat apa. Then aku cakap kt adik, kalau dia mimpi lagi cuba selawat dalam hati and sebut Allahuakbar banyak kali. Esok paginya ya adik masih keadaan yang sama. Tidak sedarkan diri. Lama juga ambil masa dia nak sedar. Ayah azan kt telinga dia, dia meronta. Ayah bau kan bawang putih kat hidung dia, dia tahan tangan ayah kuat sangat. Dia tak suka bau tu. Ayah akan dukung and sampai dia nangis. Baru dia celik mata.

Masa dia celik, dah lama sikit tu aku tanya, adik sebut tak yang akak suruh ? Dia kata dia buat tapi ‘kawan’ dia tolak dia kuat sangat sampai dia nangis.

Lama² adik kata adik makin takut dengan dia. Adik makin teruk. Kadang waktu tak sedarkan diri pagi tu, mulut dia keluar buih, kadang dia panggil mama ayah mama ayah banyak kali sampai meleleh air mata dia. And nafas dia tersekat sekat, menjerit, sampai tegang urat leher. Adik ada bagitahu, sekarang ‘kawan’ dia selalu kasar. Pernah cekik dia. Tekan mata adik tak bagi adik buka mata. And dalam mimpi tu adik kata keliling dia, atas bawah semua hitam je.

Dah banyak kali berubat sana sini. And ada yang datang rumah. Dia ada pergi satu tempat dalam rumah kami and kata ada kawasan bunian dalam ni. Aku pun tak pasti. ‘Kawan’ adik tu ada kena mengena tak dengan bunian tu.

Hm ada sesiapa pernah mengalami keadaan macam ni tak ? Sekarang aku tengah tulis cerita ni, adik masih tak sedarkan diri. Harini teruk juga dia meronta. Dah 10.20 pagi dah. And pernah sekali tu sampai pukol 11.

Sebenarnya dari tahun lepas dia kena macam ni. Tapi haritu baik sekejap, then jadi balik.

Last ni dia pergi berubat. Dia kata masa berubat tu, belakang badan dia panas sangat. And ‘kawan’ dia marah. ‘Kawan’ dia kata, KENAPA PERGI BERUBAT!! .

Hm harap sangat ada yang dapat membantu ya. Terima kasih.

Nurul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “#Nurul. ‘Kawan’ Adik a.k.a ‘Budak Hitam’”

  1. Salam Nurul, kesiannya adik Nurul. Selain berubat, mungkin boleh suruh dia amalkan ayat2 Al Quran yang dia hafal sebanyak mungkin sebagai pendinding diri. Kalau kena gaya membacanya, sebut Allah dengan sepenuh hati dan berulang kali tanpa henti pun boleh menjadi penawar. Tidak perlu dizahirkan dibibir perkataan Allah tu, cuma sebut di dalam hati tanpa berhenti. Minta dia jadi kan sebagai amalan setiap masa.

    Reply
  2. Assalammualaikum..
    Akk dulu kengkadang jadik macam ni gak..
    asal jadinya sbb time sekolah menengah ada yg nak ‘menumpang’ tapi abah dan mama bawak g berubat. Ustaz tu kata Allah nk buka hijab dan dalam masa yang sama ‘ramai’ tak gemarkan apa yang saya boleh buat nanti lepas hijab dibuka..
    Mujurlah akk kena tu xlama.. maybe dalam 10-15 min aje…
    sampai umur menganjak ke 31 ni pun masih kena.. cuma mujur lah tahun ni belum lagi..
    Alhamdulillah.. mintak dijauhkan..
    penat bila bangun, mujurlah suami selalu akan berjaga time akk baru nak tidur sbb nak pastikn akk tak dikacau.. selagi tak berdengkur kecil, maknanya ada risiko diganggu..
    apa yang akk boleh share kat awak:
    amalkan sebelum tidur ambil wuduk, baca ayat kursi perlahan2 sebanyak 3 kali, baca doa tido dan bismillah 5. solat jangan tinggal dan yang paling penting JANGAN SOLAT LAJU-LAJU..
    Moga adik awak dapat dipulihkan..
    insyaAllah akan share kisah2 akk kat FS. tunggu ada masa dulu nk mengarang..

    Reply
  3. slam cian nya adik nurul ni gni ada cra nya..kw tumbuk bwng lpas tu bca yasin bru sempan di kain ketci dengan gram gtu jga.sitiap klu dia tedur seruh dia ikat di pungung nya jngan lupa sempan srat yaasin di bwa bntal nya.
    mga alah mabantu nya

    Reply
  4. Gi bawa jumpa neurosurgeon atau dr pakar otak. buat MRI scan. Ni bukan kes makhluk halus. Ni mgkin ada masalah salur d***h kat otak tersumbat. Bayangan budak kawan dia tu mgkin cuma mimpi atau halusinasi bila ada serangan sawan.

    Reply
  5. kalau kita berada di tempat adik awak tu mesti lagi seram. mcmana ‘kawan’ dia tu boleh cekik dia etc… semoga adik awak cepat sembuh. awak sebagai kakak kena selalu bersama dia memberi sokongan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.